WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua
- Dr Asri: Gantung Aziz tindakan mengampu
- Pelbagai Pihak Protes Penggantungan Dr Aziz Bari
Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua Posted: 20 Oct 2011 04:36 AM PDT Berita terkini melaporkan bahawa Profesor Abdul Aziz Bari digantung tugasnya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), lantas mencungkil persoalan sejauh manakah institusi pengajian tinggi mampu mempertahankan kebebasan akademik atau kebebasan bersuara dalam menara gading? Bahagian pertama: Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara di atas dijalankan melalui email. |
Dr Asri: Gantung Aziz tindakan mengampu Posted: 20 Oct 2011 04:14 AM PDT Patut la Universiti kita ni tercorot sahaja .Bukan sahaja tak ada nama, akan tetapi tindakan tersebut juga dianggap sebagai tindakan tak bertamadun di alaf baru ni dimana sikap keterbukaan pusat pengajian tinggi ini sudah berubah menjadi pusat membodek parti pemerintah.Maka kerana itu semua kajian dan juga pandangan politik tidak dapat keluar dari Universiti kerana dianggap pelajar dan kajian yang dibuat adalah untuk pelajar dan warga Universiti sahaja. Tidak seperti di luar negara,kajian dan pandangan dari cerdik pandai,kajian dan peruntukan kepada universiti diberi satu geran kajian yang cukup besar...supaya hasil kajian ini dimanfaatkan untuk negara... Berlainan dengan negara kita...semakin maju kehadapan ..semakin tertinggalnya pandangan dan kajian dari pihak Universiti.Para penyarah di tutup mulut dan menjadi pensyarah yang hanya tahu mendapat habuan bulanan dan menjadi seperti pokok yang berdaun lebat tetapi tidak mengeluarkan buahnya... Dr ASRI......TINDAKAN MENGAMPU......... Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai "tindakan mengampu". "Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita. "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. "Tindakan ini adalah tindakan mengampu," kata fellow pelawat di Universiti Oxford itu. Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri (kanan) menyifatkannya sebagai "tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik". Beliau bahkan sinis terhadap apa yang dirujuknya sebagai "kepimpinan baru di UIA" yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik. "Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik," katanya. Kakitangan UM: Tanam ketakutan Katanya, setahu beliau rektor UIA sekarang merupakan ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), justeru beliau bimbang berlaku konflik kepentingan dalam tindakan mengambil tindakan terhadap Aziz. "Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini. "UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran," katanya. Tindakan terhadap Aziz, termasuk disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpunca daripada komennya terhadap Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - bawah MAIS - terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya. Dr Asri mengibaratkan tindakan UIA itu seperti "mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy (menyeleweng) kepada agama". Sementara itu, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) hari ini turut menentang tindakan pelbagai pihak terhadap Aziz - termasuk oleh polis dan UIA - kerana ia didakwa mencabul kebebasan akademik dan berekspresi. "Tindakan oleh kerajaan dan UIA ini akan menanam ketakutan dalam masyarakat akademik," kata presidennya Azmi Sharom. Sehubungan itu, persatuan itu menggesa siasatan polis bawah akta hasutan dihentikan dan pengantungan terhadapnya ditamatkan serta merta. |
Pelbagai Pihak Protes Penggantungan Dr Aziz Bari Posted: 20 Oct 2011 04:08 AM PDT SHAH ALAM, 20 Oktober : Pelbagai pihak menyatakan bantahan terhadap penggantungan perkhidmatan pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ekoran kenyataannya berkenaan titah Sultan Selangor baharu-baharu ini. Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku 'Taman Ilmu dan Budi', apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu. "AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?," soal beliau dalam satu kenyataan media. Sementara itu,Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik. "Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau," kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat. Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. "Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," ujarnya lagi. Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan. Dalam pada itu ,kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap UIAM yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah. Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik". "Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. "Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri. Lawyers For Liberty pula menyatakan tindakan UIAM tersebut bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan yang memberi kebebasan untuk bersuara dan menuntut kebebasan akademik dipertahankan. "Kami menuntut bahawa penggantungan ini wajar ditarik balik serta-merta manakala menyeru SKMM tidak langkau sempadan bidang kuasa. Kami juga menggesa pihak polis menghentikan serta-merta mengganggu Prof Aziz Bari dengan penyiasatan di bawah zalim Akta Hasutan," katanya. Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus UIA di Gombak selepas solat Jumaat. Malahan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa laman Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut. Laman facebook "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" dan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan