WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- HARAPANNAK LAGAKAN PAS DAN PAKATAN BERKECAI
- Penyelidik Beri Amaran Hutang Negara Bakal Cecah RM1 Trilion
- Tuduh Seleweng RM55 Juta : Sengaja Calar Imej Penjawat Awam
HARAPANNAK LAGAKAN PAS DAN PAKATAN BERKECAI Posted: 18 Oct 2011 10:03 AM PDT PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam. "PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan. Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali. Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. "Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi. Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya. "Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi. Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai". Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya. |
Penyelidik Beri Amaran Hutang Negara Bakal Cecah RM1 Trilion Posted: 18 Oct 2011 09:57 AM PDT KUALA LUMPUR 18 OKTOBER : Badan pemikir bebas, Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) memberi amaran bahawa impian negara menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan mengambil pendekatan membudayakan amalan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya. REFSA dalam kenyataannya menjelaskan menjelang tahun 2020, hutang negara boleh mencecah RM1 trilion sekiranya hutang Kerajaan Persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun. Menurut REFSA, defisit semasa negara hari ini yang berada pada RM437 bilion adalah lebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004. "Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," di petik laporan REFSA. Sebagai rekod, antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun. Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion. "Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," Jelas REFSA. Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun. "Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi. |
Tuduh Seleweng RM55 Juta : Sengaja Calar Imej Penjawat Awam Posted: 18 Oct 2011 09:53 AM PDT SHAH ALAM, 18 OKTOBER : Tuduhan seorang bekas menteri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa kononnya baki peruntukan penyelenggaraan pada 2009 berjumlah RM55 juta telah dilesapkan bertujuan untuk mencalar kewibawaan dan kredibiliti kerajaan negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memandang serius tuduhan berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh serta media yang sewenang-wenangnya menyiarkan tuduhan tidak berasas berkenaan. "Lebih dari itu, kita merasakan tuduhan ini turut menghina penjawat awam yang bekerja keras bagi memastikan dana negeri diurus dengan baik dan profesional," katanya dalam kenyataan media. Menurut Menteri Besar, amanah rakyat menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dan bekerja keras untuk memastikan amanah rakyat dilaksanakan dengan sebaiknya dan penuh tanggungjawab. "Jelas beliau sememangnya tiada langsung pengetahuan asas dalam perakaunan. Kedangkalan pengetahuan beliau dan ditambah pula dengan tujuan politik, beliau telah memperkecilkan kebolehan penjawat awam menjalankan tugas untuk memastikan dana diurus dengan baik," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan