Rabu, 19 Oktober 2011

SharpShooter

SharpShooter


Pas, Keadilan tidak akan bersama dengan katak2 sesumpah

Posted: 19 Oct 2011 03:04 AM PDT



Anwar Ibrahim menegaskan KEADILAN bersama-sama Pas tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang bakal diadakan di Shah Alam, 22 Oktober ini.

Menurut Anwar, Pas semalam membuat ketetapan tidak menyertai himpunan berkenaan, malah beliau juga difahamkan terdapat beberapa NGO Islam yang telah menarik diri dari terlibat dengan program itu.

"(Justeru), Keadilan mengambil sikap dan pendirian yang sama (iaitu) tidak bersama dan menyertai perhimpunan tersebut. Apa yang lebih penting, kedudukan Islam yang perlu dipertingkatkan," kata Anwar pada sidang media di parlimen hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata, Pakatan mengambil pendirian tidak mahu perhimpunan anjuran beberapa NGO Islam itu diperalatkan untuk menimbulkan keresahan antara agama dan kaum di negara ini.

Menurutnya, isu akidah memerlukan pendekatan dakwah secara berhemah di kalangan umat Islam, dan bukan dengan menganjurkan perhimpunan yang boleh mencetuskan polemik antara agama.

Tambah beliau, isu seperti perjudian dan arak yang ditimbulkan juga tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan kristianisasi kerana ia merupakan masalah umat Islam yang harus ditangani dengan baik.

"Itu (soal moral) masalah umat. Masalah kepincangan sosial, rasuah yang berleluasa, kezaliman, itu juga isu yang dekat dengan akhlak.

"Jadi, kalau (masalah) itu tidak ditangani, (perhimpunan) bukan cara dan pendekatan dakwah yang baik," kata Anwar.

PAS semalam memutuskan untuk tidak menyertai Himpun yang berlangsung Sabtu ini kerana ia tidak melibatkan parti-parti politik.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyaatan dikeluarkan tengah malam tadi.

Serentak itu, PAS Selangor juga mengambil pendirian tidak akan menyertai perhimpunan itu yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bagi membincangkan isu murtad.

Sementara itu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Keputusan ini diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali untuk melibatkan diri dalam himpunan tersebut kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

"PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama,"

Hadi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Mengulas lanjut pengecualian PAS dari menyertai HIMPUN, Hadi menjelaskan bahawa sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 petang hingga 5.30 petang.

Panganjuran HIMPUN adalah satu inisiatif dari pelbagai pertubuhan dan individu Islam sebagai satu wadah untuk menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Penganjur HIMPUN pada Selasa lalu memberi jaminan bahawa HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi seperti Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".

Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Alahai UMPORNO...politik selak kain sampai kiamat....

Posted: 18 Oct 2011 07:38 AM PDT



Video Pimpinan Pakatan Rakyat selar blogger umporno memfitnah

Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-Umno sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger Umno yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan, lapor Roketkini.

"Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu.

"Ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

"Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu difitnah, dikecam dan diserang tanpa sebarang bukti oleh para pemimpin Umno dan blogger upahan mereka serta lidah rasmi Umno, iaitu Utusan Malaysia dan media umum yang dikawal oleh Umno-BN, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan mengingatkan agar ahli-ahli politik Umno memahami perasaan sebagai seorang ayah.

"Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini," ujarnya.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan beberapa pemimpin Umno dan blogger yang menyebarkan fitnah tentang anaknya yang berpindah sekolah kerana kononnya meramas buah dada seorang pelajar.

Beliau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku:

"Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

"Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee," katanya.

Guan Eng juga kesal apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu.

Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: "@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada." (http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536)

Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi Umno Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.

Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah itu yang bertujuan menjatuhkan beliau.

"Oleh itu, Umno perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya," katanya.

Beliau mencabar mereka yang menyebarkan fitnah itu agar mencerminkan diri sebagai seorang ayah.

"Tanyalah (diri sendiri) sama ada mereka mahu anak mereka menerima trauma dari penipuan kejam itu," katanya.

Dalam masa sama, Guan Eng menjelaskan beliau dan isterinya akan tetap sabar dan berdoa serta cuba sedaya upaya memulihkan trauma anaknya itu, akibat kekejaman yang dilemparkan oleh pemimpin dan blogger pro-Umno itu.

Beliau berkata adalah haknya untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut sebagai ketua keluarga yang akan sentiasa mempertahan dan melindungi keluarganya dari sebarang ancaman. – Roketkini.com

Tiada ulasan: