Anak Sungai Derhaka |
- Pelik tapi Benar! Sungai dibina melalui Jambatan.. Hanya di Malaysia.
- Kisah Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang tak tahu adab.
- Noh Omar Bohong!! Pintu pusat Feedlot Shahrizat ditutup kepada orang ramai..
- Cari Kerja Lain?.. Sepatutnya Muhyiddin bukan Mahasiswa UPSI.
- Miss Transgender Malaysia 2011?.. Mana Jabatan Agama?
Pelik tapi Benar! Sungai dibina melalui Jambatan.. Hanya di Malaysia. Posted: 03 Nov 2011 07:51 AM PDT Pelik tetapi benar.. Diseluruh dunia Jambatan biasanya dibina untuk menghubungkan antara dua jalan yang merentasi jurang , sungai ataupun lautan tetapi hanya di Malaysia di negeri Terengganu ianya adalah sebaliknya. Projek Kerajaan Barisan Nasional ini yang telah menelan belanja RM210 Juta ini iaitu tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta memerlukan anak Sungai dibina atau dilencongkan merentasi bawah jambatan tersebut supaya jambatan tersebut berfungsi sebagai jambatan. Faham tak?? Maksud aku.. Negara lain bina jambatan untuk merentasi Sungai tapi Malaysia membina atau melencongkan anak sungai untuk merentasi atau mengalir di bawah jambatan itu.. Ini kerana jambatan yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur itu telah dibina diatas darat, tengok betul-betul gambar dibawah.. Hanya di Malaysia.. di Negara yang lebih majupun tiada projek seumpama ini.. RM70 Juta tambahan yang diperlukan itu bertujuan untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum. Jadi jika anda masih mahu melihat projek-projek pelik seperti jambatan ini teruskanlah menyokong Barisan Nasional!! Di bawah adalah fakta-fakta mengenai projek gila ini.. Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT-2) B-27 – Kementerian Kerja Raya Pembinaan Jalan dan Jambatan 1. Projek LPT-2 dari Jabor ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu menjelang pilihanraya 2004. Mula dibina pada 2007 dan dijangka siap pada 2010. 2. Harga asal RM3 billion tetapi sekarang sudah mencecah hamper5 billion. Difahamkan peruntukkan tambahan diperlukan untuk menyiap projek ini yang tarikh siapnya entah bila. 3.Projek ini dibiayai melalui Dana Khas (iaitu wang royalty) dan hanya sebahagian kecil pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat. Ini bermakna hamper keseluruhan pembinaan LPT-2 ini dibiayai olehwang rakyat Terengganu. 4. Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan tidak Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bermakna Negeri Terenganu sedia tanah dan menanggong kos pembinaan nya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini. 5. Siapa yang akan mengendali kutipan tol? Siapa akan memperolehi hasil kutipan tol ini? 6. Pembinaan dibahagi kepada 16 pakej dimana hanya 4 sudah atau hampir siap dan 12 lagi belum. 7. Antara pakej bermasaalah termasuk: a) Pakej 7 – Pembinaan Jambatan Sungai Bagus – Bandar Baru Kerteh, Daerah Kemaman. - Jambatan dibina atas Daratan!!!! - Sebuah jambatan dibina atas daratan dan tidak melintasi anak Sungai Bagus yang sepatutnya tujuan jambatan ini dibina. - Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa – RM 210 juta. Perlu tambahan RM70 juta. - Jambatan ini hampir siap tanpa sebarang halangan atau larangan dari JKR yang mengawasi kerja pembinaannya. - Bayaran juga dibuat mengikut kemajuan kerja. - Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? SIAPA YANG CUAI??? - Konsultant? Kontraktor? JKR? Atau Kementerian Kewangan? - Pakej ini telah diserah balik oleh kontraktor kepada JKR untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini. - Antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum. - Proses tender sedang dirangka dan dijangka tambahan RM70 juta diperlukan untuk mengatasi masaalah pembinaan jambatan ini. - Pohon Jabatan Audit dan SPRM menyiasat perkara yang dibangkitkan ini. b) Pakej 8 – Kontraktor Bermasaalah dipilih semula dalam Re - tender - Kontraktor asal telah menyerah kontrak kepada JKR kerana menghadapi masaalah untuk menyiap pakej ini. - Bayaran "Wang Pendahuluan" sebanyak RM20 juta telah dibayar. - Pakej ini di tender semula dan yang mengejutkan kontraktor yang sama berjaya memperolehi pakej ini dengan harga yang lumayan. - Kontraktor merupakan seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu. c) Pakej 5A – Jalan Bahaya - Permukaan tanah tidak diselenggara mengikut spesifikasi - Pasir tidak diletakkan di permukaan tanah paya dan amat membahayakan pengguna. - Tidak ada halangan dan larangan dari JKR dan bayaran dibuat mengikut jadual kerja. |
Kisah Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang tak tahu adab. Posted: 03 Nov 2011 04:38 AM PDT Ini adalah sebuah kisah tentang Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang dikatakan sombong dan tak tahu adab oleh seseorang.. Memandangkan aku pun tak kenal siapa mamat ini, bersamalah kita menyingkap kisahnya sebelum dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada Muhyiddin.. Sekitar Mei 2009.. Beberapa hari lalu, nama Rashid Yusof tiba-tiba sahaja muncul dalam hidup saya. Cerita tentang beliau dicadangkan untuk menjadi Setiausaha Akhbar (SUA) kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar membuat saya banyak berfikir, apa sebenarnya yang berlaku dalam Umno selepas diambilalih oleh kepimpinan baru. Sebagai orang media, saya sangat berminat ingin mengetahui siapakah yang dilantik oleh pemimpin baru negara ini untuk menjadi orang kanan mereka, terutama sekali untuk jawatan SUA. Pertama, saya terima maklumat, Rashid telah dicadangkan oleh Mentri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir untuk menjadi SUA TPM. Saya tertanya-tanya, siapakah Rashid dan apakah hubungan antara Zambry dengan Muhyiddin sehingga cadangan Zambry diterima oleh Muhyiddin. Lalu saya dimaklumkan, Rashid adalah bekas pegawai media Khairy Jamaludin. Sebelum itu beliau pernah bekerja dengan Tun Daim. Beliau seorang bekas wartawan dan dikira bijak sebagaimana Khairy. Zambry pula adalah bekas pengurus kempen Muhyiddin sebelum beliau dipilih sebagai MB Perak. Sebelum itu, Zambry juga adalah ketua satu badan pemikir yang ditubuhkan Muhyiddin ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada dalam Umno. Kerana hubungan itulah, cadangan Zambry agar Rashid dilantik sebagai SUA TPM diterima Muhyiddin. Mengikut ceritanya, Rashid telah ditemuramah oleh Muhyiddin sendiri dan selepas itu beliau ditawarkan jawatan itu. Namun, belum sempat surat tawaran dikeluarkan, Muhyiddin tidak jadi melantik Rashid sebagai SUA-nya. Jadilah Rashid bekas SUA TPM tetapi belum sempat bekerja, ia sudah diberhentikan. Cerita ini banyak disiarkan oleh blog-blog yang ada kaitan dengan Umno dan kerajaan khasnya mereka yang anti-Khairy. Menurut maklumatnya, sebaik sahaja berita Rashid akan dilantik sebagai SUA TPM, bertalu-talu SMS beredar antara satu sama lain. Bantahan turut dibuat dalam blog-blog ini. Kebanyakannya adalah membantah perlantikan Rashid kerana dia adalah bekas pembantu Khairy. Khairy pula sedang dipersudutkan oleh para pemimpin Umno dengan pelbagai isu. Dari isu rasuah hinggalah musuh tradisi kepada bekas PM, Tun Dr Mahathir dan orang-orangnya yang kini menguasai politik Umno. Seorang rakan saya dari akhbar The Star juga turut didakwa terlibat dalam menghantar SMS itu. Namun, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Dakwaan yang paling kuat adalah bantahan dari mereka yang berada di sekeliling Tun Dr Mahathir. Ia mudah difahami kerana Khairy sememangnya menjadi musuh utama Tun Mahathir sejak bapa mertuanya masih menjadi PM lagi. Jika benar dakwaan ini bermakna Muhyiddin telah akur dengan desakan orang-orang Mahathir padahal beliau sendiri telah menilai kemampuan Rashid selepas menemuramahnya. Kerana bantahan mereka yang anti-Khairy, Rashid yang menjadi mangsa. Jika benar cerita Rashid ini, bermakna pengaruh penyokong Mahathir benar-benar kuat khasnya ke atas TPM yang ada sekarang. Hatta untuk melantik SUA pun perlukan kelulusan dari beliau atau orang-orang beliau. Namun, ramai juga yang membuat penilaian lain dalam hal ini. Bagi mereka, apa yang berlaku sebenarnya adalah Muhyiddin sangat takut dengan Mahathir. Atau Mahathir sangat berpengaruh ke atas Muhyiddin. Berikut adalah kisah yang dikatakan itu.. aku ciplak dari Blog PapaGomo, bacalah.. SESUATU YANG MEMALUKAN... Apa peranan setiausaha akhbar sebenarnya, saya rasa ramai dikalangan wartawan tidak begitu mendalaminya, kebanyakkan hanya tahu tugas atau peranan setiausaha akhbar ini hanyalah tukang buat ucapan bos dan tukang atur sidang media saja...tukang gunting berita yg disiar...tukang cari jawapan utk bos...lebih pada itu, hanya boleh dianggap Pegawai Menteri sajalah. Saya tak dapat tidur terkenang apa yg berlaku pada saya ekoran kedangkalan seorang setiausaha akhbar...Apahalnya ni, saya yang sudah berpuluh tahun bertugas sebagai wartawan belum pernah sekali diaib dan dimalukan oleh seorang setiausaha akhbar. Tetapi malam tadi di majlis penyampaian bantuan khas rakyat bandar tun razak dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri (ts) Muhyiddin Yasin. Ketika ts melawat pejabat dan bilik2 umno bhg bandar tun razak, saya seperti biasa hanya mengambil gambar kerana dapat tahu tidak ada sidang media. Tiba2 setiausaha akhbar ts yg bernama hafiz menegur saya dengan kasar sambil mengatakan saya tidak faham yg tempat itu tidak dibenarkan ambil gambar dan tanya saya mana ada jurugambar media lain ada disitu. Hafiz marah benar pada saya dan anggap saya tak reti bahasa hingga menyusahkannya yg terpaksa memantau pergerakan saya...tindakan dan sikapnya yg agak berang itu dilihat oleh pemimpin2 umno, yg jelas ada disitu datuk wira syed ali yg juga setiausaha badan perhubungan umno wp yg sebelum itu memanggil saya supaya ambil gambar disitu. Ramai pemimpin yg mengenali saya terkejut melihat saya dimarahi spt budak baru jadi wartawan.Saya sempat bertanya, apahal ni..dalam keadaan agak tegang itu, tiba2 dato ainun panggil saya dan beri amaran supaya saya jangan tanya apa2 soalan@istilah wartawan kini 'jangan jolok' pada tpm. Apakah Hafiz seorang pegawai tpm yg tak tahu adab...apakah saya melaku kesalahan dan melanggar etika kewartawanan...apa kena mengena jurugambar media lain dgn saya...apakah saya hanya boleh buat liputan ikut aturan saja...serabut betul dgn tabiat kurang ajar ni...adakah ts muhyiddin tak ajar budak ni cara kerja...Tolong jelaskan pada saya apa maknanya wartawan...adakah kerana saya boleh dapat berita dan orang lain tak dapat maka saya tak layak utk buat berita itu...etika wartawan mana yg dia pakai. Saya amat kecewa dengan sikap seorang pegawai kepada tpm seperti ini...itupun baru bertugas dgn tpm, andaikatalah ts muhyiddin jadi pm...tentu lagi besar kepalanya...Oleh kerana kita saling memahami dan memerlukan antara satu sama lain, saya mahu Hafiz memohon maaf atas sikap kurang ajarnya... Sahabat saya ni bukan budak baru dan amat dikenali dikalangan menteri kabinet kepimpinan umno malah peminpin pembangkang sekalipun. Dia berani mengutarakan soalan walau sekronik mana sekalipun kepada sesiapa pun dalam sidang akhbar. Saya yakin posting ini akan sampai kepengetahuan Hafiz. Kalau tak settle jugak lagi mungkin ada baik dipaparkan gambar dia supaya kawan2 wartawan yg junior dapat cam dan lebih waspada dengan karektor ini....especially tomorrow when DPM visits S'gor... Begitulah kisahnya seekor kaduk yang telah naik junjung... |
Noh Omar Bohong!! Pintu pusat Feedlot Shahrizat ditutup kepada orang ramai.. Posted: 03 Nov 2011 01:58 AM PDT Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah berkata sebelum ini yang pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu tetapi hari ini Rombongan pimpinan KEADILAN yang membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari ini dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu.. Rombongan dihalang tinjau Pusat Fidlot Shahrizat GEMAS 3 Nov: Rombongan pimpinan KEADILAN yang membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari ini dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu. Rombongan itu yang dianjurkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun disertai kira-kira 30 orang termasuk wartawan dan aktivis NGO, Jingga 13. Rombongan itu tiba di pusat fidlot itu yang dimiliki National Fidlot Corporation (NFC) pada kira-kira jam 12.40 tengahari namun dihalang pihak keselamatan yang enggan membuka pintu pagar utama. Rafizi Ramli cuba berunding dengan pengawal keselamatan dan menjelaskan bahawa KEADILAN sendiri telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC). Malah, kata Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu. "Ini kemudahan kerajaan. Bukan milik swasta," kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. "Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu," kata Rafizi lagi. Pengawal keselamatan yang menjaga pagar kemudiannya berkata beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini. Rafizi kemudiannya cuba berunding agar NFC membenarkan wartawan untuk masuk dan meninjau kawasan ternakan lembu seluas 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa itu. Beliau juga meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dihiraukan. Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit. Namun anehnya, di dalam pagar NFC sendiri kelihatan 3 orang lelaki yang kelihatan seperti polis Cawangan Khas membuat rakaman video ke atas rombongan terbabit. NFC mencuri tumpuan orang ramai apabila ia diketahui diterajui Agro Science Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil. Ia diberikan peruntukan kewangan sebanyak RM250 juta melalui RMK 9 namun sehingga ke hari ini gagal memenuhi keperluan pasaran sebanyak 40 peratus yang sepatutnya dipenuhi. Sehingga ke hari ini, sebanyak RM141 juta telah diberikan kepada Agro Science dengan RM6 juta dalam bentuk geran dan RM135 juta lagi dalam bentuk pinjaman kadar rendah sebanyak 2 peratus setahun. Menurut Rafizi, persoalan utama sekarang adalah Agro Science diberikan kadar pinjaman yang sangat rendah oleh kerajaan namun ia gagal melaksanakan tugas utamanya malah ada ura-ura daging lembu yang dihasilkan digunakan untuk memenuhi keperluan restoran mewah keluarga Shahrizat. Justeru, Rafizi menuntut Shahrizat tampil menjelaskan perkara itu serta membersihkan namanya jika benar NFC dan Agro Science tiada apa-apa untuk disorokkan. http://www.keadilandaily.com/?p=22576 |
Cari Kerja Lain?.. Sepatutnya Muhyiddin bukan Mahasiswa UPSI. Posted: 02 Nov 2011 08:34 PM PDT Sebelum itu... Ada sumber mengatakan perkara sebegini berlaku adalah disebabkan oleh masaalah kewangan yang kini dihadapi oleh Kerajaan Barisan Nasional, sebenarnya bukan saja jawatan Guru yang dibekukan malah jawatan untuk jawatan lain dalam kerajaan juga dibekukan. Itulah sebabnya jawatan Guru hanya ditawarkan kepada guru sandaran tidak terlatih (GSTT), ini kerana mereka ditawarkan dengan jawatan yang berstatus sementara sahaja sehinga tempoh yang ditetapkan. Apabila tamat tempoh, perkhidmatan mereka akan ditamatkan jika jawatan ini ditawarkan kepada graduan dari Universiti, kerajaan perlu menawarkan jawatan secara tetap. Oleh kerana kewangan Negara semakin parah kerajaan yang dikuasai oleh UMNO/BN sudah tidak mampu lagi untuk membayar gaji atau menerima kakitangan yang baru.. Bukti semakin jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang tidak berhemah dalam mengawal perbelanjaan dan kewangan Negara ditambah pula dengan salah laku dalam pengurusan kewangan Negara yang kelihatan dari Laporan Ketua Audit Negara 2011.. Jadi.. Ubah sebelum Parah!! ****************** Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI. Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain". Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain. "Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru? "Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan. Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan. Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain. Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu. Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru. Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat. Malaysiakini |
Miss Transgender Malaysia 2011?.. Mana Jabatan Agama? Posted: 02 Nov 2011 10:45 AM PDT Hebat negaraku kini… Program berbentuk maksiat tiada siapa yang menghalang.. tapi Program yang menjurus kepada Islam dihalang dengan berbagai alasan.. Bob Lokman kini sedang diburu oleh JAIS untuk ditangkap kerana kesalahannya mengajar agama tanpa tauliah. Dulu semasa beliau sering terlibat dengan program-program maksiat yang menjauhkan orang dari mengingati Allah dengan lirik dan muzik yang melalaikan. Beliau tidak pernah diburu atau ditangkap.Tetapi kini selepas beliau insaf dan mula berjinak-jinak dengan program agama dengan memberi peringatan dan berkongsi sedikit ilmu yang ada beliau diburu dan mahu ditangkap. Anehnya bukan musuh Islam atau orang yang membenci Islam mahu menangkap beliau tetapi pihak berkuasa agama sendiri yang ingin berbuat demikian. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Tetapi kemana menghilang pihak berkuasa dari Jabatan Agama bila 'Miss Transgender Malaysia 2011' ini diadakan? Dengan bertemakan '1 Malaysia Night' Majlis 'Fashion & Sense Gala Dinner' telah diadakan di Ballroom Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada Oktober lalu. Majlis ini telah dianjurkan oleh PT Foundation's Transgender Programmed an Mila Entertainment. Acara atau Majlis ini dinamakan sebagai 'Fashion and Sense' tetapi disebalik nama tersebut adalah pertandingan 'Miss Transgender Malaysia 2011' atau Ratu Pondan Malaysia 2011. Tujuannya baca di bawah.. Peserta-peserta ini mewakili 14 buah negeri di dalam Malaysia (jangan jatuh cinta ya..).. Miss? Melaka juga Miss? Perak Miss? Perlis Miss? Sabah Miss? Terengganu Miss? Terengganu juga.. Miss? Wilayah Persekutuan Miss? Penang Miss? Selangor Miss? Selangor Miss? Perak And the winner is Miss? Kelantan.. Menurut peruntukan undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia pula, kesemua negeri mempunyai memperuntukkan berkenaan kesalahan 'orang lelaki belagak seperti perempuan' . Namun begitu bagi sesetengah negeri menggunakan istilah 'pondan' bagi merujuk kepada mereka yang dikategorikan di bawah kesalahan ini contohnya Perlis, Kedah dan Kelantan [Lihat Sek. 7 Enakmen Kesalahan Dalam Syarak Perlis 1991; sek.7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 1988 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 1985.]. Seksyen 28 AKJS (WP) 1997 misalnya memperuntukkan : "Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya." Hanya negeri Sabah yang mempunyai peruntukan berkenaan kesalahan ini. Diletakkan di bawah kesalahan 'lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya' seksyen 92, EKJS Sabah 1995 menyebut : "Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan atau sebaliknya di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali." Lagi gambar sila lihat di SINI Artikel berkaitan sila baca di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan