Anak Sungai Derhaka |
- Jemputan Debat pun tak terjawab.. Khairy nak pertahan Shahrizat?
- Bila Lembu Shahrizat pulang ke Kondo the video..
- Dengan pendedahan terbaru ini.. Shahrizat bolehlah selak kain pula..
- Video : Shahrizat Tunjuk Muka Garang...
- Lisa Surihani di Perhimpunan Agung UMNO.
- Muhyiddin! kalau panik pun janganlah tunjukan sangat... malu kat orang
- APA?? Shahrizat nak selak kain?
- BONGKAR!! Modus operandi TV3 sebar FITNAH didedah!!
Jemputan Debat pun tak terjawab.. Khairy nak pertahan Shahrizat? Posted: 30 Nov 2011 09:40 AM PST "Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!" kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno. Nampak sangat Reezal Merican tu dan kena bohong dengan si Khairy.. Jika benar Khairy Jamaluddin mahu mempertahankan Shahrizat dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) beliau sepatutnya sudah memberikan jawapan kepada jemputan debat yang di hantar oleh Rafizi kepadanya.. Digelanggang ini beliau boleh menunjukkan kehebatannya dalam mempertahankan Shahrizat kepada semua. Bukan sekadar mengatakan beliau bersedia berdebat dengan Rafizi kepada media tunggangan UMNO. Surat jemputan ini telah dihantar kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada 18 November 2011 melalui faks, email dan pos laju kepada beliau di alamat ibu pejabat UMNO. Tetapi hingga ke hari ini masih belum dijawab secara rasmi, yang diterima hanya kenyataan terbuka melalui twitternya dan Khairy berkata 'akan pertimbangkan'. Oleh itu KeAdilan akan meneruskan acara debat ini kerana Khairy tidak pernah membuat kenyataan menolak debat ini malahan sebelum ini beliau pernah membuat kenyataan di media arus perdana bahawa beliau bersedia. Tarikh yang dicadangkan untuk diadakan debat mengenai isu penyelewengan dana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) oleh Suami dan Anak Shahrizat ini ialah 12 Disember ini. TV Selangor dilaporkan akan menyiarkan siaran secara langsung menerusi websitenya. Dibawah ini adalah berita berkaitan yang mana apa yang kelihatan ialah Anak Mamak cuba membela Anak Mami.. **************************************** Skandal NFC: Pemuda Umno wajar pertahan Shahrizat KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ahli-ahli Umno perlu tampil mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, parti utama Barisan Nasional itu telah tiba di paras kritikal menjelang pilihan raya umum ke-13 dan oleh itu ahli-ahli parti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahamkan "keluarga" mereka. "Shahrizat tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku dengan NFC. Biar siasatan dan undang-undang menentukan. "Bagi parti, kita mesti mempertahankan keluarga kita, bukan apabila orang kita cedera, kita mengecam mereka," kata Reezal pada persidangan pergerakan itu di sini hari ini. Katanya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah satu contoh pemimpin parti yang mempertahankan Shahrizat sejak isu NFC muncul bulan lalu. "Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!" kata Reezal lagi. Dengan merujuk kepada pendirian Pakatan Rakyat, Reezal berkata pemimpin-pemimpin perikatan itu mempertahankan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam pelbagai skandal. "Lihat pada (Exco Kerajaan Negeri) Elizabeth Wong dan kes melibatkan video seorang pemimpin, parti mereka mempertahankan mereka," katanya lagi. Kini isu NFC, yang melibatkan keluarga Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sedang disiasat oleh polis. The Malaysian Insider |
Bila Lembu Shahrizat pulang ke Kondo the video.. Posted: 30 Nov 2011 08:22 AM PST |
Dengan pendedahan terbaru ini.. Shahrizat bolehlah selak kain pula.. Posted: 30 Nov 2011 05:29 AM PST Pagi tadi, tanpa memberikan sebarang penjelasan berkenaan dakwaan penyalahgunaan dana untuk NFC oleh Suami dan Anaknya, Shahrizat dengan muka yang garang menyerang Rafizi dan Zuraida. "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya. Nak tengok Shahrizat tunjuk muka garang sila lihat video di SINI Kata Shahrizat lagi "Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," – laporan penuh sila baca di ( SINI ) Jawab Rafizi melalui Twitter "Ha2 Kak @ShahrizatJalil panggil saya tanggang. Nnt saya tanya mak saya :-). Tp filem Tanggang memg class, lakonan terbaik dulu2 :-)" Petang ini penyalahgunaan dana NFC oleh suami dan anak Shahrizat didedahkan lagi oleh Rafizi.. Antaranya ialah : 1-Membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.00 2-Membeli dua bidang tanah di Putrajaya dengan harga RM3,363,507.00 melalui National Meat Lives Corporation (NMLC). 3-Melancong ke Indonesia dan Thailand berjumlah RM455,423.00 "Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," kata Rafizi. Lengan dia dah singsing.. Jadi sekarang Shahrizat bolehlah selak kain pula… **************************************** Keluarga Shahrizat beli kereta mewah, guna dana NFC KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009. Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu. "Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya," katanya. Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009. KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand. Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian. "Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada 'Impian Global Network Services' (IGNS). "Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket," kata Rafizi. Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran. Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini. "Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," kata Rafizi. Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura. "Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ? "Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC," katanya. http://www.keadilandaily.com/?p=23915 Maklumat lebih lengkap sila lihat di SINI |
Video : Shahrizat Tunjuk Muka Garang... Posted: 30 Nov 2011 01:27 AM PST PERHATIAN: Jangan Terkencing dihadapan PC anda!! Aku amat yakin jika dengan wajah bengis seperti gambar di atas, Shahrizat berdiri dan bertempik di pintu pagar Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) nescaya berseleraklah lembu-lembu yang ada di situ berlari menyelamatkan diri.. Tapi kalau muka macam tu atau seperti gambar di bawah .. tunjuk kat Rafizi dan Zuraida.. hmm.. kena gelak sajalah.. pasal berani di hadapan perwakilan UMNO saja.. Tak lebih macam Jaguh Kampung saja… Kata Shahrizat dalam videoclip di bawah " Don't take Wanita UMNO for granted!!" terhenti seketika kerana riuh rendah sorakan di dalam dewan "Mentang-mentang kita berjuang berhemah… Kita Wanita Melayu.. Wanita Bumiputera.. Wanita Islam.. betul tak?" Wanita Melayu ?? Macam Mahathir jugak dia ni.. Mamak mengaku Melayu.. Tengoklah Video dibawah Sumber gambar dan video tertulis di gambar dan video |
Lisa Surihani di Perhimpunan Agung UMNO. Posted: 29 Nov 2011 11:26 PM PST Menteri mana pulak nak sapu ni?? Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi. Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid. Oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demoKerasi, jadi.. ikut suka dia lah nak sokong Parti mana sekalipun.. Cuma jangan jadi macam MCA sudahlah.. bacalah di ( SINI ) Sumber gambar.. tertulis di gambar tu.. |
Muhyiddin! kalau panik pun janganlah tunjukan sangat... malu kat orang Posted: 29 Nov 2011 10:53 PM PST Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung UMNO. Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden UMNO itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan UMNO dengan tuduhan yang bukan-bukan. Orang ramai tahu yang UMNO sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu. Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh 'menyelam air dalam tunggak' tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden UMNO itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam. Isu yang paling besar ialah tuduhan beliau terhadap DAP yang beliau katakan tidak menghormati institusi raja-raja. Bila pula DAP menolak dan tidak menghormati institusi raja. Yang kita semua tahu UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. DAP mengakui kedaulatan raja-raja kerana mereka tahu mereka perlu perlindungan raja-raja Melayu untuk keselamatan mereka. Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun. Saya ulangi, DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Jaafar di fitnah kononnya telah menyewakan tanah baginda di Port Dickson untuk memelihara khinzir. Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman. Ini semua perbuatan pemimpin besar UMNO yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. UMNO lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu. Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta UMNO yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh UMNO. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu. Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan UMNO ini. UMNO berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu. Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini. DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin? Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula. Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan UMNO itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu? "Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam" kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah UMNO itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar UMNO itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin UMNO kebanyakannya ada pemimpin rasuah? Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang. Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin UMNO itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang UMNO itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Bukankah rasuah dan UMNO itu seperti aur dengan tebing; saling menyandar di antara saty dengan lain. kalau tidak ada UMNO rasuah tidak kekal dan kalau tidak ada rasuah UMNO tidak kekal. Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu? Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari satu billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu?. Berniaga apa itu? Sebenarnya yang ramai dalam UMNO ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya. Itu pun di anggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulin. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam. Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana. Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam UMNO? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, 'sayang bertompok-tompok, benci merata-rata'. Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakan yang UMNO itu sebagai parti yang 'unIslamic' dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya. Apa yang UMNO mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri. Hakikatnya UMNO sudah lama tiada. UMNO itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. UMNO hanyalah satu nama…sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya. Sila sambung bacaan anda di SINI |
APA?? Shahrizat nak selak kain? Posted: 29 Nov 2011 07:52 PM PST Isu penyelewengan dana NFC ini ialah isu yang melibatkan dana awam, sewajarnya ianya diterangkan secara menyeluruh atau dijelaskan kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya bukan dijelaskan kepada Perwakilan UMNO yang sudah di'lembu'kan itu.. Apa yang jelas antara Ketua Wanita PKR dengan Ketua Wanita UMNO ini ialah, Ketua Wanita PKR dilantik sebagai Ahli Parlimen oleh rakyat tetapi Ketua Wanita UMNO pula dilantik sebagai Menteri melalui pintu belakang (atas dasar simpati). Beberapa hari lalu Shahrizat berkata beliau ajan menjawab isu NFC ini "Saya nak bagi mesej yang jelas untuk pihak di luar sana...saya takkan jawab isu NFC sebab tak ada kena mengena dengan saya, tetapi ada satu dua mesej ini...saya akan jawab perkara ini ketika Persidangan Wanita nanti...dalam ucapan saya. Mana jawapannya?? Muhyiddin mahu Ahli UMNO Jihad... tapi si Shahrizat ni nak selak kain pulak... apa cerita ni?? *********************************** Projek lembu: Pemimpin PKR diberi amaran keras Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya. Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli. "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya. Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak". "Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan. Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan. "Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya. Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya. "Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat. Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja. "Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya. Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti. "Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya. Malaysiakini |
BONGKAR!! Modus operandi TV3 sebar FITNAH didedah!! Posted: 29 Nov 2011 05:58 PM PST Memang agak mencurigakan kenapa budak-budak bawah umur di atas ini membawa banner menyokong seksualiti merdeka ketika orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen, menyembunyikan wajah mereka di sebalik banner ketika kamera dihalakan kepada mereka. Apakah tujuan mereka? Adakah mereka ada agenda tersembunyi. Memang ada agenda rupanya.. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" Ini bagi membolehkan TV3 menyebarkan fitnah bagi memburukkan "Walk for freedom 2 walk" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 kononnya Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3). Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini. Hakikatnya.. Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka. Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja. Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas". Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu. Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini. Tambah menguatkan lagi bukti pembohongan Buletin Utama ini, budak-budak bawah umur yang dilaporkan sebagai penyokong Bersih 2.0 oleh TV3 dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai. Penyokong Bersih 2.0 kejadah apa kalau bakar baju kuning yang menjadi simbolik sokongan terhadap Bersih 2.0? Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup mengupah budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah! Dibongkar oleh : Milo Suam |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan