shalehudin |
- Gambar2 bayi ke 7 bilion dunia...
- Mengada-ngada la Guan Eng nih... haha...
- Umno dilarang baca, cari lunyai Noh kena maki... kahkahkah...
- Kesian laa artis kita...
- MCA hina hukum Islam pasai belajaq dari UMNO...
- Keberanian yang luar biasa...
- Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"
- Tsu Koon kena kencing ngan blogger UMNO... kahkahkah...
- Satu nyawa untuk sebuah kereta
- Untung ooo... ber'PIEM'kan Najib... kahkahkah...
- Jin Shamsuddin... kahkahkah...
- Cerita raja-raja...
- BERGAMBAR!! Khairul Fahmi Bersosial Sakan...
- Asalkan bukan UMNO... kahkahkah...
- Program tauhid untuk artis...
Gambar2 bayi ke 7 bilion dunia... Posted: 31 Oct 2011 10:30 AM PDT Manila: CAMILLE Dalura meriba bayi perempuannya, Danica Camacho yang lahir menjelang tengah malam tadi diraikan sebagai bayi ketujuh bilion di dunia. - Foto AFP Rusia: Pyotr Nikolaev muncul sebagai insan yang ketujuh bilion menurut agensi PBB. Bayi lelaki itu lahir di Kaliningrad, Rusia hari ini. – Foto Reuters |
Mengada-ngada la Guan Eng nih... haha... Posted: 31 Oct 2011 09:37 AM PDT Cabul - Guan Eng buat Laporan Polis terhadap UMNO Online Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Umno kerana didakwa memetik laporan palsu dan memfitnah majikannya. Zairil Khir Johari berkata, sehingga hari ini, terdapat sembilan laporan dimuatkan dalam Umno-Online yang mendakwa anak Lim mencabul seorang pelajar perempuan dan beliau dikatakan membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar itu. "Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan semberono walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu," katanya. Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno mendakwa anak remaja Lim mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan sekolah. Dalam kenyataan hari ini, gadis yang dituduh Anya Ann Corke, pemain catur terkemuka, Lim dan pengetua sekolah berkenaan menafikan kejadian itu. Beliau juga mendakwa laman itu memetik "laporan palsu" yang didakwa disiarkan oleh akhbar Cina Guang Ming Daily berhubung perkara itu. Sembilan laporan berkaitan dimuatkan antara 18 hingga 28 Oktober lalu. Justeru, beliau berpendapat, Umno-Online melakukan kesalahan jenayah bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Malaysiakini |
Umno dilarang baca, cari lunyai Noh kena maki... kahkahkah... Posted: 31 Oct 2011 08:11 AM PDT Akhirnya mamat ni kena mengaku juga... Tapi korang baca dan jawab apa pasal si Lambert lari? Sapa boleh jawab soklan cepumas nih, boleh la bermalam satu kapai ngan bik mama... kahkahkah... Sebabnya ialah banyak sangat campur tangan dari Pak Menteri... banyak pantang larang... sana sini nak kena profit... nak bagi Pak Menteri, nak bagi Umno bahagian, nak bagi pelobi projek lagi, nak bagi Umno cawangan lagi... belum siap projek, duit dah habis beratus ribu... kahkahkah... Tak cabut lari kalu, cari tinggai bulu... kahkahkah... *************************** Projek feedlot RM73j diakui untuk keluarga Shahrizat Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet. Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan. "Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego(rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu. Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad. "Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya. Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd. "Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu. Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan. Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain. Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan. Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta. Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan. NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. - Malaysiakini |
Posted: 31 Oct 2011 05:57 AM PDT Artis kita jadi Islamik! KERAJAAN tidak mengambil peduli langsung sama ada artis mempunyai kesedaran tentang Islam atau tidak, malah mereka lebih suka para artis berada di dalam situasi yang ada sekarang, tegas pelakon dan pengarah drama tv, Man Kadir Shamsi atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit.Menurutnya, jika Islam itu disemai dan artis mendapat kesedaran sudah pasti Umno-BN akan tergugat dan tidak mendapat sokongan daripada golongan itu. Mereka boleh jadi Islamik Tetapi, masyarakat artis tidak pernah didedahkan dengan agama oleh pihak yang bertanggungjawab, jika adapun, hanyalah majlis tahlil dan bacaan yassin untuk artis yang telah kembali ke Rahmatullah. Segelintir mereka, tegasnya, dilihat hanya menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, bayar zakat fitrah malah ada yang menunaikan fardhu haji ke Makkah. "Tetapi soal kewajipan yang lain umpamanya menutup aurat, pergaulan, pertuturan dan konsep pengkaryaan tidak didedahkan. "Sekarang ini barulah perkara yang sedemikian mula mendapat perhatian apabila ada artis yang mula berdakwah, menunaikan tanggungjawab mereka," katanya. Pendakwah yang dihantar oleh kerajaan hanya sekadar menyampaikan Islam pada sambutan doa selamat atau sambutan maulid sahaja tanpa menyentuh kepada keseluruhan Islam yang sebenar kepada golongan artis. "Umpamanya bercakap politik suku, agama suku ia tidak diterangkan dan dijelaskan kepada mereka. Malah pemerintah tidak mahu menceritakan hal ini kerana jika mereka menjelaskan hal ini ia akan memukul diri mereka balik," jelas Man Kadir. Pak Jabit adalah nama popular Man Kadir setelah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid meletup tayangan. Ia diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd. Pemikiran artis yang ada sekarang ini katanya, bukanlah seperti "ortodok" malah dengan adanya internet, facebook mampu memberi maklumat dan merangsang perubahan minda mereka. "Jika kita seorang pengarah Islam, kita perlu tunjukkan peribadi kita sebagai Muslim yang baik dengan menunaikan tanggungjawab agama seperti solat, puasa dan seumpamanya. "Dengan itu orang akan melihat diri kita dan insya-Allah artis yang ada akan mencontohinya apabila kita mula berdakwah kepada mereka," ujarnya. Man Kadir juga berharap kepada artis yang telah mula mendekati Islam dan mengamalkannya janganlah pula menghentam kepada mereka yang masih tidak sedar. Sebaliknya pinta beliau hendaklah golongan artis yang mendekati Islam itu mengajak artis tadi dengan hikmah dan memberi contoh yang baik. |
MCA hina hukum Islam pasai belajaq dari UMNO... Posted: 31 Oct 2011 04:40 AM PDT Bila tokey besaq BN si MCA hina hukum Islam, habih ulamak Umno jadi pekak dan bisu. MCA kata Hukum Islam ketinggalan zaman, Zul Nordin ngan Berahim Ali tetiba jadi baik hati... Mana pi semangat juang yang kononnya Islam terlebih dari orang lain yang ada pada PERKASA dan ABIM? ******************************** Hudud Bawa Kemunduran (Sumber The Star) Niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab Negara mundur dan menakutkan pelabur, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Tokong Hock Lin Gong semalam, Dr. Chua Soi Lek menekankan bahawa masyarakat bukan-Islam di negara ini akan terjejas terutamanya di bidang ekonomi & pendidikan. "Ia mengelirukan dan satu pembohongan jika mengatakan hukum hudud tidak menjejaskan bukan-Islam.", katanya. Beliau mengkritik DAP kerana tidak konsisten kerana parti itu tidak sokong hukum hudud tetapi sanggup membantu PAS memenangi pilihanraya dengan menyeru kaum Cina menyokong PAS. Di majlis itu, Dr. Chua berjanji memperuntukkan RM30,000 untuk Tokong yang menyambut ulangtahun ke-20. Di Batu Pahat, Dr. Chua berkata sistem pentadbiran kewangan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat serba kurang. Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2010, beliau nampak sebuah GLC milik Kerajaan Selangor mengalami kerugian sebanyak RM200juta sementara Kerajaan Pulau Pinang masih belum membina rumah mampu milik untuk rakyatnya. Polisi mesra rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat nampaknya tidak menyelesaikan apa-apa, katanya. "Mereka memberi RM100 kepada warga emas sekali setahun dan RM100 lagi untuk membeli belah. Ini tidak menyelesaikan masalah tetapi hanya sekadar menyeronokkan hati rakyat dan sangat mengelirukan," katanya di jamuan makan Yayasan Perubatan 1MCA pada hari Khamis. Beliau juga berkata rakyat ingin melihat perubahan dan Kerajaan mendengar maklum balas mereka. "Perubahan yang belum berlaku ialah pada Pakatan Rakyat," katanya. Di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, rakyat akan menyaksikan perubahan, katanya. "Suasana ekonomi, sosial dan politik di Malaysia sedang berubah. Kita telah menarik banyak FDI untuk negara mencapai status negara berpendapatan tinggi dan lebih demokratik," katanya. |
Posted: 31 Oct 2011 02:30 AM PDT Keberanian Bob Lokman luar biasa SATU perkembangan yang baik dalam hidup ini ialah perubahan. Perubahan mestilah ke arah kebaikan dan sebab itulah dalam Islam, peristiwa hijrah sering dijadikan 'perayaan' bagi mengingatkan umat manusia betapa pentingnya 'hijrah' atau perubahan. Oleh sebab itu, apabila ada beberapa artis, sama ada penyanyi, pelakun, pelukis dan sebagainya, memilih untuk berhijrah dari kehidupan biasa mereka kepada keadaan yang lebih baik, sepatutnya semua pihak wajar memberi sokongan kepada golongan terpilih ini. Tanpa perlu membariskan nama-mana mereka di sini, bagi mengelakkan ada yang tercicir, Bob Lokman adalah satu nama yang wajar dijadikan topik perbincangan. Dia memilih untuk berhijrah ketika namanya sedang 'meletup' dan lakonannya sentiasa dirindui. Malangnya, penghijrahan Bob Lokman disambut dengan pelbagai sindiran dan halangan. Padahal, sebelum dia memilih jalan ini, sudah ada sebaris kawan-kawannya yang lebih awal berhijrah tetapi kurang menyengat, menyebabkan 'apa yang dilalui Bob Lokman' lebih perit daripada apa yang rakanrakan terdahulunya terima. Bila menyentuh bab hijrah ini, kita sentiasa dapat melihat ada imam-imam yang memilih penghijrahan berani dan ada juga imam-imam yang memilih penghijrahan 'untuk hidup lebih mewah'. Tentu ramai yang tertarik dengan tindakan Dato' A Samad Said kebelakangan ini. Jika ini juga boleh dianggap sebagai hijrah, ia suatu keberanian yang luar biasa kerana mengenali Pak Samad, beliau seorang yang lemah lembut dan cukup berhemah. Tetapi di dalam mempertahankan kebenaran, nampaknya, si lemah lembut ini lebih keras daripada batu krikil. Jika sesiapa melihat perjuangannya sekarang, mana mungkin seorang sasterawan terbilang boleh dan mampu mengharungi gas pemedih mata? Melihat pada batang tubuh Pak Samad, tiada siapa percaya seniman seperti ini sudah dan membuktikan beliau boleh berdepan dengan apa sahaja. Pengalaman yang dilalui Pak Samad kini bakal diterima oleh Bob Lokman. Mungkin lebih teruk lagi kerana 'keberanian' Bob Lokman dilihat agak luar biasa dan kebetulan, dia mempunyai ramai peminat di kalangan kaki masjid. Selepas ini, Bob Lokman sepatutnya boleh menyusun jadual bertemu dengan rakan-rakan masjid dengan kawan-kawannya yang lain, yang sudah memilih jalan sama seperti yang dia temui sekarang. Dengan cara ini, bukan sahaja ia bakal diikuti lebih ramai kawan-kawan yang masih dalam kegelapan, malahan, perubahan ini boleh diketahui sebab-musababnya oleh peminatpeminat lama dan peminat baru mereka. Cuma satu perkara yang penting, Bob Lokman dan kawan-kawan artisnya kini sudah menemui apa yang mereka cari selama ini, iaitu ketenangan jiwa yang tiada harga untuk dinilaikan – justeru halangan dan rintangan yang ditemuinya adalah 'hadiah' yang paling berharga. Bukan semua orang boleh menerima ujian dan halangan seperti ini kecuali mereka yang terpilih sahaja. Bernasib baiklah mereka yang masih diuji seperti ini kerana ia akan memberi pahala dan kematangan yang cukup berguna. Bob Lokman beruntung kerana ketika dia memilih untuk berhijrah, ada pihak yang menyambutnya dengan tangan terbuka. Bayangkan, jika dia memilih untuk berhijrah dan tiada siapa memperdulikannya, mungkin dia sekarang kesunyian dan tidak diundang untuk memberi ceramah dan ucapan. Ramai juga artis yang memilih untuk menyertai Umno sebagai penghijrahan mereka tetapi, akhirnya artis ini akan duduk di kaki lima Umno kerana Umno tidak pernah mahu menghargai golongan ini, kerana mereka merasakan mereka lebih hebat dari orang lain. Bob Lokman, Pak Samad dan yang lain-lain boleh melihat sendiri di manakah Dato' Nakahie Ahmad selepas meninggalkan PAS dan menyertai Umno. Mereka juga boleh melihat, apakah yang Umno sudah perlakukan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah apabila membubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan menyertai Umno. Ini sekadar contoh bagaimana Umno melayan mereka yang memilih untuk 'berhijrah' kepada mereka, malahan sesiapa yang sudah tidak lagi berjawatan di dalam Umno akan menjadi kupang tembaga, iaitu tidak bernilai. Itulah sebabnya, mereka yang memegang jawatan di dalam Umno akan mahu mempertahankan jawatan itu sampai ke penghujung nyawa mereka. Ini kerana mereka tahu, mereka tidak akan berharga apabila sudah tidak berjawatan dan tentunya tidak lagi dihargai. Ada orang kuat Semangat 46 yang duduk dalam kabinet sekarang, itu pun berhempas pulas mengampu untuk berada di situ tetapi apabila menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden Umno, dia tewas. Kerana apa? Kerana Umno memang tidak mahu menerima mereka ini tetapi disebabkan dia ada kelulusan dalam bidang ampu-ampuan, maka dia berada di situ sekarang ini. Jika undi perwakilan Umno diambil kira untuk mendapat jawatan dalam kabinet, nescaya orang ini sudah terpelanting jauh. Bob Lokman usah gusar, usah risau dan usah bimbang. Pilihan yang dibuatnya sudah betul dan teruskan tanpa perlu takut apaapa. Jika boleh, tunjukkan sikap positif dan mudah-mudahan, ia akan menjadi ikutan rakan-rakan seangkatannya yang lain. Begitu juga Pak Samad. Pillihannya itu tepat kerana tidak ramai sasterawan yang mempunyai cukup keberanian seperti beliau. Yang di luar sana, jika masih takut-takut – tiada universiti yang boleh memberi mereka ilmu berani kecuali hati dan jiwa mereka sendiri yang didatangi kesedaran, tanpa kesedaran, sampai bila-bila pun mereka akan kekal di situ dan itulah yang mereka dapat hasil pilihan mereka sendiri. Ramai percaya, semakin ramai kawan-kawan Bob Lokman akan mengikut jejak Bob Lokman kerana di situ mereka akan menemui ketenangan yang tidak pernah mereka temui sebelum ini. Seperti kata beberapa artis yang sudah berhijrah, dunia glamour tidak menjanjikan apa apa kecuali hipokrasi yang tidak berkesudahan. |
Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut" Posted: 31 Oct 2011 01:30 AM PDT Oleh Mummy Rokiah Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut". Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan. Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar. Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan. Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian. Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah. Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant. http://mummyrokiah.blogspot.com/ |
Tsu Koon kena kencing ngan blogger UMNO... kahkahkah... Posted: 31 Oct 2011 12:30 AM PDT Koh nafi beritahu blogger akan cabar Lim Guan Eng pada PRU-13 KUALA LUMPUR: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang. Sambil menepis laporan itu, Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa saja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata, penulis blog menulis apa saja yang dikehendaki dan ada juga blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya. "Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya. "Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti GERAKAN di Menara PGRM di Cheras dekat sini, hari ini. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU-13 itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan kepada seluruh kepimpinan GERAKAN. Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan, A Kohillan Pillay. - BERNAMA |
Satu nyawa untuk sebuah kereta Posted: 30 Oct 2011 11:00 PM PDT Oleh Asi Dani Aku melenguhkan kaki di tepi sebuah jalan raya yang agak sibuk dengan kenderaan. Kelihatan masing-masing memecut kenderaannya dengan laju, tiba-tiba mata menangkap seekor anak kucing berlari melintas jalan. "Preet..!" bunyinya ketika dilenyek oleh sebuah trak berwarna kuning, jenis Storm. Dan, trak itu terus berlalu meninggalkan kucing yang mati di situ juga. Ibu : Kenapa kau tak kerja hari ni Asi? Aku : Tak ada mood la mak, kerja banyak sangat, semak kepala Si. Ibu : Bukan kau kata nak out station? Aku : Oh, belum lagi. Nanti la…Ada makan tak mak? Lapar la. Ibu : Dah, tu sana (Ibu memuncungkan bibir menunjuk meja makan). Pergilah ambil. Sedang mencuci pinggan, fikiran aku melayang teringatkan anak kucing yang mati katak di lenyek trak kuning petang tadi. (kesian katak, tang mati kucing, yang dapat nama katak). "Priingg..!" kedengaran seperti kaca pecah. Baru aku tersedar dari mengelamun hal kucing tadi. Rupanya pinggan di tangan terlepas dan jatuh. Aku memaki diri sendiri dalam hati. Celaka. Ibu : Baik-baik kaca tu, sapu bersih-bersih. Nanti terpijak, yang halus-halus tu kau tengok betul-betul Si. Aku : Sorry lah mak. Maaf, maaf. Ibu : Tak apa…tak payah. Kau kemas elok-elok. Jangan lupa tutup paip tu pulak nanti. Aku : Ha, ye lah. Dengan membawa lampu suluh, aku melangkah kembali ke tempat anak kucing itu mati dilanggar siang tadi. Sambil mencari-cari bangkai kucing, mata aku memerhatikan kenderaan yang lalu lalang. Nun dihujung bendul jalan, bangkai anak kucing itu tadi masih ada. Aku hampirinya, keadaan kucing itu sudah lunyai dilenyek berulang kali. Dengan berhati-hati, aku kutip satu-persatu cebisan yang masih tinggal dan memasukkan ke dalam beg plastik yang aku bawa dari rumah. Malam semakin gelap. Selesai mengambus tanah kubur kucing itu, mak datang membawa air sejuk. Ibu : Minum ni…apa yang kau tanam tu Si? Aku : Tak adalah mak, Cuma bangkai kucing. Ibu : La, kenapa tanam dalam laman rumah? Perbualan aku dengan mak terhenti, sebuah trak berhenti di depan rumah. Warnanya kuning, jenis Storm. Aku : Woi, la…aku ingat siapa tadi. Boy : Haha…lawa tak trak aku. Tadi petang ambil. Aku : Ini trak kau? Ye…Lawa, lawa. Sambil aku membelek-belek trak barunya. Dari depan ke belakang. Ibu : Duduklah dulu Boy, kau nak air tak? Boy : Ye lah. Ye lah, tak payah la Mak Mun. Kejap je ni singgah. Ibu berlalu ke dalam. Fikiran aku masih terbayang-bayang trak kuning yang melenyek anak kucing siang tadi. Boy : Aku nampak kau ronda-ronda petang tadi. Tapi tak sempat nak berhenti. Haha. Kau pegi mana jalan seorang? Aku : Tak ada apa, saja ambil angin. Aku off hari ni. Mata aku masih tak lepas pandang pada trak baru Boy. Boy : Ok ya? Kata Boy sambil menjeling pada trak barunya. Aku : Banyak duit kau, dah tu bawa laju macam pelesit. Patut slow la sikit bawa kereta baru. Hon aku pun tak sempat-sempat. Boy : Haha..saja test power. Enjin turbo ni, bro. Bawa satu empat tak terasa goyang beb. Aku : Tak terasa? Habis tu kau rasa apa? Boy : Rasa best la, lembut je…hahaha. Ni kau berpeluh-peluh ni apa hal? Dengan cangkulnya. Kau bercucuk tanam malam-malam buta? Aku : Ha..ye lah. Baru lepas menanam. Boy : Elok la tu, berbudi pada tanah. Hahaha… Jelas dia tidak berminat dengan apa yang aku tanam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Boy : Ok lah bro, aku gerak dulu…Mak Mun, Boy balik dulu ya…Hahaha… Boy berlalu pergi, menderum bunyi enjin turbonya. Aku masuk ke rumah, mandi dan terus ke bilik tidur. Sukar ku pejamkan mata. Anak kucing itu masih terbayang di ruang mata. Ketawa Boy masih terngiang-ngiang di telinga. – Roketkini.com |
Untung ooo... ber'PIEM'kan Najib... kahkahkah... Posted: 30 Oct 2011 09:00 PM PDT Bertuah rakyat jika RM3 dapat makan ayam, daging... by Paktam DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih dipanjangkan usia; dapatlah kita memuzakarahkan isu semasa, kali ini kita menyentuh hal yang paling asas dan dekat dengan manusia itu makanan. Makanan adalah antara tiga keperluan asas manusia selain rumah (kediaman) dan pakaian. Bagi keluarga miskin, sebahagian besar daripada pendapatan mereka (mungkin 60 peratus) digunakan untuk menampung keperluan makanan ini. Misalnya jika pendapatan isi rumah sebuah keluarga dengan empat anggota keluarga adalah RM500 sebulan, RM300 daripadanya digunakan untuk membeli makanan. Namun semakin tinggi perolehan rakyat, semakin kuranglah peratusan pendapatan mereka digunakan untuk membeli makanan. Misalnya sebuah keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan dua anak dengan pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan, jika mereka memperuntukan RM1,000 sekalipun untuk membeli makanan, itu hanya 10 peratus daripada pendapatan mereka. Berdasarkan hujah ini, orang miskin perlu berhati-hati dalam perbelanjaan mereka hatta dalam membeli makanan sekalipun. Misalnya jika RM300 sudah diperuntukkan untuk membeli makanan, sedikit kenaikan dalam harga barangan keperluan akan menjejaskan kehidupan rumah tangga mereka. Jika berlaku peningkatan lima peratus dalam kenaikan harga barang, mereka sudah 'menggelupur'. Ini kerana RM15 terpaksa 'dikorek' daripada baki wang RM200; jadi bertambah sukarlah mereka hendak menjelaskan bayaran lain seperti sewa rumah, perbelanjaan sekolah anak-anak dan tambang pengangkutan. Keluarga yang berpendapatan RM10,000 tadi tentunya tidak banyak terasa kenaikan barangan sebanyak lima peratus itu. Jika itu berlaku, pertambahan perbelanjaan makanan mereka hanya meningkat kepada RM1,050 sahaja. Pertambahan belanja makanan sebanyak RM50 tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada mereka, jadi mereka tidak terasa apa-apa. Orang berketurunan kaya dan berdarjat yang tidak pernah terbabit secara terus membeli barangan keperluan seperti gula kopi, asam belacan dan ikan ayam (tidak pernah ke pasar), sebaliknya hanya tahu menikmati makanan lazat dihidangkan di atas meja berkilat oleh pembantu, lagilah tidak tahu akan kesan kenaikan harga barangan. Jika ditanya sekilogram harga beras pun mereka tidak tahu, apatah lagi barangan seperti ikan 'koman' makanan rakyat marhaen seperti cencaru, kembong dan gelama yang harganya sentiasa turun naik di pasaran. Mungkin mereka pun tidak tahu harga 'ikan makanan orang kaya' seperti parang dan tenggiri yang sudah melambung lebih RM20 sekilogram. Antara kumpulan orang yang paling arif tentang harga barangan keperluan adalah suri rumah. Biasanya si suami akan me nyerahkan perbelanjaan dapur kepada si isteri; katakan RM300 sebulan seperti contoh dinyatakan. Daripada RM300 itu; puratanya mereka hanya mampu berbelanja RM10 setiap hari. Apa yang dapat dibeli dengan RM10? Kasihan, pening suri rumah tadi memikirkan hal ini. Harga ikan kembong paling murah pun sudah RM8 sekilogram; udang usah cakaplah sudah mencecah RM16 sekilogram; manakala sekilogram daging tempatan RM18 manakala ayam RM15-RM20 seekor! Itu baru lauk-pauk, bagaimana bahan asas seperti beras, tepung, gula, kopi, asam garam dan minyak yang biasanya dibeli sekali untuk keperluan sebulan? Kalau keluarga yang ada bayi, bagaimana keperluannya seperti susu yang bukan murah; setin saja yang berjenama sudah mencecah RM50! Kemudian lampin pakai buang dan jika anak dihantar kepada pengasuh, kosnya sudah ratusan ringgit. Inilah masalah yang dihadapi kebanyakan rakyat di negara ini. Harga barangan keperluan yang mahal inilah yang perlu pemerintah fikirkan, bukan seronok mempublisitikan makanan murah, sarapan boleh didapati dengan harga RM2 manakala makan tengah hari RM4 melalui Menu 1-Malaysia. Malah dipublisitikan PM dapat merasai makanan tengah hari dengan lauk dua ketul ayam, daging goreng, sayuran tauge dan popadum dengan harga RM3. Jika dengan RM3 PM boleh makan ayam dan daging, dengan belanja RM10 sehari seorang suri rumah pula hanya mampu menyediakan juadah nasi berlaukan ikan kembong dan sayur goreng untuk keluarganya. Itupun bersyukurlah kerana ada yang makan nasi berlaukan sayur lombong malah ada yang makan cuma sekali sehari! |
Jin Shamsuddin... kahkahkah... Posted: 30 Oct 2011 08:00 PM PDT Kenapa Jin Shamsuddin tak buat cerita JIN!! Oleh: banglong J adi orang filem dulu, kini jadi orang politik. I ngin mendapat pangkat yang lebih hebat dari berlakon. N anti bolih menjamin kehidupan yang lebih sempurna. S eandai nya P.Ramli masih ada,tentu dia gembira A pa nak dikata, umur P.Ramli Allah yang menentukan. M alaysia kenal P.Ramli, Jin Samsudin terkenal dengan Bukit Kepong. S ampai sekarang Jin Samsudin panjang umur,P.Ramli tinggal nama saja. U ntuk itu Jin Samsudin teruskan perjuangan hidup menerusi jalan politik. D apat nama, pangkat, harta,ini lah perjuangan bekas anak seni. I ngin buat filem baru, tapi politik mesti diutamakan nya. N anti lah jika panjang umur Jin Samsudin akan buat cerita Jin politikal. |
Posted: 30 Oct 2011 07:00 PM PDT Biar Raja kita jadi macam Raja Siam Oleh Subky Latif PROFESOR Aziz Bari, pakar perlembagaan UIAM telah di sapu semahu-mahunya oleh orang-orang boleh dikira pelampau Umno di dalam dan di luar Parlimen. Kesnya ialah dia dikatakan oleh satu portal berita ada memberi komen bahawa pembabitan Sultan Selangor dalam isu gereja diserbu Jabatan Agama Islam (Jais) adalah suatu tidak lazim. Pada mereka pakar undangundang itu sudah menghina raja dan tindakan wajar dikenakan kepadanya. Dalam negara yang akhir-akhir ini suka sangat membuat aduan polis, maka tidak tahu hendak diduga apa jadinya dengan bantahan Umno tegar itu. Akhir-akhir ini si tegar Umno suka sangat melabelkan orang itu derhaka dan orang ini derhaka. Jika label itu dikumpulkan, kita tidak tahu sudah berapa ramai rakyat kita jadi macam Hang Jebat? Mungkin si Jebat sudah bersepah- sepah di sana sini. Raja-raja seperti dimainkan bagi menyulitkan lawan. Apa yang dibuat dikaitkan dengan raja. Sikit-sikit raja. Raja-raja pula tidak membebaskan diri dari nama raja dijual di sana sini. Kalau dikumpulkan orangorang yang dianggap derhaka dan menghina raja, mungkin Malaysia jadi negara beraja yang paling ramai rakyatnya derhaka. Adapun pacal Aziz Bari itu ialah seorang profesor mengajar undang-undang. Orang yang mengaji undang-undang di universitinya mengaji daripadanya. Maka sebarang perkembangan yang ada kaitannya dengan undang- undang dan perlembagaan, dia kena jelaskan kepada siswanya supaya siswa yang keluar nanti tidak jadi loyar kangkong. Kita mahu graduan cerdik, bijak dan pintar seperti yang banyak dihasilkan di bawah Prof Diraja Ungku Aziz dulu. Kita tidak dapat mengagak graduan di bawah Prof Zainal Kling. Kalau gurunya Zainal Kling, graduannya pun macam Zainal Kling juga, setia kepada menteri lebih tinggi dari setia Hang Tuah. Guru yang bebas seperti Aziz Bari dipercayai boleh melahir graduan kritikal seperti pelajarpelajar Ungku Aziz dulu. Tidak dapat dinafikan Sultan Selangor telah mencemar duli dalam kes gereja diserbu Jais. Isu itu melibatkan undang-undang. Siswa undang-undang kena kaji perkembangan itu. Aziz mesti ada jawapan tentang persoalan itu. Betullah Aziz Bari bukan nabi. Huraiannya boleh jadi lemah dan boleh jadi hebat. Hujah Aziz mesti dijawab dengan hujah juga. Bung Mokhtar adalah pembuat undangundang di Parlimen. Dia mesti lawan Aziz dengan hujah undangundang. Begitu juga dengan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor yang digugur daripada Kabinet oleh Najib. Di mana tidak tepatnya hujah Aziz Bari. Jangan jadikan diri seperti pengampu Raja Singapura semasa dilanggar todak. Budak yang memberi idea bagi menyelamatkan rakyat dari serangan todak didakwa boleh mengancam kuasa raja. Raja pula lurus bendul, dengar pula nasihat menghasut seperti itu. Raja mesti belajar daripada kejadian Raja Melaka mendengar fitnah pembesar tentang Hang Tuah. Kerana raja tidak membebaskan diri daripada bodek pembesar lemah, huru hara Mekala gerangannya. Bung Mokhtar dan pemimpin Umno Selangor tidak membantu raja untuk menjadi pemerintah berwibawa dan dihormati. Tindakan itu adalah untuk mencemarkan istana dan membodohkan rakyat jelata. Pemimpin-pemimpin Umno tidak dapat bantuan banyak daripada pandangan seperti itu. Ia tidak boleh menjadi Umno parti dinamik yang dapat memartabatkan rakyat, adab dan tamadun. Suara mereka itu tidak lebih untuk menarik perhatian Najib Razak dan Muhyiddin Yassin supaya dikekalkan mereka sebagai calon. Raja yang berwibawa memerlukan nasihat yang baik. Raja memerlukan nasihat sebelum bertindak dan memerlukan nasihat selepas bertindak. Tindakan yang baik pun perlu dikaji lagi kalau ada lompang di sana sini. Jika Aziz Bari kata, ia satu suatu campur tangan yang tidak lazim, apa poin yang boleh dikata begitu. Orang seperti Bung Mokhtar tidak boleh dan tidak tergamak memberi pandangan yang digemar oleh raja. Tidak mudah untuk bercakap tegas di hadapan raja. Sekeras-keras Dr Mahathir Mohamad itu pun kalau berdepan dengan raja belum tentu dia kata yang dia hendak kata dan patut kata. Menasihatkan raja bukan satu kerja yang senang. Apa lagi kalau raja itu tidak seperti Raja Siam dan Raja Great Britian. Kedua-dua raja itu adalah contoh Raja Berperlembagaan yang tidak banyak campur tangan dalam urusan pemerintahan. Raja kita juga ramai yang seperti mereka. Tidak perlulah disebutkan raja mana supaya tiada ada yang mengata raja itu baik dan raja ini kurang baik. Walaupun kita tahu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah bertindak keterlaluan terhadap Raja-Raja, tetapi kita juga mesti faham tentang adanya hal-hal yang tidak lazim oleh istana. Kita tidak mahu jadi seperti Anuar Musa menabalkan sultan lain sedang Kelantan ada Sultan yang sah. Kita juga tidak mahu jadi macam Ibrahim Ali mencadang seorang putera dicalonkan mengganti Sultan yang ada. Kita juga tidak mahu jadi seperti Shahidan Kassim menggunakan Parlimen untuk menyerang Sultan yang tidak ngam dengan Perdana Menteri Dr Mahathir dulu. Apa pun semua kejadian pahit itu menggambarkan adanya hal yang tidak lazim tadi. Aziz Bari menggunakan bahasa undang-undang yang menarik sekadar menyebut tidak lazim. Dia tidak mengecam dan mencemar raja. Mungkin itulah satu cara tersendiri bagi menasihat istana dari jarak jauh. Sejak ulama zaman tabiin, tabiin-tabiin mengelak bekerja dengan raja dan menjadi penasihat raja. Banyak payahnya. Raja pun ada masalah yang perlu ditegur, tetapi bukan senang untuk menegurnya. Ada ulama muktabar rela dipenjara daripada menjadi penasihat raja. Para ulama berbangga dengan sikap tegas ulama itu. Mengapa jadi begitu dan mengapa ada yang mengira sikap ulama itu baik? Maka kemudahan yang ada sekarang, kita ada media yang terbuka, kita ada demokrasi yang membenarkan bersuara, terbuka kaedah yang tidak terikat untuk menasihatkan istana seperti laporan sebuah portal berita yang membawa pandangan undangundang Aziz Bari itu. Kalau Aziz Bari diangkat menjadi penasihat raja, dia juga tentu tidak dapat bersuara seperti sekarang. Kalau pun Raja itu tidak garang, tetapi sebagai orang Raja, maka ada segan silu bercakap terus terang tentang raja dan tindakan raja. Saya kira Aziz Bari tidak ada apa-apa kepentingan apabila dia mengeluarkan pandangannya sesuai dengan keperluan ilmu bagi menghidupkan ilmu undangundang yang dicurahkannya kepada pelajarnya khusus dan kepada masyarakat umumnya. Kalau Umno Selangor merasakan UIAM mesti bertindak terhadapnya, buang dari UIAM, maka saya fikir banyak universiti di dunia mahukan tenaga pakar dan sikap bebasnya. Tetapi tindakan seperti itu menyebabkan payah lagi untuk mencari profesor bebas sepertinya. Apabila tidak profesor berani sepertinya, maka tidak mustahil universiti mengeluarkan graduan kangkung. Kuliah Aziz yang objektif tentang undang-undang bukan saja diperlukan oleh siswanya dan masyarakat umum tetapi ia juga berguna untuk diketahui oleh sekalian Raja. Ilmu dan analisisnya boleh menjadi panduan yang baik bagi istana baginya menjadikan istana satu institusi yang berfungsi. Sebagai seorang ahli ilmu undang-undang, untuk pengetahuan Bung Mokhtar dan Umno Selangor, sumbangan Aziz Bari dilihat lebih dihormati daripada sumbangan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Setakat ini dia dilihat sebagai seorang profesional, tetapi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara belum tahu lagi. |
BERGAMBAR!! Khairul Fahmi Bersosial Sakan... Posted: 30 Oct 2011 06:00 PM PDT Gosip Panas! Khairul Fahmi Apek Bersosial Dengan Kekasih Di Tempat Hidangan Minuman Arak? Balik Apek! Tolong la. Banyak benda yang kami tengok mung buat semakin tersasar. Banyak dah berita yang datang kat meja blog kami ni. Keluar dari tempat yang penuh pancaroba dan fitnah ni.- KB |
Asalkan bukan UMNO... kahkahkah... Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO) Oleh Aspan Alias Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir. Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu. Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah. Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing. Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai. Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam. Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya. Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam. Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit. Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini? Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula. Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu. Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa 'dunia'. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya. Orang tua-tua dahulu ada berkata, 'kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek'. Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan 'one-off payment' sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini. Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan? Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu. Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam. Jawapannya mudah: orang ramai tahu tujuan dan matlamat perhimpunan itu di adakan bermotifkan politik pihak berkuasa. Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam. Rakyat tidak lagi mudah dipengaruhi oleh politik desperate pihak tertentu dan membuang masa sahaja. Pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu. Rakyat sudah tidak lagi mahu diperkotak katikan seperti dahulu lagi. Enough is enough. Sekarang rata-rata orang berkata, ABU! (Anything but UMNO). Semuanya ini bukan salah sesiapa. Itu semua berlaku kerana salah laku perbuatan dan pemikiran UMNO itu sendiri. |
Posted: 30 Oct 2011 03:30 PM PDT Tauhid, akidah untuk artis kembali pangkal jalan Oleh INTAN ABDULLAH dan M SHAHFRI SHAMSUDIN KERAJAAN mesti merangka program pamantapan tauhid dan akidah bagi membawa kesedaran kepada artis yang tidak mempunyai kesedaran Islam, kata bekas pelawak dan penulis lirik, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman. Menurutnya, kebanyakan artis tidak langsung mempunyai pengetahuan tentang tauhid dan inilah yang menyebabkan kebanyakan daripada mereka jauh daripada Islam. "Kalau tak percaya cuba tanya mereka apa itu tauhid? Kita akan dapati kebanyakan mereka akan menjawab tidak tahu. "Sepanjang pengalaman saya, inilah bab yang menyebabkan mereka termenung. Baru-baru ini pun ada komposer yang telefon saya dan kami bercerita tentang topik tauhid dan dia gagal memberikan apa makna tauhid itu," katanya. Bob Lokman berkata, setiap pekerjaan yang dilakukan juga mestilah kerana Allah dan bukan selain daripadanya, jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan selain daripada Allah maka ia boleh menyebabkan akidah seseorang itu rosak. Masalah yang berlaku dakwanya, kerana kerajaan sendiri gagal dan enggan membuat program seperti ini kepada masyatrakat. Beliau juga menceritakan bagaimana sewaktu dirinya dan beberapa rakan yang lain berdakwah di Uptown Bangi, ketika beliau menyanyi pengunjung di situ tidak mempedulikannya, tetapi apabila beliau membuka bab tauhid dan alam barzah mereka tertarik dan mendengarnya. "Mereka melopong dan bila habis semua, ada yang datang bertanya di mana mereka boleh belajar ilmu sebegini. Saya katakan ilmu sebegini boleh dipelajari daripada ustaz dan mereka kata pergi masjid inilah yang leceh," ujarnya. Katanya, ini kerana golongan yang ada di masjid adalah generasi berbeza, oleh kerana itu, menjadi tanggungjawab kerajaan mencari jalan bagaimana mereka berminat dikumpulkan di sesuatu tempat. Katanya, cara penyampaian ustaz yang mengajar turut memainkan peranan dalam menarik minat masyarakat untuk mempelajari tauhid dan akidah, sebab akidah jugalah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menyertai PAS. Menurutnya, semenjak beliau berhijrah mengamalkan Islam, keyakinan dan keberanian kepada hidup berbanding dengan keberanian kepada kematian berbeza. "Dulu kita takut mati, miskin, tak ada duit, takut susah tetapi sekarang ini saya mempunyai keyakinan hidup ini berada di bawah kawalan Allah. "Jika dahulu setiap kali saya nak keluar rumah, apabila ada perasaan takut accident, saya tak keluar. Tetapi sekarang ini setiap kali keluar rumah, saya percaya kepada takdir Allah sekali gus perasaan takut itu hilang," jelasnya. Beliau sekarang ini merasa lebih berkeyakinan dan hilang perasaan rendah diri kepada sesama manusia walau apapun darjat orang itu. Malah dakwanya semenjak beliau berhijrah kepada Islam sepenuhnya penyakit darah tinggi yang dialaminya juga jarang menyerang kerana merasa ketenangan jiwa. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan