SharpShooter |
- 12 rumah Kg Sg Nibong Besar menarik nafas lega terima pampasan ganti sebuah rumah dan wang tunai.
- Fitnah liwat 2 - 4 saksi pendakwa gagal cabar keterangan pakar
- Mana hilangnya suara senatak raja sesumpah tentang isu Jambatan Kedua P. Pinang yang diberi tanpa tender terbuka?
12 rumah Kg Sg Nibong Besar menarik nafas lega terima pampasan ganti sebuah rumah dan wang tunai. Posted: 17 Oct 2011 11:55 PM PDT Penduduk Kg Sg Nibong Besar menarif nafas lega.... Juak-juak umporno buat kacau - Saya berjaya menghentikan Perobohan 12 Rumah Kampung di Kg Sg Nibong Besar pagi tadi. UMNO datang tak buat apa2, cuma keruhkan air dan cuba buat kacau. UMNO/BN tak buat kerja untuk orang kampung, sekarang nak ambil kesempatan politik. BN ini dah takde model lagi - YB Sim Tze Tzin Kemenangan Rakyat: 12 rumah Kg Sg Nibong Besar terima pampasan 1 rumah ganti 1 rumah + RM5000 pemindahan (jumlah RM47,000). Semua selesai dalam 24 jam. UMNO/BN pandai main politik tapi apa pun tak buat. Pakatan Rakyat yg bela Rakyat - YB Sim Tze Tzin Syabas dan tahniah kepada YB Sim Tze Tzin Adun Pantai Jerejak yang berjaya berjuang bersama rakyat untuk menerima pampasan yang sewajarnya.... Hayati luahan rasa penduduk Kg Sungai Nibong Besar dalam video tersebut......... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Fitnah liwat 2 - 4 saksi pendakwa gagal cabar keterangan pakar Posted: 17 Oct 2011 11:45 PM PDT Empat saksi yang dibawa pasukan pendakwa hari ini gagal mencabar kredibiliti keterangan pakar pihak pasukan pembela yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fizikal tidak berupaya untuk meliwat sesiapa, kata peguamnya hari ini. Hari ini, mahkamah mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai. Mereka hadir sebagai saksi pendakwa selepas pasukan pembela menutup pembentangan kes mereka semalam. Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa "sangat tidak mungkin" Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat. Semalam, Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa empat saksi pihaknya akan mengetepikan keterangan Dr Hoogland tentang keupayaan Anwar melakukan perbuatan yang didakwa — meliwat Saiful. Peguam pembela memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menutup kes peringkat pembelaan dan tiada bantahan jika pendakwa mahu membawa saksi-saksi baru. Dr Hoogland sebelum ini memaklumkan bahawa "sangat tidak mungkin" Anwar telah meliwat Saiful ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu. Dr Hoogland, yang mengendalikan pembedahan ke atas Anwar di Munich, Jerman pada 2004 berkata, Anwar berhadapan dengan tiga masalah iaitu stenosis leher, artrisis dan kerosakan laluan saraf yang tidak membolehkan beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kuat. Pakar itu berkata sudah pasti Anwar berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau mengadakan hubungan seks melibatkan posisi membongkok dan berlutut. Hari ini, tiga saksi pertama memberi keterangan bahawa peguam-peguam Anwar menerima satu salinan laporan perubatan pada 16 Julai 2008 — yang diambil selepas Ketua Pembangkang itu diminta menjalani pemeriksaan perubatan ketika ditahan antara 16 dan 17 Julai 2008. Terdapat dua laporan perubatan, yang kedua-duanya ditandatangani oleh Dr Jayaindran manakala yang kedua ditandatangan bersama oleh doktor fizik kerajaan Dr Ee Boon Leong. Sementara keterangan tiga saksi dibuat di mahkamah terbuka manakala keterangan Dr Jayaindran pula dijalankan menggunakan kamera. "Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland," kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan. Butiran keterangan Dr Jayaindran tidak diketahui malah Sankara pula enggan menghuraikan dengan lanjut. "Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti (pendakwa) dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland," kata Sankara. Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar. Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut. Anwar dituduh melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan. Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 17 Oct 2011 08:05 PM PDT Mai Penang jangan tak mai....jambatan kedua dah nak siap...projek kerajaan pusat punya sama seperti jambatan pertama yang sedia ada....duit tol semua pusat yang sapu... Tiba-tiba teringat senatak raja sesumpah ezam yang pernah suatu ketika dulu melalak riuh rendah tentang projek jambatan kedua yang diberi tanpa tender terbuka....sekarang kenapa senatak raja sesumpah tak melalak lagi tentang projek jambatan kedua P.Pinang yang diberi tanpa tender terbuka? perut dah kenyang ke.... MERCU TANDA BARU... Deretan tiang konkrit dibina bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bakal menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai merupakan jambatan sejauh 24 kilometer yang terpanjang di Asia Tenggara. Projek pembinaan jambatan itu bermula pada 2008 dan dijangka disiap pada 2013. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor mengadakan lawatan kerja ke tapak projek jambatan berkenaan di sini, Isnin. Jarak antara Jambatan Pulau Pinang dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah kira-kira lapan kilometer dimana ianya merupakan jambatan pertama di dunia menggunakan bahan dari getah bagi menghadapi menyerap gegaran gempa bumi.-Foto BERNAMA Selamat datang ke Pulau Pinang....jom layan lagu Kumpulan Crosstown di bawah...:-)Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan