Selasa, 22 November 2011

AdlyZahari

AdlyZahari


MENGGAMIT BERSIH 3.0

Posted: 22 Nov 2011 07:36 PM PST

  • Akta Perhimpunan Aman menyusahkan rakyat.
  • Susahkan rakyat untuk berhimpun.
  • Sebagai pelan untuk menggagalkan usaha Bersih 3.0
  • Akta Perhimpunan Aman sebagai penjara bagi pejuang kebebasan.
  • Akta itu memenjarakan kita !
  • Akta itu zalim dan sempit !
  • Akta itu mencabar rakyat !
  • Akta itu menggamit Bersih 3.0 !!!

APA ITU SERONOK ?

Posted: 22 Nov 2011 06:36 PM PST

  • Kita seronok dapat duit.
  • Kita seronok ada duit.
  • Anak kita seronok dapat RM100.00 seorang.
  • Kita tumpang seronok.
  • Kita sekeluarga tengah seronok tunggu duit RM500.00
  • Nanti bila dapat RM500.00, terasa seronok.
  • Memang seronok jadi rakyat, anak dapat RM100.00, Emak Bapak dapat RM500.00
  • Baru RM100 dan RM500 dah seronok.
  • Bayangkan seronok kalau dapat RM250,000,000.00 (RM250 juta)
  • Seronok gila!!!
  • Keluarga kita dapat RM500.00 pun dah seronok.
  • Keluarga Sharizad dapat RM250,000,000.00 tentulah seronok gila.
  • Seronok jadi Sharizad, seronok jadi UMNO! Wow seronoknya!
  • Wanita UMNO pun tumpang seronok ?
  • Kalau Sharizad kaya, wakala (wanita tahan lasak) akan kaya juga ?
  • Keluarga kita dapat RM500.00, keluarga Shahrizad dapat RM250,000,000.00.
  • Baru kita tahu apa makna seronok.

JIMAT DENGAN PRU SETIAP 5 TAHUN

Posted: 22 Nov 2011 05:52 PM PST

  • SPR menyatakan bahawa pilihanraya serentak seluruh negara akan menjimatkan kos dan wang negara.
  • Maka SPR bercadang nak jumpa dengan pemimpin pakatan, hasratnya agar pakatan turut bubar DUN jika PM bubar parlimen.
  • Nampak benar SPR itu diperalat UMNO.
  • SPR bole jumpa Pakatan, tapi dalam masa yang sama SPR juga kena nasihatkan BN, terutamanya PM.
  • Pilihanraya jadi jimat sekiranya ia diadakan setiap lima tahun, bukan 3 atau 4 tahun.
  • PRU 13 sepatutnya diadakan sebelum Mac 2013, sekarang baru Nov 2011. Masa masih panjang.
  • Sepatutnya SPR jumpa pemimpin BN, terutamanya Perdana Menteri. Nasihat Datuk Seri Najib agar jangan bubarkan Parlimen selagi penggalnya belum berakhir.
  • Jadi tak timbul isu antara kerajaan BN dan kerajaan pakatan.
  • Semua kerajaan kena bubar DUN atau Parlimen bila cukup tempoh. DUN dan Parlimen Sarawak boleh turut diselaraskan.
  • Tentukan tarikah PRU 13 awal, bukan dengan teka teki Najib.
  • Ini kalau SPR ikhlas nak jimatkan wang negara. Bukan Pakatan sahaja perlu diberi nasihat, BN sebenarnya lebih utama diberi peringatan.
  • SPR benar-benar nak jimatkan wang rakyat ke atau nak menangkan BN ?
  • Kalau benar-benar nak jimatkan wang Rakyat, SPR harus tegas dengan :
  1. Tempoh PRU setiap genap 5 tahun.
  2. Tarikh PRU diumumkan setahun awal sebelum tempoh 5 tahun tamat.
  3. Selaraskan PRU Negeri dan Parlimen serentak untuk Sarawak.
  4. Kawal belanja piliharaya parti parti bertanding.
  5. Akses media elektronik kepada semua parti bertanding.
  6. Tiada penggunaan dana awam oleh mana mana parti politik.
  • Sanggupkah SPR bertegas demi jimatkan wang rakyat?
  • Atau SPR terus dilihat sebagai Pro BN @ Alat BN ?


Tiada ulasan: