shalehudin |
- Video Mayat Gaddafi dipamerkan... langsung tak dihormati...
- Pompuan ni perkara Ajaib Dunia... haha...
- Macam tak percaya Rosmah kena sabotaj... kahkahkah...
- Boleh lari telanjang la depa lepaih nih... haha...
- Pelik pasai apa Nik Aziz rasa PELIK... kahkahkah...
- Depa memang kaki penipu... kahkahkah...
- Muhyiddin bikin malu kompeni laa... kahkahkah...
- Mai kita kira kebaikan Gaddafi...
- Video jenazah Gaddafi dipamerkan... langsung tak dihormati...
- Ni bukan program lawak...
- Kumpulan anak muda yang terlebih ajaq... kahkahkah...
- Video & Gambar: Selepas Gaddafi, anaknya pulak dibunuh Pemberontak...
- Foto Terbaru!!! Saat-Saat Ghadaffi Ditembak Di Kepala
- Naik lunyai Zul Kulim kena... kahkahkah...
- HIMPUN berjaya himpun lalat dan langau... kahkahkah...
- Mangsa batu api...
- Wajib baca: Sedap betoi alasan dia nih...
- Pelembut hati anak
Video Mayat Gaddafi dipamerkan... langsung tak dihormati... Posted: 23 Oct 2011 11:00 AM PDT Kita bimbang, inilah wajah Islam sebenar yang akan dipandang oleh golongan bukan Islam... Inilah ajaran Islam sebenar yang akan dikeji oleh golongan penentang Islam... Rakyat Libya nampaknya telah menempah kemurkaan Allah s.w.t... |
Pompuan ni perkara Ajaib Dunia... haha... Posted: 23 Oct 2011 09:00 AM PDT |
Macam tak percaya Rosmah kena sabotaj... kahkahkah... Posted: 23 Oct 2011 08:00 AM PDT Najib disabotaj isu Aziz? Oleh Ahmad Lutfi Othman Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13. Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan "keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat". Misalnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Apakah hanya kerana mempunyai pandangan berbeda tentang sejarah perjuangan kemerdekaan negara, maka mahkamah terpaksa dipilih untuk mengadili Mat Sabu, dan bukannya melalui perdebatan, perbahasan atau dialog? Terkini, tambah membebankan Najib apabila pakar undang-undang perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari, digantung tugas dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disebabkan pandangan beliau terhadap isu yang berkaitan dengan bidangnya. Gejala ini bukan perkara baru. Sebelum ini ramai tenaga akademik menerima surat amaran daripada pentadbiran universiti ekoran pandangan atau kenyataan akhbar yang dilihat menimbulkan "kegemparan", walaupun ia menyentuh bidang kepakaran atau hasil penyelidikan mereka. Hanya kerana isu jerubu melanda negara atau masalah sosial generasi muda, yang ditimbulkan oleh pensyarah dalam bidang berkenaan, mereka boleh mendapat "surat cinta" dan terpaksa "menutup mulut" kemudiannya. Ada juga pensyarah sains politik yang ditegur kerana bercakap dengan pihak akhbar mengenai tuntutan bertindih dengan negara jiran. Justeru, golongan cendekiawan kita semakin bersendirian, tinggi di menara gading, terpisah dengan realiti masyarakat, ibarat "mati di pucuk". Mereka seperti dilarang menyumbang idea dan menyalur pandangan bernas terhadap pergolakan atau konflik di persekitaran. Waduh ... bukan saja malang berganda tetapi juga membazirkan wang rakyat. Ternyata, kebebasan akademik dan hak bersuara warga kampus dinafikan serta dicabuli pentadbiran (baru) UIAM. Reaksinya, seperti diduga, merata dan merebak dengan cepat. Suara simpati dan sokongan terhadap Aziz segera tumpah di mana-mana, terutama di laman sosial, facebook. Dalam waktu singkat, selepas sehari Aziz digantung tugas, aksi protes melalui demonstrasi berjaya digembleng, di UIAM sendiri. Anak-anak muda, mungkin sebahagiannya anak murid beliau, bingkas bangun bersuara lantang. Selama ini kampus Gombak itu tidak pernah mengizinkan kelompok mahasiwa pro-Umno menerajui gerakan pelajarnya. Ia juga difaktorkan oleh kewibawaan dan keberanian Aziz, yang diakui ramai. Malah beliau pernah membidas keras Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan polemik dalam parti. Suatu bukti Aziz bersuara tanpa takut, tanpa segan. Dalam mempertahankan Abdul Aziz, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang juga prof madya undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, Akta Hasutan sendiri membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah. Baginya, Aziz semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan. Menurut Azmi, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja. Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Prof Madya Dr Rosli Mahat turut melahirkan rasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang dikenakan terhadap Aziz. "Aziz seorang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi," ujarnya dalam satu kenyataan. Dari Universiti Oxford, London, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras: "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Ia tindakan mengampu dan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran." Secara peribadi Aziz mudah didekati, tidak lokek idea, dan sebagai pengamal media, saya begitu senang sekali dengan minat mendalamnya terhadap dunia penulisan dan penerbitan. Lebih 10 tahun lalu, semasa saya menerbitkan majalah Detik, Wasilah dan siri akhbar tidak berkala di Medan Idaman, tidak jauh daripada kampus UIAM Gombak, Aziz agak kerap mengunjungi pejabat Penerbitan Pemuda. Selain bertukar-tukar fikiran dan cerita, Aziz cukup prihatin dengan mutu bahan penerbitan kami. Lebih mengujakan, ziarah beliau bersama-sama bahan yang kami boleh manfaatkan. Bukan sekadar kritikan membina, tetapi juga tulisan yang boleh dikongsi pembaca. Lama sebelum komentarnya terhadap Sultan Selangor, bicara Aziz menampakkan beliau benar-benar independen. "Selepas Prof Jomo KS ke PBB, saya lihat satu-satunya tokoh pemberani di kalangan ahli akademik adalah Prof Aziz Bari. Hairan ya, dia seperti tidak takut langsung untuk bersuara," kata seorang sahabat lama dari Skudai, Johor. Saya kira tekanan ke atas pentadbiran UIAM untuk mengambil tindakan ke atas Aziz bukan semata-mata disebabkan kenyataan terakhirnya itu. "Dendam" ini sudah lama meruap. Pihak tertentu hanya menunggu masa sesuai untuk "memerangkapnya". Apa pun, yang pasti, episod gelita ini bukan sahaja meninggalkan kesukaran berpanjangan buat Najib tetapi telah menggagalkan usaha tungkus-lumusnya membina imej baru BN menjelang PRU13. Tokoh sehebat Aziz tidak rugi apa-apa jika disingkirkan. Peluangnya terbuka luas di tempat lain. "Soalnya, apakah ini petanda jelas ada perancangan untuk sabotaj Najib daripada dalam? Generasi muda dan masyarakat kelas menengah terkesan dengan isu Aziz Bari ini," kata seorang editor kanan, yang mengakui hairan dengan tindakan drastik UIAM itu. |
Boleh lari telanjang la depa lepaih nih... haha... Posted: 23 Oct 2011 07:00 AM PDT Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin Hafiz Yatim Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini. Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin. Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka. "Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini. Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar. "Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu. Pakar perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja. "Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Abdul Aziz. Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor. Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporanUtusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis. |
Pelik pasai apa Nik Aziz rasa PELIK... kahkahkah... Posted: 23 Oct 2011 06:00 AM PDT Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu? Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat. "Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun. "Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetikHarakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam. Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, mengulas isu penggantungan tugas pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Menurut beliau, semua pihak termasuk universiti, tidak seharusnya menyekat ahli akademik menyuarakan padangan mereka dan mereka perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki. "Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik. "Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya. Khamis lalu, UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab tuduhan itu. Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama. Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Berikutan penggantungan tugas itu, pelbagai pihak termasuk mahasiswa, persatuan kakitangan akademik beberapa universiti, ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi. Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual. Kemuncaknya, Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan. |
Depa memang kaki penipu... kahkahkah... Posted: 23 Oct 2011 05:00 AM PDT PTPTN IA LAH ALONG GEROMBOLAN ALONG GEROMBOLAN BAJET 2012 BUKAN SEKADAR HULUR BANTUAN : NAJIB - mstar KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 bukan hanya sekadar untuk menghulur bantuan seperti apa yang telah diperkatakan oleh sesetengah pihak, tetapi ia bertujuan untuk mengurangkan tahap pinjaman kerajaan, kata Najib Razak. Dia berkata sasaran belanjawan itu adalah untuk membantu kumpulan-kumpulan yang paling memerlukan, termasuk keluarga yang berpendapatan rendah, pelajar sekolah dan pelajar tingkatan enam serta mahasiswa universiti, selain kawasan luar bandar yang berhak menerima hasil dari kekukuhan ekonomi negara. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH ....tipuuuuuuuuu.... kah kah kah HUTANG ALONG LAGI 40 ,000 PEMIMJAM TEGAR PTPTN DISENARAI HITAM BERMULA HARI INI KUALA TERENGGANU 31 Jan. – Bermula esok, nama peminjam yang tidak mahu membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan disenaraikan di sebuah agensi rujukan kredit bagi membantu institusi kewangan menyemak status kredit peminjam PTPTN. Sebagai permulaan, seramai 1,100 peminjam tegar PTPTN akan disenaraikan nama mereka di Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan ia bakal diikuti dengan 37,484 lagi peminjam lain jika mereka terus mengabaikan surat amaran supaya melunaskan hutang pinjaman masing-masing. Pengerusi PTPTN, Razali Ismail yang sudah hilang sabar dengan sikap degil golongan itu berkata, tindakan tersebut adalah proses menyenarai hitam peminjam tegar yang akan memberi kesan kepada kredibiliti kewangan mereka. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MAT MONGOL BOHONG.... kah kah kah.. kah kah kah...MANA ADA UNTUK ANAK MUDA ...kah kah kah.. kah kah jkah...MANA ADA UNTUK PELAJAR MAHASISWA... kah kah kah.. woit.... YANG BANYAK BUJET UNTUK BELI SENJATA.... kah kah kah.. kah kah kah...KALAU TAK BELI KAPAL SELAM..... BELAJAR UNIVERSITI PERCUMA...kah kah kah.. woit...KENAPA BODOH SANGAT.... BELI SENJATA... TAK BAGI PELAJARAN PERCUMA?..... kah kah jkah.. kah kah kah...KERANA BELI SENJATA BOLEH REMBAT DUIT RAKYAT..... kah kah kah.. kah kah kah...KEMUDIAN BUAT PTPTN.... kah kah kah kah kah kah..PTPTN INI ADALAH ALONG YANG DI KENDALIKAN OLEH GEROMBOLAN.... kah kah kah.. kah kah kah...KALAU TAK BELI SENJATA..... SEMUA BOLEH BELAJAR PERCUMA...kah kah kah.. NOTA: kenapa ini tak di bincang di parlimen? kenapa tak lupuskan saja hutang anak muda? gerombolan mahu hutang diteruskan dengan ada hutang gerombolan dapat kontrol dengan ada hutang anak muda boleh di jadikan hamba ptptn adalah strateji untuk memerangkap anak muda jawabnya : lawan bila kerajaan baru ditubuhkan hutang ptptn lupus pembelajaran percuma Bro TT |
Muhyiddin bikin malu kompeni laa... kahkahkah... Posted: 23 Oct 2011 03:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita. Semalam, Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi. "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," katanya. Mengulas perkembangan itu hari ini, Naib Presiden PKR N Surendran (gambar) mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian. "Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya. "Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita," kata Surendran dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim. "Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi'," kata Pua. Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah "kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata." Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut. "Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini. Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu. Meskipun Lim tidak perlu membuktikan apa-apa, kata Pua, Muhyiddin memilih untuk memberi 'watikah' kepada khabar-khabar angin dan memberi sokongan kepada "mutlak" kepada pemblog-pemblog Umno. Katanya lagi, daripada melahirkan pendirian untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan khabar angin, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memilih untuk mempertahankan pihak terbabit. "Beban pembuktian terletak pada pihak yang menuduh dan bukannya pada pihak yang difitnah dengan tidak adil," kata beliau. Pua juga berkata demi menjaga imej kerajaan, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri sewajarnya mengambil tindakan menghentikan tindakan-tindakan tidak waras dengan memberi teguran kepada timbalan beliau dan juga kesemua ahli partinya yang mengaibkan pelajar berusia 16 tahun. "Jika tidak akan terbukti kepada rakyat Malaysia bahawa Umno sudah bankrap secara moral dalam usahanya mahu kekal berkuasa dalam apa jua cara pun termasuk menyerang kanak-kanak tidak berdosa," kata beliau. |
Mai kita kira kebaikan Gaddafi... Posted: 23 Oct 2011 02:00 AM PDT Begitu banyak kebajikan untuk Rakyat.. Gaddafi dibunuh juga.. kenapa? Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu. Dengan sebegini banyak (senarai dibawah) kebajikkan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kanapa? Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat! Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka! Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi: 1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya! 2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%. 3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'. 4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah. 5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak. 6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma. 7. Tidak ada bil elektrik di Libya. 8. Pendidikan adalah percuma 9. Kemudahan perubatan adalah percuma. 10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan. 11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter. 12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah. 13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar. 14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain. |
Video jenazah Gaddafi dipamerkan... langsung tak dihormati... Posted: 23 Oct 2011 01:00 AM PDT Kita bimbang, inilah wajah Islam sebenar yang akan dipandang oleh golongan bukan Islam... Inilah ajaran Islam sebenar yang akan dikeji oleh golongan penentang Islam... Rakyat Libya nampaknya telah menempah kemurkaan Allah s.w.t... |
Posted: 23 Oct 2011 12:35 AM PDT Biar dunia luar tahu apa yang rakyat tuntut, jangan ingat rakyat main lawak Ini bukan fitnah, bukan lakonan, bukan program Rajalawak tapi ini tuntutan rakyat yang hingga kini kerajaan yang berkuasa masih tidak sedar diri atau pekakkan telinga apa yang rakyat mahu dalam pilihanraya. Kerajaan yang berkuasa ingat dengan bajet 2012 yang digula-gulakan kepada rakyat, rakyat akan lupa apa yang mereka mahu dalam pru 13. Makin dituntut pembaharuan dalam pilihnaraya makin menjadi-jadi warga asing didakwa dibawa ke Putrajaya untuk dapatkan MyKad. Bila kena tekan kerajaan yang berkuasa kata warga asing dibawa naik bas express daripada Johor untuk diberi kursus dalam bidang keusahawanan! Kenyataan mengarut dan gila babi. Tuntutan rakyat cukup mudah hanya tunaikan 8 tuntutan dalam pilihanraya tapi kenapa kerajaan gerombolan takut untuk melaksanakannya? Kerajaan gerombolan jangan ingat rakyat nak main lawak dengan kerajaan. Rakyat adalah raja sebenar dalam pilihanraya. |
Kumpulan anak muda yang terlebih ajaq... kahkahkah... Posted: 22 Oct 2011 11:34 PM PDT ANAK MUDA BANGUN MELAWAN SEDIA BANGUN MELAWAN KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN Minta maaf, tarik balik penggantungan dengan segera atau berdepan dengan demo lebih besar Solidariti Mahasiswa Malaysia telah berjaya menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Rektor UIA tempoh hari. SMM juga ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada mahasiswa yang bersolidariti menuntut kebebasan akademik di UIA tempoh hari. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada Timbalan Rektor UIA yang berani turun dan menerima memorandum daripada SMM. KAMI mengecam kenyataan rector UIA Prof. Dr.Zaleha yang mengatakan tujuan penggantungan adalah untuk siasatan dijalankan dengan baik. Apa yang sepatutnya dan betul untuk dilakukan ialah siasat dahulu barulah diberi hukuman/tindakan sekiranya bersalah. KAMI menggesa rector UIA supaya tarik balik penggantungan dengan kadar segera, minta maaf kepada Prof Aziz Bari atau akan berdepan dengan demonstrasi yang lebih besar daripada semalam dalam jangka masa yang terdekat ini. Siasatan harus dilakukan dengan adil dan telus tanpa sebarang campur tangan ahli politik. KAMI percaya ada tangan-tangan ghaib yang cuba menganiaya Prof Aziz Bari memandangkan kenyataan-kenyataan Aziz Bari diliihat sering tidak memihak kepada parti pemerintah. KAMI juga mencabar pihak UIA atau mana-mana pihak sekalipun, sekiranya apa yang dikatakan oleh Prof Aziz Bari bahawa sultan tidak boleh dikritik adalah salah, maka tampilkan seorang ahli akademik untuk berbahas dengan beliau. SMM percaya bahawa hujah harus dibalas dengan hujah dan bukannya dibalas dengan tindakan zalim. KAMI ingin menegaskan bahawa demonstrasi semalam adalah anjuran penuh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan tidak ada kaitan dengan mana-mana ahli politik atau parti politik. Ianya adalah inisiatif sendiri sekumpulan mahasiswa yang berpegang teguh dengan prinsip kebebasan berakademik. Ada juga pihak yang meremehkan usaha mahasiswa berdemonstrasi semalam. KAMI beri peringatan supaya jangan remehkan usaha mahasiswa. Kalau tak mahu ikut berjuang tak mengapa, tapi jangan remehkan mereka yang berjuang. Ianya adalah satu tindakan bodoh. SMM akan mengadakan beberapa siri ceramah, kempen dan roadshow untuk menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai prinsip kebebasan berakademik. Sekian terima kasih, Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Pimpinan Front Solidariti Mahasiswa Malaysia - Bro TT |
Video & Gambar: Selepas Gaddafi, anaknya pulak dibunuh Pemberontak... Posted: 22 Oct 2011 10:47 PM PDT Seorang doktor, Ibrahim Tika memberitahu televisyen Al Arabiya, Mo'tassim mati selepas kematian bapanya. "Terdapat kecederaan besar di dada dan bawah lehernya. Ada tiga kecederaan di belakang tubuh dan di belakang kaki. "Ada juga kesan tembakan pada kakinya, tetapi ia luka yang dialaminya beberapa hari lalu. "Keadaan pendarahannya membuktikan dia dibunuh selepas Gaddafi," kata Ibrahim. Detik-detik sebelum Mo'tassim dipercayai "dihukum mati" oleh kumpulan penentang: SiasahKini... |
Foto Terbaru!!! Saat-Saat Ghadaffi Ditembak Di Kepala Posted: 22 Oct 2011 09:28 PM PDT Detik-detik terakhir sebelum Gaddafi mati ditembak menjadi lebih jelas hari ini apabila muncul beberapa imej di saat pistol diacukan ke kepalanya. Beberapa saat selepas itu suara diktator ini tidak lagi kedengaran. Adegan seterusnya menunjukkan badannya sudah tidak bermaya dan terkulai di atas tanah. Matanya ditutup dan dia tidak lagi bernafas. Laporan tengah malam semalam memaklumkan bahawa Majlis Peralihan Negara akan menyerahkan mayat diktator ini kepada ahli-ahli keluarganya. Rakaman dramatik yang terbaru ini menjawab beberapa misteri bagaimana punca kematian Gaddafi ketika balunya memohon siasatan dijalankan untuk mengetahui bagaimana suaminya meninggal dunia. Imej-imej yang muncul ini menolak dakwaan kerajaan baru Libya kononnya bekas pemimpin itu telah dibunuh tembakan curi semasa di dalam perjalanan ke hospital. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pelaksanaan hukuman bunuh yang penuh kegilaan ini semasa Gaddafi dikelilingi oleh pemberontak yang bersorak. Nafas terakhir: Sepucuk pistol dihalakan ke arah Gaddafi yang berlumuran darah ketika dia diletakkan di dalam ambulans. Tidak lama kemudia dia dilihat sudah mati dihadapan khalayak ramai. Saat kematiannya: Imej- imej ini diambil dari video yang baru dikeluarkan, Gaddafi nampaknya memegang kerongkongnya ketika pistol ditekan di kepalanya. (Kiri)Pistol yang ditujukan ke bahu Gaddafi meningkatkan kemungkinan beliau telah ditembak di sini untuk kali pertama. (Kanan) Pistol itu kemudian ditujukan ke arah kepala diktator yang ketakutan. Detik terakhir: Gaddafi dipalingkan untuk menghadap tanah, satu tanda jelas yang biasa dijalankan untuk mengelakkannya daripada melihat mata si pembunuh. Terbunuh: Klip kedua yang dirakamkan di lokasi yang sama dan dengan teriakan suara di belakang kini menunjukkan Gaddafi sudah pun mati. Gaddafi di dalam ambulans: Pemandu ambulans berkata diktator sudah mati ketika itu dan dia tidak cuba untuk memulihkan dia. Pemandu ambulans, Ali Jaghdoun, berkata Gaddafi telah mati ketika dia melihatnya dan kemudian keluar dari bandar Misrata. 'Saya tidak cuba untuk merawatnya kerana dia sudah meninggal'. Pemangku Perdana Menteri Mahmoud Jibril berkata hari ini bahawa siasatan ke atas siapa yang menembak Gaddafi akan diteruskan. Dia telah memberikan pandangannya sendiri peristiwa-peristiwa yang mungkin membawa kepada kematian bekas pemimpin Libya itu. Beliau berkata: 'Ia seolah-olah ada pertempuran di antara pasukan keselamatan Qatar Gaddafi dan pejuang kebebasan. Dia bersembunyi di sejenis saluran kumbahan. Salah seorang daripada tentera upahan dari Mauritanian telah menemuinya (Gaddafi dan memaklumkan) kepada pejuang-pejuang kebebasan yang Gaddafi bersembunyi di dalam saluran tersebut,'. 'Jadi mereka pergi ke sana membawanya keluar dan menaiki trak itu untuk membawanya ke hospital. 'Di dalam perjalanan mereka, mereka terperangkap di dalam tembak-menembak di antara pejuang-pejuang kebebasan dan pasukan keselamatan. Dia ditembak di kepala. Kami tidak tahu sama ada beliau telah ditembak oleh pejuang-pejuang kebebasan atau pasukan keselamatan.' Kepala Gaddafi dipalingkan sedikit ke kiri. Dipercayai ia dilakukan untuk menyembunyikan lubang peluru di kepalanya. Tubuhnya kini disimpan di dalam bilik penyejuk daging bersebelahan Mutassim, anaknya yang turut mati. Luka peluru boleh dilihat dada dan bahagian atas lengan kirinya. Seorang saksi yang melihat dari dekat dapat melihat saki-baki serbuk letupan di sekeliling luka yang sering selaras dengan keadaar ia ditembak pada jarak dekat. Pelawat diberikan topeng untuk dipakai kerana bau busuk. Seorang tokoh kanan di kalangan pejuang-pejuang di Misrata berkata mereka dia malu dan kesal dengan cara seorang lelaki memaklumkan berita kematian Gaddafi kepada anak perempuannya, Aishah, yang menghubungi Gaddafi sejurus selepas dia ditembak. 'Aisha menelefon dan salah satu daripada pihak pemberontak menjawabnya," kata komander. Beliau berkata: "Sudah selesai. Abu Shafshufa mati''. SiasahKini |
Naik lunyai Zul Kulim kena... kahkahkah... Posted: 22 Oct 2011 08:40 PM PDT Zulkifli Noordin 'jahil murakkab' tentang hudud Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu. Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat. "Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat." Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang. Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin. Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut. Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur. Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut. Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan " Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina. Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama. Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan "li wujudin ma'na al-zina fihi" ( kerana kewujudan makna zina padanya) . Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa "selain daripada isterinya" suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd. Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud? Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal "Tasyri' Janaie" terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia "menggunapakai hartanya " mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah). Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir. Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas. "Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian." Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud. Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik "hudud Umno". Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain. Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil). |
HIMPUN berjaya himpun lalat dan langau... kahkahkah... Posted: 22 Oct 2011 07:00 PM PDT Surat terbuka untuk HIMPUN Abdul Manaf Abdullah Assalamualaikum wbth... Saya merupakan mahasiswa kelahiran Malaysia. Secara asasnya, jiwa Melayu bergelora di dalam diri saya. Terlalu lama menetap dalam rumah kayu beratap bata berdinding rotan, berkejaran dengan lembu dalam kebun getah, menjala ikan di sungai tepi sawah dan bermain gurah dan gasing di tepi rumah. Belajar quran dengan arwah datuk yang garang, menyalin buku-buku agama karya tangan warisan berzaman dan berjalan ke surau waktu pagi yang dingin itu adalah kegiatan yang menggamit kenangan. Inilah kehidupan beradat beragama yang penuh dengan ketenangan. Tiada lagi perlu dipertikaikan betapa Melayu dan Islamnya saya dalam menulis surat ini untuk tatapan peserta HIMPUN. Setelah dewasa dan berhadapan dengan pelbagai kerenah alam, pandangan berubah, kematangan bercambah, pemikiran tidak lagi berada dalam sifir keluarga, tetapi merebak untuk kepentingan sejagat. Dahulu, dididik bahawa bangsa kita perlu dimartabatkan tanpa menghirau bangsa lain yang bercambah dan membiak di persekitaran. Ini lumrah dilahirkan Melayu, dilahirkan untuk menjadi rasis. Namun, dengan izin Allah, perasaan perkauman itu kurang menebal dalam diri, kerana dibatasi dengan larangan Allah swt terhadapnya. Arakian, bertemulah saya dengan susuk bernama HIMPUN dalam beberapa nafas yang lepas. Mendengar ucapan dan percakapan sekreteriatnya yang begitu bersemangat. Dari percakapannya, jelas fikrah kumpulan yang diwakilinya. Tiada dapat diselindungkan lagi fikrahnya itu. Dari tulisan penulis-penulis pendokong HIMPUN, semakin lama semakin jelas fikrah perhimpunan ini. Jelasnya fikrah ini adalah seperti kuatnya bau durian yang disimpan dalam kereta di waktu tengah hari yang terik panasnya. Dengan memahami fikrah mereka, barulah kita dapat mengikuti secara jelas tujuan perhimpunan ini. Niat murni Adapun niat murni yang ingin disalurkan kepada umat Islam, iaitu mengukuhkan aqidah umat Islam, justeru sangatlah patut disokong oleh sekalian umat Islam. Kerana aqidah yang tepat dan murni adalah diperlukan untuk melahirkan umat yang benar dan berwibawa. Adapun niat yang murni perlu disokongi dengan perlakuan yang benar. Perlakuan yang kebaikannya melebihi keburukan. Perlakuan yang mengambil kira sensitiviti dan perasaan kaum minoriti. Perlakuan yang tidak melanggar hak kafir zimmi yang duduk berlegar bersama kita tanpa ada sedikit pun dalam fikiran mereka untuk memberontak dan menghancurkan rumah ibadat kita. Perlakuan yang tidak akan menikam kita dari belakang sehinggakan orang bukan Islam semakin jauh daripada kebaikan dan keadilan Islam. Siapakah perosak kemurnian niat? Pihak yang merosakkan niat murni ini adalah pihak HIMPUN sendiri. Niat murni ini tidak disusuli dengan perancangan teliti oleh sekreteriatnya. Cuba lihat salah satu daripada objektifnya yang terang menuding jari kepada pihak lain. Objektif itu menulis, "khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011". Dalam sidang media, mereka berkata, "Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka." dengan merujuk kepada kes DUMC sedangkan Sultan bertitah, bahawa JAIS dapat maklumat bahawa berlaku proses tersebut, tetapi, "keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil." Sekreteriat HIMPUN secara semberono melanggar titah raja dengan menyatakan bahawa berlakunya usaha ini walaupun pihak kerajaan sendiri tiada maklumat yang boleh mensabitkan kesalahan terhadap mereka atau dalam bahasa yang senang difahami, "ianya hanya khabar angin sahaja". Malahan, lihat, bagaimana tiada satu pun objektif yang meminta kita kembali kepada ajaran Allah supaya boleh bertahan jika aqidah digoncangkan dengan gempa hujah dari agama luar. Mungkin pihak HIMPUN lupa bahawa jika seseorang itu mempunyai aqidah yang kukuh, mereka tidak akan goyah sedikitpun walau datang seribu paderi dan sami buddha untuk memesongkan aqidahnya. Adakah pihak HIMPUN beranggapan bahawa aqidah umat Islam walaupun sekuat mana pun, mampu dipesongkan oleh paderi dan sami? Adakah pihak HIMPUN beranggapan hujah Islam kurang gagah berbanding hujah Kristian dan agama lain? Target yang salah Jelas sekali target HIMPUN adalah salah. Objektif mereka ada pesongan yang jauh daripada untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan untuk kepentingan Islam. Islam memandang usaha yang dilakukan oleh umatnya tidak mengambil kira keberjayaan usaha itu. Tetapi, Islam menyuruh kita membuat sesuatu usaha atas untuk mencapai keputusan yang baik, dengan perancangan yang teliti, dan dengan kesungguhan yang melebihi kesungguhan golongan bukan Islam. Islam melarang umatnya membuat sesuatu tanpa usaha untuk mencapai kemenangan. Cuba lihat, Rasulullah berhijrah dengan penuh teliti perancangannya. Sedangkan, Rasulullah itu pasti akan dilindungi Allah swt. Jika umat Islam yang ingin berhijrah, ditangkap dan dibunuh sekalipun, mereka beroleh syurga kerana usaha mereka mengikuti suruhan Allah. Namun, Rasulullah masih lagi merancang dengan teliti. Mengapa perancangan HIMPUN begitu tidak sempurna? Target sebenar Target yang sebenar yang perlu dihapuskan dengan buluh runcing bersalut racun adalah kelemahan aqidah umat Islam itu sendiri. Kelemahan yang disebabkan oleh tangan-tangan umat Islam itu sendiri. Cuba lihat, betapa banyaknya program realiti TV yang mengajak umat Islam ke arah hiburan yang melaghakan. Cuba lihat berapa banyak konsert yang mengajak pergaulan tanpa batasan. Cuba lihat betapa matapelajaran Pendidikan Islam dianaktirikan sehinggakan ia dianggap picisan. Cuba lihat betapa hukum Islam diaibkan setiap hari oleh umat Islam sendiri. Keimanan yang tinggi kepada Allah berserta aqidah yang murni, pasti tidak akan berupaya dipesongkan lagi. Jadi, pihak HIMPUN perlulah meminta supaya pihak kerajaan mengurangkan hiburan dalam negara kerana ini yang menyebabkan iman rakyat boleh menjadi senipis rambut. Dengan menguatkuasakan akta murtad, murtad masih lagi boleh berlaku, kerana untuk murtad, tidak perlu kepada persetujuan mahkamah. Sambil-sambil tengok TV pun boleh murtad! Kristianisasi Menurut makna dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kristianisasi ialah istilah bagi gerakan penganut Kristian untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Secara jelas dan terang ditulis di laman sesawangnya, "tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini." Tapi, dalam terang mentari suluhan objektif perhimpunan ini sendiri yang menuding jari kepada warga kristian atas kelonggaran aqidah umat Islam, mereka masih lagi cuba mengelirukan dengan pernyataan songsang mereka, bahawa "ia bukanlah provokasi terhadap orang Kristian". Kesan HIMPUN kepada Masa Depan 1. Hubungan antara Islam dan Kristian semakin jauh. Cuba kita teliti dan baca setiap komen-komen antara umat Islam dan rakyat bukan Islam, yang boleh dibaca dalam Malaysiakini dan Malaysian Insider. Disebabkan HIMPUN ini, orang bukan Islam berkeinginan mengadakan juga perhimpunan mereka. Dan, umat Islam membalas dengan kata-kata yang kasar seperti, "tak sedar diri duduk negara orang". Inikah yang ingin dicapai? 2. Umat Islam yang sudah dipesongkan tidak kembali kepada Islam disebabkan HIMPUN ini. Cuba lihat tentatif HIMPUN. Orang yang berharap 250000 orang (seperti yang didakwa Mufti Perak) akan kembali kepada Islam, pastinya manusia yang berfikiran positif tanpa mengetahui hakikat sunnatullah, "iaitu usaha tangga kejayaan". HIMPUN hanyalah satu pertunjukan bilangan umat Islam kepada bukan Islam. 3. Orang Krisitian tetap tidak akan berhenti menyebarkan fahaman mereka walaupun perlembagaan menghalang mereka. Dalam ajaran mereka, menyebarkan Kristian adalah kewajipan, seperti yang ditulis dalam Gospel of Matthew."Go ye therefore, and teach all nations, baptizing them in the name of the Father, and of the Son, and of the Holy Ghost: Teaching them to observe all things whatsoever I have commanded you: and, lo, I am with you always, even unto the end of the world. Amen." Sekatan ini tidak akan menyebabkan mereka berhenti. Adakah umat Islam akan berhenti menutup aurat jika kerajaan Malaysia melarang penutupan aurat? Umat Islam tetap akan menutup aurat, kerana ianya kewajipan agama. Jadi, orang Islam tidak boleh berangan-angan, bahawa dengan adanya akta itu, Kristian tidak akan lagi disebarkan. Penganut Kristian yang kukuh pegangan kepada Kristian tetap akan menyebarkannya. HIMPUN, ataupun Perhimpunan Sejuta Umat ini, secara realitinya adalah program berniat murni tapi, dilaksanakan dengan salah. Ketegangan agama pasti akan berlaku, jika Islam terus dimomokkan sebegini oleh umat Islam sendiri. Jika mahukan kejayaan, pastikan umat Islam dilengkapi dengan kenyataan balas terhadap hujah mereka, serta sediakan hujah dari sebelah kita untuk menunjukkan kemurnian agama kita. Sekian, semoga kejayaan bersama masyarakat beriman. Assalamualaikum wbth. Abdul Manaf Abdullah |
Posted: 22 Oct 2011 06:00 PM PDT Isu Prof Aziz Bari: Mangsa batu api – Oleh Muhammad Zir 21 OKTOBER – Kita masih melihat perkembangan yang semakin meleret-leret bermula dari laporan titah Sultan Selangor yang disambut oleh respon secara akademik oleh pakar perlembagaan negara Prof Dr Abdul Aziz Bari. Dalam kes ini, titah Sultan itu telah disambut dengan beberapa ungkapan daripada rakyat biasa warga Malaysia. Namun demikian, rakyat biasa yang bernama Dr Aziz Bari ini memiliki sedikit kelebihan berbanding insan lain berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Pandangan beliau mengenainya merupakan komen yang bukan datangnya dari tong sampah, sebaliknya dari pengalaman, pengetahuan dan kepakaran beliau sebagai pendidik, pemikir dan intelek. Malah, beliau adalah penulis buku undang-undang yang prolifik termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia, dan Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Menghormati ilmu dan kepandaian seseorang itu, terutamanya apabila berbicara dalam bidang yang memang menjadi kepakarannya, adalah budaya yang baik. Sama ada disetujui atau tidak pandangannya, itu soal kebebasan bersuara dan berkekspresi. Justeru tidak timbul isu menghina atau menderhaka. Batu api Maka dalam hal ini, marilah kita kembali kepada pokok persoalan utama yang mana ia telah terhijab di sebalik sentimen kebencian dan emosi yang tak berpenghujung ini yang sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak yang takut kepada kebebasan bersuara. Setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara atau berbeza pandangan. Mereka juga punya hak untuk diam. Hak-hak ini harus dihormati oleh semua pihak. Bagi manusia yang diberi kuasa atau pemegang amanah, maka menjadi haknya untuk menggunakan kuasa itu menurut undang-undang yang telah dimaktubkan. Jelas ia bukan suatu pertindihan peranan dan tanggungjawab. Tetapi, dalam masyarakat, wujud pihak ketiga yang berperanan untuk mengambil kesempatan di atas hak-hak ini. Mereka ini biasanya dipanggil 'batu api'. Golongan ini kerjanya menghasut, memancing dan memprovokasi mana-mana pihak agar dilihat bertelagah. Mereka sekadar mahu dilihat menjadi juara dalam krisis yang mereka cipta sendiri. Golongan batu api inilah yang sedang mencetus permusuhan dan kekeliruan dalam masyarakat hingga pokok perbincangan dasar telah tersasar dan jauh dari matlamat murni. Golongan batu api ini juga tidak menghormati hak kedua-dua belah pihak, dalam kes ini jelas merekalah yang tidak menghormati hak Sultan yang mewakili institusi Raja dengan memanipulasi dan menyalah tafsir titah Raja. Di kesempatan itu juga, puak-puak batu api ini juga tidak menghormati hak ahli akademik dan pemikir seperti Dr Aziz, sedangkan mereka sendiri dangkal tentang undang-undang. Isu sebenar Isu yang disentuh oleh Dr Aziz adalah isu yang berkaitan tentang rumusan atau interpretasi beliau sebagai seorang yang pakar mengenai Perlembagaan dalam aspek pelaksanaan dan amalannya. Beliau menyentuh secara objektif dan jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa mutlak sebagai ketua agama, namun dalam aspek pelaksanaan dasar atau undang-undang, Malaysia juga mempunya agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang itu dan melaksanaan dasar-dasarnya. Justeru, garis sejelas ini harus dihormati oleh semua pihak. Jadi, di mana pula timbul isu 'menghina' dalam konteks ungkapan Dr Aziz ini? Adakah beliau "mengherdik" Raja? Adakah perkataan yang diucapkan oleh beliau mempunyai bahasa kotor atau kasar, seperti yang menjadi amalan sesetengah blogger UMNO? Jika ada, buktikanlah dengan hujah dan bukti. Bukan dengan laporan polis, bukan dengan ugutan. Ini bukan satu perlakuan jenayah hingga pihak batu api itu perlu melibatkan pihak polis yang sepatutnya menumpukan masa dan tenaga menjaga keselamatan rakyat daripada penjenayah dan jenayah. Berhubung isu yang sama, portal berita Malaysiakini dalam satu wawancara melalui e-mel dengan Tunku Zain Al'Abidin Tuanku Mukhriz baru-baru ini telah melaporkan bahawa putera diraja Negeri Sembilan itu menyatakan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan. Menurut Tunku Zain Al'Abidin, membincangkan titah diraja adalah selaras dengan kebebasan bersuara asalkan ia tidak bersifat benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan. Fitnah, bohong dan baling batu sembunyi tangan Adakah kita masih ingat bagaimana titah Sultan Johor apabila ditanya oleh media berkenaan dengan kes kononya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghina Johor? Apa titah Baginda? Dalam titah Sultan Johor kepada media, Baginda memang tersinggung dengan apa yang dikatakan sebagai kenyataan Guan Eng terhadap situasi di Johor Bahru tetapi turut menambah: "Biarlah ahli politik yang berpolitik, jangan heret Sultan sekali, tidak perlu ada orang bercakap sebagai wakil kerana saya boleh buat sendiri". Bagi yang memahami makna bahasa diplomasi, ungkapan "jangan heret Sultan" menunjukkan Baginda yang bijaksana tahu ada usaha segelintir pihak tertentu yang mahu mengheret institusi Raja ke dalam kancah politik. Inilah kerja si batu api. Mujurlah institusi Raja telah melaksanakan peranannya dengan bijaksana hingga membuatkan para batu api ini gigit jari. Kembali menghayati titah Sultan Selangor yang menimbulkan isu dengan Dr Aziz, apa yang jelas ialah Baginda mahu agama Islam terus dipelihara dan nasib ummah mesti dibela. Dalam hal ini, agensi agama Islam seperti Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor perlu melaksanakan tanggungjawab dengan betul dan berkesan. Hanya dengan mutu kerja yang baik sahaja maka kegelisahan rakyat dan kebimbangan Sultan akan terubat. Apa yang telah diutarakan oleh Dr Aziz sebenarnya juga jelas, iaitu dalam undang-undang, tiada siapa pun boleh mengatasinya. Sebaliknya, dengan menghormati undang-undanglah maka hubungan antara masyarakat dan agama, institusi Raja dan rakyat akan menjadi lebih syumul. Bagi golongan batu api pula, mereka sepatutnya beristigfar dan berhenti daripada melakukan perbuatan terkutuk yang hanya akan mengelirukan masyarakat. Jika hendak berpolitik, kemukakan gagasan dan manifesto. Jika hendak bersemuka dengan Dr Aziz, bersedia dengan hujah ilmiah. Jangan cepat-cepat lari ke balai polis, atau minta pihak berkuasa tangkap orang yang kita tak setuju hujahnya. Tidak perlu mengadu domba atas nama agama mahu pun bangsa. Jangan baling batu sembunyi tangan. Dalam masyarakat Melayu dan budaya Timur, itu bacul namanya. – Roketkini.com |
Wajib baca: Sedap betoi alasan dia nih... Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT Kenapa saya tidak hadir HIMPUN Berikut apa yang dinyatakan dalam HIMPUN : OBJEKTIF:
1) Isu kristianisasi telah lama membarah namun jelas tidak diendahkan meskipun didedahkan 100,000 melayu murtad oleh mufti. Ketika UMNOBN tidak lagi dipercayai oleh melayu, dikhianati oleh bukan melayu... isu agama adalah tabu yg tidak boleh ditolak oleh org melayu utk bergabung di bawah ikatan `yg berkecuali' tetapi direstui oleh pemerintah umnobn. bukankah umnobn yg bakal meraih laba popularitinya? 2) Kenapa tiba-tiba kerajaan begitu prihatin tentang agama rasminya dgn memberi laluan berdemonstrasi (yg dianggap pelakuan primitif) dan menyentuh isu sensitif agama (yg dianggap mencabul dogma 1 Malaysia? adakah kerana setelah letih mencemuh hukum agama (hudud) dan menolak pelaksanaannya serta lesu memperolokkan sunnah Rasulullah? 3) Objektif utk membetulkan salah lapor media... bukankah kerajaan menolak tindakan berdemonstrasi dan menggunakan saluran perbincangan? dlm kes perhimpunan ini mendapat lesen khas. Modus operandi biasa bagi aktiviti sayap umnobn mendapat lesen bagi menjalankan aktiviti provokatif. siapa media yg salah lapor... bukankah hampir semua di bawah kawalan umnobn? 4) Idea `Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam' melahirkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS, Semangat Melayu, perpaduan islam... idea yg hanya lahir ketika umnobn sedang tercekek. ramai yg termakan umpan yg memang sukar ditolak... kenapa libatkan umnobn? bukankah isu 3 ogos 2011 adalah isu yg digunakan utk menggugat kerajaan PR Selangor? kenapa isu pemecatan mufti selangor, pertandingan ratu cantik, bantahan arak di The Ship oleh ahli kariah Damansara dan banyak lagi isu kristianisasi di seluruh Malaysia didiamkan shj. 5) Umpan kesatuan agama, menyelamatkan aqidah, ketaatan kepada raja yg memayungi bangsa melayu, menyelamatkan ummah dari kristianisasi... atau apa sahaja yg boleh menyelamatkan pengkhianat sebenar di singgahsana. kalau wang berbillion tidak cukup menyelerakan pengundi... agama rela dijadikan hidangan sementara... asal tetap di tampuk kuasa. Sy sayangkan agama Islam tanpa bermusim, peka dengan nasib ummah tanpa sempadan, taat menjunjung raja mendaulatkan kebenaran, berjuang memantapkan aqidah tanpa dirangsang... sejak bila perjuangan politik dipisahkan dalam pembelaan agama? sy jijik mereka yg berpura membela agama tapi tiada kudrat membela hukum Ilahi, berdrama menyayangi umat tapi bersekongkong menghulur dana mendera bangsa Palestin, hipokrit memerangi kristanisasi tapi membuka pelbagai pintu kemurtadan, konon menjunjung Al-Quran tapi mencerca, menyiksa dan biadab terhadap ulama yg mengajar agama, mengaku menjunjung raja tapi haloba merampas hak dan kedaulatannya. Kepada sesiapa yg nak hadir... dipersilakan. sy pasti anda tidak akan ditangkap, tiada sekatan jalanraya, tiada fru yg menghambat, water canon atau liputan buruk media massa. mahasiswa, kakitangan kerajaan, pekerja swasta... tiada ugutan dan sekatan bagi anda. tidakkah aneh perjuangan yg mendapat restu dari pemerintah yg terkenal zalim? Selamat berhimpun tetapi jangan lupa undi untuk singkirkan punca segala kecelaruan di negara kita yang tercinta ini." |
Posted: 22 Oct 2011 03:30 PM PDT Doa Pelembut Hati Anak Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.. Dunia semakin menggila, hati rasa takut dgn pelbagai perkara yg tdk masuk di akal.. Benak semakin membeku bila akal mati, manusia mula di kuasai syaitan & iblis laknatullah.. Allah Hu Akbar, benar bagai kata mendidik anak bukan satu perkara yg mudah.. Jika anak yg terhasil 10 org sekalipun belum tentu kesemunya menjadi.. Itu kalau kena pada cara didikan ibu bapa Insyallah anak akan jadi sebaik2 umat, jika sebaliknya umat bakal bertambah pasti rosak & binasa.. Mohonlah pada Tuhan wahai ibu & bapa agar anak2 kita terpeliharan dari kebesaran Tuhan & jauhi diri dari melakukan kejahatan.. Semoga lampiran doa yg Suri petik dari majalah ilmiah ini manfaat buat semua.. Bacalah surah Al-Hasyr ayat 21 yg bermaksud: "Kalau sekiranya Kami menurunkan AL-Quran ini kpd sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kpd Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat utk manusia supaya mereka berfikir." Kemudian diikuti dgn bacaan surah Thaaha, ayat 1-6 yg bermaksud: "Thahaa. Kami menurunkan Al-Quran ini kpdmu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi org yg takut kpd Allah. Iaitu diturunkan dari Allah yg menciptakan bumi dan langit yg tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaannyalah semua yg ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yg berada di bawh tanah." Selepas itu bacalah juga surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Kafirun, An- Nas & akhir sekali, ditutup dgn doa.. "Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anakku, hatiku sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud." P/s: Sebaik2nya lakukan sewaktu anak anda tidur.. Insyallah sgl pesanan & doa akan di degarinya nanti.. Insyallah..." |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan