Selasa, 15 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar : Artis Kita yang semakin berani...

Posted: 15 Nov 2011 05:37 AM PST

Kenalkah anda siapakah artis diatas ini? Beliau bukanlah dari Hollywood mahupun Bollywood tapi dari tanah air kita sendiri… apa nak jadi ni?

Dulu masa Allahyarham Tok Mat jadi Menteri Penerangan tak jumpa pulak aku artis Melayu yang seberani ini.. tapi sekarang??


Gambar: Fasha Sandha Ke Parti Pelancaran Majalah LISA Versi Malaysia

Anda perasan atau tidak tarikh hari ini, cantik susunan nombor 11.11.11 untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai memori.

Kami pasti ramai pasangan bercinta di'luar sana bakal membawa hubungan mereka ke satu aras baru hari ini dengan ikatan pernikahan. Tahniah dari kami walau siapa pun diri anda.

Awal malam semalam, satu majlis pelancaran untuk sebuah majalah baru di'pasaran Malaysia LISA yang di'adaptasi dari keluaran luar negara.

Ramai hadirin yang turut serta memeriahkan majlis ini termasuk beberapa orang selebriti tempatan seperti Lisa Surihani, Nur Fazura, Liyana Jasmay, Awal Ashaari, Sazzy Falak, Shaheizy Sam & pastinya yang menjadi perhatian — Fasha Sandha.

Demi Tuhan kami tidak tahu nama khas pakaian yang cukup awesome di'kenakan oleh Fasha Sandha malam tadi tetapi menurut seorang 'pakar fesyen' yang bersama kami malam tadi, persalinan Fasha Sandha ini cukup berani & sesuai dengan tubuh badan'nya.

Tidak kami mahu mengulas lanjut dan gambar Fasha Sandha di parti pelancaran majalah LISA versi Malaysia yang berlangsung di The Intermark, Kuala Lumpur selepas ini. Enjoice!

Enjoice!



Sumber : RotiKaya

Lagi pemimpin UMNO desak Shahrizat letak jawatan

Posted: 15 Nov 2011 12:55 AM PST



Kata Ketua Umno Bahagian Padang Besar "Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri,"


Lagi pemimpin Umno desak Shahrizat letak jawatan

PETALING JAYA: Selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) lain juga mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) termasuk membeli seunit kondominium One Menerung Bangsar dekat Kuala Lumpur berharga RM9.8 juta.

Semalam Bung Mokhtar meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kerana telah menyusahkan Umno.

Ketika dihubungi, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan jika Shahrizat mahu berniaga lembu beliau tidak perlu menjadi menteri.

"Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri," katanya.

TPM pertahan Shahrizat

Pandangan sama diberikan Setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee yang juga ketua Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan ringkas beliau, "Shahrizat perlu letak jawatan."

Bagaimanapun laporan terbaru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan menteri.

Pandangan sama diberikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkata isu itu patut diajukan kepada suami Shahrizat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tampil mempertahankan Shahrizat.



Isu Fidlot : Pak Lah dan Muhyiddin muncul membela Shahrizat..

Posted: 14 Nov 2011 11:34 PM PST



Dua lagi Hero UMNO telah muncul untuk menyelamatkan Shahrizat, seorang ialah Perdana Menteri semasa projek ini dilancarkan yang tiba-tiba terbangun dari tidurnya.. manakala seorang lagi pula adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu.


Kata Hero yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu "Beliau (Bung Moktar) tidak mengatakan Shahrizat secara langsung terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat,"

Kata yang menjadi Perdana Menteri semasa projek ini dilancarkan.."Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.


*****************************

NFC: Shahrizat tak perlu letak jawatan, kata Muhyiddin
Oleh Lisa J. Ariffin

PUTRAJAYA, 15 Nov - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat secara langsung dalam Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), projek kontroversial yang diuruskan oleh anggota keluarganya, dan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet dan parti.

Beliau mengulas demikian ekoran kenyataan pelbagai termasuk desakan wakil rakyat Umno-BN dari Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin semalam di Dewan Rakyat agar mereka yang bertanggungjawab dalam skandal NFC wajar meletakkan jawatan.

"Beliau (Bung Moktar) tidak mengatakan Shahrizat secara langsung terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat," kata Muhyiddin kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun katanya, gesaan timbalan pengerusi BBC-BN itu agar Shahrizat meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak perlu di kalangan "orang sendiri."

"Ini sudah dijawab di Parlimen oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Noh Omar) dan telah dibincang dan diperjelaskan dengan mendalam lebih sejam dan seharusnya disambut dengan baik.

"Sama ada betul (untuk meminta agar letak jawatan)Datuk Bung Moktar dengan sendirinya boleh fikir," katanya lagi.

Muhyiddin juga berkata syarikat yang terlibat seharusnya datang dengan penjelasan mereka sendiri dalam isu ini.

Kata beliau, ia akan membolehkan syarikat terbabit menjelaskan apa yang berlaku sebagaimana ditekankan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya.

"Terserah kepada mereka," katanya.


***************************

NFC: Pak Lah minta Pakatan jangan heret Shahrizat, tapi tanya suami dia
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tidak wajar meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dilaporkan gagal, memandangkan anggota Kabinet itu tidak terlibat dalam projek tersebut.

Sebaliknya, bekas perdana menteri ini berkata individu yang perlu menjawab segala persoalan berkaitan adalah suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

Abdullah menambah Shahrizat tidak perlu melayan desakan supaya meletakkan jawatan.

"Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.

"Kalau Shahrizat jadi CEO bolehlah (tanya) tapi sekarang dia tidak terlibat dan sangat tidak adil melabelkan Shahrizat terlibat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Sains dan Nilai: Isu-isu Kontemporari dan Jalan Penyelesaian di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini.

The Malaysian Insider difahamkan NFC mula beroperasi pada 2008 semasa pentadbiran Abdullah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ditanya mengenai NFC, Abdullah bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dengan alasan ia perkara lama.

Isu projek NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.

Susulan pendedahan laporan itu, pada Khamis lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Ekoran skandal itu, banyak pihak terutamanya dari PKR menggesa supaya Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno meletakkan jawatan yang disandang dan bertanggungjawab atas perkara itu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta disalurkan kepada NMLC.

Menurut Abdullah, Salleh adalah individu yang paling tepat untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.

"Saya cadangkan supaya Ahli Parlimen kita jemput Dr Salleh beri taklimat dan terangkan mengapa isu ini timbul.

"Berapa banyak duit, ke mana duit itu dibelanjakan... tanya mereka yang tahu, jangan terlalu cepat keluarkan pandangan dan selepas itu nak buat kesimpulan. Apa yang penting tanya orang yang berkenaan," katanya.


The Malaysian Insider

Dari mana anak Najib peroleh RM1.7 juta beli saham?

Posted: 14 Nov 2011 10:52 PM PST



KUALA LUMPUR 15 Nov: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan dari mana anak perdana menteri memperoleh wang sebanyak RM1.69 juta untuk membeli saham sebuah syarikat pembalakan.


Menurut Shamsul, anak lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak itu bukan ahli perniagaan terkemuka, malah kemampuannya memiliki jutaan ringgit juga dipersoalkan dalam usia yang muda.

"Tentunya penglibatan anak Najib menimbulkan persoalan dan tandatanya. Mana mungkin seorang anak PM dalam usia yang masih muda mampu membeli saham jutaan ringgit kalau tidak kerana elemen penyalahgunaan kuasa Najib sebagai PM, dan juga elemen proksi serta kronisme yang diamalkan," kata Shamsul.

Minggu lalu, Keadilan Daily melaporkan Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit dan memiliki 1.19 peratus kepentingan dalam Harvest Court Industries Bhd, .

Tindakan itu melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham selepas Nazifuddin dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, bersama rakan perniagaannya, Raymond Chan Boon Siew,39.

Kedua-dua mereka dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Harvest, 28 Oktober lalu iaitu 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court dengan memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.

Semalam, saham syarikat itu dilapor kembali melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun

Harga saham syarikat berkenaan mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu, sebelum ditutup pada RM2.13.

Menurut Shamsul, berita penglibatan anak Najib dalam pembelian saham itu juga timbul selepas pendedahan mengenai projek lembu yang diberikan kepada keluarga menteri dengan dana RM250 juta.

"Ini adalah perkara yang memperkukuhkan lagi apa yang disebut Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pemimpin dan keluarga pemimpin.

"Ia merupakan satu keadaan yang membimbangkan, malah tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa perlakuan rasuah dan salahgunakuasa ini sudah tidak oleh diselamatkan lagi di bawah kerajaan Barisan Nasional," tegas Shamsul.

Tambah beliau, laungan perdana menteri bahawa rakyat didahulukan juga adalah satu bentuk hipokrasi, di mana yang jelas diutamakan ialah kepetingan keluarganya dan bukan rakyat.

"Saya mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian dengan memulakan siasatan segera terhadap anak Najib terutamanya kemampuan beliau membeli saham jutaan ringgit," kata Shamsul.


http://www.keadilandaily.com/?p=22965

Zahid Hamidi ke Makkah dengan Jet Peribadi..

Posted: 14 Nov 2011 08:10 PM PST



Zahid hanya mengaku beliau menumpang jet peribadi yang dikatakan milik kawannya tetapi beliau tidak menafikan akan salahgunakuasa yang dilakukannya untuk menggunakan kenderaan dari Tabung Haji yang dibeli dengan wang pendeposit Tabung Haji.. baca e-mail tersebut di bawah..


KUALA LUMPUR, 15 Nov — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya.

Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.

"Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji," kata beliau (gambar) dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: "Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?"

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi - The Malaysian Insider


*****************************

E-mail yang disebar itu..

By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian.

Khairy yakin UMNO boleh menang banyak di Pulau Pinang

Posted: 14 Nov 2011 07:35 PM PST



PULAU PINANG 14 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan parti itu mampu menambah lebih banyak kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain mempertahankan 11 kerusi sedia ada yang telah dimenangi UMNO pada pilihan raya umum lalu, kajian yang dibuat pergerakan itu mendapati terdapat beberapa kerusi lain yang boleh ditawan terutama di kawasan yang wakil rakyatnya gagal menunjukkan prestasi kerja baik.

Jelas beliau, tidak ketinggalan menjadi tumpuan adalah kawasan lain yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti rendah.

''Ketika ini, kita fokus kepada pengundi muda. Kita sudah buat kajian mengenai kedudukan pengundi muda bukan sahaja di Pulau Pinang malahan negeri lain dan fokus kempen kita dalam tiga hingga enam bulan ini tertumpu kepada kumpulan ini yang memainkan peranan yang sangat penting,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemuda UMNO Malaysia Kedua di sini hari ini.

Selain strategi kempen pilihan raya, mesyuarat tersebut turut membincangkan tentang program-program yang telah disusun selama dua minggu menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Menurut Khairy, dalam menjayakan gerak kerja tersebut, pihaknya akan menumpukan usaha mendekati golongan muda yang dibahagikan kepada beberapa kawasan termasuk mengikut lokasi mengundi, bandar dan luar bandar.

"Kita akan dekati mereka mengikut isu tempatan di kawasan itu begitu juga pengundi yang sebelum ini tidak kita dekati dan terlepas pandang.

"Kita akan cuba membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini dalam usaha merampas semula Pulau Pinang," ujarnya.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya telah membina satu pangkalan data mengandungi maklumat mengenai semua individu yang terlibat dan diberi bantuan oleh pergerakan itu untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas beliau, pada setiap program yang dianjurkan Pemuda terutamanya oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO, pihaknya telah mendaftarkan mereka yang terlibat di dalam sistem pangkalan data bersepadu itu yang mengandungi semua maklumat terperinci mengenai individu terlibat.

''Setakat ini SHEB telah mendaftar lebih daripada 213,000 orang yang pernah terlibat dalam program yang mereka anjurkan manakala 200,000 orang lagi kita daftarkan semasa program Karnival Kerjaya Pemuda BN yang pertama.

''Mereka ini akan kita hubungi sama ada melalui emel, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menyalurkan sebarang maklumat mengenai kempen pilihan raya umum akan datang. Kita akan dekati mereka dengan cara yang lebih berkesan," ujarnya.


Lidah Rasmi UMNO

Jamil Khir hanya mengampu bukannya membantu?

Posted: 14 Nov 2011 07:04 PM PST



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan "penasihat agama" yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya "lebih kepada budaya ampu".


"Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.

"Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham," kata Juanda yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, London.

Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat pada Zohor hari itu, itupun jika mereka melakukan nafar awal setelah selesai mabit di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar di tiga jamrah pada hari berkenaan.

'Tak dimanfaat, tak bermanfaat'

Susulan itu, Jamil Khir menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

Manakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang "jahil" dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi "tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat".

"Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?

"Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat," katanya.

Yakin haji lengkap, PM salah tweet

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

"Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.

Beliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan mengeluarkan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008.


Malaysiakini

Isu Fidlot : Bung Mokhtar mahu Shahrizat letak jawatan (Video Inside)

Posted: 14 Nov 2011 04:21 PM PST



Sebelum ini, kita telah menyaksikan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menafikan hak Shahrizat untuk membuat penafian atau membela dirinya sendiri tentang dakwaan pihak KeAdilan terhadapnya tentang pembelian Kondominium Mewah yang nilainya hampir mencecah RM10 Juta.


Khairy telah mengakui bahawa pihak National Feedlot Centre (NFC) telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk NFC untuk membeli Kondominium itu.. - sila baca di (SINI).

Petang semalam pula Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin meneruskan serangan terhadap Shahrizat dengan memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Bung Moktar membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Saksikan video dibawah.. dengarkan berapa ramai yang setuju dengan Bung Mokhtar.. hanya pencacai UMNO saja yang tak nampak penyelewengan ini..



Pendapat aku.. sepatutnya bukan Shahrizat seorang yang didesak meletak jawatan tetapi Menteri yang mempertahankan Projek ini juga.. begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO yang jelas cuba memperbodohkan rakyat dalam hal ini..

Tiada ulasan: