Anak Sungai Derhaka |
- Lynas : MB Pahang silap fakta atau memang mahu auta?
- Khairy nasihati diri sendiri?
- Utusan harus kekal sebagai payung Melayu?
- Perhabis RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah.
- Pemandu lori berang Polis sebut "Pukimak"
- PERKASA Pulau Pinang bantah khidmat Bas Percuma... dah gila kot depa ni?
Lynas : MB Pahang silap fakta atau memang mahu auta? Posted: 12 Nov 2011 07:30 AM PST Menteri Besar Pahang Adnan bin Haji Yaakob dalam satu temuramah yang dijalankan oleh aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September 2011 menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan nadir bumi. Beliau juga menyatakan bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak membuat/memproses nadir bumi. Ini merupakan satu kenyataan yang salah dan tidak berasas. ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite. Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub TV. Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), nadir bumi terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium. Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan nadir bumi, manakala juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan. Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama. GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah. Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merah atas kesilapan fakta tersebut. Selain itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan Yaakob yang berbaur rasis dan cuba memutar-belitkan isu sebenar. Dalam temuramah tersebut, Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan Negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia. Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. Jika tidak, Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman. GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan perbuatan Kerajaan BN sekarang. Rakyat Kuantan yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya. Padahalnya, dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang tidak "mendapat apa-apa" daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan tanah dan cukai pintu sahaja. Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang kita jalani kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka. Kemudian dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang. GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat di atas oleh Adnan hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat. GHL minta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja. Kenyataan media daripada Gabungan Hentikan Lynas. |
Posted: 12 Nov 2011 05:35 AM PST Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. Adakah beliau menasihatkan dirinya sendiri? Maklumlah dulu dia jadi calonpun pasal adanya Pak Lah sebagai PM yang juga merupakan Bapa Mertuanya sendiri, jadi Ketua Pemuda UMNO pun kerana Pak Lah juga.. Apa yang aku dengar dari seorang pemimpin UMNO yang hadir ketika pemilihan UMNO dulu, Khairy sebenarnya kalah kepada Mukhriz dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Oleh kerana Khairy telah kalah, Pak Lah tidak mahu meletakkan jawatan oleh itu bagi membolehkan Pak Lah meletakkan jawatan Khairy perlu diistiharkan menang pada malam pemilihan itu. Dalam satu rundingan para pemimpin peringkat tertinggi UMNO pada malam pemilihan itu mereka telah sebulat suara memberikan kemenangan kepada Khairy dan Pak Lah akan meletakkan jawatannya sebagai PM. Najib tidaklah sebodoh yang disangka Pak Lah, apabila beliau mengambil alih jawatan PM, Mukhriz telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Manakala Naib ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Khairy dipinggirkan begitu saja oleh Najib.. Dan hujung bulan ini pula bakal berlangsung Perhimpunan Agung Umno (PAU).. jika Khairy tidak dicalonkan atau kalah dalam pertandingan kali ini maka tiada siapa akan membantunya.. Jika beliau kalah sebagai Ketua Pemuda UMNO... mana mungkin Najib akan bersetuju untuk mengekalkannya sebagai calon Ahli Parlimen lagi.. *************************** KJ: Ahli tak jadi calon diharap jangan sabotaj Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang. "Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti. "Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini. Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang. Khairy berkata pengumuman perdana menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat. "Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan. "Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya. Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi. "Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya. Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'. - Bernama |
Utusan harus kekal sebagai payung Melayu? Posted: 12 Nov 2011 02:53 AM PST Akhbar Utusan Malaysia mesti dikekalkan sebagai payung yang bukan hanya kepada kaum Melayu tetapi juga bangsa Malaysia, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tengku Adnan Tengku Mansor menandatangani plak sebagai tanda perasmian Pejabat Utusan Biro Putrajaya. "Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya sentiasa akan membantu apa yang dikehendaki oleh Utusan demi untuk memastikan bahawa Utusan akan terus menjadi media yang boleh kita banggakan khususnya untuk orang Melayu dan juga rakyat Malaysia,"- sepenuhnya sila baca di SINI Payung biasanya digunakan untuk melindungi tetapi Utusan sendiri bukannya bersikap melindungi tetapi lebih kepada menghasut dan menimbulkan perasaan benci antara kaum di Malaysia. Malanglah Kaum Melayu dan juga Bangsa Malaysia jika menjadikan akhbar yang semakin tidak laku dipasaran itu sebagai payung. Cuba lihat laporan Audit Bureau of Circulations berkaitan jualan harian akhbar Utusan : Purata jualan harian akhbar Utusan 2004 adalah sebanyak 256,247 naskhah. Purata jualan harian akhbar Utusan 2006 adalah sebanyak 213,445 naskhah. Purata jualan harian akhbar Utusan 2009 adalah sebanyak 169,548 naskhah. Purata jualan harian akhbar Utusan 2010 adalah sebanyak 171,842 naskhah. Oleh kerana Utusan semakin tidak laku, UMNO sebagai pemilik saham terbesar dalam Utusan Malaysia terpaksaberhempas pulas untuk memanjangkan hayat Lidah Rasmi Mereka itu hingga terpaksa memberikan tawaran potongan 20% kepada sekolah-sekolah yang melanggannya, sila lihat di SINI |
Perhabis RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah. Posted: 12 Nov 2011 01:37 AM PST PETALING JAYA: PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM10 bilion royalti minyak tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat. "Kerajaan negeri membelanjakan wang itu tetapi sesetengah projek masih tidak siap kerana penyelwengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno," dakwa pemangku Ketua Penerangan PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani. Menurutnya, antara pembaziran itu ialah projek Monsoon Cup – pertandingan kapal layar di muara sungai Terengganu yang diadakan setiap tahun. Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia. Bina mahligai Tetapi, tambah Azman setelah lebih lima tahun tidak banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat Terengganu. "Kononnya penganjuran Monsoon Cup untuk memberi peluang pekerjaan dan faedah kepada nelayan Pulau Duyong tidak berjaya kerana mereka masih ditakuk lama," katanya. Azman mendakwa, rakyat mengeluh dan mereka bercakap bahawa pemimpin dan wakil rakyat Umno mengumpul kekayaan. Dakwanya, ada pemimpin Umno yang membina mahligai dan rumah berharga ratusan ribu ringgit hingga berjuta. "Rakyat semakin susah, walaupun bajet lebih RM 1 bilion setahun dibelanjakan, projek berjuta-juta ringgit, konon untuk rakyat," tambahnya. Free Malaysia Today |
Pemandu lori berang Polis sebut "Pukimak" Posted: 11 Nov 2011 07:08 PM PST KECELUPARAN seorang anggota Polis yang didakwa menyebut perkataan "pukimak" ditujukan kepada seorang pemandu lori, mengundang suasana tegang di sebuah lokasi kemalangan. Pemandu lori yang berang, tidak dapat mengawal emosi terus turun dari lori yang dipandunya lantas memarahi dan mengherdik anggota Polis tersebut. Pemandu lori berbangsa India itu turut mencabar anggota Polis agar membuka pakaian seragamnya jika mahu dipukul. Anggota Polis yang diherdik tersebut tidak mahu kalah, sebaliknya turut sama mencabar pemandu lori agar memukulnya. Namun beliau dilihat tenang dan tidak memilih untuk membuka pakaian seragamnya. Ramai pengguna jalanraya yang lalu-lalang di kawasan kemalangan tersebut memperlahankan kenderaan kerana hairan dengan situasi pergaduhan "Polis lawan pemandu lori" itu. Seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota Polis yang bergaduh, bertindak meleraikan pergaduhan itu sambil berpura-pura bercakap di telefon bimbitnya. Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sempat merakamkan suasana pergaduhan tersebut. Di bawah ini hasil rakamannya. |
PERKASA Pulau Pinang bantah khidmat Bas Percuma... dah gila kot depa ni? Posted: 11 Nov 2011 10:50 AM PST GEORGE TOWN - Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan haram membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar. Naib Ketua Wira Perkasa, Moh.d Rizuad Mohd. Azudin (bawah) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca. "Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang setengah gila di perkarangan Komtar, di sini. Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu". Mereka turut membawa beberapa kain rentang menuduh Guan Eng anti Melayu. Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib. Dalam sidang media lain kemudiannya, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak (kanan) berkata kumpulan liar tersebut sepatutnya lebih profesional membawa proposal penyelesaian masalah Melayu kepada Kerajaan Negeri. "Kalau mereka benar-benar menunjangi sosial Melayu, mereka tidak sekadar berdemontrasi secara liar pada hari Jumaat sahaja. "Kerajaan Negeri bukan tidak membantu Melayu seperti yang didakwa mereka. Malah ada juga perkara yang yang menjadi kesalahan pemimpin Melayu dulu, ditegur oleh Kerajaan Negeri sekarang," ujarnya pada satu sidang media di perkarangan Komtar. Beliau turut mempersoal kejujuran Perkasa kerana tidak lantang menegur pemimpin Melayu di peringkat negara sendiri di sebalik kehilangan RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang dibangkitkan sebelum ini. Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri, khususnya sektor perlancongan seharusnya peka dengan masalah kebajikan penarik beca di negeri ini. Sistem bas percuma Central Area Transit (CAT) dari Jeti Georgetown ke Komtar diperkenalkan pada Februari 2009. Kemudiannya, kerajaan negeri memperkenalkan Sistem Bas Ekpress Transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST dari "Seberang" ke "Pulau" pada 1 Mac lepas. Menurut Guan Eng, dua sistem bas percuma ini diperkenalkan demi mengurangkan kos hidup pekerja sektor awam dan swasta selain menangani masalah kesesakan trafik pada hari bekerja. Buletin Mutiara |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan