Biaqpila |
- NFC biayai RM32,000 pakej umrah suami, anak Shahrizat
- BISIK-BISIK MALAM KHAMIS
- FITNAH TV3SUKU TERBONGKAR
NFC biayai RM32,000 pakej umrah suami, anak Shahrizat Posted: 30 Nov 2011 02:00 PM PST (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR 21 Nov : KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh. Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini. "(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali," kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini. "Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?" soal Ahli Parlimen Machang itu. Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini. Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri. Selain perbelanjaan bersifat peribadi menggunakan dana awam, lebih membimbangkan pelbagai urus niaga dan pemindahan wang dikesan melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura. Justeru, KEADILAN menggesa supaya Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) dan polis menyiasat segala urus niaga antara NFC, National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) dengan syarikat-syarikat di Singapura. Menurut Saifuddin, dua syarikat tersebut ialah Global Biofuture Pte Ltd dan Meatworks Singapore Pte Ltd. Semakan KEADILAN juga menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495. Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat di Singapura. Menurut Saifuddin lagi, semakan penyata kewangan menunjukkan pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815. Sumber: keadilandaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 30 Nov 2011 08:16 AM PST BANG ,LAIN KALI JANGAN MENIPU BANG... KALAU BANG NAK BUAT PROJEK LEMBU, PASTIKAN LEMBU SAHAJA... BANG JANGAN BELI KONDO BANG... BANG BELI KONDOM TAKPE... kah kah kah..kah kah -BERUK KETAWA SEBELUM TIDOQ LAYAN LAGU NI BEB.... KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 29 Nov 2011 08:51 PM PST Memang agak mencurigakan kenapa budak-budak bawah umur di atas ini membawa banner menyokong seksualiti merdeka ketika orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen, menyembunyikan wajah mereka di sebalik banner ketika kamera dihalakan kepada mereka. Apakah tujuan mereka? Adakah mereka ada agenda tersembunyi. Memang ada agenda rupanya.. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" Ini bagi membolehkan TV3 menyebarkan fitnah bagi memburukkan "Walk for freedom 2 walk" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 kononnya Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3). Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini. Hakikatnya.. Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka. Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja. Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas". Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu. Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini. Tambah menguatkan lagi bukti pembohongan Buletin Utama ini, budak-budak bawah umur yang dilaporkan sebagai penyokong Bersih 2.0 oleh TV3 dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai. Penyokong Bersih 2.0 kejadah apa kalau bakar baju kuning yang menjadi simbolik sokongan terhadap Bersih 2.0? Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup mengupah budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah! Dibongkar oleh : Milo Suam darisungaiderhaka KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan