WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Tarik subsidi: Awas harga minyak akan naik
- Pengerusi PAC Dibidas Keluar Kenyataan Sebelum Mesyuarat Bermula
- Menteri Dan Ketua Polis Harus Dihakimi Dalam Insiden Hospital Tung Shin
- Pakatan Akan Gubal Undang-Undang Hapus Monopoli Dan Konsesi Tidak Adil
- Guan Eng: Rais Yatim harus hentikan permainan yang bahaya
- "Berambuslah MCA!" Warga internet Cina tampil bela PAS
Tarik subsidi: Awas harga minyak akan naik Posted: 06 Oct 2011 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Okt: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang semakin pasti menjanjikan beban ekonomi rakyat akan bertambah parah, kata kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Ketika membidas kenyataan ulangan dari pihak kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan selepas pilihan raya ini, beliau berkata, bukan cukai itu sahaja yang akan dipaksakan malah lebih banyak subsidi ditarik dan harga minyak akan naik jika BN menang pilihan raya. "Bukan GST sahaja yang akan dipaksakan. Jangan lupa, awal-awal lagi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Idris Jala sudah memberi amaran bahawa Malaysia akan bankrap atau muflis pada 2019 jika subsidi berterusan. "Amaran itu adalah isyarat yang sangat jelas bahawa BN akan menarik lebih banyak subsidi dari rakyat termasuk subsidi minyak yang dengan sendirinya bermakna harga minyak akan naik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Kenaikan harga minyak pula, katanya, akan mengakibatkan kesan berantai kepada kenaikan harga barangan lain. "Itulah bencana yang akan ditempuh oleh rakyat jika BN menang lagi dalam pilihan raya akan datang," Salahuddin mengingatkan. Hari ini, ketika ditanya mengenai rang undang-undang yang akan membuka laluan kepada GST, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menolak cukai itu akan dipaksakan selepas pilihan raya. "Mungkin selepas pilihan raya, apa-apa sahaja mungkin," katanya. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST". Sambil memberitahu bahawa GST tidak dimasukkan dalam belanjawan Pakatan Rakyat, Salahuddin mengingatkan, keinginan kuat kerajaan BN untuk memaksakan GST dan menarik balik lebih banyak subsidi sudah berulangkali dinyatakan oleh mereka. "Perdana Menteri sendiri pernah kata, antara langkah kerajaannya untuk memperkukuh aliran pendapatan ialah memperkenalkan GST. "Sebab itulah, rakyat mesti membuat pilihan sama ada hendak tersiksa di bawah GST dan kenaikan harga barang atau menolak BN ," katanya sambil berkata bayangan ngeri itu belum lagi mengambil kira berleluasanya rasuah sehingga Umno disebut parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Rakyat, kata Salahuddin, hendaklah sedar bahawa kerajaan BN semakin ketara tidak mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan negara selain membebankan rakyat dengan pelbagai cukai seperti GST, menarik balik subsidi malah memperbanyakkan pelbagai saman ke atas rakyat. Dalam ulasan terhadap pendapatan kerajaan baru-baru ini, professor ekonomi antarabangsa di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF), Prof Datuk Dr Mohamed Ariff berkata, pendapatan kerajaan tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan keadaan itu membimbangkan jika berlaku lagi krisis ekonomi. |
Pengerusi PAC Dibidas Keluar Kenyataan Sebelum Mesyuarat Bermula Posted: 06 Oct 2011 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 OKT: Pakatan Rakyat membidas sikap pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) penambahbaikan pilihan raya Datuk Dr Maximus Ongkili yang mengeluarkan kenyataan sebelum mesyuarat pertama JPK diadakan yang dijadual pada 12 Oktober ini. Dr Ongkili dalam sidang akhbarnya semalam menyatakan bahawa Bersih 2.0 tidak boleh memberikan pandangannya kepada JPK dan menyatakan terdapat enam pendengaran awam yang akan diadakan. Sepatutnya Dr Ongkili perlu menunggu hasil keputusan mesyuarat pertama sebelum mengumumkan apa-apa keputusan yang diputuskan oleh jawatankuasa itu, kata ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai jawatankuasa itu, Dr Hatta Ramli. Menurut Dr Hatta, Dr Ongkili lupa sifatnya sebagai Pengerusi PAC yang sama tarafnya dengn anggota lain. Sebaliknya beliau menjalankan tugas sebagai seorang menteri. "Perkara ini yang membimbangkan kami apabila dinyatakan pengerusinya seorang menteri dan apa yang membimbangkan kami telah belaku. Dia bertindak sendirian sebagai seorang menteri," kata Dr Hatta. Menurut Anthony Loke, seorang lagi Ahli Parlimen Pakatan di dalam (JPK), tindakan yang dilakukan Dr Maximus itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat pertama itu Rabu depan. |
Menteri Dan Ketua Polis Harus Dihakimi Dalam Insiden Hospital Tung Shin Posted: 06 Oct 2011 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR 05 OKT : Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara adalah individu yang tepat untuk dihakimi dalam tindakan penyuraian perhimpunan BERSIH 2.0 di sekitar Hospital Tung Shin (HTS) dan Hospital Bersalin Cina (CMH) di Jalan Pudu pada 9 Julai lalu. Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang bertindak di luar garis panduan operasi polis (SOP) pada operasi tersebut adalah suatu yang tidak wajar. "Walaupun tindakan polis itu satu benda yang salah, tetapi mereka hanya melakukan arahan atas provokasi dan arahan pihak atasan iaitu Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara." Beliau berkata demikian dalam satu sidang media ringkas di lobi Parlimen bagi mengulas tindakan KDN ke atas anggota polis yang menyalahi SOP ketika menjalankan tugas. Berita Harian dalam keluarannya hari ini melaporkan bahawa KDN akan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang menjalankan tugas di luar garis panduan operasi polis (SOP) dalam operasi penyuraian perhimpunan BERSIH lalu. Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam dilaporkan berkata wujud tindakan tidak beretika dan di luar garis SOP oleh anggotanya dalam menangani orang ramai yang menyertai perhimpunan yang secara salah menggunakan premis hospital berkenaan. "Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, KDN akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada Jawatankuasa Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya," jelas Mahmood Adam. Mengulas lanjut isu ini, Mahfuz dengan tegas berpendapat bahawa kerajaan berlaku tidak adil dengan meletakan seluruh kesalahan ke atas anggota bawahan sedangkan pemimpin dan golongan tertinggi terlepas dan cuci tangan. "Pemimpin cuci tangan, ini suatu penganiayaan kepada anggota polis yang pada akhirnya anggota polis takut untuk menjalankan tugas mereka kerana khuatir akan melakukan kesilapan" jelas Mahfuz. |
Pakatan Akan Gubal Undang-Undang Hapus Monopoli Dan Konsesi Tidak Adil Posted: 06 Oct 2011 05:26 AM PDT SHAH ALAM: Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 2012 akan menghapuskan sistem monopoli di dalam sektor-sektor penting negara sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan pelaburan. Ini akan dilakukan dengan mengamalkan dasar tender terbuka untuk perolehan kerajaan dan mengubal sebuah akta untuk menghapuskan konsesi yang tidak adil, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Thong. Katanya, penghapusan sistem monopoli ini akan membuka ruang persaingan sihat kepada ramai usahawan yang selama ini kekurangan peluang daripada kesan sistem monopoli. "Kita tidak boleh memberikan angka tetap melalui hasil penghapusan monopoli. Namun kita percaya persaingan tanpa monopoli akan mengurangkan kos kehidupan rakyat," katanya. Melalui sistem monopoli ini merupakan satu langkah 'membunuh' pesaing lain yang mungkin turut terlibat dalam industri sama. Antara contoh monopoli ialah monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk mengimport beras, Telekom Malaysia (TM) untuk perkhidmatan jalur lebar dan Astro untuk perkhidmatan televisyen setelit siar terus berbayar, kata Liew. Satu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi dan perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil dan bertentangan dengan kepentingan umum. Ia juga akan mengembalikan semula profesionalisme dengan memberikan ruang penyertaan kepada semua pihak. Selain itu, Akta Persaingan 2010 akan diperluaskan kepada semua sektor ekonomi termasuklah syarikat telekomunikasi dan sektor tenaga yang paling banyak menyaksikan herotan harga akibat monopoli. Perkara ini dinyatakan Liew dalam Forum Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang berlangsung di Quality Hotel, di sini. Untuk mengembalikan semula kecemerlangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pakatan akan memastikan mereka bebas dari gangguan politik dan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan keutamaan perniagaan. Dalam majlis sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pendapatan rakyat haruslah ditingkatkan dulu sebelum memperkenalkan Good and Services Tax (GST). Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan Goods Service Tax atau ringkasnya GST, kata Dzulkefly. Katanya, Pakatan tidak menolak mentah-mentah perlaksanaan GST namun ianya perlu dilihat dari sudut yang rasional terutama dari segi aspek kemampuan rakyat untuk membayarnya. "Kenapa rakyat tidak mampu membayar cukai? Kerana pendapatan mereka berada di bawah paras untuk melayakkan mereka untuk membayar cukai," katanya. |
Guan Eng: Rais Yatim harus hentikan permainan yang bahaya Posted: 06 Oct 2011 01:07 AM PDT Guan Eng: Rais Yatim harus hentikan permainan yang bahaya
Siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi saya diteruskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim yang mendakwa bahawa sebuah majlis rasmi yang dihadiri Rais di Pulau Pinang telah meminggirkan Bahasa Malaysia. Rais jelas tidak dapat membezakan antara salah dan betul. Pertamanya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang hak dalam majlis yang dianjurkan oleh agensi swasta, dan di samping itu, beliau enggan mengakui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut bertutur dalam Bahasa Malaysia. |
"Berambuslah MCA!" Warga internet Cina tampil bela PAS Posted: 06 Oct 2011 01:05 AM PDT
Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan