Aku Budak Balun |
TG Nik Aziz 'lempang' Blogger Pemfitnah UMNO? Posted: 03 Nov 2011 05:47 AM PDT Wakakaka! Teman dah agak dah.. Bila Ambiga keluar kenyataan sokong Seksualiti Merdeka laknatullah nih! Kompom berjuta jenis fitnah akan ditaburkan dek blogger-blogger pemfitnah UMNO berbayar neh! kan betul!! leh semak kat sini kalau rajin.. tapi teman minta kome jangan bukak la blog2 deme ni.. penuh gambor lucah dan separa lucah je.. takde ilmu pun! hitam sama macam hati deme jugak!! hahahaha! http://mymassa.blogspot.com/2011/11/panas-kerajaan-pas-kelantan-sokong.html http://malaydelima.blogspot.com/2011/11/pas-sokong-seksualiti-merdeka-ambiga.html mangkuk hayun betoi.. perangai depa ni seolah-olah tak pernah tahu macam mana boleh dapat dosa? baik berenti jadi manusia la woii!! budakbalun 03112011 Nik Aziz minta k'jaan halang Seksualiti Merdeka Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini. Menteri Besar Kelantan itu meminta pihak kerajaan dan berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program itu yang jelas boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini. "Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu. "Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Kota Bharu hari ini.-Mkini |
Ya Allah.. Inikah tahap IQ menteri Malaysia? Posted: 02 Nov 2011 09:37 PM PDT Teman dah kabo.. menteri sorang ni memang ada masalah dengan pemahaman.. Dulu masa debat minyak.. berbuih mulut dia kutuk peribadi Anwar Ibrahim! walhal orang suruh debat isu harga minyak?? La ni.. Rakyat persoal macam mana warga Israel boleh lepas imigresen Malaysia walhal 25 jam dah kena tahan kat border? yang dia pergi pusing Kerajaan Selangor turut sponsor kejohanan tu apahal? Kerajaan Selangor bagi sponsor bukan cari peserta? Dan sejak bila Kerajaan Negeri bertanggungjawab pada Jabatan Imigresen? aduhhh!!! sengal sungguh! budakbalun 03112011 Peninju Israel: Eli mengaku sajalah, kata Shabery Menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan Selangor tidak boleh semudahnya mencuci tangan dalam isu kemasukan peninju Israel, Ilya Grad ke negara ini untuk satu rakaman program untuk stesen TV AXN. Ahmad Shabery juga berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya sebelum ini bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan RM5 juta untuk program The Challenger Muay Thai itu. - Insider |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan