Jumaat, 11 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Polis siasat Anwar kerana buat laporan 'video seks'

Posted: 10 Nov 2011 10:16 PM PST

PKR hari ini mendakwa BN dan Umno menggunakan jentera kerajaan untuk membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dalam satu lagi cubaan untuk menganiaya bekas timbalan perdana menteri itu.

Dakwaan itu timbul ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

Ahli parlimen Subang PKR, R Sivarasa berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.


Namun, PKR telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada Rabu di balai polis Kepong, katanya lagi.

Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.

Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.

Anak Exco Negeri Melaka Didenda Kerana Miliki Dadah

Posted: 10 Nov 2011 07:39 PM PST

Jasin - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim pal.

Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. -SH

Sumber - Greenboc


4 pelajar maut, 5 parah, 20 cedera dalam kemalangan

Posted: 10 Nov 2011 07:35 PM PST

Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4.45 pagi ketika bas membawa pelajar dan guru dari sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan dan mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

SPRM serbu Petronas, siasat rasuah babitkan pegawai kanan

Posted: 10 Nov 2011 05:44 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu bangunan syarikat minyak nasional Petronas baru-baru ini berhubung dakwaan amalan rasuah di kalangan konsultan projek terlibat dalam kerja-kerja meneroka dan mengeluar minyak di perairan Malaysia, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan fail-fail berkaitan turut diambil oleh pegawai-pegawai SPRM dan Datuk Seri Najib Razak telah pun dimaklumkan sebelum beliau pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Perdana Menteri kembali ke tanah air kelmarin.

"Pegawai-pegawai penyiasat telah mengunjungi pejabat itu ekoran banyak aduan mahu mendapatkan ganjaran sebagai pulangan kepada syor mendapatkan kontrak," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.


Satu lagi sumber mengesahkan bahawa siasatan SPRM telah dimaklumkan kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. SPRM tidak mengesahkan tindakan mereka kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.

Sumber-sumber industri berkata rasuah semakin kerap sejak saban tahun memandangkan Petronas mengurniakan siri kontrak melibatkan pelbagai operasi termasuk usaha mendapatkan lapangan minyak yang baru.

Bagaimanapun mereka tidak mengatakan bahagian di Petronas yang menjadi sasaran siasatan SPRM.

"Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap orang tahu permainan itu," katanya.

Satu lagi sumber memberitahu bahawa pengurusan Petronas telah mengadakan pelbagai mesyuarat untuk membincangkan dakwaan berkenaan amalan rasuah di kalangan pekerjanya, yang merupakan antara mereka yang mendapat gaji paling tinggi di Malaysia termasuk pinjaman perumahan menarik, manfaat perubatan dan insentif-insentif lain.

"Mereka pernah menjadi pekerja terbaik dan jujur tetapi terdapat terlalu banyak kontrak sejak kebelakangan ini dan ada yang mengambil langkah mudah," katanya lagi sambil menambah, ada pegawai Petronas yang hidup di luar kemampuan mereka.

"Terlalu banyak gosip dan cakap-cakap belakang. Ada kontraktor yang mengadu mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek. Jadi tidak mengejutkan SPRM sudah berada di sana," katanya lagi.

Petronas ditubuhkan pada Ogos 1974 dan disenaraikan sebagai antara 500 perbadanan terbesar oleh Fortune Global.

Ia menduduki tangga ke-107 tahun lalu selepas berada dalam senarai 100 teratas pada 2008 dan 2009.

Petronas mempunyai lebih 40,000 pekerja tetap di Malaysia dan 35 negara yang mengendalikan operasi.

Penipuan Daftar SPR Parlimen Lembah Pantai Dilakukan Untuk Memenangkan Bangkai Ini

Posted: 10 Nov 2011 04:18 PM PST

Saya pengundi kawasan Lembah Pantai. Dalam pilihan raya umum 2008, saya dan isteri mengundi calon yang saya belum dengar cerita bukan-bukan mengenainya. Setakat dakwaan yang tidak dapat dibuktikan, saya tidak ada alasan untuk mempercayainya.

AlhamduliLlah, dia menang. Sama ada dia akan menjadi pemimpin yang baik atau tidak, itu di luar kebolehan saya untuk meramalkannya. Setakat ini saya tak dengar cerita dia melantak rasuah atau terlibat dalam skandal. AlhamduliLlah!

Hari ini, dia mendedahkan bilangan pengundi pos di kawasan Parlimen Lembah Pantai naik 1,363 peratus dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.


Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah Anwar, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi".

Saya dah lama dengar andaian bahawa bangkai akan menang di Lembah Pantai. Nurul Izzah akan dipastikan kalah. Segala usaha telah dilakukan ke arah kemenangan bangkai di Lembah Pantai.

Orang kata, tak mungkin lagi Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai. Apabila keluarganya dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk mengenai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), peluang Ketua Wanita Umno itu bagaikan terkubur. Orang meramalkan bangkai yang menggadai warisan Melayu di Kampung Baru akan jadi calon.

Saya memang tak boleh tengok muka bangkai itu. Bukan sebab Allah s.w.t. tak pandai buat muka dia. Apa yang Allah cipta dah elok dah. Tetapi oleh sebab dia bangkai, saya jijik sungguh melihat mukanya. Amat jijik. Pada saya, bangkai itu lebih jijik dari taik babi.

Sebagai pengundi Lembah Pantai, amat malang sungguh saya rasa jika bangkai menang di Lembah Pantai. Tanpa mengaitkan dengan cerita bangkai akan menang di Lembah Pantai dan untuk tujuan rekod sahaja, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjadi ketua Umno bahagian Lembah Pantai.

Pak Bakaq

Lembu - Shahrizat Dicabar Saman Keadilan

Posted: 10 Nov 2011 09:01 AM PST

Kalau kita tipu, Shahrizat boleh saman bila-bila masa

KEADILAN mempunyai bukti kukuh berlaku penyelewengan dalam syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (FNC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sedang menjadi isu hangat dalam Negara.

"Kalau kita sudah sampai ke peringkat ketahui setiap sen ke mana pergi, maknanya kita ada maklumat penuh setiap satu sen yang dibelanjakan,"

"Kalau dia (Shahrizat) kata kita tipu, tunjukkan (penipuan) yang itu dulu, (tapi) kalau dia tak tunjuk pun, bolehlah saman bila-bila masa," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini.


Penyelewengan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan apabila projek fidlot kebangsaan itu tidak mencapai sasaran sepatutnya.

Pada sidang media yang sama hari ini, KEADILAN turut mendedahkan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta oleh NFC dari dana yang diperuntukkan.

Renteran itu, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di Shah Alam tengahari tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, KEADILAN turut membuat siasatan dan telah melawat kondominium berkenaan yang terletak di Bangsar.

"Jika kami tidak betul, ini adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno untuk menjawabnya," kata beliau.

Justeru itu beliau mencabar pihak-pihak berkenaan jika tidak berpuas hati dengan dakwaan dengan menunjukkan penyata bank bertarikh 2 Disember 2009.

"Kalau mereka berani saya minta tunjukkan bank statement tarikh tersebut yang bercawangan di Taman Tun Dr Ismail di mana pembayaran telah dibuat pada pemaju berkenaan," katanya.

Rafizi dalam pada itu turut menggesa media agar mendapatkan pengesahan dari pihak pemaju sendiri berkenaan kebenaran dakwaan yang dibuat.

Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.

"Jumlah RM9.8 juta untuk membeli kondominium dipindahkan ke akaun semasa NFC di bank tempatan dan bukannya sebuah akaun amanah khas."

"Rembau (Khairy Jamaludin) kata duit itu dalam akaun amanah khas dan memerlukan kelulusan jawatan kuasa teknikal sebelum dibelanjakan. Jadi bila jawatan teknikal meluluskan?," Soalnya.

"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu saja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu," katanya.

http://www.keadilandaily.com/?p=22819



Muka Tak Malu..

Posted: 10 Nov 2011 07:02 AM PST

PETANG tadi, sebuah gerakan yang menamakan diri mereka sebagai GAPS telah hadir ke Pejabat SUK, Selangor untuk menghantar memorandum.

Difahamkan kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki botak berambut ala-ala "punk" campur "skinhead" itu mendakwa mereka telah ditipu oleh pemimpin PKR berhubung pembelian rumah kos rendah, PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin).

Wanita @ betina ini dilihat datang menaiki sebuah 4WD Storm EVO. Adakah seorang yang memiliki sebuah pacuan 4 roda Storm Evo adalah rakyat miskin yang layak mendapat rumah PPRT?


Difahamkan, dia dan pembeli-pembeli lain telah membayar RM2,100 wang deposit untuk mendapatkan rumah skim untuk rakyat miskin tersebut. Namun sehingga kini tidak dapat memasukinya.

Persoalan yang ingin dibangkitkan di sini ialah, benarkah mereka ini layak mendapat rumah PPRT untuk rakyat termiskin tersebut?

Disesuaikan dari milosuam

PRU 13 - Penipuan Daftar Pemilih SPR Amat Menakutkan

Posted: 10 Nov 2011 03:59 AM PST




Haji Najib lengkap, mesej Twitter disalah tafsir

Posted: 10 Nov 2011 03:46 AM PST

SEPANG, 10 Okt – Kenyataan Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu bahawa beliau telah selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu telah disalah tafsir, kata Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA di sini hari ini, Jamil Khir (gambar) dipetik Bernama Online berkata, Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.


"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin... barangkali soalan itu ditanya petang itu... selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau.

Bernama dalam laporannya Ahad lalu berkata, Najib dan Rosmah selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.

"Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.

Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Isu itu timbul apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Juanda berpendapat bahawa sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor Selasa lalu, itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu. - TMI


Hamidah Osman Bakal MB Perak Minta Rais Yatim Jangan Terlalu Perasan

Posted: 10 Nov 2011 02:00 AM PST







Datuk Seri Rais Yatim tidak perlu perasan ini dengan kenyataan ini

Sumber disini

Tiada ulasan: