Blog-list Malaysia |
- Seksualiti Merdeka: Sisters in Islam kecam tindakan polis
- Kerajaan Malaysia Patut Saman Akhbar Australia Yang Memfitnah Najib
- Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen
- Rombongan PKR, NGO Dilarang Masuk Pusat Fidlot Keluarga Shahrizat
- Muslihat Politik Tidak Lulus Daftar Pakatan
- Menanti Haji Najib Dan Mak Haji Mah Balik!
Seksualiti Merdeka: Sisters in Islam kecam tindakan polis Posted: 03 Nov 2011 11:31 PM PDT KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) dengan mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia. "Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan. "Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. SIS berkata sementara pihaknya faham yang ada Muslim yang membantah idea menghormati kepelbagaian gender dan seksual, sebagai pertubuhan membela kaum wanita mereka tidak bersetuju dengan kaedah digunakan untuk menghalang idea-idea ini. "Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita, dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita Muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa," kata SIS lagi. Sehubungan itu kata SIS, pihaknya kecewa kerana Seksualiti Merdeka berhadapan dengan nasib intimidasi dan pengaiban yang sama. "Kami meminta rakan-rakan Muslim agar menggunakan kebijaksanaan apabila berurusan dengan isu-isu dibawa oleh Seksualiti Merdeka. "Kami juga meminta pihak berkuasa agar memastikan keselamatan dan sekuriti mereka yang terlibat khususnya penganjur, sukarelawan dan penyokong Seksualiti Merdeka," kata pertubuhan ini. Dalam pada itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman pihak polis mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti Seksualiti Merdeka. Sehubungan itu Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, PKPIM memberi amaran kepada pihak penganjur supaya akur dan membatalkan festival yang bakal diisi dengan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan ini dengan segera dengan mengambil kira desakan dan tentangan keras yang telah dibuat oleh banyak pihak yang membantah penganjuran program songsang ini. "PKPIM juga meminta supaya pihak penganjur untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ia jelas sama sekali bertentangan dengan norma budaya dan realiti kehidupan beragama yang berlandaskan kepada nilai ketimuran yang wujud di Malaysia. "Penganjuran program seperti ini juga boleh mengakibatkan penularan sindrom kekeliruan dan kecelaruan jatidiri sebagai seorang individu di samping memberikan imej dan gambaran yang buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berpegang kepada prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan yang terkandung di dalam Rukun Negara dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan," kata beliau. Tambah beliau, PKPIM juga mempersoalkan bagaimana festival ini boleh berlangsung pada tempoh yang lama sehingga dijadikan program tahunan di tempat yang sama semenjak 2008 sehingga mendapat tajaan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah Majlis Peguam, Amnesty dan International Malaysia. "PKPIM bimbang dengan adanya kebebasan ini disalah guna oleh sesetengah pihak untuk membawa fahaman songsang dan keliru. "PKPIM juga mengingatkan kepada pihak kerajaan dan polis untuk turut bersikap tegas dalam mengharamkan penganjuran konsert artis gay Elton John pada 22 November ini yang sebenarnya turut mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak, budaya negatif hedonisme dan moral masyarakat dan ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam," kata beliau lagi. - Malaysian Insider |
Kerajaan Malaysia Patut Saman Akhbar Australia Yang Memfitnah Najib Posted: 03 Nov 2011 08:39 PM PDT Akhbar The West Australian di Australia telah melaporkan bahawa anak gadis Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah berbelanja sehingga RM195,000.00 (AUS60,000) di pusat membeli-belah terbesar Australia, David Jones. Perdana Menteri terpaksa membuat kenyataan yang anak gadisnya tidak berada di Perth, Australia pada masa itu. Adakah akhbar tersebut telah membuat pembohongan dan melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri kita? Jika ini benar-benar berlaku, diharap agar kerajaan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keatas akhbar tersebut bagi menjaga nama baik negara. Najib: Isteri saya tidak beli apapun barang kemas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini. Justeru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan. "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama. Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. |
Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen Posted: 03 Nov 2011 08:15 PM PDT KOTA BHARU, 4 Nov: Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975. Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum. "Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu," ujarnya. Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir. "Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya," ujarnya. Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan. Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut. Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak mendapat hasil royalti petroleum. |
Rombongan PKR, NGO Dilarang Masuk Pusat Fidlot Keluarga Shahrizat Posted: 03 Nov 2011 05:21 PM PDT GEMAS, 3 Nov : Hasrat rombongan pimpinan PKR ke Pusat Fidlot Nasional hari ini gagal apabila dilarang memasuki kawasan ladang lembu tersebut. Pihak pengawal keselamatan yang bertugas melarang rombongan yang diketuai oleh Rafizi Ramli dan pihak media. Walaupun pihaknya cuba berunding dan menjelaskan bahawa PKR telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC). Pusat Fidlot Kebangsaan adalah dimiliki oleh National Fidlot Corporation (NFC), mempunyai keluasan kira-kira 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa. Malah, menurut Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu Pusat Fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu. "Ini kemudahan kerajaan, bukan milik swasta," kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang didakwa dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. "Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu," kata Rafizi lagi. Walau bagaimanapun pengawal keselamatan yang bertugas menyatakan, beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini. Lapor keadilandaily, Rafizi meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dilayan. Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit. Sementara itu, di dalam pagar NFC kelihatan tiga individu lelaki sedang membuat rakaman video. NFC mencuri tumpuan orang ramai apabila ia diketahui diterajui Agro Science Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil. Ia diberikan peruntukan kewangan sebanyak RM250 juta melalui RMK 9 namun sehingga ke hari ini gagal memenuhi keperluan pasaran sebanyak 40 peratus yang sepatutnya dipenuhi. Sehingga hari ini, sebanyak RM141 juta telah diberikan kepada Agro Science dengan RM6 juta dalam bentuk geran dan RM135 juta lagi dalam bentuk pinjaman kadar rendah sebanyak 2 peratus setahun. Menurut Rafizi, persoalan utama sekarang adalah Agro Science diberikan kadar pinjaman yang sangat rendah oleh kerajaan namun ia gagal melaksanakan tugas utamanya malah ada ura-ura daging lembu yang dihasilkan digunakan untuk memenuhi keperluan restoran mewah keluarga Shahrizat. Turut serta dalam rombongan itu Adun Sikamat, Aminuddin Harun, aktivis NGO seperti Jingga 13. |
Muslihat Politik Tidak Lulus Daftar Pakatan Posted: 03 Nov 2011 04:58 AM PDT "Abdul Rahman Osman" KUALA LUMPUR, 3 Nov: Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat 'muslihat politik' apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat kerana takut mereka menjadi satu gaubungan yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13. Mereka (ROS) sengaja tidak mahu mendaftarkan Pakatan Rakyat kerana takut kita akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar BN. "Untuk pilihan raya akan datang, kita tidak boleh letak calon Pakatan tapi letak calon PAS, DAP dan PKR kerana belum berdaftar. Saya lihat ini ada muslihat politik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyelar jawapan Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Osman baru-baru ini bahawa pedaftaran Pakatan Rakyat tidak diluluskan kerana mereka tidak membuat permohonan baru selepas pengerusi Pakatan waktu itu, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti. "Majlis Presiden Pakatan kesal dengan kenyataan tersebut kerana Pakatan telah ambil langkah yang perlu sejurus Datuk Zaid tinggalkan Pakatan. "Kita lantik pengerusi Pakatan Rakyat yang baru iaitu Ahli Perlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan Datuk Zaid," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang. Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, mereka sering mengadakan pertemuan dengan pihak ROS untuk mengetahu perkembangan mengenai permohonan tersebut tapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.ROS, katanya masih memberi alasan bahawa permohonan lama Pakatan Rakyat iaitu sewaktu Zaid masih bersama PKR masih belum diluluskan dan Pakatan tidak membuat permohonan baru. "Mengikut perlembagaan Pakatan Rakyat, sesiapa yang keluar parti, kedudukannya sebagai pengerusi akan terbatal. Jadi tiada masalah dalam hal itu," katanya. Sehubungan itu katanya, Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat petang semalam memutuskan untuk membuat keputusan baru sekiranya permohonan mereka masih tergantung. |
Menanti Haji Najib Dan Mak Haji Mah Balik! Posted: 03 Nov 2011 03:02 AM PDT Perdana Menteri Najib Razak bersama ini sudah pun dilaporkan berada di Makkah. Beliau sudah pun melakukan tawaf hijrah. Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan jemaah. Laporan sebuah saluran tv, seramai 1,000 orang jemaah beramah mesra dengan Najib. Jemaah yang sempat berjumpa dengan Najib melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana dapat berjumpa dengan PM di tanah suci. Ada yang berair mata kerana gembira. Mungkin kalau tidak kerana berada di Makkah mereka tidak akan berjumpa dengan Najib dari dekat. Almaklumlah perdana menteri sibuk. Najib sendiri baru setahun dua ini mulai turun pandang melakukan perangai arwah ayahnya. Sebelum ini beliau agak jarang turun padang. Anak bangsawan senang di awan bukan di sawah ladang. Pemergian Najib ke Makkah dipandang serong oleh sesetengah orang. Berbagai kecaman dan ejekan dilakukan kepada Najib. Ada yang mengatakan Najib sengaja naik haji kerana ingin mencari menjadi populis menjelang pilihan raya. Saya rasa bidasan itu sangat nakal. Begitu juga dengan aksi Rosmah yang tidak menutup kepala semasa menaiki jet untuk ke Makkah. Cara berpakaian Rosmah itu menjadi cemuhan. Cara dia berpakaian ini menjadi kemarahan dan sendaan. Saya tidak fikir ulama yang berderu dalam Umno tidak memberi pandangan. Atau Toh Puan Rahah ada apakah dia tak tegur. Atau cara Rosmah berpakaian itu tidak memberi apa-apa kesan kepada iman Rosmah dan politik Najib. Saya tidak mahu tumpang mengatakan di sini. Cuma saya berharap kita semua berdoa agar Tuhan memberi taufik dan hidayah kepada mereka dan semua yang ke tanah suci. Biarlah tempiasnya juga mengalir kepada kita dan negara ini. Itu lebih baik daripada kita dok mengata. Sama-samalah kita menanti kepulangan Haji Najib dan Mak Haji Rosmah. Mana tahu, Tuhan itu maha pengasih lagi penyanyang dan pembuka pintu hati. Salam dari kejauhan... [**** 9:00 pm 03/11/11]- mso |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan