Addin |
- Prof. Aziz Bari Bakal Mengadap Sultan Selangor?
- Parlimen Di Bubar 15 Januari 2012
- Panas!! Pencacai Haprak UMNOporno Pamerkan Wajahnya..
Prof. Aziz Bari Bakal Mengadap Sultan Selangor? Posted: 26 Nov 2011 04:00 PM PST Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari hari ini menafikan dakwaan beliau ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu zakat di Selangor tidak diaudit. "Saya tak pernah hentam pengurusan zakat Selangor sebagaimana yang dititahkan," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu kepada FMT hari ini berhubung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berhubung isu ini. Minggu lepas beliau memberi komen tentang pindaan kepada enakmen mengenai pengurusan masjid dan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan cara Tuanku menitah para Ahli Dewan Undangan Negeri agar tidak menentang pindaan itu. "Dua isu itu saya fikir tidak kena di sisi perlembagaan. Ini kerana ia memberi terlalu banyak kuasa dan ia boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Tuanku. Kuasa mutlak itu termasuk dalam soal pengurusan masjid dan zakat. "Saya tidak kata zakat di Selangor tidak diaudit. Apa yang saya komen ialah kebimbangan yang wujud ekoran pindaan itu dan ia mungkin berlaku di masa depan," jelas beliau. Tegas beliau, "saya tidak membuat apa-apa tuduhan; saya tidak buat apa-apa komen mengenai kedudukan pengutipan dan laporan zakat itu sekarang. "Tegasnya saya tidak melakukan apa yang dititah oleh Tuanku semalam. Saya menyatakan kebimbangan di masa depan. Saya tidak membuat tuduhan atau cuba mengelirukan rakyat. "Apa pun saya sedia mengadap Tuanku jika dikehendakki. Saya fikir Tuanku berhak dan perlu mendapat input yang luas dan berbeza. "Saya telah banyak membuat kajian mengenai institusi beraja. Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor. Saya mahu zakat diurus dengan baik. Dua perkara ini melayakkan saya membuat komen. "Mungkin ada maklumat yang tidak saya ketahui. Sebab itu saya ulangi saya bersedia mengadap Tuanku jika dititahkan," katanya./fmt |
Parlimen Di Bubar 15 Januari 2012 Posted: 26 Nov 2011 07:43 AM PST Dalam senario sekarang ini, tiada yang lebih menarik untuk diperkatakan terutama di kalangan pemerhati politik, hinggalah di kedai-kedai kopi, melainkan tarikh pilihan raya umum ke-13Namun sehingga kini, masih belum ada 'pak nujum' politik yang benar-benar dapat meramalkan tarikh tepat bila tarikh pilihan raya yang dijangka sengit ini akan diadakan.Ini kerana ia adalah keputusan mutlak Perdana Menteri untuk mengumumkan apa yang berada dibenak fikirannya. Menariknya dalam pada pelbagai analisis dibuat oleh bermacam pihak mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang, akhbar bahasa Cina, Oriental Daily telah mengemukakan teori yang menarik untuk diperhatikan. Pertama, akhbar berkenaan melontarkan persoalan kemungkinan besar Parlimen akan dibubarkan pada 15 Januari ini. Kedua, ini kerana menurut akhbar berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan ke luar negara pada bulan Januari. Ketiga, Oriental Daily memaklumkan yang mereka mendapat maklumat cuti kesemua pegawai dan anggota polis dikatakan akan dibekukan pada bulan tersebut Dan yang paling menguatkan hujah pilihan raya akan diadakan pada tarikh atau bulan berkenaan bila Najib dikatakan sudah hampir pasti tidak akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland yang dijadualkan berlangsung juga pada bulan Januari. Sesungguhnya spekulasi yang dibuat Oriental Daily ini sekali gus telah menghangatkan semula cakap-cakap mengenai tarikh PRU-13. Sebelum ini tanggapan ramai pihak yang kononny Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-13 pada 11 November lalu ternyata tidak menjadi kenyataan. Yang pasti apa pun tarikhnya, pembangkang awal-awal lagi enggan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum hingga 'memeningkan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang. Bagi penulis, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit. Proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa. Kita kena ingat, kecuali di Sabah dan Sarawak, pengundian berasingan antara DUN dengan Parlimen tidak pernah berlaku. Malangnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan. Apapun penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua tukang tilik dan pak nujum pilihan raya ini, tak rugi pun kalau telahan tu tak betul. Cuma rasanya banyak lagi kerja berfaedah yang boleh kita buat daripada asyik memeningkan diri mencari pelbagai teori bila tarikh PRU-13 akan diadakan. Tarikh 15 Februari yang dicanangkan Oriental Daily itu mungkin betul, mungkin tidak. Biarlah Najib sendiri yang umumkan tarikhnya, yang kita ni, ayuh teruskan kerja! |
Panas!! Pencacai Haprak UMNOporno Pamerkan Wajahnya.. Posted: 26 Nov 2011 05:41 AM PST Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti Suara Dari Bumi, Jas Salleh, Pas Beruk, Padi Jantan dan Azmy Awang Kelana Jaya... Semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya.... Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T...- Manjung Mari Addin : Yang sokong Umnoporno biasanya golongan yang tua kerepot yang mudah di tipu!! Otak berkarat.. budak2 muda sorilah nak sokong pengkhianat agama, bangsa dan negara ni (UMNOporno). |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan