Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Najib diugut Peneroka Felda..
- Konsesi Tol : Guan Eng cabar Nor Mohamed Yakcop berdebat.
- Najib akui UMNO bakal kehilangan kuasa..
- Video : Pengerusi Felda menghina Ketua Peneroka Felda
- Monorel Melaka hadapi masalah lagi!.. sungguh memalukan..
- Antara janji kongres PKR dan 16 September
PANAS!! Najib diugut Peneroka Felda.. Posted: 28 Nov 2011 03:56 AM PST Umpama kata pepatah 'Ditelan mati emak, diluah mati bapa' itulah yang sesuai buat Najib kini, Hari ini Golongan Peneroka yang boleh dianggap sebagai 'Fixed Deposit' undi Barisan Nasional telah memberikan kata dua kepada Najib. Dalam satu sidang media hari ini, Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) telah memberikan kata dua kepada Najib Tun Razak supaya membuat pilihan.. pilih antara undurkan Isa Samad dari jawatan Pengerusi Felda atau Peneroka yang berjumlah 1.6 Juta warga peneroka akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.. Jika diundurkan Isa Samad kemungkinan besar kita semua rakyat Malaysia akan mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku antara Najib dan seseorang di sebuah Hotel di Port Dickson semasa Isa Samad menjadi MB.. Dikekalkan pula Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.. Barisan Nasional bakal menjadi pembangkang selepas PRU13 yang akan tiba nanti.. ********************************** Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi KUALA LUMPUR, 28 Nov ― Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13. Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara. Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN. Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama. Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan. Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu. "Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan (Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah," kata kenyataan media itu. Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda. Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah. Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, (gambar) menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda 'Umno' mengganggu peneroka. Kenyataan media menyebut Isa pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti "jika budak kecil,saya dahlempang", "munafik", "pembohong", "penipu", "jika saya jumpa saya akan lutu dia"- video sila lihat di ( SINI ) Shamsuddin berkata, dalam pengalamannya sebagai seorang peneroka ini kali pertama seorang pengerusi menghina ketua peneroka sebegitu rupa. Kenyataan itu menambah, "JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda." Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri. "JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Konsesi Tol : Guan Eng cabar Nor Mohamed Yakcop berdebat. Posted: 28 Nov 2011 01:02 AM PST Sebelum itu.. perhatikan jumlah belanja yang dikeluarkan dan juga pendapatan yang telah dikutip oleh pemegang konsesi Jambatan dan Lebuhraya (baca Kroni UMNO) berikut yang telah disifatkan sebagai penangguhannya selama lima tahun membawa menafaat kepada rakyat oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.. - Jambatan Pulau Pinang kos pembinaan RM944 juta, jumlah kutipan tol RM1,859 juta. - Lebuhraya BKE kos pembinaan RM256 juta, jumlah kutipan tol RM340 juta. - Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kos pembinaan RM5,945 juta, jumlah kutipan tol RM24,266 juta. Rakyat yang bagaimana dimaksudkan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop? ********************************** Kenyataan Akhbar Cabar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Untuk Berdebat Isu Sama Ada Lanjutan Konsesi Jambatan Pulau Pinang Selama 17 Tahun Dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) Selama 11 Tahun Sebagai Balasan Pembekuan Kenaikan Kadar Tol Selama 5 Tahun Membawa Manfaat Kepada Rakyat Pulau Pinang Mahupun Malaysia. Saya ingin mencabar Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka berhubung dengan isu sama ada lanjutan konsesi jambatan Pulau Pinang selama 17 tahun dan BKE selama 11 tahun sebagai balasan untuk pembekuan kenaikan kadar tol selama 5 tahun di 5 lebuhraya termasuk lebuhraya utara-selatan (NSE) akan membawa manfaat kepada rakyat Pulau Pinang mahupun Malaysia. New Straits Times hari ini telah melaporkan bahawa Tan Sri Nor telah mengecam saya kerana mengamalkan "double-standards" dalam bantahan saya terhadap semakan semula perjanjian tol. Saya tidak dapat melihat bagaimana semakan semula yang menangguhkan kenaikan tol selama 5 tahun sehingga 2016 ini dapat membawa manfaat kepada rakyat. Tambahan pula, saya tidak faham bagaimana saya boleh dikatakan sebagai mengamalkan "double-standards" apabila saya mengambil pendirian yang berprinsip untuk membantah syarikat-syarikat pengendali tol yang selama ini meraut keuntungan yang besar daripada rakyat. Semakan semula terma konsesi seperti di atas BUKANLAH satu keadaan "menang-menang" bagi Kerajaan, pengendali tol dan juga rakyat tetapi satu kemenangan yang besar bagi syarikat-syarikat pengendali tol sahaja. Rakyat Pulau Pinang akan menerima hukuman yang tidak adil sebagai balasan untuk pembekuan kenaikan kadar tol selama 5 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang, NSE, BKE, Linkedua dan Elite. Rakyat Pulau Pinang sekarang dihukum dengan lanjutan tol selama 17 tahun untuk Jambatan Pulau Pinang, iaitu sampai 31.12.2038 dan bukan tarikh luput asal 31.12.2021. Bagi BKE pula, tempoh tol ditambah 11 tahun kepada 31.12.2038 daripada tarikh luput asal 27.6.2026. Ini telah dilakukan supaya kadar tol untuk 5 lebuhraya di atas akan dibeku selama 5 tahun. Tambahan pula, tidak ada lanjutan tempoh tol bagi NSE atau Linkedua. Yang paling tidak adil dan tidak berhati nurani, adalah hakikat bahawa syarikat-syarikat pengendali tol sudah pun meraut keuntungan yang besar di mana kos pelaburan asal pun sudah selesai dikutip. Jawapan bertulis Parlimen mengenai hasil yang telah dikutip syarikat-syarikat pengendali tol sehingga 31.12.2010 telah menunjukkan bahawa syarikat pengendali tol NSE telah membelanjakan RM5,945 juta untuk pembinaan lebuhraya tersebut, manakala telah menerima sebanyak RM24,266 juta daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan dalam jangka masa yang dinyatakan. Dalam erti kata lain, syarikat pengendali tol NSE telah mencatat lebihan sebanyak RM18,321 juta setakat 31.12.2010 daripada pelaburan asal. Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol? Sepatutnya, dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi NSE patut dihentikan serta merta sedangkan hasil kutipannya sudah pun 3 kali ganda pelaburan asal. Keadaannya serupa untuk Jambatan Pulau Pinang yang telah mengutip sebanyak RM1,859 juta dengan kos pembinaan RM944 juta. Lebihan yang dicatat sebanyak RM924 juta. Bagi BKE, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta manakala kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta. Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja tidak sepatutnya terus dibebani tol sehingga 31 Disember 2038, malah tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta. Namun demikian, Tan Sri Nor mendakwa bahawa semakan semula perjanjian tol ini membawa manfaat kepada rakyat melalui pembekuan kenaikan kadar tol, sedangkan kenaikan kadar tol ini sebenarnyamenyamar disebalik lanjutan tempoh tol. Kesannya mungkin tidak dirasai sekarang, tetapi kesakitannya akan berlanjutan selama 17 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang dan 11 tahun bagi BKE. Jika Tan Sri Nor betul-betul yakin bahawa semakan semula perjanjian ini membawa manfaat kepada rakyat, beliau patut berdebat dengan saya supaya rakyat dapat memahami bagaimana semakan semula perjanjian ini akan membawa manfaat kepada mereka dan bukan kepada syarikat-syarikat pengendali tol. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng 28.11.2011 |
Najib akui UMNO bakal kehilangan kuasa.. Posted: 27 Nov 2011 11:34 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab. "Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa. "Biarpun Umno boleh berbangga dengan pelbagai pencapaiannya sebelum ini, tetapi sebagai sebuah parti politik, ia perlu prihatin dengan perubahan dalam landskap politik hari ini yang berbeza. "Dunia telah berubah dalam banyak cara dan hari ini kita berdepan dengan cabaran-cabaran baru, dan Umno sebagai sebuah parti politik, kita sendiri perlu melakukan perubahan secara berterusan, malahan kita perlu melakukan pembaharuan dan mentransformasi diri kita supaya kita dapat dilihat sebagai sebuah parti yang dinamik, dan itulah cabaran terbesar bagi sebuah parti yang telah berkuasa terlalu lama," semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur. Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar. "Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar." Najib berkata selepas melalui banyak era, daripada perjuangan bagi mencapai kemerdekaan, menentang pemberontakan komunis, membawa pembangunan dan perindustrian, Umno kini menuju ke fasa lebih menarik kerana ini akan menjadi fasa terakhir terhadap apa yang disifatkan sebagai benar-benar menarik dan menyatukan semua rakyat Malaysia. "Semasa perdana menteri sebelum saya Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengumumkan wawasan bagi negara pada 1993, Wawasan 2020, ia menggembirakan negara. Sama seperti ketika Presiden Kennedy kata, mari kita hantar orang ke bulan. Ia telah menggegarkan seluruh negara Amerika Syarikat. "Saya beritahu Dr Mahathir, anda buat bahagian yang mudah, anda lakukan bahagian "apa", tetapi saya perlu lakukan bahagian "bagaimana"," katanya secara berseloroh. Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi. Justeru, menurut Najib, adalah "amat penting" bagi Umno dan BN dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan. Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan. "Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020. "Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya. Malaysiakini |
Video : Pengerusi Felda menghina Ketua Peneroka Felda Posted: 27 Nov 2011 08:48 PM PST Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda menghina peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka. Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda. Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook. Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan. Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak. Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata. Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!! -Puterikarimun |
Monorel Melaka hadapi masalah lagi!.. sungguh memalukan.. Posted: 27 Nov 2011 07:21 PM PST Satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional!! Ali Rustam kata ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi tetapi selepas tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat... Perkhidmatan dihentikan bila hujan? Sungguh Memalukan!! Agibs Engineering Sdn. Bhd. Kontraktor yang bertanggungjawab terhadap projek ini kroni siapa agaknya ya.. Sedikit info mengenai Monorel Melaka: 1) Dibina dengan kos RM 16.5 juta (fasa pertama), fasa kedua projek Monorel Melaka dijangka menelan belanja RM 13.2 juta, bagi menghubungkan stesen sedia ada dengan satu lagi stesen yang akan dibina. 2) Laluan monorel ialah sepanjang 1.6 km, melalui pesisiran Sungai Melaka 3) Mempunyai 2 buah stesen; Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat 4) Sebuah gerabak boleh memuatkan seramai 22 penumpang dalam satu-satu masa, dan perjalanan pergi balik dari Stesen Hang Tuah di Taman Rempah ke Stesen Hang Jebat di Jalan Bunga Raya ialah sekitar 30 minit. 5) Kerja-kerja pembinaan dilakukan sejak dari 2008, dan siap mengikut jadual iaitu pada Jun 2010. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Agibs Engineering Sdn. Bhd. 6) Dibuka kepada orang ramai mulai 22 Oktober 2010. Bayaran dikenakan; Dewasa = RM 10, Kanak-kanak = RM 2. *********************************** Monorel Melaka hadapi masalah lagi Baru tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat. Malaysiakini difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen. Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel. Sementara itu, tambang RM10 setiap seorang untuk menaiki monorel berkenaan kemudiannya dikembalikan kepada pelancong terbabit. Difahamkan juga keputusan membatalkan perkhidmatan berkenaan adalah berikutan ketiadaan sejenis cat thermal khas pada landasan yang membolehkan perkhidmatan dijalankan seperti biasa pada waktu hujan. Tanpa cat berkenaan, roda monorel dikatakan tidak akan dapat mencengkam landasan dengan baik. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, perkhidmatan monorel berkenaan tidak akan dapat berjalan seperti biasa pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya. Menurutnya, keadaan basah yang disebabkan hujan akan mengurangkan cengkaman pada landasan dan roda monorel. "Sebab itulah kita meminta pihak pengurusan Monorel Melaka supaya tidak mengendalikan perkhidmatan pada waktu hujan," katanya. Selain itu, katanya, sepasukan jurutera SPAD akan turut dihantar untuk memeriksa monorel berkenaan hari ini. Tidak selamat Jumaat lalu, perkhidmatan Monorel Melaka memulakan semula operasi selepas digantung perkhidmatannya sejak awal bulan ini. Kebenaran untuk pengendali perkhidmatan itu, Menara Taming Sari Bhd, memulakan semula perkhidmatan dikeluarkan SPAD setelah berpuas hati langkah diambil pengendali perkhidmatan terhadap beberapa isu ditimbulkan sebelum ini. Bagaimanapun, syarat SPAD mengenai penggunaan cat khas itu masih belum dilaksanakan dan hanya akan dibuat apabila perkhidmatan monorel dihentikan seketika bagi menjalankan penyelenggaraan berjadual Januari depan. 2 November lalu, dua pelancongan Britain terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba. Berikutan itu, SPAD melakukan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dan mendapati perkhidmatan monorel itu gagal mematuhi aspek keselamatan yang mengundang bahaya kepada para pengguna. SPAD kemudian mengumumkan perkhidmatan itu digantung selama 30 hari. Tindakan itu, mengundang rasa tidak puas hati Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mendakwa ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi. Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta dilancarkan oleh pada 20 Okt tahun lalu sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri maju 2010 dan kira-kira 16,000 penumpang telah menaikinya. Malaysiakini |
Antara janji kongres PKR dan 16 September Posted: 27 Nov 2011 05:50 PM PST Satu analisa oleh Muda Moh Noor, walaupun pahit tapi perlu ditelan juga oleh seluruh Ahli KeAdilan.. PETALING JAYA: Kongres nasional PKR selama tiga hari yang berakhir semalam skripnya sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Perbezaannya hanya tempatnya dan tarikh. Selama tiga hari – 25 hingga 27 November – kongres mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin agung dan bakal menjadi perdana menteri baru negara selepas pilihan raya umum ke 13. Kesimpulannya kongres nasional PKR di Pulai, Johor negeri yang diwar-warkan akan ditawan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang tidak lebih dari memukul canang untuk menakut-nakutkan BN. Bukan kali pertama PKR memalu gong bahawa parti reformasi ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menghabiskan riwayat BN dan seterusnya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Semakin hampir parlimen dibubarkan, bertambah kuat suara Anwar dan pucuk pimpinan lain menggertak BN. Tetapi sesiapa yang waras tentu mempercayai laungan sedemikian rupa tidak lebih daripada sekadar mendabik dada untuk menarik perhatian kononnya Pakatan Rakyat sudah pasti akan merampas Putrajaya. Menanam mimpi Untuk merampas Johor, Melaka dan Negeri Sembilan seperti sasaran Anwar umpama menanam mimpi. Tidak perlu dihujahkan lagi mengapa PKR, PAS dan DAP akan gagal di negeri tersebut. Jika pilihan raya umum 2008 dijadikan ukuran, PKR hanya boleh bertahan di Wilayah Persekutuan dan Selangor sahaja. Di Terengganu, Sabah dan Melaka PKR ditolak mentah-mentah oleh rakyat. PKR tidak menang sebarang kerusi. PKR dilanda masalah, kemelut dan kontroversi yang tidak pernah menemui titik noktah. Elemen-elemen ini menjadikan parti semakin tidak relevan. Kongres nasional ini sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan parti. Sebahagian wakil rakyat dan pemimpin PKR sendiri bermasalah. Anwar mengakuinya dengan menganggap mereka lupa diri. "Ada wakil rakyat yang kita tahu hidupnya lumayan sehingga lupa amanah dan kerja yang harus mereka lakukan dalam menaikkan lagi imej parti," katanya. Justeru itu, katanya, wakil rakyat berkenaan tidak wajar diberi mandat untuk dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang. Telefon dan SMS Lebih mengejutkan ada pemimpin berkenaan tidak menghadiri kongres ini sebagaimana diakui Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Wakil Kedah, Azman Ismail berkata wakil rakyat dan pemimpin parti tidak tahu berkomunikasi dengan rakyat menyebabkan rakyat tidak puas hati. Mereka, iaitu wakil rakyat dan pemimpin itu berkomukasi menggunakan telefon dan SMS sahaja. Anwar sendiri sedang bergelut dengan perbicaraan kes liwat, selain dakwaan video seks yang menggemparkan negara beberapa bulan lalu. Begitupun, aura Anwar dalam arus politik negara tidak pernah pudar tetapi sejak kebelakangan ini kelihatan seperti mula menurun. Begitupun, kejayaan PKR dalam menghadapi pilihan raya umum ini bergantung kepada Anwar. Anwar adalah nyawa PKR. Itu nyata, Tetapi Anwar seorang diri tidak boleh melakukan semuanya. Janji 16 September BN juga sudah berubah. Datuk Seri Najib tidak sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan tekad mengembalikan kecemerlangan lama, tidak mudah untuk Anwar dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun BN juga terlempar dengan beberapa skandal tetapi dengan penguasaan media dan jentera kerajaan, sukar untuk mempercayai kerajaan berusia lebih 50 tahun itu akan ditumbangkan. Janji Anwar bahawa PKR dan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan baru selepas piiihan raya umum seolah mengulangi janji 16 September 2008. Semakin dekat dengan tarikh itu, Anwar dengan yakin bahawa jumlah ahli parlimen BN yang menyertai bertambah setiap hari. Malangnya tiba 16 September, Anwar gagal mengambilalih kerajaan persekutuan. Dan tidak ada seorang pun wakil rakyat BN melompat ke Pakatan Rakyat. Dan yang berlaku adalah sebaliknya. Lima ahli parlimen PKR meninggalkan Anwar. Jadi bolehkah janji Anwar untuk merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang boleh dipercayai? Adakah ia akan menjadi kenyataan atau hanya mimpi di Pulai? Free Malaysia Today |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan