Nuffnang

Pengikut

SharpShooter

sumber :-

SharpShooter


Rakyat tak lupa penderhakaan Che Det kepada Raja

Posted: 16 Oct 2011 11:03 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini "sebagai kurang ajar."

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Dr Mahathir, Canselor Universiti Teknologi Petronas, diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.

Dalam kenyataannya hari ini, Aziz berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata beliau.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

"Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi.

Sharpshooter - Tak payah dok layan sangat lah orang tua tuuuu....rakyat tak lupa siapa yang menderhaka kepada Raja....tengok bukti di bawah tu....



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT