Isnin, 24 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FINAL PIALA MALAYSIA - BOIKOT HADIR KE STADIUM, FAM CEKIK DARAH?

Posted: 24 Oct 2011 10:21 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

FINAL Bola Sepak Piala Malaysia di antara pasukan Negeri Sembilan menentang Terengganu akan berlangsung pada 29 Okt 2011 ini di Stadium Shah Alam. FAM telah menetapkan harga tiket adalah berharga RM 50 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak.

FAM nampaknya ingin mengambil kesempatan dengan peningkatan sokongan peminat terhadap bolasepak di negara ini. Mengapa FAM tergamak mencekik darah peminat dengan harga tiket yang tidak munasabah itu? Sudah kering kontang sangatkah tabung FAM sehingga terpaksa menaikkan harga tiket seolah-olah mutu bolasepak negara kita sudah sampai ke tahap mutu bolasepak Liga Inggeris atau Eropah?

Mereka tahu bahawa puluhan ribu penyokong-penyokong dari kedua-dua pasukan akan hadir ke stadium pada Final itu nanti, maka FAM menjadi lupa daratan sehingga tidak langsung menunjukkan timbang rasa atau berterima kasih di atas sokongan peminat bolasepak negara ini terhadap liga tempatan.

Saya menyeru agar FAM kembali merenung zaman kemunduran bolasepak negara sehingga ke tahap ini. Amat zalim FAM menghukum peminat bolasepak dengan keadaan ekonomi negara sekarang dengan menetapkan harga yang tidak masuk akal itu. Pegawai FAM malam tadi memberi alasan kononnya harga tiket terpaksa dinaikkan demi membantu kedua-dua pasukan yang beraksi di Final nanti. Apakah selama ini pasukan-pasukan tidak mendapat untung hasil dari kutipan di stadium masing-masing sepanjang Liga Super dan Liga Malaysia?

Sekiranya FAM masih degil dan ego untuk menaikkan harga tiket, saya menyeru agar kita semua memboikot hadir ke stadium pada Final tersebut dan lebih baik kita menonton siaran langsung melalui TV sahaja. Bayangkan jika harga tiket RM50 seorang, jika hadir bersama isteri dan anak-anak sudah berapa? Itu belum dikira kos minyak kenderaan, makan dan minum. Apakah FAM tidak fikir semua ini atau hanya memikirkan kantung FAM sahaja?

Tentang stadium pula, amat memalukan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan untuk Pertandingan Akhir yang berprestij seperti ini. Mengapa berlaku sedemikian? Ini menunjukkan FAM tidak bersedia dari awal sebelum Liga bermula lagi. Oleh itu, usahlah negara ini mengada-ngada untuk berangan menjadi Tuan Rumah Bola Sepak Olimpik jauh Linksekali untuk menjadi Tuan Rumah Piala Dunia. Memalukan.

Mengapa Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan? Malaysian Insider melaporkan, " Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010. Selanjutnya baca di sini.

Sekali lagi kita pohon agar FAM menimbang kembali agar harga tiket dijual seperti biasa kerana menghargai sokongan peminat bolasepak negara selama ini. FAM jangan tamak dan lupa diri./wfauzdin.blogspot.com

`BERKAT' UMI HAFILDA - 300 ORANG SERTAI KEADILAN DI PALONG 6

Posted: 24 Oct 2011 02:05 AM PDT

Pada 22hb Okt baru-baru ini, bertempat di Padang Bola Palong 6, penceramah wanita yang terkenal dengan ucapan lucah yang dibawa oleh Umno iaitu Umi Hafilda telah hadir berceramah bersama Pengerusi Felda iaitu `perampas' Pengerusi KPF, Isa Samad. Program sebelah petang itu telah dihadiri ramai petugas-petugas KEMAS sekitar Palong 4, 5 dan 6 di samping mereka yang mahu `berhibur' dengan ucapan lucah dari Umi Hafilda.

Seperti lazimnya, Umi Hafilda akan membuka `Hikayat' basi tentang DS Anwar dan terus memburukkan keluarganya sendiri. Wanita yang telah dibuang dari senarai anak oleh ayahnya itu membuka cerita kononnya DS Wan Azizah juga dibuang oleh keluarga. Namun, usaha wanita berumur yang masih bujang itu untuk memburukkan pemimpin PKR ternyata gagal samasekali.



Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah
berucap penuh semangat

Buktinya pada hari yang sama, malam itu Palong 6 telah menerima kehadiran Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah bersama beberapa pimpinan lain termasuk Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Tuan Hj Suhaimi Said.

Difahamkan pihak KEMAS turut mengarahkan anggota-anggotanya hadir di ceramah Pakatan Rakyat malam itu utuk membuat laporan. Kehadiran pada program malam itu jauh lebih hebat dari program ceramah Umi Hafilda.






Sdr Rebin dan juga Tuan Hj Suhaimi turut berucap


Paling mengejutkan, pada hari yang sama dengan program Umi Hafilda dan Isa Samad, Parti Keadilan Rakyat telah menerima seramai 300 orang menyertai parti tersebut di Palong 6. Jelas ini menunjukkan bahawa kehadiran Umi Hafilda dan Isa Samad membuatkan lebih ramai merasa meluat dan jijik dengan Umno. Apatah lagi dengan kehadiran Umi Hafilda yang berucap penuh dengan maki hamun dan berunsur lucah ditambah pula dengan kehadiran Isa Samad, `perampas' Pengerusi KPF.



Pelakon Man Kadir@Pak Jabit juga turut hadir





Sambutan amat menggalakkan di kawasan Felda Palong 6





Foto: Ihsan Suhaimi Said/Lubok Kawah.blogspot

Tiada ulasan: