AdukaTaruna |
- Panas! : Berapa Anwar bayar untuk Malaysiakini tukar pemberitaan Shamsul AMK?
- KMT marah akan Shamsul AMK
- Marah sungguh gua dengan falsafah Shamsul PKR.
- Mertabat semula raja berpelembagaan.
- Tanpa sultan, masjid akan jadi muzium.
Panas! : Berapa Anwar bayar untuk Malaysiakini tukar pemberitaan Shamsul AMK? Posted: 25 Nov 2011 10:16 AM PST Oleh : AdukaTaruna Meletup panasnya dengan statement bodek si Shamsul. Di blog dan FB. Seorang pembaca menyatakan tiada yang salah. Shamsul tak sebut pun begitu. Gua buka semua Malaysiakini. Ya! Terkejut gua. Pemberitaan itu telah ditukar. Shit! Apa ni? Gua semak Anak Sungai Derhaka. Dia sempat kopipes. Tajuk Asal : AMK: BERSIH 3.0 jika Anwar dipenjara Tajuk Ubah : AMK akan demo jika Anwar dipenjara Sumber : Anak Sungai Derhaka Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.Sumber : Malaysiakini Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.Gua tak puas hati. Sms rakan wartawan Malaysiakini. "Bro.. apsal Malaysiakini tukar berita Shamsul BERSIH 3.0?" "Eh.. tak tahu gua." Selang 5 minit gua dapat sms. "Bukan gua bro.. kena tanya wartawan tu. Anwar kol dia." |
Posted: 25 Nov 2011 09:45 AM PST Oleh : Khai Muhammad Taruna Sumber : http://youtu.be/8e4V6pAyZxM Saya ada tau masa 9 Julai 2011. BERSIH 2.0. Saya pergi atas nama mendapatkan hak memilih pemerintah dengan telus dan jujur. |
Marah sungguh gua dengan falsafah Shamsul PKR. Posted: 25 Nov 2011 05:31 AM PST Oleh : AdukaTaruna memang hak diala nak guna idealogi apa. Dan hak gua nak langgar dia pun lepas ni. Kalau berbulu dah sampai kepala. Langgar dengan hujah la. Berdepan dengan gua dulu, tengok. [1] Time Anwar kena tuduh liwat, dia junjung buku Qazaf. Tuntut Qazaf. Time Kelantan nak buat hudud, takda suara plak. Time Anwar pun tolak hudud, pun tak suara plak. Dasar manusia berjuang kerana manusia yang menentukan pangkat. Fakap la hai.. Gua pun tak setuju hudud peringkat negara ketika ini. Gua setuju hudud peringkat negeri. Gua pun tak setuju hudud peringkat negeri dituntut ketika ini. Tapi, sedetik pun gua tak berjuang kerana manusia. Gua tidak bermuka2 dengan prinsip. Gua dapat bayangkan apa yang berlaku kalau dia menjadi Menteri nanti. [2] Kemudian, dia nak mengeluarkan idea Mertabatkan Semula Raja Berpelembagaan. Kalau base on Malaysiakini, gua takda nak komen apa2. Tapi kalau dia cuba batalkan jasa Mahathir kepada gua dan rakyat, terhadap kuasa keganasan raja2 Melayu, gua bantah. [3] Terkini dan terlatest, Shamsul Ketua AMK PKR isytihar BERSIH 3.0 jika Anwar ke penjara. Eh2... mujur gua dah jadi bapak. Nak berubah. Kalau tak, dah mencarut dah gua. BERSIH tu atas falsafah apa? Kalau lu nak turun ke jalanraya atas nama Anwar, gunalah platform lain. Gua sokong. Tapi, BERSIH adalah hak demokrasi rakyat Malaysia terhadap sekian tuntutan. Tidak dibenarkan membawa panji politik. Respek sikit kepada ahli2 UMNO, penyokong2 BERSIH yang anti Anwar yang turut menyokong BERSIH. BERSIH adalah berkaitan dengan kedaulatan negara melalui sistem pilihraya. Ianya bukan untuk kes Anwar. Hormat-menghormatila sikit bai. Tunjukkan kepimpinan seorang Ketua AMK. |
Mertabat semula raja berpelembagaan. Posted: 25 Nov 2011 12:13 AM PST Oleh : Malaysiakini Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut supaya institusi raja berperlembagaan dimartabatkan semula agar tidak dipergunakan sebagai alat politik oleh parti pemerintah untuk kepentingan politik. Dalam ucapan dasarnya di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini, Shamsul berkata institusi beraja harus dilihat berwibawa dan mengambil peranan aktif untuk menyekat tindakan melampau pemerintah. Katanya lagi, raja tidak seharusnya sekadar menjadi simbol tetapi turut mengambil peranan untuk memberi perlindungan kepada golongan lemah dan membela golongan tertindas. "Institusi raja-raja harus mampu menjadi pengimbang dan penegak ketertiban dengan mengambil peranan aktif menyekat sebarang tindakan melampau permerintah atau sebarang cubaan melibatkan istana untuk kepuasan serakah politik. "Raja cuba diheret sama bagi memperkuatkan agenda perkauman. Tindakan ini telah mencemar fungsi dan peranan raja untuk menjadi penegak keadilan. "Padahal, menjalankan keadilan itu merupakan tugas asasi raja sebagaimana terkandung di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi kepada lebih 2,000 perwakilan di kongres itu. Shamsul Iskandar membangkitkan isu yang sering dianggap tabu itu dalam kongres kelapan PKR yang kali pertama diadakan di Johor Bahru, sejajar dengan usaha PKR untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri yang menjadi kubu kuat Umno itu. Oleh : malaysiakini Shamsul juga berkata, soal reformasi institusi beraja tidak sepatutnya menjadi isu tabu kerana soal membincangkannya bukanlah bermakna tidak mengasihi raja. "Hormat dan kasih kita itu membuatkan kita percaya bahawa perlu ada reformasi agar raja berperlembagaan dapat memainkan peranan yang benar-benar berkesan di negara ini," katanya. Tambahnya, raja dan Yang di-Pertuan Agong perlu disediakan dengan ilmu dan pengalaman sebagai prasyarat sebelum diangkat ke jawatan berkenaan, memandangkan raja perlu memenuhi tuntutan jawatan berkenaan sebagai ketua agama Islam. Katanya lagi, raja sepatutnya mampu menjadi simbol ketuanan rakyat dengan mengambil peranan sebagai "penaung kepada semua rakyat dan tidak terhad kepada orang Melayu." |
Tanpa sultan, masjid akan jadi muzium. Posted: 25 Nov 2011 12:00 AM PST Oleh : AdukaTaruna Cerita 1. Terngiang2 kat telinga gua kutbah Jumaat dalam mimpi gua yang lepas2. Sempena hari jadi Sultan bangang. Baka penjudi ayam. Kalah. Dan satu daerah berdialek sendiri diserahkan kepada jiran. Satu baka bangsat yang membuatkan wilayah atas negeri itu dijajah dan menderita menuntut kemerdekaan sendiri. Pada gua salah kenyataan imam Al Azhar semasa kutbah tu. Sepatutnya dia baca begini : "Dengan Sultan, gelanggang sukan menjadi masjid." Bodoo punya Sultan Negeri Sekebun Tebu... mujur dalam mimpi.. Cerita 2. "Na.. mu nak jual kain mu tu, 24hb ni Ostad Azhar ada ceramah kat Futsal Arena tuh." "Malaslah.. huje.. payoh." "Tak tentu gak Na.. dulu seminggu hujan. Tiba time program hudud kat stadium KB tu, tak hujan. Molek jer. Aku rasa silap2 jadi macam tu 24hb nih." Member gua ambil keputusan tak niaga kain dia. Kebetulannya, hujan haya sebelah tengah hari. Sebelah petang sehingga malam pada 24hb tu memang tak hujan. Pagi tadi masuk kerja, gua pun sound member gua. "Kan gua dah cakap.... tak hujan." |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan