Biaqpila |
- BEKAS KETUA POLIS DAERAH SERTAI PAS
- Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai
- 10 PINTU SYAITAN DI ALAM NYATA
- COUNTER ATTACK MAKAN DIRI
BEKAS KETUA POLIS DAERAH SERTAI PAS Posted: 18 Nov 2011 02:00 AM PST PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar (gambar berucap) bertindak menyertai pati itu.Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan. "Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk," katanya ketika memberi ucapan di Liqa' Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping. Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz. "Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat," ujarnya lagi. Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program 'Jom Masuk PAS' menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan. Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid. kl-today KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai Posted: 17 Nov 2011 11:00 PM PST JAKARTA - Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011). Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu. Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang. Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya. "Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar," ujarnya kepada wartawan./kompas addin77 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
10 PINTU SYAITAN DI ALAM NYATA Posted: 17 Nov 2011 08:00 PM PST Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini. Pintu pertama: Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar. Pintu kedua: Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu. Pintu ketiga: Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini. Pintu keempat: Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat. Pintu kelima: Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran. Pintu keenam: Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan." - Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami' Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan. Pintu ketujuh: Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta. Pintu kelapan: Iaitu mengajak orang awam supaya ta'ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya. Pintu kesembilan: Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah. Pintu kesepuluh: Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu'uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari 'aib orang lain. Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya./tulahan Addin77 Published with Blogger-droid v1.7.4 |
Posted: 17 Nov 2011 05:00 PM PST MINIT 16:03 INDONESIA MELANCARKAN COUNTER ATTACK MINIT 16:10 MALAYSIA PULA LANCARKAN SERANGAN BALAS MINIT 16:24 GOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!! UNTUK MALAYSIA STRATEGI INDONESIA YANG MENGGUNAKAN KELAJUAN LARIAN PEMAINNYA UNTUK MENDAPATKAN GOL TIDAK MENJADI APABILA TERPAKSA GIGIT JARI SETELAH COUNTER ATTACK YANG DILAKUKAN PEMAINNYA DAPAT DIPATAHKAN PEMAIN MALAYSIA,SEBALIKNYA GAWANG MEREKA YANG BOCOR SELANG BEBERAPA SAAT SELEPAS ITU. TERKEDU STADIUM GELORA BUNG KARNO YANG PADA MULANYA BERGELORA DENGAN WARNA MERAH PUTIH. MALAYSIA PATUT MENANG 3-0 JIKA BEBERAPA PELUANG KEEMASAN DI DEPAN PINTU GOL INDONESIA TIDAK DISIA-SIAKAN, NAMUN KITA TETAP BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN INI.APA YANG PENTING MARUAH TELAH TERTEBUS. SYABAS BUAT ANAK MUDA MALAYSIA YANG DIGELAR HARIMAU MUDA !!!!!!! KEPUTUSAN BOLASEPAK TERKINI SELURUH DUNIA KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan