Isnin, 10 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Panas!! Bob Lokman ditahan JAIS

Posted: 10 Oct 2011 10:00 AM PDT

Terkini! Bob Lokman Ditahan JAIS, Diseret Ke Balai Polis Di Hulu Langat

Ustaz Riduan Mohd NorBob LoKman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,,berlaku perang mulut yg dasyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu....sakitnya tanahairku

Video seks terbaru Anwar pulak dahhh...

Posted: 10 Oct 2011 08:30 AM PDT

Video Seks "Paman Anwar di Patpong Bangkok" Tersebar di Blog Pro UMNO.

KUALA LUMPUR, 10 Okt. – Satu lagi rakaman klip video hitam putih yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet sejak pagi tadi oleh beberapa blogg blogg UMNO.

Klip video yang bertajuk "Paman Anwar Di Patpong Bangkok " dengan durasi 2 minit 25 saat itu menampilkan seorang lelaki dalam keadaan memakai jubah mandi yang berlegar disekitar katil sambil bermain talifon bimbit.

Klip video tersebut dimuat naik pada pagi tadi di dalam laman 'Youtube' dengan id 123patpong dan kemudiannya disiarkan laman web blogger Papagomo, House PK kira-kira jam 10.00 pagi ini.

Antara petikan penulis blogg Papagomo " Video diatas ini merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Rakyat PAS,DAP dan PKR yang mana berlaku pada 13/01/2011. Waktu yang dicatatkan pula adalah pada jam 1.54 am dan jam 8.30 am.

Untuk makluman pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar Ibrahim berada di Bangkok dan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau Anwar Ibrahim tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm.

Pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk 'aktiviti-aktiviti' tertentu dan 'tugas-tugas rasmi' tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang"

Blogg House PK pula pada itubertanyakan 5 soalan buat Dato Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan lelaki dalam video terbaru ini:

1) sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?

2) siapa yang menyambut Anwar di Thailand?

3) di hotel mana Anwar menginap?

4) apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?

5) siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Sebelum ini pada bulan April negara telah dikejutkan dengan video Seks yang dikatakan dirakam di Malaysia yang melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim. Trio Dato T yang terdiri daripada Tan Seri Rahim Thamby Chik, Dato Eskay dan juga Dato Shuib Lazim yang merupakan dalang penyebaran video tersebut telah dijatuhi hukuman denda RM3000 ataupun penjara 3 bulan.

Dimaklumkan juga oleh beberapa blogg pro UMNO bahawa rakaman susulan video Seks yang dirakamkan di Bangkok ini akan dikeluarkan. Bila tarikh rakaman akan dikeluarkan tidak dinyatakan oleh blogg blogg Pro UMNO namun mereka mendesak agar Dato Seri Anwar Ibrahim menyaman Dato Eskay jika benar beliau Dato Seri Anwar Ibrahim bukan lelaki yang dimaksudkan dalam rakaman tersebut.

Setakat ini belum ada respons balas dari Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman yang tersebar dinternet.

Laporan lanjut menyusul - KLpos

Ini kegagalan utama PAS... DHPP masih tak faham Islam tu apa...

Posted: 10 Oct 2011 06:00 AM PDT

Hudud: Risiko hilang sokongan, ketua bukan Muslim ingatkan PAS

Oleh Yow Hong Chieh

Hu Pang Chaw (tiga dari kiri) di Dewan Himpunan Penyokong PAS Tahunan PAS Ke-56 di Kelantan tahun lalu. — Foto Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.

Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.

"Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku," kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider.

"Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri," katanya.

Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.

"PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam," katanya sebelum ini.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh "hasil pelaburan."

"Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini," katanya lagi.

PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu.

Katanya, PAS seharusnya menggugurkan "fobia" bukan Muslim dan menerima persekitaran blok undi baru berbanding berpegang kepada pemikiran lama hanya memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.

"Nasihat iklhas saya kepada pemimpin-pemimpin PAS ialah jika mereka benar-benar mahu mengambil alih Putrajaya, mereka harus menerima cara hidup ini," katanya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli dikatakan berjaya merapatkan jurang antara PAS dan bukan Islam dan mewujudkan imej baru parti itu di kalangan kaum Cina dan India.

Awal bulan ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Bulan lalu, Nik Aziz berkata hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

Nik Aziz juga menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Baru-baru ini Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Tambah Nik Aziz, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Najib pun nak tunjuk jugak... haha...

Posted: 10 Oct 2011 05:30 AM PDT


Disebabkan aku kesian kat Najib la ni, aku ambik inisiatif siarkan jugak gambar dia sedang berwudhuk... boring gak asyik asyik dok tengok gambar Nik Aziz berwudhuk jaaa... haha...

Sumber: EkEle

Hangpa pakat tengok ja, jangan kata apa... hihi...

Posted: 10 Oct 2011 03:30 AM PDT

Hangpa pakat pakat tengok dah laa... jangan dok kata apa...
Pasai bangsa depa tu maksum, buat lagu mana pun tak pa...
Yang tak boleh ni KITA, pasai kita ada agama...

(Sumber...)

Umno paham ka apa yang Hj Hadi kata nii...

Posted: 10 Oct 2011 02:30 AM PDT

Umno pengkhianat demokrasi


Umno bukan sahaja menjadi penghalang kepada pelaksanaan Islam malah mengkhianati amalan pemerintahan negara yang berteraskan demokrasi berparlimen. Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS menghadapi pelbagai mehnah sejak 1960-an dalam menyampai pegangan Islam sebagai cara hidup.

Katanya, seruan itu tidak diendah oleh masyarakat muslim terutama Umno sebagai parti memerintah yang berpegang kepada sekularisme kerana Umno tidak mudah menyerah kuasa dan menghalang hawa nafsu mereka.

"Mereka menganggap pemerintahan bukannya amanah yang mesti ditunaikan, mereka menganggap pemerintah adalah kesempatan untuk mencari kekayaan bagi diri, bagi kroni, bagi keluarga dan sebagainya, peluang untuk melakukan rasuah, hingga Umno telah mencalarkan wajah Islam kepada masyarakat yang bukan Islam.

"PAS telah melalui pengalaman pahit manis sebagai kerajaan negeri, pembangkang dan kerajaan campuran di peringkat Pusat ketika dalam usaha menjelmakan seruan perjuangan PAS. PAS menghadapi kekangan amalan federalisme yang diperlakukan begitu rupa. Ketika kita memerintah kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak dan sehingga hari ini Umno yang memimpin BN sanggup melanggar konsep federalisme.

"Sanggup mendaruratkan Kelantan, sanggup merompak royalti minyak di Terengganu, sanggup menafikan hak Kelantan, sanggup memulaukan ekonomi dan pentadbiran, sanggup mewujudkan pentadbiran Pusat di negeri, bahkan sanggup meminda perlembagaan bagi mengukuhkan kedudukannya," tempelak beliau.

Ketika memerintah di peringkat kerajaan negeri mahupun di peringkat kerajaan campuran persekutuan, PAS telah menggunakan kesempatan ini untuk melaksanakan agenda Islam seperti mengukuhkan pendidikan Islam, mengembangkan dakwah Islamiyah dan lain-lain.

Terang beliau, melalui kerajaan negeri, PAS telah berusaha untuk melaksanakan hukum-hukum pemerintahan Islam termasuklah menggubal undang-undang tubuh negeri Kelantan dan Terengganu, hinggalah penggubalan akta jenayah syariah yang dipolemikkan pada hari ini.

PAS juga katanya, cuba memperkenalkan undangundang jenayah syariah, antaranya undang-undang hudud, qisas dan takzir.

"Tetapi mereka (BN) sengaja memetik hudud sahaja sebagai undang-undang jenayah Islam dengan tujuan untuk menakutkan masyarakat bukan Islam dan membodohkan orang Islam. Padahal undang-undang Allah adalah untuk mendidik masyarakat, menjatuhkan hukuman tidak mudah kerana syarat-syarat yang ketat.

"Menjatuhkan hukuman mestilah dengan kehakiman, hakim mestilah dengan sifatsifatnya, saksi dengan sifatsifatnya, penjenayah yang memenuhi syarat keruntuhan moral tanpa terpaksa. Hakim yang membicarakan kes jenayah bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman hudud, tetapi mencari jalan bagaimana untuk membebaskan orang yang dituduh. Inilah falsafah perundangan Islam. Bahkan Islam memperkenalkan syariah kepada bukan Islam dengan tidak memaksa mereka," ujar beliau.

Ustaz Abdul Hadi turut menghuraikan pilihan yang diberikan Rasulullah kepada masyarakat bukan Islam di Madinah dalam pelaksanaan hukuman jenayah.

PAS juga katanya, telah berjaya meruntuhkan tembok yang memisahkan masyarakat bukan Islam dengan PAS melalui lonjakan paradigma.

Ujar beliau, masyarakat bukan Islam yang mahu bersama PAS telah berada dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ada pula melalui persefahaman tahaluf siyasi.

Pun begitu kesalnya, masih kedengaran pertikaian dalam hubungan dengan bukan Islam sepertimana kerjasama dengan Bersih 2.0 yang diketuai Dato' Ambiga Sreevenasan.

Menurutnya, muktakhir ini PAS telah berjaya bersama Pakatan Rakyat mewujudkan satu gagasan parti yang berjuang di atas prinsip umum dan prinsip kemanusiaan yang sama.

Pakatan Rakyat jelasnya, telah menerima secara sepakat prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mengakui Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, hak-hak Bumiputera dan kedudukan Raja-raja Melayu mengikut perlembagaan.

"Ini dipersetujui PAS, KeADILan dan DAP," bangganya.

Lena betoi la dia nih... memang pembangkang kerja depa bangkang... kahkahkah...

Posted: 10 Oct 2011 01:30 AM PDT


Piem kalau kerja dalam tidoq, bukan saja pembangkang yang bangkang... bangsa Umno sendiri pun akan sama-sama bangkang... haha...

Pak Lah: Pembangkang hanya bangkang saja

Pembangkang tidak patut mengkritik Belanjawan 2012 hanya kerana terdesak untuk membuat kenyataan sebaliknya mereka harus bekerjasama dalam melaksanakannya demi kebajikan rakyat dan pembangunan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merupakan belanjawan yang baik serta memberi faedah kepada rakyat keseluruhannya.

"Mereka (pembangkang) hanya membangkang saja. Mereka juga melakukannya (mengkritik) ketika saya menjadi Perdana Menteri.

"Ini adalah belanjawan yang baik dan saya harap mereka (kerajaan) akan melaksanakannya segera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan kepada kumpulan Artis Pencipta Alam (APA) anjuran Yayasan Pulau Banding di Putrajaya semalam.

Majlis itu sebagai menghargai 11 artis yang mengikuti lawatan ke Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Grik, Perak.

Lawatan pada Julai lalu itu bertujuan meningkatkan pengetahuan para selebriti mengenai fungsi serta keupayaan hutan terhadap penjagaan iklim serta pengawalan pemanasan iklim sedunia. -- Bernama

Takkan la Rosmah kena tipu lagi kot... haha...

Posted: 10 Oct 2011 12:30 AM PDT

Najib KENA TIPU lagi?

Perdana Menteri Najib Razak kelihatan gembira dengan sambutan rakyat ketika melawat Ijok dan Gombak semalam. Diberitakan begitu ramai sekali rakyat yang turun menyambut beliau.

Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambutdengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya".

Memulakan lawatannya di Ijok pagi semalam, Najib Razak turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'.

Berucap kepada penyokong BN dan rakyat di Gombak - destinasi terakhir lawatannya semalam- Najib berkata Ijok dipilih sebagai permulaan lawatannya kerana ia kini diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ternyata sekali lagi Najib ditipu oleh pengampu beliau di Selangor di ketuai oleh Noh Omar, Satim Diman dan lain-lain. Orang ramai yang hadir tersebut seperti biasa diupah dan diangkut ke tempat program, Majoritinya hadir hanya kerana adanya umpan, Ada juga yang dipaksa oleh majikan dan pihak atasan. Ini semua sudah menjadi skrip dan skema lawatan Najib ke seluruh negara. Jika tiada umpan dan paksaan sudah tentu tidak ramai yang secara suka rela datang menyambut pemimpin seperti Najib yang sudah lama dikenali rakyat.

Walaupun Najib berkali-kali berkata jangan syok sendiri dan jangan cuba menipu beliau tetapi hakikatnya setiap kali lawatannya bertemu rakyat walau di mana jua, beliau sering ditipu oleh pengampu-pengampunya.

Hakikatnya rakyat di negeri Selangor sebenarnya amat senang dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Jika BN menang di Selangor sudah tentu kemenangan itu didorong oleh faktor lain yang bersalahan dengan undang-undang.- MUTALIGAT

Zaharain ngan Zul Noordin masuk MCA?

Posted: 09 Oct 2011 11:00 PM PDT


Tengok ja la ketua MCA taste camana....
Kahkahkah...

Umno plak bila nak ikut... buat uniform baru kat Puteri Umno...
Kahkahkah...

MP bebas yang mesra MCA tunggu apa lagi...
Kahkahkah...

Najib pun nak tunjuk jugak... kahkahkah...

Posted: 09 Oct 2011 09:00 PM PDT

Disebabkan aku kesian kat Najib la ni, aku ambik inisiatif siarkan jugak gambar dia sedang berwudhuk... boring gak asyik asyik dok tengok gambar Nik Aziz berwudhuk jaaa... haha...

Sumber: EkEle

Kata bawah jagaan Polis, tapi masih takut lagi... haha...

Posted: 09 Oct 2011 08:00 PM PDT

Kickdefella mohon pindah kes ke Kuala Lumpur

M Faqih
KOTA BHARU, 9 Okt: Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, 41 memohon Mahkamah Tinggi di sini memindahkan perbicaraan kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam afidavitnya hari ini beliau mendakwa aspek keselamatan diambil kira dalam permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Disebut juga dalam afidavitnya kini beliau berada di bawah jagaan pihak polis.

Dalam permohonan yang sama beliau menyebut alasan sumber kewangan terhad, dan perbelanjaan dikeluarkannya bagi mengendali kes tersebut dianggap lebih memudaratnya.

Syed Azidi yang lebih dikenali dengan gelaran Kickdefella diwakili peguam dari Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

Bagaimanapun permohonan itu dibantah peguam plaintif, Hisham Fauzi di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Nariman Badruddin pada pengurusan kes itu hari ini.

Pada 19 September Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 juta ekoran penyiaran artikel yang ditulis defendan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Rencana tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat' diterbit pada 27 Januari 2011, kedua, 'Sebelum kita lupa Normala Sudirman' (3 Februari 2011) dan artikel 'Husam itu pembohong' (3 Julai 2011).

Pada writ saman juga Husam menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat, memadam rencana terbabit dalam laman blog defendan dan mengiklankan permohonan maaf dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau serta ganti rugi punitif.

Satu injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya atau sesiapa sahaja daripada berkomunikasi, memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif turut dikemukakan.

Hisham berkata, pendengaran tuntutan plaintif akan diadakan pada 1 November hadapan.

Apa sangat la yang Najib tau... haha...

Posted: 09 Oct 2011 07:00 PM PDT


Tiga asas utama Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilakukan langsung oleh kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah.

1) Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti dan beriman berserta rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidak langsung menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

2) Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

3) Negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua.

Aiiyaa... manyak susah loo mau hidup sama UMNO... kahkahkah...

Posted: 09 Oct 2011 06:00 PM PDT


GSC henti tayang filem Namewee Nasi Lemak 2.0

Poster mempromosikan filem Nasi Lemak 2.0

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Golden Screen Cinemas (GSC), rangkaian pawagam terbesar negara ini telah memutuskan untuk menghentikan tayangan Nasi Lemak 2.0 arahan pembikin filem dan artis kontroversi Namewee.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri kontroversi sejak kebelakangan, tetapi GSC dipetik akhbar tempatan berkata keputusan itu diambil ekoran keputusan Astro menyiarkan menerusi saluran Astro First.

Laporan New Sunday Times hari ini berkata, filem yang telah mencatatkan kutipan lebih RM4 juta setakat ini dihentikan penayangan sejak Jumaat lalu.

Menurut laporan itu, GSC juga menyiarkan permohonan maaf menerusi laman sosial Facebook memaklumkan bahawa mereka yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan balik duit masing-masing.

"Bukan amalan GSC untuk menyiarkan mana-mana filem yang disiarkan serentak di mana-mana saluran filem berbayar yang lain," kata mesej Facebook itu.

Seorang jurucakap dipetik akhbar itu berkata pihaknya menayangkan filem itu sejak lima minggu lalu.

Dalam satu kenyataan akhbar tiga minggu lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bimbang Nasi Lemak 2.0 mungkin diharamkan ekoran demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini.

Katanya, dia kesal dengan protes tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan.

"Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraan dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan. Saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri serta usaha kerja saya," katanya.

Filem tersebut dilaporkan dikecam pihak-pihaknya yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda.

Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh membuat aduan.

Menjawab soalan mengapa tidak mahu meneruskan tayangan meskipun mendapat sokongan besar, GSC berkata, pihaknya mahu mempertahankan hakikat bahawa institusi pawagam masih merupakan tempat terbaik bagi mana-mana tayangan filem.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Nasi Lemak 2.0 Fred Chong pula memberitahu beliau menerima keputusan GSC dan menghargai sokongan institusi pawagam.

"Kami gembira kerana menerima sokongan mereka lebih empat minggu meskipun kami tidak mendapat sokongan tayangan wajib daripada Finas," katanya lagi.

Sehubungan itu, Chong berkata dia berharap mereka yang kehilangan peluang menonton di pawagam boleh mengikutinya menerusi saluran Astro First.

GSC menjelaskan, Nasi Lemak 2.0 bukan merupakan filem pertama pihaknya menghentikan tayangan.

Filem Bini Biniku Gangster, yang menjana RM7 juta dalam empat hari pertama tayangan juga telah dihentikan selepas tiga minggu apabila Astro menawarkan tayangan.

Filem Nasi Lemak 2.0 tidak memperoleh status Wajib Tayang daripada Finas, yang mewajibkan operator pawagam menayangkan selama dua minggu.

Pelakon Nasi Lemak 2.0 termasuklah Adibah Noor, Datuk David Arumugam dari Alleycats, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin, Felixia Yap dan Namewee.

Ekoran satu artikel Utusan Malaysia memperlekehkan filemnya, Namewee mengecam akhbar milik Umno itu melalui video klip selama 2 minit 43 saat.

Artikel tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1 Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 sedangkan didakwa telah beberapa kali mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.

Awal bulan ini, Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Namewee itu, didakwa lucah terhadap syarikat berkenaan dan wartawannya Fauziah Arof.

Kumpulan itu mendakwa Namewee menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel "Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee..." yang disiarkan bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri menyifatkan Namewee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia dan seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.- TMI

Boleh berjumpak la mengkalu dok berdoa kerap2... haha...

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT


'Gagal laksana bajet ibarat bunuh diri di segi politik'

S Pathmawathy
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam.

"Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam.

"Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab kritikan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai dana untuk menunaikan janji-janji dalam bajet 2012.

"Bajet kita adalah telus. Jadi, apa yang kami lakukan pun dalam lingkungan kemampuan kita, dan dalam kemampuan itu, kita telah berkata yang kita mampu melakukan," katanya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa belanjawan negara yang dibentangkan semalam tidak realistik, Bernama melaporkan Najib berkata Belanjawan Negara dibuat berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan
Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut dibentangkan dari segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan kerajaan, katanya.

"Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya, kata beliau.

Kalau dikatakan tidak realistik maknanya "kita tidak mungkin memenuhi janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu akan menjawab segalanya," kata perdana menteri.

Mengenai reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kurang berita gembira untuk pekerja swasta berbanding kerajaan dalam belanjawan kali ini, beliau berkata faedah untuk kakitangan swasta bergantung kepada rundingan mereka dengan majikan masing-masing.

"Kita tak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap melalui rundingan terutama sekali bila kita telah wujudkan mekanisme untuk menentukan gaji minimum mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan," katanya.

Najib juga berkata tiada kenaikan cukai rokok pada Belanjawan 2012 kerana kadar penggunaan rokok haram kini terlalu tinggi, iaitu 40 peratus dan jika harga rokok meningkat peratusan mereka yang menghisap rokok haram ini akan meningkat.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh menimbang untuk menaikkan cukai atau harga rokok pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan.

Mengenai perkembangan jentera BN Selangor selepas konvensyennya dua minggu lepas, Najib berkata jentera BN semakin bersemangat dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin bertampah rapi tetapi mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Sebelum itu semasa berucap di majlis mesra rakyat, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan membina satu jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang sejauh 3.2 km dengan kos RM4.2 juta.

Beliau berkata jalan ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 penduduk sekitar apabila masa perjalanan dapat disingkatkan kepada lima minit berbanding dengan 30 minit jika mengikut jalan lama sejauh 20 km.

Najib juga berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang mengendalikan Lebuhraya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuala Selangor supaya dapat menyediakan satu jalan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang.

Beliau dimaklumkan pada masa ini hanya terdapat jalan masuk dari Kundang ke lebuh raya itu dan beliau berharap syarikat yang mengendalikan lebuh raya tersebut akan bersetuju dengan pembinaan jalan keluar ke Kundang dari Lebuhraya Latar.

Addehh... tersentuh betoi kisah nih...

Posted: 09 Oct 2011 03:30 PM PDT

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, "ada bayi, ada bayi disini!!" Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip "SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU.." Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

"SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU.."Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua Balaba

Dipetik dari FB Dr Abdul Razak

Tiada ulasan: