Isnin, 3 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIAPA BERANI `BERTARUH' NAJIB SANGGUP KE MAHKAMAH PARIS?

Posted: 03 Oct 2011 09:04 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGIKUT laporan Malaysiakini, Najib boleh disepina ke Mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene. Pembelian kapal selam Scorpene ini bukan sahaja dikaitkan dengan rasuah ratusan juta ringgit, malahan dikatakan ada hubungkait dengan kes jenayah iaitu pembunuhan Altantuya.

Jika di dalam Mahkamah di negara ini, Najib berusaha untuk mengelak dari menjadi saksi di dalam kes fitnah Liwat II yang melibatkan DS Anwar, adakah Najib berani untuk ke mahkamah di luar negara?

Malaysiakini melaporkan, "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera.

military malaysia navy french built submarine scorpene classNajib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilion bagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan (Malaysiakini).

Siapa berani `bertaruh' bahawa Najib akan akur sekiranya disepina di mahkamah Paris nanti? Jika dengar suaranya bercakap di TV, Najib umpama `Pendekar' Melayu yang hebat tidak gentar untuk menghadapi sesiapa sahaja.

Beliau pernah memberi amaran kepada DS Anwar agar jangan berdebat dengannya, nanti dikhuatiri DS Anwar `demam'. DS Anwar pun menjawab, beliau tidak kisah `demam' kerana bila sihat beliau akan bangkit dan tetap mahu Najib berdebat dengannya atas apa jua isu samada ekonomi mahu pun isu peribadi. Akhirnya, Najib tidak menyahut cabaran DS Anwar. Ertinya apa?

Oleh yang demikian, jangan kita ghairah untuk melihat Najib berada di Paris bagi menghadapi kes di sana. Jika mahu sangat untuk melihat Najib berada di dalam mahkamah, hanya ada satu cara sahaja iaitu kita tukar Kerajaan yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: