Khamis, 3 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


ADUN Pakatan dilarang lawat projek lembu Feedlot

Posted: 03 Nov 2011 03:00 PM PDT


Usaha konvoi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beberapa ADUN Negeri Sembilan untuk melawat projek ladang ternakan lembu Pusat Feedlot Kebangsaan gagal apabila mereka dihalang dan dilarang masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 rafizi ramliPengarah strategi PKR Rafizi Ramli minggu lalu berkata beliau akan mengadakan sidang media di ladang itu jika kerajaan tidak memberikan jawapan berhubung beberapa kepincangan yang didakwa membabaitkan projek yang bernilai RM73.64 itu.

Sebaik tiba di tapak ladang berukuran 2,000 ekar itu pada tengahari tadi, kira-kira 50 pemimpin Pakatan dan aktivis terpaksa berpanas selama sejam dalam usaha cuba memujuk pengawal keselamatan bagi membenarkan mereka masuk.

"Bagaimana awak boleh halang kami masuk sedangkan menteri yang bertanggungjawab kata kami boleh lawat projek ini kerana ia sesuatu yang berjaya dan tidak mempunyai sebarang salah laku?" soal Rafizi kepada pengawal keselamatan itu.

Wang rakyat

Hujahnya lagi, adalah menjadi prerogatif bagi wakil rakyat untuk meninjau bagaimana wang kepunyaan rakyat dibelanjakan. Namun semua itu tidak dihiraukan.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirSebaliknya, mereka diarahkan meninggalkan kawasan itu. Konvoi itu terpaksa akur dan bersurai pada jam 1.30 petang selepas mengadakan sidang akhbar di pintu masuk ladang berkenaan.

Pada 1 November lalu, Rafizi mendakwa Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta itu  merupakan projek yang tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar.

"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada RM250 juta," kata Rafizi.

NONESyarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Feedlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.

Noh juga minggu lalu mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ISTERI JUAL GAMBAR SEPARUH BOGEL

Posted: 03 Nov 2011 04:21 AM PDT

KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.
Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.
Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu."Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri."Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang," katanya.

HM
Published with Blogger-droid v1.7.4

GUNA ZAKAT UNTUK TUJUAN BURUKKAN PAS?

Posted: 02 Nov 2011 09:48 PM PDT

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberikan penjelasan kerana didakwa menggunakan wang zakat untuk memburukkan PAS.Mahfuz berkata, beliau mempunyai bukti Jamil Khir mengeluarkan arahan kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk 'Bukti Pas bukan parti Islam'.
Sambil menujukkan salinan surat arahan, Jamil Khir  (gambar) didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk 'Bukti Pas bukan parti Islam' kepada sekumpulan imam dan bilal.
"Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.
"Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik Umno," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ni.
Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.
Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

 
Petikan surat itu berbunyi 'sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit, ''Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,' kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.
Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.
Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.
"Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan PAS atas nama program Jakim," kata beliau.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pernah membangkitkan perkara tesebut pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat namun Jamil Khir tidak memberikan sebarang penjelasan.

kl-today
Published with Blogger-droid v1.7.4

Beli bunga dapat tubuh

Posted: 02 Nov 2011 04:50 PM PDT


Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Gadis penjual bunga. Itu taktik terbaru digunakan sekumpulan 31 wanita termasuk tujuh warga tempatan menjual kalungan bunga plastik kepada pelanggan yang menjamu selera di Medan Selera Jalan Geylang, Pudu, di sini, sebelum menawarkan khidmat seks.
Kegiatan wanita terbabit yang kebanyakan pelacur pernah diserbu, tetapi aktif semula beberapa minggu kemudian.

Wanita terbabit yang berpakaian seksi dan sering menari mengikut rentak muzik di atas pentas utama di medan selera itu akan pergi ke meja pelanggan yang menjamu selera untuk memujuk mereka membeli bunga kalungan yang dijual dalam empat jenis iaitu berwarna oren, merah jambu dan kuning serta berbentuk mahkota.

Setiap bunga kalungan berkenaan dijual pada harga RM20, RM50 dan RM100 manakala untuk bentuk mahkota berharga RM200. Jika pelanggan membeli lebih bunga yang dijual, mereka berhak mendapatkan khidmat seks daripada penjual bunga terbabit. Pelanggan boleh melakukan aktiviti itu sama ada menyewa hotel atau di rumah pelanggan.

Bagaimanapun, kegiatan itu dibongkar dalam operasi dijalankan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 12 malam itu, 11 wanita didapati memujuk pelanggan membeli bunga kalungan daripada mereka manakala 20 wanita lagi menyanyi dan menari di atas pentas.

HM
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: