ALHUSSEYN |
- Isu Kerja 9 Jam - Awas Guru-guru Jangan Terpedaya, pembatalan itu sementara waktu sahaja!
- Kisah Dua Orang Sepupu - Satu Bohong, Satu Bahalol!
- Bicarakanlah Mereka Hoi Bahalol!
- Cina Komunis Memfitnah Rosmah ....
Isu Kerja 9 Jam - Awas Guru-guru Jangan Terpedaya, pembatalan itu sementara waktu sahaja! Posted: 19 Nov 2011 08:01 AM PST KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan. Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat. Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang. Kaum guru mesti ingat, Muhyiddin arahkan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut kerana bimbang kaum guru tidak mengundi Umno/BN dalam PRU ke-13 nanti.Lepas PRU nanti tengoklah, Umno/BN akan berlagak macam dapat cek kosong sahaja dan akan buat sesuka hati mereka. Bukankah Muhyiddin sendiri bertegas mengatakan, "Tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran." Ingatlah kata-kata Muhyiddin ini wahai kaum guru! Kaum guru mesti ambil perhatian bahawa Pensyarah Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia telah menjalani projek rintis kerja sembilan jam sehari yang sudah dijalankan 3 tahunlalu.Awas, kaum guru akan menerima nasib yang sama jika meneruskan memberi mandat kepada Umno/BN mengurus tadbir negara ini. Saya menyeru kaum guru supaya menggunakan kesempatan dalam PRU ke-13 nanti untuk menumbangkan Umno/BN.-Rujukan Malaysian Insider |
Kisah Dua Orang Sepupu - Satu Bohong, Satu Bahalol! Posted: 19 Nov 2011 05:39 AM PST Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sangka orang ramai adalah bahalol sama sepertinya. Korang percaya ke? Bila dia kata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu ini sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau. Korang percaya ke? Menurutnya, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara. Korang percaya ke? Dia kata sejumlah besar senjata api dan bahan letupan ditemui , bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar. Naib Presiden PKR N Surendran yang merujuk kepada kenyataan Hishammuddin itu berkata, justifikasi beliau dalam usahanya mahu penahanan tanpa bicara itu tidak boleh diterima sama sekali dan bercanggah dengan janji dibuat oleh perdana menteri. "Ini sesuatu yang memalukan, tindakan berbohong Hishammuddin mahu mengelirukan rakyat.Jika betul ada bukti kukuh, mengapa tidak mendakwa di mahkamah terbuka? , kata Surendran, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS berkata, "maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno-BN ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia." sumber Malaysian Insider. |
Bicarakanlah Mereka Hoi Bahalol! Posted: 19 Nov 2011 01:22 AM PST Menteri Dalam Negeri yang balaol, Hishammuddin Hussein menganggap Suhakam yang mendesak supaya kesemua 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah awal minggu ini dibebaskan sebagai cukup berbahaya. Begitulah cakap menteri yang balol ini di sini Walhal tuntutan Suhakam itu adalah selaras dengan langkah kerajaan yang sedang dalam proses memansuhkan ISA . Penahanan ISA ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA. Suhakam bukan minta mereka yang ditahan itu bebabs begitu sahaja tetapi suruhanjaya itu menggesa agar mereka diberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Ini punya senang pun menteri bahalol itu tidak boleh fahamkah? Najib kena beri penjelasan jangan mudah diperkotak katikan oleh sepupunya yang bahalol ini! |
Cina Komunis Memfitnah Rosmah .... Posted: 18 Nov 2011 11:09 PM PST Sebuah kedai di Beijing, China - telah membuat fitnah kononnya Rosmah adalah isteri kepada seorang 'Presiden'! Tapi pasal berbelanja besar beli barang hiasan yang mahal-mahal adalah benar...Baca cerita berikut : Malaysia Today - Saya berada di Beijing pada 16hb untuk mesyuarat di Hotel Shangri-la, Zizhuyuan Road, Beijing dan berjalan ke kedai mutiara di ruang legar hotel dengan seorang rakan yang ingin membeli gelang untuk isterinya. Dia mengambil gelang berlian yang indah ini hanya untuk mengetahui bahawa kosnya US $ 55,000. Gadis penjual itu kemudian menunjukkan kita ke arah gambar di dinding dan berkata bahawa isteri Presiden membeli gelang yang sama. Dan ia tidak lain daripada Rosmah. Oleh Ah Cheong |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan