WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Abdul Khalid Terus Teraju Selangor: Anwar
- Anwar :Gaji MP Tidak Wajar Dinaikkan
- Peruntukan Ad Hoc tanpa dasar adil cacatkan Belanjawan Najib-BN 2012 (II)
- Peruntukan Ad Hoc tanpa dasar adil cacatkan Belanjawan Najib-BN 2012 (I)
- Dakwa Ekonomi Rancak :Anwar bidas Najib
- Pakatan Rakyat Syorkan Jumlah Dividen Petronas Dikurang Kepada RM26 Bilion Sahaja
Abdul Khalid Terus Teraju Selangor: Anwar Posted: 10 Oct 2011 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan tiada cadangan daripada pihak parti untuk menggantikan tempat Khalid. Anwar berkata demikian kepada wartawan di lobi Parlimen apabila diaju pertanyaan mengenai kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. "Ini dibangkitkan soal yang dilaporkan kononnya ada usaha untuk minta diganti Tan Sri Khalid ini. Ini cerita tahun pertama tentang cara pengurusan Tan Sri Khalid yang agak tegas dan sebagainya,"katanya. Anwar tidak menolak menerima beberapa pandangan dikemukakan tetapi ia diselesaikan secara demokratik. "Ahli-ahli boleh bantah, boleh minta cadangan, boleh minta ganti, baik ketua umum, presiden, menteri besar. "Tetapi perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan sekarang ni kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar,"katanya. Sebuah portal berita hari ini mendakwa PKR Selangor mahu Khalid diganti sebagai Menteri Besar setelah mendapat protes daripada sejumlah Adun PKR negeri itu. | ||||||||||||||||||||||||
Anwar :Gaji MP Tidak Wajar Dinaikkan Posted: 10 Oct 2011 07:20 AM PDT KUALA LUMPUR 10 OKT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kini bukan masa yang sesuai untuk menerima cadangan kenaikan gaji ahli-ahli parlimen. Ini kerana menurut beliau, berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara yang lembab termasuk saranan gaji minima yang tidak dipersetujui kerajaan, maka tidak munasabah untuk Pakatan pembangkang mempertimbangkan perkara tersebut walaupun mendapat keluhan daripada ahli-ahli parlimen yang lain. Namun katanya reaksi sepontan itu akan berubah sekiranya cadangan kenaikan elaun dikhususkan dalam pemberian faedah untuk kegunaan pejabat ahli parlimen dan pekerja. "Apa yang dicadangkan (kepada parlimen) adalah pakej yang memberi faedah langsung kepada ahli parlimen yang jauh lebih tinggi dan saya rasa ini tidak boleh diterima. "Saya tidak kata (kenaikan elaun) ahli parlimen tidak boleh dipertimbangkan tapi bukan masa ini sebab anda lihat orang diluar sana yang terbeban dengan harga barang dan keadaan hidup mereka serta kebanyakkan mereka kakitangan awam," kata beliau ketika ditemui media di lobi parlimen. Di sebelah pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang media berkata Putrajaya menarik balik rancangan untuk menaikkan saraan ahli-ahli Parlimen ekoran bantahan dilahirkan oleh wakil rakyat pembangkang. Katanya beliau memutuskan untuk menarik balik peruntukan RM30 juta dalam Belanjawan 2012 selepas membaca pelbagai laporan bahawa ada wakil rakyat membantah cadangan menaikkan saraan mereka. Sehubungan dengan itu Anwar menjelaskan sekiranya kerajaan tampil mengemukakan kertas cadangan baru yang boleh memberi faedah kepada keperluan aspek pentadbiran ahli parlimen, maka pembangkang bersedia untuk berbincang. | ||||||||||||||||||||||||
Peruntukan Ad Hoc tanpa dasar adil cacatkan Belanjawan Najib-BN 2012 (II) Posted: 10 Oct 2011 07:15 AM PDT MAKSUD TERSIRAT KONSEP KEBAJIKAN NAJIB: "YOU HELP ME, I HELP YOU!" Sesungguhnya, perangkaan Belanjawan Najib-BN membawa kepada suatu konsep penting apabila kita membicarakan penggubalan dan pelaksanaan dasar yang adil – konsep kebajikan. Pebezaan signifikan antara Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 dan Belanjawan Kerajaan Najib-BN 2012 ialah perbezaan dari segi pendekatan yakni titik permulaan merangka belanjawan masing-masing. Isi rumah Berpendapatan Rendah
Warga Emas
Penjawat Awam
Subsidi Barangan Asas
Lain-Lain
Transformasi Projek Mega: Projek Mega Berwajah Boros Walaupun Kerajaan BN dalam pengumuman Belanjawan 2012 cuba mengelakkan diri daripada tuduhan bahawa ia sering mengutamakan projek mega, anggapan bahawa Belanjawan 2012 BN adalah bebas daripada projek mega adalah salah sama sekali. Dua perkembangan dapat dikesan dalam Belanjawan 2012 BN, iaitu: ii. Projek KLIFD bernilai RM26 bilion, projek pembangunan lima wilayah koridor bernilai hampir RM1 bilion (RM978 juta), dan projek Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-10 bernilai RM98.4 bilion. Projek-projek yang terlibat termasuk, pembinaan lebuh raya persisiran pantai Johor Bahru-Nusa Jaya, projek pelancongan warisan Taiping, projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru, projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuh Raya Pantai Barat Banting - Taiping, Lebuhraya Segamat - Tangkak, Lebuhraya Central Spine, pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau, dan pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi. iii. Projek mega telah "ditransformasikan" daripada projek infrastruktur di kawasan bandar yang amat menarik perhatian kepada projek infrastruktur di kawasan luar bandar yang tidak begitu menonjol. Antaranya, satu Pakej Rangsangan Khas RM6 bilion yang dibiayai melalui Privat Financing Initiative (PFI) diwujud bagi pembaikan dan penyelenggaraan sekolah, menaik taraf hospital, rancangan tebatan banjir, menaik taraf infrastruktur khas luar bandar, dan pembinaan perumahan rakyat. Peruntukan RM5 bilion juga disediakan bagi pembangunan infrastruktur asas luar bandar. Satu Program Lonjakan Mega Luar Bandar juga akan dilaksanakan dengan peruntukan RM110 juta.
Yang Miskin Diberi Gula-Gula, Yang Maha Kaya Diberi Mesin Gula-Gula 1. http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:negara-berkebajikan--tawaran-pas-kepada-rakyat-malaysia-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56 2. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/negara-berkebajikan-different-from-welfare-state-says-hadi/ 3. http://www.britannica.com/EBchecked/topic/639266/welfare-state 4. http://www.malaysiakini.com/news/166316 5. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ipp-subsidies-under-review/ Baca: Bahagian pertama *Tulisan ini ditulis khas untuk MerdekaReview atas permintaan. **Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog. | ||||||||||||||||||||||||
Peruntukan Ad Hoc tanpa dasar adil cacatkan Belanjawan Najib-BN 2012 (I) Posted: 10 Oct 2011 07:14 AM PDT DEFISIT BERLARUTAN SELAMA 15 TAHUN Peruntukan Belanjawan Najib 2012 sebanyak RM232.8 bilion memperlihatkan peningkatan sebanyak 9% berbanding dengan peruntukan pada tahun 2011. Daripada jumlah tersebut, 78% atau RM181.6 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan 22% atau RM51.2 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan. Sumber: Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan dan Laporan Bank Negara Malaysia Jelas, tumpuan Belanjawan Najib 2012 ialah PRU Ke-13, bukan masalah ekonomi khususnya bagaimana negara berdepan dengan ekonomi dunia yang tidak menentu dan risiko defisit 15 tahun berturut-turut. Pakej Rangsangan Khas dengan jumlah projek bernilai RM6 bilion bukan sahaja tidak dibekalkan butiran, malah impaknya untuk merangsangkan ekonomi negara juga tidak meyakinkan. Sesungguhnya, ramai penganalisa ekonomi berpendapat angka Kerajaan Persekutuan berhubung KDNK dan defisit adalah terlalu optimistik dan tidak meyakinkan. Kekurangan Dana dan Isu Pembiayaan Menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Kerajaan BN dijangka mengumpul sebanyak RM88 bilion (berbanding RM58 bilion tahun lalu) melalui Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) bagi tujuan membiayai defisit belanjawan dan bon yang matang <1>. MARC menjangkakan defisit belanjawan tahun 2011 berada pada paras RM45.5 bilion manakala MGS/GII yang matang pada tahun ini adalah bernilai RM45 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai keperluan pembiayaan berjumlah RM90.5 bilion. Kini dengan pengumuman defisit sebanyak RM43.021 bilion bagi tahun 2012, isu pembiayaan sebenar yang bakal dihadapi Kerajaan Persekutuan menjadi persoalan penting. Sejauh mana perangkaan sebuah Belanjawan Negara yang tidak berhemat bakal meninggalkan tanggungan berat kepada generasi muda pada masa depan? GOLONGAN BERPENDAPATAN MENENGAH JUGA BERDEPAN DENGAN BEBAN HIDUP YANG BERAT Golongan berpendapatan menengah yang bukan pelabur atau peniaga besar tidak layak mendapat "handout" RM500 kerana jumlah pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan fakta bahawa biasanya lebih daripada seorang ahli keluarga perlu bekerja. Namun mereka juga berdepan dengan beban hidup yang berat. MASALAH PERUNTUKAN AD HOC TANPA DASAR ADIL Dasar Transformasi Nasional (DTN) lebih merupakan kumpulan siri projek yang memperlihatkan peruntukan secara rampang dan ad hoc melalui Belanjawan Najib meskipun DTN mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020. Sesungguhnya, perancangan dasar negara bukan sahaja memerlukan pemahaman masalah, desakan dan tuntutan rakyat tetapi juga pendekatan dan penyelesaian masalah secara dasar. STATISTIK KPRU: PURATA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH TANPA MENGIRA NISBAH BILANGAN SEKOLAH (SECARA AD HOC) STATISTIK KPRU: PURATA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN NISBAH BILANGAN SEKOLAH (SECARA DASAR) Pengagihan semula pendapatan negara apabila dilakukan secara dasar dapat menjamin pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Contoh pengiraan di atas menunjukkan bahawa, sekolah kebangsaan sewajarnya diberikan peruntukan sebanyak RM758.54 juta dan bukannya RM500 juta. Peruntukan ad hoc dan dasar tidak adil BN selama ini telah mengakibatkan peruntukan yang cacat dilaksanakan demi meraih undi menjelang PRU Ke-13. Subsidi korporat kekal. Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak berniat hendak menstruktur semula dasar subsidi supaya subsidi korporat dijuruskan ke arah pengukuhan jaringan keselamatan social berlandaskan ekonomi manusiawi dan bukannya ke arah pengukuhan politik naungan berlandaskan ekonomi kronisme. 1.http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/23/business/8324459&sec=business#13165856481881&if_height=619 2.http://www.thesundaily.my/news/131225 3. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/7/business/9647201&sec=business 4. http://emisportal.moe.gov.my/emis/emis2/emisportal2/doc/fckeditor/File/BukuPerangkaan10/BAB_2.pdf 5. Laman Web Kementerian Pelajaran, < Perangkaan Pendidikan Malaysia 2010 > membekalkan statistic pelbagai jenis sekolah rendah tetapi tidak merangkumi Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA. KPRU Andaikan Pendidikan Khas merangkumi kedua-dua Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA sekadar untuk tujuan pengiraan. Seperkara lagi ialah Sekolah Independen Cina telah diabaikan dalam peruntukan Kerajaan BN. Baca: Bahagian kedua *Tulisan ini ditulis khas untuk MerdekaReview atas permintaan. **Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog. | ||||||||||||||||||||||||
Dakwa Ekonomi Rancak :Anwar bidas Najib Posted: 10 Oct 2011 01:46 AM PDT KUALA LUMPUR 10 OKT : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ekonomi negara berkembang baik dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya kata Anwar ekonomi negara masih rapuh dalam suasana ekonomi global tidak menentu. Perdana Menteri meuar-uarkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010 dan separuh tahun pertama 2011. Kata Anwar, beliau (Najib) hanya menyebut prestasi Malaysia semata-mata tanpa perbandingan dengan aliran pelaburan sejagat atau prestasi-prestasi negara-negara pesaing di rantau ini. "Prestasi pelaburan asing yang masuk ke Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik. Peningkatan enam kali ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi tahun 2010 adalah kerana nilai pelaburan yang sangat rendah dalam tahun 2009, maka angkanya nampak lebih gah bila dibandingkan dengan asas yang sebegitu rendah," katanya ketika membahas belanjawan 2012 di parlimen hari ini. Beliau merujuk kepada laporan "FDI Global Outlook Report" yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011. Dalam laporan itu Malaysia tidak termasuk dalam senarai. Sebaliknya lima negara dalam senarai teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan adalah China, India, Singapura, Australia dan Thailand. Malah kata Anwar lagi, jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam dalam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, berbanding jumlah RM29 bilion yang diperolehi negara dalam tahun 2010. "Jika Malaysia mensasarkan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi, kita semestinya ketinggalan jauh berbanding Singapura dan Australia," katanya. Tambahnya, jika Malaysia ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan dan perkilangan, kita ditewaskan pula oleh Vietnam dan Bangladesh. "Oleh itu, dewan perlu lebih berhati-hati dengan data-data yang dipersembahkan Perdana Menteri kerana ia mengenepikan gambaran keseluruhan kedudukan ekonomi negara. Sebab itu mungkin, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai keadaan hutang negara yang semakin meruncing. "Jumlah hutang negara yang telah mencecah RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti angka rasmi Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah Malaysia," katanya. Laporan Majlis Kewangan Negara 2010 mukasurat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara di antara tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90an hingga mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9% pada tahun 1997. | ||||||||||||||||||||||||
Pakatan Rakyat Syorkan Jumlah Dividen Petronas Dikurang Kepada RM26 Bilion Sahaja Posted: 10 Oct 2011 01:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 OKT : Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya kerajaan mengurangkan jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 kepada RM26 bilion. Kerjaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional mengenakan bayaran dividen sebanyak RM30 billion daripada Petronas. Pakatan di dalam bajet alternatifnya mengenakan bayaran dividen sebanyak RM26 billion. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini lebih kecil dan akan mengajar kerajaan berjimat dan mengamalkan disiplin fiskal untuk mengekang hutang negara. Tambahnya ia juga memberi keupayaan Petronas melabur balik ke dalam operasinya dan menjamin pendapatan negara pada jangka panjang. Ini kerana bila pelaburan luar berkurangan, pendapatan pelaburan Petronas amat terjejas kerana bergantung kepada keupayaan dalam negara semata-mata. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berucap dalam membahas belanjawaan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. Dalam ucapan yang sama Anwar mempersoalkan ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara (A-G) yang sepatutnya dikeluarkan di Dewan Rakyat sebelum pembentangan bajet. Menurut Anwar adalah pelik apabila membahaskan pembentangan bajet hari ini tanpa laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat. Beliau mendakwa tindakan itu mungkin taktik kerajaan bagi mencegah ah-ahli Parlimen daripada membahaskan isi kandungan laporan Ketua Audit Negara tu. Laporan Ketua Aduidt Negara melaporkan audit dalaman jabatan-jabatan kerajaan |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan