Bil RUU Perhimpunan Aman ni betul-betul sesuatu yang dijangkakan..
Tapi jauh disudut hati teman..
UMNO takkan berani usulkan RUU sebegini..
Nah! Rupanya UMNO memang berani!
Sebab selalunya memang perlukan keberanian untuk membuat perubahan!
Maka sewajarnyalah..
Rakyat juga bangun dengan lebih lagi keberanian!
Bil Perhimpunan Aman ini dah macam ala-ala komunis pulak!
Demokrasi Berpelembagaan?
Hotak depaaaaa!!
budakbalun 24112011
Hisham: Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuhMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ditarik balik.
Ditanya oleh wartawan sama ada beliau sedia mempertimbangkan desakan dan rayuan daripada pelbagai pihak yang mahu rang undang-undang itu dikaji semula dan dipinda, Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju.
"Tidak ," katanya sambil berkata adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen.-Mkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan