Isnin, 14 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Di Kedah, PAS dituduh jual tanah Wakaf.. Tapi di Sabah, BN rampas dan jual Pulau..

Posted: 14 Nov 2011 08:23 AM PST



Sudah hampir satu minggu beberapa blog pro UMNO telah memainkan isu kononnya PAS Kedah telah menjual tanah wakaf, bertindak sebagai penyambung fitnah TV3 turut memainkan peranan dengan menyiarkannya.


Ustaz Azizan yang juga MB Kedah telah mengakui memang betul kawasan pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan PAS Kedah melibatkan tanah wakaf yang berhampiran tanah wakaf tersebut terdapat sebuah surau.

Menurutnya lagi Tanah Wakaf tersebut adalah antara kawasan yang terlibat dengan pembinaan kompleks membeli belah.

Kompleks membeli belah itu akan menyediakan sebuah Surau yang boleh memuatkan hampir 400 jemaah dalam satu masa dibahagian bawah Komplek.

Dan hal ini telah dipersetujui oleh Pemaju, Majlis Fatwa Negeri dan juga Majlis Agama Negeri

Dengar penjelasan MB Kedah berkenaan isu ini..



Harap korang faham penjelasan Ustaz Azizan itu…

Jika di Kedah Kerajaan PAS Kedah telah difitnah menjual tanah wakaf oleh pencacai UMNO..

Tetapi mengapa mereka membutakan mata dan memekakkan telinga dalam hal Pulau SIpadan yang telah dirampas dari warisnya dan juga tiga buah Pulau di Sabah yang dikatakan akan dijual kepada pihak asing oleh Kerajaan UMNO/BN Sabah..

Ketiga-tiga pulau terbabit, pertama Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.

Dengarkan rintihan pihak pewaris yang mempertikaikan mengapa pihak kerajaan tidak membuat sebarang rundingan dengan pihak waris Pulau Sipadan sebelum mewartakan pulau tersebut sebagai sebuah taman laut, sedangkan Mahkamah telah membuktikan mereka berhak terhadap pulau tersebut.

Dan dengarkan juga waris Pulau Pandanan mempertikaikan bagaimana Pulau yang diwarisinya tiba-tiba hendak dijual tanpa pengetahuannya.

Umpama peribahasa Bajau yang bermaksud Mengapa Ikan Kerapu punya rumah, Ikan Sardin pula yang makan hasilnya..

Saksikan rintihan pihak pewaris yang inginkan penjelasan mengenai hak mereka yang dinafikan oleh Kerajaan Sabah sendiri

Azman Mokhtar dan Tony Fernandes tipu rakyat - Bung Mohtar

Posted: 14 Nov 2011 06:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.


Dari kanan, AirAsia chief executive Tony Fernandes, Pengerusi Malaysia Airlines Md Nor Yusof
dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar.


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.


"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara," kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.

"Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain," katanya lagi.

"Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat," kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.

Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan "sekarang cuba untuk menipu MAS."

"Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah," katanya ketika membahaskan Bajet 2012.

Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.

"Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.

"Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa," kata beliau sambil menambah, "jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita," kata beliau lagi.

Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna "pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi."

Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.


The Malaysian Insider

180 keluar PKR cerita BOHONG!

Posted: 14 Nov 2011 03:45 AM PST



Suhaimi Saari Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan (gambar atas) dikatakan telah dibayar RM4000.00 sebulan oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor, ini menurut Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.


Dakwan Suhaimi bahawa "Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan," juga adalah satu cerita bohong..

Sila baca di (SINI) dakwaan Suhaimi Saari itu..

Bukan saja Ketua Umno Baha¬gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik malah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai pun ditipunya..

Kesian kat pemimpin UMNO/BN yang dah kena tipu dengan mamat tu..

Rupa-rupanya.. Ahli PKR yang tak dihargai oleh pimpinan PKR amat dihargai oleh para pemimpin UMNO/BN..

Pencacai-pencacai UMNO pun tak mendapat layanan macam mamat tu..


*******************************

180 keluar PKR adalah pembohongan

PETALING JAYA – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR) keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya Suhaimi Saari.

Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.

"Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,"katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

"Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah namun bila tiba di sana segala berubah selepas ianya dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,"katanya.

Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam cabang pjs,beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

"Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia juga tidak mempunyai apa-apa lagi urusan dengan PKR,"katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan turut menegaskan naibnya itu kini sudah dibayar oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor.

"Dia dapat RM 4000. sebulan dari BN dan peruntukkan RM 200,000 untuk buat program belia di Selangor kita sudah tahu perkara ini sejak dua minggu yang lalu namun kita tidak gentar kerana sebelum ini dia bukanlah seorang ahli yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh,"katanya.

Jelasnya lagi, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebaliknya ianya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya.

Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas naib cabang PKR Pjs Suhaimi Saari bahawa 180 orang ahlinya keluar parti dan menyertai Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pjs Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu program yang diadakan di Bentong semalam.

Sinar Harian

Isu Fidlot : SPRM tidak boleh siasat?

Posted: 14 Nov 2011 01:02 AM PST



Tidak sampai setahun Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Selangor beliau telah dituduh terlibat dalam rasuah.


Beliau telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih kemudiannya.

Dan Teoh Beng Hock pula disiasat oleh SPRM hingga beliau membunuh diri? Berikutan dakwaan penyelewengan tuntutan RM3,000 bagi tujuan pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Kes pertama ianya melibatkan pemimpin PKR manakala kes kedua pula ianya melibatkan petugas dari DAP.. Dan dibawah pula ialah kes yang melibatkan pemimpin UMNO…


NFC: SPRM tak boleh siasat kes beli kondo, serah kepada polis
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

"Sehubungan itu, SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak polis. Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009," kata suruhanjaya.

Kenyataan itu berkata SPRM ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan NFC dan satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.

"Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Pengadu telah pun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM," kata kenyataan itu lagi.

The Malaysian Insider

Kes seleweng wang zakat ni, Bila Jamil Khir nak jawab?

Posted: 13 Nov 2011 11:48 PM PST



KUALA LUMPUR 14 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kesal kerana sehingga kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menjawab isu penyelewengan wang zakat.


Awal November lalu, Mahfuz mendakwa Jamil mengarahkan Yayasan Taqwa, membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk 'Bukti Pas bukan parti Islam'.

Justeru itu, Mahfuz meminta penjelasan Jamil kenapa Yayasan Taqwa yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memperoleh sumber dari hasil wang zakat, diperalat bagi tujuan politik.

"Kita minta dia (Jamil) buat penjelasan kenapa membuat pengarahan melalui setiausaha sulit kanan, mengarahkan Yayasan Taqwa (membayar syarikat berkenaan),"

"Dia (Jamil) dah balik (menunaikan haji) dari mekah, harap dapat menampilkan imej sebagai seorang yang baru balik dari Mekah dan bagi penjelasan," kata Mahfuz.



Mahfuz sebelum ini mendakwa maklumat itu diperoleh berdasarkan satu surat oleh JPM kepada Yayasan Taqwa bagi membayar syarikat penerbitan buku yang didakwa memburukkan Pas itu.

Buku berkenaan diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

Mahfuz memberitahu, kursus anjuran Jakim yang sudah tiga kali diadakan itu, turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri dianjurkannya.

Program itu juga memanggil bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan ucapan.

Jamil sebelum ini turut didakwa menggunakan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


http://www.keadilandaily.com/?p=22925

Bapa Bob Lokman saran Bob tukar nama..

Posted: 13 Nov 2011 11:06 PM PST



KOTA BHARU - Bapa kepada pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, Lokman Ahmad, 73, sehingga kini belum mengetahui perkembangan terbaru anaknya itu.


Beliau berkata, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, pernah dihubunginya ketika berita penahanan anaknya itu dihebahkan menerusi media, namun belum sempat berbual dengannya.

"Mengikut media, Bob ditahan tetapi sudah dibebaskan. Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan.

"Mungkin nama Bob itu perlu ditukar kepada Ustaz Mohd Hakim kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempu­nyai latar belakang pengajian agama," katanya, semalam.

Beliau berkata, nama 'Ustaz Mohd Hakim' dicadang­kan berdasarkan Bob ketika bersekolah di Maahad Hami­diah Kajang pernah menjadi juara syarahan dan merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali.

Menurutnya, penahanan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dirasakan tidak adil kerana anak lelakinya memberi syarahan agama dalam masjid, bukan berbuat perkara tidak sopan.

"Sepatutnya, jabatan agama tangkap mereka yang melakukan perkara tidak sopan seperti mengadakan majlis tarian, seks serta menyanyi, bukan orang beri ceramah agama," katanya.

Oktober lalu, Jais menahan Bob Lokman, setelah didapati memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Sinar Harian

Tudung Rosmah diterbangkan angin di Hawaii? (Gambar)

Posted: 13 Nov 2011 09:11 PM PST


Gambar atas Najib Tun Razak bersama isteri, Rosmah Mansor melangkah keluar dari pesawat Numero One yang tiba di Honolulu, Hawaii. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor kelihatan mengenakan selendang.





NAJIB Tun Razak bersama isteri, Rosmah Mansor melihat persembahan tarian Hawaii sejurus tiba di hotel penginapan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Honolulu, Hawaii,



OBAMA bersama isteri Michele, bergambar selepas menyambut ketibaan Najib dan Rosmah pada majlis makan malam rasmi untuk ketua-ketua kerajaan bersempena APEC di Honolulu, Sabtu lalu. Selendang masih ditangan Rosmah.

Dibawah pula gambar semalam..


Rosmah sudah tidak mengenakan tudung.. err.. berbaik sangka.. kita anggaplah tudungnya telah diterbangkan angin ketika hendak menghadiri sesi fotografi ini.. he..he..


First lady Michelle Obama greets Datin Sri Rosmah Mansor, wife of the Prime Minister of Malaysia before the APEC Spousal Luncheon at Kualoa Ranch in Ka'a'awa, Hawaii, Sunday, Nov. 13, 2011. Mokolii Island is in the distance.

Lagi gambar sila lihat di SINI

180 ahli PKR masuk UMNO, Cabang Petaling Jaya Selatan dibubar?

Posted: 13 Nov 2011 07:40 PM PST



Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari yang sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR berkata beliau sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.


Sejak bila pula Naib Ketua Cabang PKR boleh membubarkan Cabang ni??

Menurut perlembagaan PKR, Naib Ketua Cabang atapun Ketua Cabang sendiri tidak mempunyai sebarang hak untuk membubarkan Cabang mereka… Ini kerana PKR adalah milik Ahli bukannya milik pemipin.

Bagi membubarkan sesebuah Cabang, satu mesyuarat Agung Khas perlu diadakan dan dalam Mesyuarat Agung Khas tersebut sekurang-kurangnya 2/3 dari jumlah Ahli Cabang berkenaan hadir.

Dalam mesyuarat itu, samada undi tidak percaya kepada Ketua Cabang dikemukakan ataupun undi bagi membubarkan Cabang dibuat.

Bagi membubarkan Cabang sekurang-kurangnya ianya dipersetujui oleh 2/3 Ahli atau minima 50 orang Ahli dalam mesyuarat tersebut.

Jadi bagaimana pula Suhaimi Saari yang menjawat jawatan Naib Ketua Cabang boleh mengistiharkan beliau telah membubarkan Cabang Petaling Jaya Selatan?

Nak bohong tu agak-agak la sedara...


*******************************

180 ahli PKR masuk Umno

BENTONG – Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubu-han dan mengetahui banyak rahsia parti.

"Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputu-san meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

"Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan," katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Sinar Harian

Isu Fidlot : Bukan mahu serang Shahrizat tapi kami mahu penjelasan - Rafizi

Posted: 13 Nov 2011 05:06 PM PST



"Kami hanya mahu penjelasan kerana ia melibatkan duit rakyat," kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Raml dalam satu pertemuan.. Ikuti wawawancara dengan beliau.


Khamis lalu, Sinar Harian menyiarkan wawancara bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bagi menjawab persoalan dibangkitkan pembangkang mengenai projek fidlot yang menelan kos sehingga RM250 juta tidak disiapkan sepenuhnya.

Menurutnya, pembangkang sengaja memutar belit kenyataan untuk kepentingan politik dan berbohong mengenai pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikatakan ada kaitan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada masa yang sama, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut tampil mempertahankan NFC dengan mendakwa pembangkang khususnya PKR berniat jahat (mala fide) dan cuba menipu rakyat berhubung isu itu.

Selang beberapa hari, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula membangkitkan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta di Bangsar sementara Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin menuntut Shahrizat meletak jawatan dalam parti serta kerajaan. Isu NFC menjadi semakin panas!

Dalam pertemuan dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, beliau berkata, PKR tidak berhasrat untuk 'menyerang' Shahrizat tetapi mahu penjelasan kerajaan mengenai isu terbabit seperti yang didedahkan Laporan Audit Negara.

"Kami hanya mahu penjelasan kerana ia melibatkan duit rakyat," kata Rafizi. Ikuti wawawancara dengan beliau.

Sebenarnya, apa yang tidak kena dengan pelaburan kondominium di Bangsar itu?

MOHD RAFIZI: Ia bertentangan kerana pinjaman kepada NFC adalah untuk membeli lembu dari luar negara dan diternak di ladang satelit sebelum disembelih serta dagingnya dijual kepada pembekal, bukan terlibat dalam pelaburan hartanah. Jadi di sini kami nampak berlaku penyelewengan dari segi tujuan asal pinjaman dibuat. Kami dapati, apa yang dikatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tidak benar mengenai pengeluaran melalui akaun khas yang dikawal ketat Menteri Kewangan dan Jabatan Veterinar. Jika dikawal selia, sudah tentu Jabatan Veterinar tidak memberi kebenaran untuk membeli kondominium ini.


Kenapa tidak boleh melabur dalam hartanah jika menguntungkan?

MOHD RAFIZI: Masalahnya, NFC melabur dalam perkara yang tidak kena mengena dengan projek fidlot, berkaitan ternakan lembu dan menjual daging untuk pasaran tempatan. Malah, mereka gagal menternak 80,000 lembu. Sekarang kenapa membuat pelaburan dalam sektor hartanah sekiranya projek fidlot tidak boleh beri keuntungan? Ini menunjukkan sesuatu tidak kena berlaku atau mereka merasakan projek ini akan memberi kerugian sebab itu terlibat pula dalam pembelian kondominium pula.


Jadi apa yang perlu NFC lakukan?

MOHD RAFIZI: Seperti dakwaan projek ini menguntungkan, bagi saya, syarikat itu perlu melabur dalam aset yang boleh mengembangkan dan membesarkan operasi syarikat bukannya membeli kondominium. Saya mahir dalam perkara ini kerana mempunyai latar belakang dan berpengalaman dalam korporat. Selalunya pelaburan dilakukan apabila syarikat itu mempunyai kewangan yang berlebihan. Bukan mereka pinjam ini, buat benda lain. Malah sejak 2008, akaun NFC mencatatkan kerugian dari RM7 juta hingga RM11 juta.


Jadi pelaburan ini tidak wajar dilakukan?

MOHD RAFIZI: Benar. Jika dilihat dari segi pengurusan korporat, perkara ini sepatutnya tidak berlaku terutama jika sesebuah syarikat sedang mengalami kerugian.


Apakah risikonya?

MOHD RAFIZI: NFC perlu tahu sektor hartanah kini mempunyai risiko tinggi. Kita semua peka dengan keadaan ekonomi negara sekarang tidak menentu dan kuasa beli rakyat menurun, kenapa tiba-tiba mereka pilih bidang ini. Malah apa yang saya tahu. sekarang berlaku lambakan kondominium di mana-mana dan sekiranya membeli pada harga ini (RM9.8 juta), jika berlaku kejatuhan harga, bermakna NFC terpaksa menanggung kerugian yang besar. Malah, pelaburan kondomonium mewah di Bangsar sebenarnya tidak masuk akal kerana harga pasaran yang mereka beli mengikut kaki persegi lebih mahal daripada bangunan KLCC!


Kerajaan telah bekukan wang itu, jadi apa masalah?

MOHD RAFIZI: Noh Omar ada kata kerajaan telah membeku akaun NFC sebanyak RM115.28 juta, sedangkan kami dapati semua pinjaman RM250 juta telah masuk ke akaun semasa NFC yang boleh digunakan pada bila-bila masa, sedangkan projek ini tersasar jauh daripada matlamatnya sebagaimana beliau sendiri akui hanya 23 telah beroperasi daripada 67 ladang satelit telah dibina. Jika diamati maksudnya bererti projek itu tidak menguntungkan. Jadi apa yang perlu kerajaan lakukan ialah mengambil balik lebihan pinjaman diberikan itu kerana ia wang rakyat, bukan cakap sahaja. Ini kerana, wang yang ada dalam akaun itu boleh digunakan oleh syarikat berkenaan. Inilah masalahnya, apabila Noh kata projek dibekukan sedangkan wang masih berjalan (digunakan). Ini bererti wang keluar (pinjaman diberikan) dengan banyak sedangkan tiada bekalan daging di pasaran tempatan.


Berbalik pada projek fidlot, dakwaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa tindakan PKR membangkitkan isu ini kerana kepentingan politik dan ingin menjatuhkan Shahrizat, adakah ini benar?

MOHD RAFIZI: Kita tidak merancang 'memanaskan' isu fidlot. Pada mulanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa isu ini ke Parlimen sebanyak tiga kali sejak Jun 2010, Mac 2011 dan November 2011. Kami (pembangkang) berasa kecewa kerana isu ini tidak diberi peluang untuk menteri jawab semasa Parlimen bersidang dan dibahas secara mendalam oleh ahli Parlimen. Yang mana tidak baik kita perbaiki, itulah matlamat asalnya.


Apabila gagal berbuat demikian di Parlimen, adakah niat pembangkang hebahkan supaya menjadi isu panas?

MOHD RAFIZI: Apa pun, Mereka (Noh dan Shahrizat) tidak boleh lari daripada memberi kenyataan kerana melibatkan akauntabiliti kepimpinan negara. Masalah ini sebenarnya menunjukkan satu projek menelan kewangan besar telah mengalami kegagalan serta perlu diambil perhatian serius. Soal kita hendak serang Shahrizat atau tida, sebenarnya tidak timbul kerana kita mahukan penjelasan daripada menteri berkaitan. Kita juga mahu membantu petani dan penternak lembu tempatan. Sepatutnya projek ini tidak diberi kepada satu-satu syarikat untuk memonopolinya, apatah lagi apabila syarikat yang diberi tender itu ada kaitan dengan menteri.


Jika benar tidak serang peribadi, kenapa tidak terus berjumpa pengurusan NFC?

MOHD RAFIZI: Saya ada hantar surat bertarikh 2 November 2011 kepada Pengarah Eksekutif NFC, iaitu suami Shahrizat untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Beliau tidak memberi sebarang jawapan. Kemudian, PKR mengajaknya supaya memberi taklimat mengenai pengurusan NFC, namun beliau menolak atas sebab-sebab tertentu.


Andai kata kerajaan jawab, adakah isu ini boleh tutup buku?

MOHD RAFIZI: Kami akan panjangkan isu ini sehingga pilihan raya umum akan datang. Kami rancang setiap minggu ada isu baru yang berbangkit dengan projek NFC. Paling penting, Shahrizat perlu jawab, bukan diam diri.


Khairy dan Noh telah jawab, adakah belum mencukupi?

MOHD RAFIZI: Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab. Noh Omar pula terpaksa cuci kementeriannya kerana kesilapan dilakukan oleh bekas menteri sebelum ini. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab kerana melibatkan semua pihak dalam kerajaan dan Kabinetnya. Rakyat berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.


Tadi ada kata akan teruskan isu ini sehingga pilihan raya, jadi benarlah ia dipolitikkan?

MOHD RAFIZI: Sebenarnya pendekatan kerajaan pada peringkat awal meluluskan projek ini untuk menambah kuantiti makanan dalam negara. Kita semua beri lampu hijau, tanda setuju. Apatah lagi untuk memodenkan industri pertanian dan penternakan di negara ini. Masalah sekarang, cara agihan projek dilakukan nampak ada sesuatu tidak betul dengan modal yang besar diperlukan sedangkan belum ada pulangan keuntungannya. Malah NFC paksa pembekal membeli daging dengan harga yang mahal dan menunjukkan ia untuk dijual kepada golongan kaya sahaja. Jadi rakyat keseluruhan tidak dapat menikmati hasil. Jika ini hasilnya, rakyat akan beralih membeli lembu tempatan kerana harga lebih kompetitif. Jadi matlamat untuk menambah makanan dalam negara telah tersasar jauh.


Berbalik kepada kenyataan Saifuddin dan Zuraida, kami dapati PKR menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai panduan menilai kerugian NFC. Boleh jelaskan.

MOHD RAFIZI: Bulan lalu, saya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun meninjau sebuah ladang satelit yang beroperasi di Gemas. Kita menyamar membeli beberapa ekor lembu. Petugas di sana memberitahu, lembu tidak boleh dijual kerana ada 1,000 ekor sahaja dan tidak banyak. Malah, sehari mereka menyembelih 20 ekor sahaja untuk dijual. Ini menimbulkan tanda tanya apabila pinjaman RM250 juta digunakan untuk menyembelih 20 ekor lembu sehari seperti dilakukan penternak kecil-kecilan.


Sedangkan projek ini diselia ketat oleh Jabatan Veterinar, jadi kenapa jadi begini?

MOHD RAFIZI: Apa yang kami ketahui, sebenarnya beberapa pegawai itu tidak setuju dan menyuruh projek ini disemak semula. Mereka membayangkan ia menjadi projek 'gajah putih' dan mahukan dihentikan. Malah mereka turut mengemukakan bantahan kepada kementerian sejak 2006 lagi. Apa nak buat, mereka tidak dibenarkan bersuara dan peringkat atasan yang tentukan keputusan. Menurut pegawai berkenaan, projek komersial yang memaksa pengusaha ladang satelit membeli lembu pada harga tinggi tidak boleh memberi keuntungan dan memberi cadangan supaya menggunakan kaedah lama, iaitu membeli baka lembu dan pegawai berkenaan menyediakan khidmat latihan kepada petani serta menyelesaikan masalah penternak mendapatkan tanah untuk mengusahakan lembu.


Sinar Harian

Tiada ulasan: