Biaqpila |
- Media Baru Dan Orang Muda Menghantui BN
- GEMPAQ : TIMBALAN MENTERI TERPIJAK TAIK LEMBU... KAH! KAH! KAH!
- Rakyat Patut Hukum Siapa Ahli Parlimen Yang Menyokong Rang Undang - Undang Yang Menindas dan Menutup Ruang Demokrasi
- HARIMAU MABUK TULANG GARUDA
- Lawak Lembu : Perjanjian dibuat 2010 tapi duit dah habis pada 2009? (Video inside)
Media Baru Dan Orang Muda Menghantui BN Posted: 24 Nov 2011 02:00 PM PST Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada BN dalam PRU 13 akan datang. Kebimbangan ini disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN. Beliau sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda, mereka anggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja. Sepatutnya beliau tidak perlu takut jika kerajaan dan pemimpin BN adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat. Pemimpin PR tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka. Orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran. Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog. Walau pun Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi. Kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru. Ini dapat dilihat diruang komen Malaysia Kini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN. Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN. idrisahmad KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
GEMPAQ : TIMBALAN MENTERI TERPIJAK TAIK LEMBU... KAH! KAH! KAH! Posted: 24 Nov 2011 04:00 AM PST Kenyataan Timbalan Menteri Sukan Razali Ibrahim yang menuduh Pakatan Rakyat antara penyebab rakyat Indonesia membenci Malaysia adalah suatu kenyataan yang bodoh lagi tolol. Pemikiran Razali sama seperti Khairy Jamaluddin(KJ) dan lebih rendah daripada pemikiran JKKK. Adakah Razali membuat "homework" sebelum membuat tuduhan itu di Parlimen? Sebenarnya Razali tidak memahami apa makna "maling" yang ditujukan kepada pasukan Malaysia. Kebencian segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia bukan mengenai soal kepartian.Ianya lebih kepada soal kedaulatan negara. Mereka lebih menjurus kepada isu pertiakaian perairan dan pulau, soal layanan terhadap amah dan pekerja Indonesia. Bukan soal politik kepartian. Mengapa Razali begitu sensitif ? Adakah beliau umpama, "siapa makan lada, dia terasa pedas" ? Begitulah kehidupan Menteri-Menteri UMNO. Pergi kemana sahaja jika terdengar suara seperti lanun, perompak, takut bini , kapal selam, Mongolia, C4 dan terkini lembu maka cepat-cepat terasa hati dan sensitif seterusnya melabel dan menuduh pembangkang. Untuk pengetahuan Razali, rakyat Indonesia tidak ambil tahupun tentang hal dalaman politik Malaysia. Mereka lebih kepada semangat Nasionalisme. Selepas ini, barangkali rakyat Malaysia pastikan "benda-benda" ini menjadi sensitif kepada Menteri UMNO . Antaranya seperti PMNajib - bendera Mongolia dan kapal selam. RTM juga tidak akan menyiarkan filem drama tentang kisah suami takut bini dan Shahrizat Jalil tidak akan hadir sebarang acara yang ada lembu. Nanti rakyat ingat NFC dan kondominium. Atau ingat Shahrizat...ingat lembu! Barangkali jika Razali terpijak tahi lembu secara automatiknya dia teringat Shahrizat ? Ejekan "maling" begitu kecil berbanding perangai UMNO yang berlagak lanun dan perompak dalam isu royalti minyak Kelantan dan Terengganu." gigitankerengga KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 24 Nov 2011 01:00 AM PST Kenyataan Media Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 23 November 2011 Menyebut pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat kononnya bagi menjamin kebebasan berhimpun adalah retorik terbesar Kerajaan Najib Razak dalam merealisasikan apa yang dikata 'Transformasi Politik'. Memang ianya suatu transformasi, tetapi malangnya ia menuju ke arah yang lebih negetif apabila satu demi satu hak rakyat dinafikan terutamanya dalam tajuk berhimpun. Rakyat negara ini seolah-olah diijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah baru-baru ini menahan antaranya dikenali sebagai aktivis PAS. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, melihat pembentangan RUU ini sebagai satu perangkap yang licik. Tiada lagi perhimpunan akan diberi laluan kepada pihak yang dicop berfahaman politik yang menentang dasar kerajaan walaupun perhimpunan itu di dalam kawasan persendirian, maka tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan. Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah. SAMM menyarankan semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan setiap langkah kerajaan itu harus diterjemah dengan lebih berhati-hati kerana rakyat sudah muak untuk ditipu berkali-kali dan terus ditipu lagi. Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman secara halus akan menyekat ruang demokrasi buat rakyat. Inikah Transformasi politik yang dilaungkan oleh Najib Razak? Ia lebih mencengkam dan menafikan ruang demokrasi dari undang-undang sebelum ini (akta polis) sebelum ini. Akhirnya bila penguasa menggunakan undang-undang untuk menindas rakyat, perlawanan menjadi wajib. Lebih kuat rakyat ditekan dan dicengkam oleh regim pemerintah, maka secara langsung dan tidak langsung ia memupuk api kemarahan lalu semangat perlawanan itu meruncing ke penghujungnya. Rakyat harus sedar negara sedar mengundur kebelakang dalam perbagai bidang termasuk menutup ruang demokrasi. bangkit dan hentikan segera sebelum terlambat. Pergerakan anak muda SAMM berpendapat, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan dibentangkan ini satu lagi proses penipuan regim penguasa. Rakyat diseru bangkit. Ahli parlimen yang menyokong rang undang-undang seperti ini harus dihukum. che'GuBard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) revolusi13 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 23 Nov 2011 08:00 PM PST NI LA AKIBAT TAK CUKUP REHAT,WAKTU KERJA PUN NAK BEREHAT. SELEPAS BERGEMBIRA SAKAN SESUDAH MEMBAHAM SANG GARUDA KELMARIN,HARIMAU TUMPAS 2-0 DI KAKI HELANG MERAH SYRIA SEMALAM.MABUK TULANG GARUDA KE BEB? KAH! KAH! KAH! WALAUPUN SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN PEMAIN NEGARA MASIH KENTAL NAMUN CORAK PERMAINAN KURANG BERGELORA MACAM DI STADIUM GELORA BUNG KARNO HARI TU.HANYA BEBERAPA KALI SAJA HARIMAU DAPAT MASUK KE KAWASAN PENALTI DAN MEMBAHAYAKAN LAWAN,ITU PUN DALAM SEPARUH MASA PERTAMA SAJA. APA YANG DAPAT GUA SIMPULKAN, HARIMAU SEPERTI KEHILANGAN AURA GELORA BUNG KARNO BILA MENENTANG PAK ARAB DI KANDANG SENDIRI.FAKTOR KELETIHAN MERUPAKAN ALASAN YANG MUNGKIN BOLEH DITERIMA OLEH SESETENGAH PENYOKONG,TAPI GUA TAK NAMPAK PUN DEPA NI LETIH.TU YANG HERAN TU.APA YANG GUA NAMPAK,HANTARAN BOLA KURANG TEPAT,PENGUASAAN BOLA KURANG CERMAT DAN SKIL INDIVIDU MEROSOT TERUK.SEBALIKNYA SKIL INDIVIDU PEMAIN SYRIA GAGAL DISAINGI BARISAN PERTAHANAN KITA APABILA MUDAH SANGAT MEMBOCORI(MACAM TUALA WANITA LA PULAK) KAWASAN PENALTI KITA. SELAIN DARI ITU KEHILANGAN BEBERAPA PEMAIN TONGGAK YANG TIDAK DITURUNKAN TURUT MENCACATKAN SENTUHAN BERPASUKAN.BEBERAPA PEMAIN BARU YANG DIUJI JUGA KURANG MENYENGAT.KITA LIHAT BAGAIMANA PEMAIN KITA GAGAL UNTUK MELEPASI KAWASAN TENGAH SYRIA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA BERTAHAN LEBIH-LEBIH LAGI PADA SEPARUH MASA KEDUA.GUA DAH BAGI TAU BAHAYA BERMAIN SECARA BERTAHAN ADALAH DUA KALI GANDA DARIPADA BERMAIN SECARA MENYERANG,TAPI DEPA TAK MAU DENGAQ. DAH BERAPA KALI JUGA GUA CAKAP THAMIL ARASU DAN FAKRI TAK BOLEH JADI STRIKER KALAU MALAYSIA NAK MENANG.GUA TAK NAMPAK LANGSUNG KAREKTOR DAN SKIL STRIKER PADA DEPA NI.NEXT GAME KASI TUKAQ ORANG LAIN LA BEB.SERIUS GUA CAKAP LU.STRIKER MESTI PANTAS BERLARI BEB,BUKANNYA TUNGGU BOLA.LAGI SATU STRIKER MESTI TAU APA NAK BUAT BILA DAPAT BOLA DALAM KAWASAN PENALTI.BUKAN SEKADAR BERLARI TAPI TAK TAU NAK BUAT APA.KALAU STRIKER TULEN,PUSING KOT MANA PUN MESTI GOL PUNYA.INI SEPAK PENALTI PUN TAK MASUK APA CERR... GUA HARAP HARIMAU AKAN BANGKIT AHAD NI MEMBAHAM MANGSA SETERUSNYA. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Lawak Lembu : Perjanjian dibuat 2010 tapi duit dah habis pada 2009? (Video inside) Posted: 23 Nov 2011 05:00 PM PST Selain dari Kondominium bernilai RM9,758,140.00 yang dibeli untuk lembu-lembu dari NFC (Khairi kata beli sebagai pelaburan).. hari ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan satu lagi keajaiban yang berlaku dalam scandal ‘Feed The Lord’ ini.. Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009. Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat. Ajaibnya ialah setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010.. Ajaib bukan… Jadi bagaimanapula Noh Omar boleh mengatakan Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat ini dipilih melalui tender terbuka yang terhad (macam mana aku tak tau lah..) sedangkan wang telah habis dikeluarkan setahun sebelum perjanjian ditandatangani? Noh Omar juga telah berbohong bila beliau hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar.. Mengapa pula Najib membohongi rakyat dengan mengatakan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC? Sedikit fakta tentang pembayaran kepada NFC oleh Kerajaan. ~Menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008. ***************************** NFC: PAC dapati banyak kelemahan KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan. PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya. Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil. "Pada peringkat awal isu NFC ini kita hanya memanggil MOA dahulu untuk kita ketahui permasalahan tersebut, dan pihak NFC kita akan panggil bagi mendengar keterangannya pada bulan Januari 2012 tahun depan. "Kita belum lagi membincangakn perkara ini secara khusus kerana PAC belum lagi memanggil NFC," jelasnya. Beliau memberitahu melalui perbincangan hari ini, PAC mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan. "Kelemahan yang paling ketara antara MOA dan NFC adalah di mana wang telah dikeluarkan kesemuanya sejak tahun 2008 hingga akhir 2009. "Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat. "Tetapi masalahnya setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010," jelasnya. Beliau juga memberitahu sepanjang perbincangan yang dilakukan terhadap agensi mahupun jabatan kerajaan itu hanya perkara sama yang berulang sehinggakan rakyat sudah mula muak mendengarnya. "PAC mendapati hanya perkara yang sama berlaku dan kita dapati kelemahan yang jelas adalah sistem pengurusan yang mana ia tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan. "Dalam pada itu melihat kepada permasalah yang berulang ini PAC bersetuju untuk memanggil Kementerian Kewangan dan juga Ketua Setiausaha Negara bagi mencari penyelesaian serta memperbaiki kembali sistem yang lama yang tidak sesuai lagi pada masa sekarang," sambungnya lagi. Tambahnya lagi, pada masa sekarang kebanyakan agensi mahupun jabatan lebih tertumpu kepada projek berkonsep perniagaan dan bagi mengelakkan perkara seperti NFC ini berulang maka perubahan kepada sistem operasi perlu dilakukan. "Wujud kelemahan dalam sistem yang ada, apabila pihak audit menjalankan tanggungjawabnya serta memaparkan yang benar ia tidak akan disenangi oleh semua jabatan kerajaan," sambungnya lagi. darisungaiderhaka KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan