shalehudin |
- Umno paham ka apa yang Hj Hadi kata nii...
- Najib buang geram di Wilayah Persekutuan...
- Lena betoi la dia ni... memang pembangkang kerja dia bangkang... kahkahkah...
- Takkan la Rosmah kena tipu lagi kot... haha...
- Apa sangat la yang Najib tauu... haha...
- Awas!! Pengganas nak serang Melaka malam ni...
- Zaharain ngan Zul Noordin nak masuk MCA?
- Addehh... tersentuh betoi kisah nih...
- 3 bersahabat rai kerja baru maut
- Haha... susah loo, mau hidup sama UMNO...
- Ini kegagalan utama PAS... DHPP masih tak faham apa itu Islam...
- Nak buat camana, dah Polis tak berminat...
- Awas warga Johor, nantikan kedatangan pembela No:1 anda...
- Jangan beli woii... ada BABI...
- Tak baik woiii hampa kata kat Rosmah camni... hihi...
- Bila Najib nak bunuh diri... haha...
- Indahnya ISLAM...
Umno paham ka apa yang Hj Hadi kata nii... Posted: 09 Oct 2011 09:30 AM PDT Umno pengkhianat demokrasi by paktam Umno bukan sahaja menjadi penghalang kepada pelaksanaan Islam malah mengkhianati amalan pemerintahan negara yang berteraskan demokrasi berparlimen. Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS menghadapi pelbagai mehnah sejak 1960-an dalam menyampai pegangan Islam sebagai cara hidup. Katanya, seruan itu tidak diendah oleh masyarakat muslim terutama Umno sebagai parti memerintah yang berpegang kepada sekularisme kerana Umno tidak mudah menyerah kuasa dan menghalang hawa nafsu mereka. "Mereka menganggap pemerintahan bukannya amanah yang mesti ditunaikan, mereka menganggap pemerintah adalah kesempatan untuk mencari kekayaan bagi diri, bagi kroni, bagi keluarga dan sebagainya, peluang untuk melakukan rasuah, hingga Umno telah mencalarkan wajah Islam kepada masyarakat yang bukan Islam. "PAS telah melalui pengalaman pahit manis sebagai kerajaan negeri, pembangkang dan kerajaan campuran di peringkat Pusat ketika dalam usaha menjelmakan seruan perjuangan PAS. PAS menghadapi kekangan amalan federalisme yang diperlakukan begitu rupa. Ketika kita memerintah kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak dan sehingga hari ini Umno yang memimpin BN sanggup melanggar konsep federalisme. "Sanggup mendaruratkan Kelantan, sanggup merompak royalti minyak di Terengganu, sanggup menafikan hak Kelantan, sanggup memulaukan ekonomi dan pentadbiran, sanggup mewujudkan pentadbiran Pusat di negeri, bahkan sanggup meminda perlembagaan bagi mengukuhkan kedudukannya," tempelak beliau. Ketika memerintah di peringkat kerajaan negeri mahupun di peringkat kerajaan campuran persekutuan, PAS telah menggunakan kesempatan ini untuk melaksanakan agenda Islam seperti mengukuhkan pendidikan Islam, mengembangkan dakwah Islamiyah dan lain-lain. Terang beliau, melalui kerajaan negeri, PAS telah berusaha untuk melaksanakan hukum-hukum pemerintahan Islam termasuklah menggubal undang-undang tubuh negeri Kelantan dan Terengganu, hinggalah penggubalan akta jenayah syariah yang dipolemikkan pada hari ini. PAS juga katanya, cuba memperkenalkan undangundang jenayah syariah, antaranya undang-undang hudud, qisas dan takzir. "Tetapi mereka (BN) sengaja memetik hudud sahaja sebagai undang-undang jenayah Islam dengan tujuan untuk menakutkan masyarakat bukan Islam dan membodohkan orang Islam. Padahal undang-undang Allah adalah untuk mendidik masyarakat, menjatuhkan hukuman tidak mudah kerana syarat-syarat yang ketat. "Menjatuhkan hukuman mestilah dengan kehakiman, hakim mestilah dengan sifatsifatnya, saksi dengan sifatsifatnya, penjenayah yang memenuhi syarat keruntuhan moral tanpa terpaksa. Hakim yang membicarakan kes jenayah bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman hudud, tetapi mencari jalan bagaimana untuk membebaskan orang yang dituduh. Inilah falsafah perundangan Islam. Bahkan Islam memperkenalkan syariah kepada bukan Islam dengan tidak memaksa mereka," ujar beliau. Ustaz Abdul Hadi turut menghuraikan pilihan yang diberikan Rasulullah kepada masyarakat bukan Islam di Madinah dalam pelaksanaan hukuman jenayah. PAS juga katanya, telah berjaya meruntuhkan tembok yang memisahkan masyarakat bukan Islam dengan PAS melalui lonjakan paradigma. Ujar beliau, masyarakat bukan Islam yang mahu bersama PAS telah berada dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ada pula melalui persefahaman tahaluf siyasi. Pun begitu kesalnya, masih kedengaran pertikaian dalam hubungan dengan bukan Islam sepertimana kerjasama dengan Bersih 2.0 yang diketuai Dato' Ambiga Sreevenasan. Menurutnya, muktakhir ini PAS telah berjaya bersama Pakatan Rakyat mewujudkan satu gagasan parti yang berjuang di atas prinsip umum dan prinsip kemanusiaan yang sama. Pakatan Rakyat jelasnya, telah menerima secara sepakat prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mengakui Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, hak-hak Bumiputera dan kedudukan Raja-raja Melayu mengikut perlembagaan. "Ini dipersetujui PAS, KeADILan dan DAP," bangganya. |
Najib buang geram di Wilayah Persekutuan... Posted: 09 Oct 2011 08:30 AM PDT Najib: BN jangan hanya jadi parti luar Bandar KUALA LUMPUR, 9 Okt ─ Dalam mesej mahu menawan semula kerusi-kerusi tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadi parti diterima setiap lapisan masyarakat, bukan hanya disokong pengundi luar bandar. "Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN. "Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur," kata Perdana Menteri (gambar) pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Pada pilihan raya umum 2008 BN hanya menang di satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang memperuntukan 11 kerusi. Malah ia juga kalah banyak kerusi Parlimen di kawasan bandar di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN menegaskan "musim telah tiba, gendang pilihan raya sudah dipalu dan kita semua dapat merasainya." "Dengan ini bererti bahawa kesediaan kita bertambah lebih mantap kerana kita ibarat nak turun di medan perang, maka kita tentu nak menang bukan nak kalah. "Untuk menang kita perlu buat persiapan untuk tentukan tahap kesediaan kita, tahap siap sedia kita. Kita mesti buat persiapan menyeluruh dari segi anggota dan yang paling penting kita jangan cipta masalah... jangan buat masalah," kata Najib. Tegas Najib, meskipun BN mempunyai kekuatan luar biasa berbanding Pakatan Rakyat, namun masalah yang ditimbulkan dalam kepimpinan parti boleh menyebabkan parti pemerintah itu tewas. Jelas beliau, semua anggota dalam BN perlu ketepikan masalah dalaman parti dan memberikan tumpuan untuk membantu memenangi pilihan raya umum ke-13. "Ini adalah asas, kekuatan adalah anggota-anggota kita... cuba bayangkan dalam setiap Parlimen di kalangan penyokong kita di setiap peti-peti undi anggota BN, berapa ramai merupakan penyokong kita? "Kita ada kekuatan luar biasa tapi kalau kita terus ada masalah dalaman, misalnya kalau kita nak letak calon pasti menang, ini formula terbaik, sebab kalau nak menang kita mesti letak kriteria calon yang boleh menang tapi kalau kita dah tentukan, janganlah ada pula orang yang tidak setuju dan ia nanti akan beri kesan kepada kita," katanya. Justeru Najib menasihatkan supaya semua masalah dan perbalahan dalam parti diketepikan demi masa depan BN dan juga negara. "Ramai yang kata kita boleh menang, ramai orang cakap atas kertas kita boleh menang, tapi itu atas kertas... kalau nak menang buat cara nak menang, jangan berbalah sesama sendiri, jangan ada puak-puak, jangan sabotaj parti sendiri dan jangan tarik tali antara parti komponen BN," katanya. |
Lena betoi la dia ni... memang pembangkang kerja dia bangkang... kahkahkah... Posted: 09 Oct 2011 07:30 AM PDT Piem kalau kerja dalam tidoq, bukan saja pembangkang yang bangkang... bangsa Umno sendiri pun akan sama-sama bangkang... haha... Pembangkang tidak patut mengkritik Belanjawan 2012 hanya kerana terdesak untuk membuat kenyataan sebaliknya mereka harus bekerjasama dalam melaksanakannya demi kebajikan rakyat dan pembangunan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merupakan belanjawan yang baik serta memberi faedah kepada rakyat keseluruhannya. "Mereka (pembangkang) hanya membangkang saja. Mereka juga melakukannya (mengkritik) ketika saya menjadi Perdana Menteri. "Ini adalah belanjawan yang baik dan saya harap mereka (kerajaan) akan melaksanakannya segera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan kepada kumpulan Artis Pencipta Alam (APA) anjuran Yayasan Pulau Banding di Putrajaya semalam. Majlis itu sebagai menghargai 11 artis yang mengikuti lawatan ke Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Grik, Perak. Lawatan pada Julai lalu itu bertujuan meningkatkan pengetahuan para selebriti mengenai fungsi serta keupayaan hutan terhadap penjagaan iklim serta pengawalan pemanasan iklim sedunia. -- Bernama |
Takkan la Rosmah kena tipu lagi kot... haha... Posted: 09 Oct 2011 06:30 AM PDT Najib KENA TIPU lagi? Perdana Menteri Najib Razak kelihatan gembira dengan sambutan rakyat ketika melawat Ijok dan Gombak semalam. Diberitakan begitu ramai sekali rakyat yang turun menyambut beliau. Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambutdengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya". Memulakan lawatannya di Ijok pagi semalam, Najib Razak turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'. Berucap kepada penyokong BN dan rakyat di Gombak - destinasi terakhir lawatannya semalam- Najib berkata Ijok dipilih sebagai permulaan lawatannya kerana ia kini diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ternyata sekali lagi Najib ditipu oleh pengampu beliau di Selangor di ketuai oleh Noh Omar, Satim Diman dan lain-lain. Orang ramai yang hadir tersebut seperti biasa diupah dan diangkut ke tempat program, Majoritinya hadir hanya kerana adanya umpan, Ada juga yang dipaksa oleh majikan dan pihak atasan. Ini semua sudah menjadi skrip dan skema lawatan Najib ke seluruh negara. Jika tiada umpan dan paksaan sudah tentu tidak ramai yang secara suka rela datang menyambut pemimpin seperti Najib yang sudah lama dikenali rakyat. Walaupun Najib berkali-kali berkata jangan syok sendiri dan jangan cuba menipu beliau tetapi hakikatnya setiap kali lawatannya bertemu rakyat walau di mana jua, beliau sering ditipu oleh pengampu-pengampunya. Hakikatnya rakyat di negeri Selangor sebenarnya amat senang dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Jika BN menang di Selangor sudah tentu kemenangan itu didorong oleh faktor lain yang bersalahan dengan undang-undang.- MUTALIGAT |
Apa sangat la yang Najib tauu... haha... Posted: 09 Oct 2011 05:30 AM PDT Tiga asas utama Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilakukan langsung oleh kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah. 1) Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti dan beriman berserta rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidak langsung menggambarkan pemimpin yang berintegriti. 2) Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. 3) Negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. |
Awas!! Pengganas nak serang Melaka malam ni... Posted: 09 Oct 2011 04:54 AM PDT 'PENGGANAS SERANG CERAMAH PAS DI MELAKA MALAM INI? Saya mendapat maklumat kemungkinan pasukan 'pengganas' akan menyerang ceramah PAS di Kg Bukit Pulau, Bukit Baru malam ini. Menurut maklumat itu ianya didalangi oleh kumpulan yang sama seperti di Rembau, Negeri Sembilan dan juga sebuah parti yang tidak tahu malu. Adalah diharapkan pihak terbabit tidak meneruskan hajat mereka (jika benar) kerana PAS bukannya hendak bergaduh dan membuat kacau. Kita berpolitik secara matang dan professional. PAS dari dahulu tetap bersabar walaupun banyak kali ceramah PAS di Kawasan Bukit Katil diganggu malah gangguan itu kadang-kadang dilakukan sendiri oleh Ketua Menteri Mohd Ali Rustam. Bagi PAS tidak ada gunanya melayan kerenah budak-budak kecil seperti ini kerana kita sudah matang. Kita berlawan hujah dengan hujah bukan hujah dengan membuat kacau, memekik-mekik dan memaki hamun. Hampir setiap kali ceramah PAS di Kawasan Bukit Katil diganggu oleh anasir-anasir dan spesis budak-budak ini. Tetapi kita tetap sabar tidak melayan orang 'putus wayar' macam ini kerana kalau dilayan kita juga akan 'putus wayar' macam mereka. Saya menjemput kepimpinan Umno Melaka supaya duduk sepentas dengan penceramah PAS malam ini untuk kita berhujah di depan rakyat walaupun penceramah PAS malam ini hanya bertaraf Exco Dewan Pemuda PAS Pusat tetapi kita yakin beliau mampu untuk berhujah dengan Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno. Tidak perlulah Umno mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS, alangkah elok kalau kita berceramah di atas pentas yang sama di mana rakyat akan dapat menilai hujah kita masing-masing. Kita mungkin tidak perlu berdebat kerana sememangnya Ketua Menteri Melaka takut untuk berdebat walaupun dicabar beberapa kali oleh pimpinan PAS sebelum ini. Nota : Gambar di atas hanyalah hiasan Kepada pihak berkuasa iaitu Polis saya mengharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan adil, telus dan saksama tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Saya pohon supaya pengacau dan penganggu ceramah kami malam ini disurai dan diarahkan supaya pulang dan tidak membuat kacau dan onar pada majlis kami.- MUTALIGAT |
Zaharain ngan Zul Noordin nak masuk MCA? Posted: 09 Oct 2011 02:30 AM PDT |
Addehh... tersentuh betoi kisah nih... Posted: 09 Oct 2011 02:00 AM PDT Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa.. Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya. Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut. Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, "ada bayi, ada bayi disini!!" Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan. Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip "SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU.." Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh. "SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU.."Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!! Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2... By: Dominique Padua Balaba Dipetik dari FB Dr Abdul Razak |
3 bersahabat rai kerja baru maut Posted: 09 Oct 2011 12:00 AM PDT ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Batu 16 1/2 Sungai Tiram, Ulu Tiram, pagi semalam.Kereta gagal memotong rempuh lori ULU TIRAM: Kegembiraan tiga sahabat yang baru sehari bekerja di tempat baru berakhir tragedi apabila kereta dinaiki bertembung sebuah lori pasir menyebabkan mereka terbunuh dalam kemalangan di Jalan Batu 16 1/2 Sungai Tiram, dekat sini, pagi semalam. Mohamad Faiz Ahmad Tahir, 18; Mohamad Khairuddun Karimi, 21, dan Mohamad Nazri Zulkifly, 20, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 9.20 pagi itu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta Proton Wira dipandu Mohamad Faiz dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal lalu bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Difahamkan, ketiga-tiga mangsa yang baru sehari bekerja di sebuah kilang dekat Taman Desa Cemerlang, di sini, dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Sungai Tiram. Dalam perjalanan pulang, kereta mereka bertembung sebuah lori pasir dari arah bertentangan menyebabkan ketiga-tiga mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah, katanya. Beliau berkata, pemandu lori hanya cedera ringan, manakala mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat. Sementara itu, adik Mohamad Nazri, Mohamad Faiz Zulkifly, 17, yang ditemui di HSI, tidak menyangka abangnya yang gembira bekerja di tempat baru, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu. Abang Nazri seorang yang pendiam dan ramah. Sebelum ini dia bekerja di bengkel berhampiran rumah dan dia gembira bekerja di tempat baru bersama dua rakan karibnya itu, katanya. Saya hanya mengetahui kejadian ini kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam). Saya tidak sangka abang Nazri sudah tiada, katanya.- BH |
Haha... susah loo, mau hidup sama UMNO... Posted: 08 Oct 2011 11:04 PM PDT GSC henti tayang filem Namewee Nasi Lemak 2.0 Poster mempromosikan filem Nasi Lemak 2.0 KUALA LUMPUR, 9 Okt — Golden Screen Cinemas (GSC), rangkaian pawagam terbesar negara ini telah memutuskan untuk menghentikan tayangan Nasi Lemak 2.0 arahan pembikin filem dan artis kontroversi Namewee. Tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri kontroversi sejak kebelakangan, tetapi GSC dipetik akhbar tempatan berkata keputusan itu diambil ekoran keputusan Astro menyiarkan menerusi saluran Astro First. Laporan New Sunday Times hari ini berkata, filem yang telah mencatatkan kutipan lebih RM4 juta setakat ini dihentikan penayangan sejak Jumaat lalu. Menurut laporan itu, GSC juga menyiarkan permohonan maaf menerusi laman sosial Facebook memaklumkan bahawa mereka yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan balik duit masing-masing. "Bukan amalan GSC untuk menyiarkan mana-mana filem yang disiarkan serentak di mana-mana saluran filem berbayar yang lain," kata mesej Facebook itu. Seorang jurucakap dipetik akhbar itu berkata pihaknya menayangkan filem itu sejak lima minggu lalu. Dalam satu kenyataan akhbar tiga minggu lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bimbang Nasi Lemak 2.0 mungkin diharamkan ekoran demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini. Katanya, dia kesal dengan protes tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan. "Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraan dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan. Saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri serta usaha kerja saya," katanya. Filem tersebut dilaporkan dikecam pihak-pihaknya yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda. Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh membuat aduan. Menjawab soalan mengapa tidak mahu meneruskan tayangan meskipun mendapat sokongan besar, GSC berkata, pihaknya mahu mempertahankan hakikat bahawa institusi pawagam masih merupakan tempat terbaik bagi mana-mana tayangan filem. Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Nasi Lemak 2.0 Fred Chong pula memberitahu beliau menerima keputusan GSC dan menghargai sokongan institusi pawagam. "Kami gembira kerana menerima sokongan mereka lebih empat minggu meskipun kami tidak mendapat sokongan tayangan wajib daripada Finas," katanya lagi. Sehubungan itu, Chong berkata dia berharap mereka yang kehilangan peluang menonton di pawagam boleh mengikutinya menerusi saluran Astro First. GSC menjelaskan, Nasi Lemak 2.0 bukan merupakan filem pertama pihaknya menghentikan tayangan. Filem Bini Biniku Gangster, yang menjana RM7 juta dalam empat hari pertama tayangan juga telah dihentikan selepas tiga minggu apabila Astro menawarkan tayangan. Filem Nasi Lemak 2.0 tidak memperoleh status Wajib Tayang daripada Finas, yang mewajibkan operator pawagam menayangkan selama dua minggu. Pelakon Nasi Lemak 2.0 termasuklah Adibah Noor, Datuk David Arumugam dari Alleycats, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin, Felixia Yap dan Namewee. Ekoran satu artikel Utusan Malaysia memperlekehkan filemnya, Namewee mengecam akhbar milik Umno itu melalui video klip selama 2 minit 43 saat. Artikel tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1 Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 sedangkan didakwa telah beberapa kali mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini. Awal bulan ini, Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Namewee itu, didakwa lucah terhadap syarikat berkenaan dan wartawannya Fauziah Arof. Kumpulan itu mendakwa Namewee menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel "Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee..." yang disiarkan bulan lalu. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri menyifatkan Namewee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia dan seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.- TMI |
Ini kegagalan utama PAS... DHPP masih tak faham apa itu Islam... Posted: 08 Oct 2011 10:00 PM PDT Hudud: Risiko hilang sokongan, ketua bukan Muslim ingatkan PAS Oleh Yow Hong Chieh Hu Pang Chaw (tiga dari kiri) di Dewan Himpunan Penyokong PAS Tahunan PAS Ke-56 di Kelantan tahun lalu. — Foto Choo Choy May KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw. Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan. Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum. Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu. "Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku," kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider. "Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri," katanya. Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud. Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk. "PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam," katanya sebelum ini. Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh "hasil pelaburan." "Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini," katanya lagi. PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu. Katanya, PAS seharusnya menggugurkan "fobia" bukan Muslim dan menerima persekitaran blok undi baru berbanding berpegang kepada pemikiran lama hanya memperjuangkan kepentingan kaum Melayu. "Nasihat iklhas saya kepada pemimpin-pemimpin PAS ialah jika mereka benar-benar mahu mengambil alih Putrajaya, mereka harus menerima cara hidup ini," katanya. Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli dikatakan berjaya merapatkan jurang antara PAS dan bukan Islam dan mewujudkan imej baru parti itu di kalangan kaum Cina dan India. Awal bulan ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13. Bulan lalu, Nik Aziz berkata hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam. Nik Aziz juga menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud. Baru-baru ini Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus. Tambah Nik Aziz, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan. |
Nak buat camana, dah Polis tak berminat... Posted: 08 Oct 2011 09:35 PM PDT Gangguan Terhadap Program Pakatan Rakyat, Sampai Bila Mahu Bersabar ? Oleh: WFAUZDIN NS SEJAK kebelakangan ini nampaknya kegiatan haramjadah kumpulan samseng upahan yang `berlesen' sudah semakin menjadi-jadi mengganggu setiap program Parti Pembangkang, khususnya yang melibatkan DS Anwar dan Mat Sabu. Kita pula asyik membuat laporan Polis sedangkan kita tahu Polis bukan tidak tahu kejadian itu berlaku kerana Polis sendiri melihat dan menonton kelakuan kumpulan haramjadah itu. Sebagai contoh di Bera, K.Lipis bulan yang lalu. Ceramah DS Anwar diganggu oleh maki hamun dari betina tua yang masih bujang, Umi Hafilda. Betina itu menyalak bagaikan anjing betina yang mahu beranak di rumah YB Umno bertentangan dengan pentas ceramah DS Anwar. Program DS Anwar mempunyai permit, manakala program betina yang dibuang oleh keluarganya itu tiada permit. PKR Pahang buat laporan Polis, walaupun terbukti Ketua Polis Daerah K.Lipis ada berhampiran lokasi ceramah tetapi menyorok di dalam kawasan sekolah. Ini kerja Polis di situ dan mereka dapat bonus setengah bulan gaji sahaja dalam Bajet Najib baru-baru ini. Ini penyokong yang menjadi mangsa, sampai bila kita mahu lihat begini? Sebelum itu, program DS Anwar juga digangu di Melaka. Bahkan, bekalan letrik terputus semasa DS Anwar berceramah. Kumpulan di Melaka itu diketuai oleh Lokman Adam, seorang bekas ahli Keadilan yang tidak mendapat tempat pun di dalam Umno sekarang. Di Seremban, program ceramah Mat Sabu juga diganggu oleh puak yang dipercayai dari PERKASA dan dua tiga ekor bekas tentera yang bengap. Berlaku kekecohan hingga ada yang tercedera. Kononnya mahu serah memorandum kepala bapak dia. Tidak boleh serah memorandum di Pejabat PAS kah? Mengapa mahu datang ke tempat ceramah untuk serah memorandum? Kalau Polis cekap bertindak, adakah berlaku sebigini? Kita mahu biarkan sajakah? PERKASA Negeri Sembilan buat ugutan agar Mat Sabu jangan pijak bumi Negeri Sembilan. PERKASA ingat bumi Negeri Sembilan ini kepunyaan Ibrahim Ali bosnya itu kah? Tempat Ibrahim Ali sebagai MP Pasir Mas itu pun hasil sedekah PAS, PERKASA kena tahu dan jangan jadi bengap sangat. Di Rembau, PERKASA silap besar untuk memburu Mat Sabu. Kehadiran kumpulan bengap yang dianggotai oleh 20-30 orang pencacai ini `disambut' oleh Unit Amal, SAMM serta penyokong-penyokong PR di sana. Mereka lari putih tapak kaki sehingga banyak Banner dan poster mereka bertaburan. Namun, Mat Sabu tidak mahu memalukan ketua mereka yang sudah pucat lesi itu lantas menerima mengadap ketua yang bodoh buta sejarah itu untuk menerima memorandum. Terbaru di Johor malam semalam melibatkan Mat Sabu juga. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah. Sebahagian dari anggota-anggota SAMM termasuk AMK yang datang ke Rembau yang bertindak berani Semua kejadian ini sepatutnya mengajar kita betapa kita perlu lakukan sesuatu lebih dari membuat laporan Polis yang rasanya suatu kerja yang sia-sia. Tidakkah kita merasa diperbodohkan apabila membuat laporan Polis terhadap kejadian yang pihak Polis sendiri saksikan dengan mata mereka? Adakah laporan kita selama ini disiasat dan diambil tindakan? Apa ertinya kita meminta permit untuk membuat program ceramah tetapi pihak Polis tidak peka dengan gangguan dari pihak haramjadah itu? Saya mencadangkan agar jangan buat apa pun program jika kita tidak bersedia dengan jentera kita seperti yang dilakukan oleh Penganjur Program Ceramah di Rembau baru-baru ini. Saya puji jentera kita di Rembau dan saya lihat sendiri bagaimana Unit Amal PAS diberi taklimat dalam perbarisan umpama barisan tentera diberi taklimat oleh pegawainya. Mereka diberi taklimat terperinci bagaimana untuk menghadapi gangguan dari pihak haramjadah itu. Di bawah Chegu Bard pula, anggota-anggota SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) juga diberi tugas khas bagaimana untuk membantu Unit Amal di dalam mengawal suasana. Kesannya, pihak haramjadah itu balik umpama anjing tidak kurap. Inilah yang patut dilakukan. Belajar dari penganjur di Rembau bagaimana kita boleh menggantikan tugas Polis yang seperti tidak berminat untuk mengawal keselamatan itu. Sudah jemu kita mendengar bahawa kita membantah dan membuat laporan Polis selama ini, sedangkan mereka semakin bersikap kurang ajar dan berani. Pakatan Rakyat mesti ubah rentak dan lebih faham rentak permainan mereka. Kita bukan mahu bergaduh tetapi kita mesti bersedia untuk itu jika dipelawa./wfauzdin.blogspot.com |
Awas warga Johor, nantikan kedatangan pembela No:1 anda... Posted: 08 Oct 2011 08:45 PM PDT Ceramah Isu Semasa Bersama MAT SABU 11 Oktober 2011 (Selasa) 8.00 Malam |
Jangan beli woii... ada BABI... Posted: 08 Oct 2011 07:00 PM PDT Babi betoi sesapa yang buat kerja jenih babi nih.... Buat sahabat dan umat seislamku,, marilah kita pakat2 berhati2 dengan rezeki dan apa yang akan menjadi darah daging kita.... Patutlah lepas makan ni..kita susah nak baca al quran & solat !!! contoh lain.. apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam info : persatuan pengguna pulau pinang Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak ni. ..kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua ..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah.. Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut? Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt... share dan war2 kan kepada sahabat2,,dan rakan 2 seagama kita..Allahuakbar...Kita sama2 berkongsi sesuatu yg bermanfaat,,,semoga Allah...Satu kan hati2 kita amin... MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT 1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482 2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483 3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491 4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492 5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493 6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494 7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495 8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542 9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570 10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572 11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631 12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635 13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904 14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920 15 E 270 30 E 433 45 E 481 Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Sumber - Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan |
Tak baik woiii hampa kata kat Rosmah camni... hihi... Posted: 08 Oct 2011 06:00 PM PDT Bajet 2012 : Permata dapat peruntukan 'senyap'? Walaupun bajet 2012 tidak menyenaraikan Program Permata seperti pada Bajet 2011, ramai pihak merasakan bahawa NGO Rosmah Mansur itu mendapat 'Bajet Senyap' dari kementerian tertentu. Pada Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam telah memperlihatkan tiada peruntukan khusus diberikan kepada Program Permata sedangkan pada bajet sebelum ini sebanyak RM110 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut. Mana mungkin Permata tidak mendapat peruntukan sedangkan ianya adalah program 'penting' wanita yang paling 'disayangi' rakyat Malaysia iaitu Rosmah Mansur (RM). Mustahil program-program Permata yang bersifat glokal (global + lokal) itu akan dihentikan begitu sahaja sedangkan RM dilihat begitu bersungguh-sungguh mempromosikan Permata dan dirinya sendiri. Namun begitu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan sayangkan wang rakyat saya mengharapkan program Permata ini dihentikan dan mana-mana program yang bermanfaat hendaklah diteruskan oleh Kementerian berkaitan. Tidak perlulah Rosmah Mansur hendak menjadi juara mengalahkan kementerian yang sememangnya diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat. |
Bila Najib nak bunuh diri... haha... Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT 'Gagal laksana bajet ibarat bunuh diri di segi politik' S Pathmawathy Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam. "Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam. "Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini. Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab kritikan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai dana untuk menunaikan janji-janji dalam bajet 2012. "Bajet kita adalah telus. Jadi, apa yang kami lakukan pun dalam lingkungan kemampuan kita, dan dalam kemampuan itu, kita telah berkata yang kita mampu melakukan," katanya. [Baca berita penuh] Sementara itu, mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa belanjawan negara yang dibentangkan semalam tidak realistik, Bernama melaporkan Najib berkata Belanjawan Negara dibuat berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut dibentangkan dari segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan kerajaan, katanya. "Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya, kata beliau. Kalau dikatakan tidak realistik maknanya "kita tidak mungkin memenuhi janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu akan menjawab segalanya," kata perdana menteri. Mengenai reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kurang berita gembira untuk pekerja swasta berbanding kerajaan dalam belanjawan kali ini, beliau berkata faedah untuk kakitangan swasta bergantung kepada rundingan mereka dengan majikan masing-masing. "Kita tak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap melalui rundingan terutama sekali bila kita telah wujudkan mekanisme untuk menentukan gaji minimum mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan," katanya. Najib juga berkata tiada kenaikan cukai rokok pada Belanjawan 2012 kerana kadar penggunaan rokok haram kini terlalu tinggi, iaitu 40 peratus dan jika harga rokok meningkat peratusan mereka yang menghisap rokok haram ini akan meningkat. Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh menimbang untuk menaikkan cukai atau harga rokok pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan. Mengenai perkembangan jentera BN Selangor selepas konvensyennya dua minggu lepas, Najib berkata jentera BN semakin bersemangat dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin bertampah rapi tetapi mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada BN. Sebelum itu semasa berucap di majlis mesra rakyat, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan membina satu jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang sejauh 3.2 km dengan kos RM4.2 juta. Beliau berkata jalan ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 penduduk sekitar apabila masa perjalanan dapat disingkatkan kepada lima minit berbanding dengan 30 minit jika mengikut jalan lama sejauh 20 km. Najib juga berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang mengendalikan Lebuhraya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuala Selangor supaya dapat menyediakan satu jalan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang. Beliau dimaklumkan pada masa ini hanya terdapat jalan masuk dari Kundang ke lebuh raya itu dan beliau berharap syarikat yang mengendalikan lebuh raya tersebut akan bersetuju dengan pembinaan jalan keluar ke Kundang dari Lebuhraya Latar. |
Posted: 08 Oct 2011 03:30 PM PDT KISAH SAHABAT NABI SANGGUP MENJADI TEBUSAN GANTI Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya. Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran. Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh. Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak. Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati. Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai. Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapa pun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa. Di saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terima kasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah. Sumber: Khalifah |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan