WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Isu Perobohan 12 Rumah Kg Sg Nibong Besar Selesai Dlm 24 jam! Posted: 21 Oct 2011 11:24 PM PDT Isu Perobohan 12 Rumah Kg Sg Nibong Besar Selesai Dlm 24 jam! YB Sim Tze Tzin telah berjaya menyelesaikan masalah perobohan 12 rumah di Kampung Sungai Nibong Besar dalam hanya 24jam. Kelmarin 17/10, makahmah mendapat perintah untuk merobohkan rumah-rumah selepas penduduk kampung kalah dalam kes makamah. YB Sim sampai ke tempat kejadian, dan beliau telah berjaya mendapat persetujuan untuk menundakan perobohan dari pemaju. Dalam rekod 24 jam sahaja, beliau telah berusaha dan berjaya mendapat pampasan 1 rumah ganti 1 rumah kos rendah (bernilai RM42,000), tambah RM5,000 kos pindah. Ini bermaksud penduduk akan mendapat pampasan nilai berjumlah RM47,000. Usaha ini hanya dapat dicapai dengan bantuan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri YB Dato Mansor Othman dan YB Sim sendiri. Upacara menandatangan perjanjian telah dijalankan pagi tadi pada hari ini 18/10 pukul 10.30pagi di Dewan JKKK Kg Sg Nibong Pantai. Turut hadir adalah pengerusi JKKK Pak Leh dan AJK JKKK. Kesemua 12 penduduk telah menandatangani perjanjian. (Sila rujuk gambar). YB Sim dalam ucapannya mengulaskan sejarah kejadian tersebut. Beliau telah mendapat tawaran yang baik kepada penduduk kampung 1 tahun yang lepas. Tetapi, malangnya penduduk kampung dipengaruhi pihak yang tidak bertanggungjawab, maka penduduk kampung tidak ingin mengambil tawaran tersebut. Akibat daripada itu, mereka membawa kes ke makhamah. Tetapi mereka kalah dalam makhamah akhirnya. Ada parti politik yang cuba mengaut kepentingan politik, dengan janji-janji manis, tetapi mereka gagal menunaikan janji. Penduduk kampung hampir-hampir kehilangan kesemua harta mereka akibat daripada itu. Penduduk harus ambil iktibar daripada kejadian ini. Semalam lebih kurang 50 orang ahli UMNO/BN berkumpul di kawasan kampung menyebabkan keadaan agak tegang. Antara kalangan mereka, ada yang cuba mengaut keuntungan politik dan cuba menghalang YB Sim menjalankan tugas beliau. (rujuk gambar 5-halau lagi.jpg). Walau bagaimanapun, YB Sim secara tabah hati dan tenang menjalankan tugas, dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut dengan lancar. Atas usaha kerajaan Pakatan Rakyat, mereka sekarang boleh berlega. Pakatan Rakyat memang membela nasib orang kampung tanpa kaum, agama atau fahaman politik. Dengan perjanjian ini, mereka akan diberi kelongaran 3 bulan untuk memindah ke rumah baru. Semua penduduk mengucapkan terima kasih kepada YB Sim dan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam upacara tersebut. YB Sim berkata, walaupun letih menyelesaikan masalah ini, tetapi gembira kerana dapat membantu penduduk yang dalam kesusahan. Sim Tze Tzin ADUN Pantai Jerejak State Assemblyman of Penang 12-J-2 Jalan Rumbia 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Tel: +6019 472 8099 Fax: 04-2260633 Website: www.pantaijerejak.com Blog: www.simformalaysia.com www.facebook.com/simtzetzin twitter: @simtzetzin |
MENTERI INI TIDAK SESUAI DI DALAM UMNO Posted: 21 Oct 2011 11:12 PM PDT Timbalan Menteri: Tarik balik penggantungan Aziz Bari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.Malaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan". Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah. "Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya. Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama. Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan