Isnin, 7 November 2011

AdlyZahari

AdlyZahari


DATUK HAMID ALBAR VS DATUK ALI

Posted: 07 Nov 2011 07:54 PM PST

  • Hari ini Datuk Ali mengatakan SPAD yang dipengerusikan oleh Datuk Hamid Albar tak faham fungsi Monorel Melaka.
  • Monorel itu adalah monorel pelancungan bukan monorel awam.
  • Maka pengantungan operasi untuk satu bulan adalah tidak wajar. Melaka tanggung kerugian.
  • Maka wajar Pengerusi SPAD keluarkan kenyataan.
  • Mungkin Datuk Ali betul dan SPAD salah faham.
  • Atau mungkin SPAD betul dan Datuk Ali tak faham.
  • Atau mungkin kedua-dua tak betul dan tak faham.
  • Yang pasti tak mungkin kedua-dua betul dan faham.

ORANG MUDA DISEKTOR AWAM

Posted: 07 Nov 2011 07:46 PM PST

  • Sektor Perkhidmatan Awam tak sewajarnya menjadi bahan politik.
  • Sektor awam diMalaysia pasti jadi cekap sekiranya campurtangan golongan penguasa dikurangkan.
  • Pengurangan kakitangan awam tak wajar menjadi bahan politik BN.
  • Paling utama hari ini adalah mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam.
  • Golongan muda harus diberi peluang sama.
  • Kerajaan melanjutkan umur persaraan, dalam masa yang sama pengambilan baru dari golongan muda kesektor ini juga mesti dipertingkatkan, bagaimana ianya boleh direalisasikan.?
  • Isu campurtangan politik BN, Tiris dan Bocor telah memberikan imej negatif kepada kakitangan awam.

Tiada ulasan: