Anak Sungai Derhaka |
- Bukti, UMNO dah lama bersahabat dengan Israel..
- Menteri Pertanian pun bodoh jugak?.. Projek Gagal dikatakan Berjaya..
- Usaha gigih Nallakarupan menghentam Anwar dihargai UMNO/BN akhirnya..
- Ahli UMNO memang kaki PORNO akui anggota Pemuda Umno Kelantan
- BN nafi dalang demonstrasi di Pulau Pinang
- Banglo Khir Toyo RM3.5 Juta?
- Bodohnya Menteri ni... lain ditanya, lain dijawab.
- Najib dan Rosmah tiba di Tanah Suci ..
Bukti, UMNO dah lama bersahabat dengan Israel.. Posted: 01 Nov 2011 08:11 AM PDT Sila lihat dokumen diakhir entry.. Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai 'udang disebalik batu'. Er mendapati kenyataan dalam sebuah laman web www.anakmudamalaysia.com bahawa wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang dengan Malaysia. Maka penjelasan lanjut dikemukakan beliau ketika persidangan Dewan Rakyat semalam sehingga menyebabkan beliau diarahkan meninggalkan dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Katanya disebabkan keengganan menteri menjawab disebalik kebenaran laman web itu menunjukkan seolah-olah kerajaan menyorokkan sesuatu berhubung hal tersebut. "Saya hanya meminta Menteri untuk menjawabp benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau dalam majalah promosi perdagangan Isreal. Menteri Israel itu dipetik sebagai berkata, "The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industry that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade in this continent." "Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam di Malaysia tetapi juga seluruh rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini," dakwa beliau. Menurut Er selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) kerap menuduh Pakatan Rakyat sebagai agen zionis, namun hakikatnya mereka yang sebenarnya bersekongkol dengan Israel. Er berkata isu ini bukan kecil kerana ia melibatkan pandangan dunia terhadap Malaysia, memandangkan seantero dunia menyelar kekejaman Israel terhadap Palestin. Jelas beliau, Malaysia dilihat vocal dalam menyuarakan pandangan mengutuk kekejaman Israel, malah negara kita aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin. "Kenyataan Mischa Harish dan pendedahan dokumen Kastam transaksi perdagangan dengan syarikat berpengkalan di Israel, apatah lagi keengganan Menteri menjawap boleh mencacatkan pandangan dunia terhadap inisiatif Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza," katanya yang juga wakil rakyat dari DAP. |
Menteri Pertanian pun bodoh jugak?.. Projek Gagal dikatakan Berjaya.. Posted: 01 Nov 2011 04:36 AM PDT Aku tak tahu mana Menteri Pertanian ni belajar.. Sasaran projek ternakan lembu milik Shahrizat, Laki dan Anak-anak ialah sebanyak 186,000 ekor setahun tetapi hasil yang telah dikeluarkan sejak tahun 2008 dan 2010 ialah 5,742 ekor lembu iaitu lebih kurang 1914 ekor setahun.. tak sampaipun 2% dari sasaran.. itupun dia kata Berjaya? JAWAPAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MEMPERBODOHKAN RAKYAT Kami merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar di Parlimen semalam yang mempertahankan prestasi National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diterajui suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil. Antara lain, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan bahawa Barisan Nasional menganggap projek itu berjaya atas beberapa alasan seperti berikut: Pusat Fidlot Kebangsaan telah membawa masuk sebanyak 8,016 ekor lembu di antara tahun 2008 dan 2010; kononnya bertepatan dengan sasaran untuk membawa masuk 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010; Pusat Fidlot Kebangsaan telah menyembelih sebanyak 5,742 ekor lembu di antara tahun 2008 dan 2010; dan Peruntukan dalam bentuk geran yang berjumlah RM13 juta dan pinjaman murah berjumlah RM250 juta belum diberikan sepenuhnya kepada Pusat Fidlot Kebangsaan. Datuk Seri Noh Omar sewajarnya menyemak keseluruhan dasar dan sasaran kementeriannya sendiri sebelum membuat kenyataan tersebut, apatah lagi apabila projek Pusat Fidlot Kebangsaan adalah projek berimpak tinggi yang dikendalikan oleh kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh Datuk Seri Noh Omar, lalu menimbulkan persoalan sama ada menteri berkenaan berbohong untuk mengelirukan rakyat atau tidak menyemak angka-angka bersabit Pusat Fidlot Kebangsaan ini dengan pegawai-pegawai beliau. Sasaran ini (dilampirkan bersama dengan kenyataan akhbar ini) dipaparkan secara jelas untuk diteliti oleh orang ramai di laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar di alamat (lawat laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar www.dvs.gov.my -> Pengeluaran Komoditi Ternakan -> Program Pengeluaran -> Projek Berimpak Tinggi – NFC): http://www.dvs.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b4321724-2eb7-463a-86b9-6077bb3182a6&groupId=28711 Oleh yang demikian, prestasi Pusat Fidlot Kebangsaan untuk menentukan sama ada projek berimpak ini gagal atau berjaya perlulah diukur dengan sasaran-sasaran rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti berikut: JUMLAH TERNAKAN LEMBU Pusat Fidlot Kebangsaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun yang diternak di ladangnya di Gemas. Angka yang dicapai hanyalah 8,016 ekor antara tahun 2008 dan 2010; iaitu kurang dari 3,000 ekor lembu setahun. Pada masa yang sama, sebagai integrator projek syarikat tersebut juga perlu membangunkan 310 penternak kecil seluruh negara dengan saiz ternakan 600 ekor setahun, menjadikan sasaran ternakan lembu sebanyak 186,000 ekor setahun. Sasaran ini gagal sama sekali kerana Pusat Fidlot Kebangsaan masih belum pun menjalankan skim untuk membangunkan penternak-penternak kecil. Kementerian juga menetapkan supaya Pusat Fidlot Kebangsaan membangunkan sebuah ladang komersil bebas dengan sasaran 30,000 ekor setahun. Sasaran ini juga gagal kerana syarikat yang dikenalpasti telah menarik diri. Oleh itu, sasaran keseluruhan ternakan lembu di bawah skim yang diusahakan oleh Pusat Fidlot Kebangsaan ini adalah 276,000 ekor lembu setahun, iaitu sasaran yang lebih munasabah berbanding dengan sasaran 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010 seperti yang disebut Datuk Seri Noh Omar. JUMLAH DAGING YANG PERLU DIBEKALKAN DAN SEMBELIHAN Kementerian menetapkan sasaran pengeluaran bekalan daging mencecah 50,000 tan setiap tahun menjelang 2009, iaitu memenuhi sasaran 40% permintaan daging Malaysia. Mengikut perkiraan kasar dengan anggaran seekor lembu menghasilkan 150 kg daging mentah, sasaran 50,000 tan daging lembu setiap tahun bersamaan dengan penyembelihan sebanyak 330,000 ekor lembu setiap tahun. Sasaran penyembelihan ini bertepatan dengan sasaran ternakan lembu sebanyak 276,000 ekor lembu setahun seperti yang ditetapkan Kementerian. Angka yang dicapai oleh Pusat Fidlot Kebangsaan hanyalah 5,742 ekor lembu disembelih di antara tahun 2008 dan 2010; jauh lebih rendah dari sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. KONSEP PELAKSANAAN PROJEK FIDLOT KEBANGSAAN Kertas dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggariskan beberapa fungsi utama Pusat Fidlot Kebangsaan sebagai integrator projek; termasuklah membangunkan penternak satelit, membekalkan baja organik, membekalkan makanan ternakan bermutu, membina rangkaian pemasaran dan lain-lain. Sehingga kini, semua fungsi lain yang diamanahkan masih belum dilaksanakan. Malah, bekalan daging yang disembelih (anggaran 20 ekor sehari seperti yang dimaklumkan pekerja di ladang yang ditemuramah) sebenarnya dibekalkan kepada restoran-restoran mewah milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di bawah jenama-jenama Meatworks, Senor Santos dan Brawns (turut beroperasi di Singapura). Ini bertentangan dengan kaedah dan konsep asal penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan yang bertujuan mewujudkan rangkaian pemasaran menyeluruh dan membekalkan daging mentah ke seluruh negara, bukannya menjadi pusat penyembelihan peribadi untuk restoran-restoran mewah milik keluarga menteri. DANA KEWANGAN Datuk Seri Noh Omar menyebut bahawa tidak ada sebarang percanggahan kepentingan (conflict of interest) di dalam projek ini dan dana masih belum dibayar sepenuhnya kepada Pusat Fidlot Kebangsaan. Setakat ini, sebanyak RM6 juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada Pusat Fidlot Kebangsaan. Melihatkan kepada prestasi seperti yang dihuraikan di atas, jumlah ini adalah satu jumlah yang besar dan membazir memandangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos sebanyak RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan 9,000 ekor setahun dengan pulangan keuntungan 27.59% setahun. Oleh itu, kos yang telah dibelanjakan sebanyak RM141 juta untuk menternak 8,000 ekor lembu selama 3 tahun (purata 3,000 ekor setahun) adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Huraian-huraian di atas secara jelas membongkarkan kedangkalan Datuk Seri Noh Omar yang seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat apabila mengumumkan jumlah ternakan lembu 8,000 ekor selama 3 tahun adalah satu kejayaan negara. Rakyat Malaysia boleh mengira dan faham bahawa peruntukan RM141 juta setakat ini untuk menternak 8,000 ekor lembu adalah melampaui batas. Oleh kerana Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum bersuara dalam perkara ini, seperti yang dijanjikan minggu lepas, KEADILAN akan menganjurkan satu rombongan menjejaki lembu di Pusat Fidlot Kebangsaan pada hari Khamis 3 November 2011 dengan diketuai oleh YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat), Saudara T Kumar (Timbalan Setiausaha Agong) dan Saudara Fariz Musa (Ahli Majlis Pimpinan Pusat) untuk meninjau sendiri prestasi Pusat Fidlot Kebangsaan. YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN/AHLI PARLIMEN AMPANG RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN 1 NOVEMBER 2011 |
Usaha gigih Nallakarupan menghentam Anwar dihargai UMNO/BN akhirnya.. Posted: 01 Nov 2011 03:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk K S Nallakaruppan yang juga bekas rakan sukan tenis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai senator. Nallakaruppan yang menubuhkan parti itu selepas keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat tahun lalu mengesahkan beliau telah menerima surat pelantikan sebagai anggota Dewan Negara minggu lalu. Beliau dijadual mengangkat sumpah esok. "Ya, saya sudah terima surat pelantikan. Angkat sumpah esok," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Mengenai reaksinya, Nallakaruppan, 65, berkata, beliau menerimanya sebagai satu penghormatan kepada parti itu. "Biar saya angkat sumpah dulu, nanti saya akan katakan rancangan saya... masih terlalu awal," kata beliau mengenai isu-isu yang beliau akan bawa kelak. MIUP memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008. Sejak keluar PKR beliau banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengkritik parti itu khususnya Anwar. |
Ahli UMNO memang kaki PORNO akui anggota Pemuda Umno Kelantan Posted: 01 Nov 2011 12:46 AM PDT Kata anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi "Itulah, bila pembangkang kata kita kaki porno, kita marah, tetapi tengoklah sendiri apa yang kita dah buat, sebab itulah dia orang cap kita kaki porno. "Dahulu pun, masa video Anwar keluar, bukan main seronok lagi kita bersorak, tetapi sekarang cuba awak fikir, video pengakuan janda ini pun gunakan kaedah dan matlamat yang sama juga, cuma kita tak tahu kebenaran video-video ni. Ha..Ha..Ha.. memang kaki porno rupanya puak-puak yang memperjuangkan Bangsa dan Agama ini.. Nak perjuangkan Bangsa apa dan Agama apa macam mana ni?? Bangsa Melayu terkenal sebagai satu bangsa yang punya sopan dan santun.. Agama Islam pula melarang umatnya menonton video porno ni.. **************** Perebutan jadi calon BN makin tegang "Mungkin pada permukaan cuma nampak kocakan-kocakan kecil, tetapi di dasarnya sedang bergelora dengan dashyat." Demikian perumpamaan yang diberikan oleh anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi, 41, ketika cuba memberikan gambaran suasana tegang dalam perebutan kerusi sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dalam Umno. Menurut Adi yang juga menjawat jawatan yang tidak kurang penting dalam sayap parti itu di sebuah bahagian di negeri itu, perebutan untuk dipilih sebagai calon itu telah lama berlaku dan semakin tegang semenjak akhir-akhir ini. "Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti. Tetapi nampaknya sekarang dah semakin tegang, dah jadi macam semakin tak terkawal lagi dah. "Bila pemimpin lebih tinggi atau pusat nasihat, masing-masing nampak macam okey sahaja, tetapi di belakang dah tak boleh makan cakap lagi dah sebab mungkin bagi dia orang ni, orang atas pun lebih teruk agaknya. "Di sini, sampai ada dah bertindak mengaibkan saingan dengan mengeluarkan video pengakuan janda kena rogol pula," kata beliau ketika dihubungi semalam. "Tetapi perang sebab berebut nak jadi calon ni bukan berlaku di Kelantan sahaja, di negeri lain macam Selangor pun saya dah dengar banyak cerita berebut kerusi sampaikan saya dengar dah ada buat pelan khusus nak sabotaj kalau tak tercalon," kata beliau. Ketika ditanya samada beliau mengetahui kesahihan pengakuan dalam video tersebut, beliau menyarankan pihak yang mendakwa sebagai mangsa rogol agar membuat laporan polis dan bukannya membuat pengakuan di dalam video sahaja. Mengaib, jatuhkan saingan "Saya tak boleh nak kata pengakuan tu betul atau tidak, boleh jadi ya atau fitnah, tetapi yang saya nak tanya kenapa sanggup keluar pengakuan di video kalau tidak bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu, patutnya buatlah laporan polis. "Sama juga dengan orang yang didakwa dalam video tu, kalau rasa difitnah cepat-cepatlah buat laporan polis, dia pun bukan tak tahu kewujudan video tu, malah rakan dari bahagian individu itu beritahu saya, dia tahu dalang sebalik rakaman tu. "Tetapi setahu saya masih belum ada sebarang laporan polis dibuat samada oleh wanita itu atau dari pihak Ketua Bahagian tu," ujar beliau lagi. Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindak-tanduk segelintir pihak di dalam Umno dan penyokong mereka yang sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan kedudukan dan kuasa. "Itulah, bila pembangkang kata kita kaki porno, kita marah, tetapi tengoklah sendiri apa yang kita dah buat, sebab itulah dia orang cap kita kaki porno. "Dahulu pun, masa video Anwar keluar, bukan main seronok lagi kita bersorak, tetapi sekarang cuba awak fikir, video pengakuan janda ini pun gunakan kaedah dan matlamat yang sama juga, cuma kita tak tahu kebenaran video-video ni. "Nanti rakyat tanya, apa ni? Tak ada isu lain ke? Mula-mula cerita liwat, liwat pun ada satu dan dua pulak tu, lepas tu video sekslah, ramas buah dadalah, sekarang cerita rogol pulak. "Apa ni? dia orang ingat masyarakat sekarang ni macam tahun 80an, 70an atau sebelum tu lagi dahulu ke? Apa Umno cakap orang terus percaya saja. "Sekarang ni kalau betul pun, belum tentu orang terus nak percaya bulat-bulat, apa lagi yang nampak sangatlah jelas ada motif politiknya, dah tu banyak sangat yang tak kenanya. "Jangan sampai akhirnya nanti kita sendiri juga yang terkangkang nanti," ujar beliau melahirkan rasa kecewanya. Terdahulu, FMT dalam laporan sebelumnya, melaporkan VCD pengakuan seorang janda yang mendakwa di rogol oleh seorang ketua bahagian Umno Kelantan di sebuah hotel di Golok, Thailand telah disebarkan di negeri terbabit. |
BN nafi dalang demonstrasi di Pulau Pinang Posted: 01 Nov 2011 12:08 AM PDT Boleh percaya ka??? GEORGE TOWN 1 Nov. - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang kesal dengan dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya UMNO terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan membantah kepimpinannya semalam. Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata, dakwaan oleh Guang Eng itu adalah ibarat "cakap ikut suka hati" kerana Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang bukti. Katanya, Guan Eng telah membuat tuduhan kononnya UMNO terlibat dalam perarakan itu sedangkan ia dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal). Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Guang Eng ketika Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Semalam, polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Guan Eng. Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah hari dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri. - Bernama |
Posted: 31 Oct 2011 09:32 PM PDT SHAH ALAM 31 Okt. - Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Hayroni didakwa membeli dua lot tanah termasuk sebuah rumah banglo di Jalan Suasa 7/1L di sini pada harga jauh lebih tinggi berbanding nilai pasaran daripada pemilik asal hartanah. Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Shamsuddin membeli hartanah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd, Saiful Aznir Shahabudin, pada harga RM6.5 juta berbanding nilai pasaran sebanyak RM4.3 juta. Saksi keempat pembelaan, Irhamy Ahmad, seorang jurunilai hartanah profesional dari Irhamy & Co. berkata, harga belian itu tidak berpatutan dengan nilai pasaran yang ditafsirkan oleh syarikatnya pada 10 Mei 2005. "Sebelum saya membuat penilaian, saya terima salinan dokumen perjanjian jual beli yang dibuat antara Shamsuddin dan Saiful Aznir yang menyatakan nilai RM6.5 juta dan berpendapat ia terlalu tinggi," katanya ketika menjawab pertanyaan peguam Dr. Mohamed Khir, Datuk Jaharbedeen Mohamed Yunoos. Irhamy berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang membela diri atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasana 7/1L, Seksyen 7, daripada Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr. Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Dr. Mohamad Khir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini pada 29 Mei, 2007. Mengulas lanjut, Irhamy bagaimanapun berkata, salinan dokumen perjanjian jual beli itu tidak sama sekali mempengaruhi proses penilaian yang dibuat terhadap hartanah terbabit. Irhamy berkata, beliau membuat penilaian berdasarkan kaedah perbandingan dengan mengambil kira harga hartanah di kawasan setempat. Katanya, beliau merujuk kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah sebagai sumber utama bagi menentukan nilai pasaran hartanah terbabit yang turut dilengkapi sijil layak diduduki (CF). Katanya, prosedur itu diiktiraf dan diterima pakai oleh pihak seperti Royal Institution of Chartered Surveyors dan Malaysian Development Standards. "Saya melihat keadaan rumah lengkap semasa saya pergi untuk membuat penilaian terakhir bagi hartanah itu," katanya. Irhamy berkata, pihaknya mengendalikan hampir 50 kes penilaian hartanah sebulan, dan sehingga kini telah mengendalikan 8,000 kes yang 80 peratus daripadanya merangkumi rumah kediaman. Sementara itu, Choy Yue Kwong, pengarah urusan syarikat penilai profesional Rahim & Co. berkata. pihaknya menilai hartanah itu pada harga RM3.5 juta ketika penilaian dibuat pada 14 Mei 2007. Katanya, sebelum penilaian dilakukan pada hari berkenaan, beliau sempat bertemu dengan Dr. Mohamad Khir di kediaman rasminya di Seksyen 7. "Saya tidak tahu pemilik rumah itu apabila pemeriksaan dilakukan untuk tujuan penilaian. Ketika itu bangunan itu sedang dalam pembinaan semula," katanya. Ditanya oleh Jaharbedeen sama ada tawaran RM5.5 juta untuk membeli hartanah itu adalah jumlah yang berpatutan, Choy berkata: "Nilai pasaran adalah RM3.5 juta dan tidak ada sebab untuk membeli pada kadar RM5.5 juta. Sekiranya itu, anda tidak berhemat." Shamsuddin pernah menawarkan harga RM5 juta hingga RM5.5 juta kepada Dr. Mohamad Khir untuk membeli hartanahnya dengan alasan pihaknya ingin menawarkan diskaun kepada beliau. Mohd. Dusuki Mokhtar mewakili pihak pendakwaan pada prosiding hari ini yang didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki. Perbicaraan bersambung esok. - Bernama |
Bodohnya Menteri ni... lain ditanya, lain dijawab. Posted: 31 Oct 2011 07:49 PM PDT Macam ni punya bodoh pun boleh dilantik menjadi Menteri.. Yang ditanya ialah "Bagaimana peninju dari Israel boleh masuk ke Malaysia tanpa melalui proses imigresen sebenar, adakah dengan restu menteri? Korang bacalah apa yang dijawabnya di bawah.. beliau cuba melarikan diri dari isu sebenar macam pencacai UMNO jugaklah.. bila berdebat kalau tak boleh nak jawab depa alih isu atau kona... ******************* Kejohanan babitkan peninju Israel: S'gor sumbang RM5j Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad. Sementara kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam. Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu. Ahmad Shabery berkata beliau membaca di portal berita Malaysiakini yang mengkritik beliau dengan hebat mengenai pertandingan tersebut anjuran persatuan Muay Thai itu. Pada 28 Oktober lalu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung kehadiran Grad yang dikatakan telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN. Tidak dicop Malah dakwa Mahfuz, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop. "Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan. "Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja. "Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz . Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN. Kibar bendera Israel Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia. Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia." Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu. "Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi. Malaysiakini |
Najib dan Rosmah tiba di Tanah Suci .. Posted: 31 Oct 2011 07:32 PM PDT Ya Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Agung, Engkau Tunjukkanlah kebenaran kepada mereka berdua ini.. Engkau berikanlah mereka ini pengajaran. Bukakanlah pintu hati mereka ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Andai mereka berdua ini melakukan kemungkaran, Engkau hukumlah mereka ini didunia agar mereka ini insaf dan bertaubat dan pulang kejalan yang diredhaimu.. Amin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Madinah untuk menunaikan ibadah haji hujung minggu ini. Pesawat yang membawa beliau serta rombongannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di Madinah kira-kira jam 9 malam, Isnin (2 pagi hari Selasa waktu Malaysia). Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Gabenor kota Madinah, Sulaiman Mohammad Al-Jeraisy dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf. Turut berada di lapangan terbang menyambut ketibaan beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail. Perdana Menteri turut diiringi bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adiknya, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Najib dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah untuk memasuki kota Mekah bagi menunaikan umrah, esok. Pada hari Rabu pula beliau akan mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di hotel Abraj Al-Janadiriah di Mekah, dan meluangkan masa untuk bertemu dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu. Najib dan isteri akan berwukuf di Arafah pada hari Sabtu ini, bersama lebih tiga juta umat Islam yang lain dari seluruh dunia, yang menunaikan haji tahun ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan