Sabtu, 8 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Nak heran apa, dah jadi lumrah artis2 Malaysia...

Posted: 08 Oct 2011 10:30 AM PDT

Talak Satu - Saida Kakak Siti Nurhaliza Sah Cerai

Penyanyi Saida atau Siti Nursaida Tarudin,35, dan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, sah bercerai dengan talak satu pada Jumaat di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas 15 tahun hidup bersama.

Saida yang diberitahu wakil keluarganya menerima keputusan tersebut dengan tenang walaupun 15 tahun telah membina rumah tangga bersama suami beliau.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Siti Saida sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasia namun telah tersingkir sebelum mara ke final. - KLpos

Orang dah tak kisah bila PERKASA marah... kahkahkah...

Posted: 08 Oct 2011 09:00 AM PDT

Perkasa marah Namewee kebal undang-undang

"Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan," kata Nurul Izham Anuar.

PETALING JAYA: Naib Ketua Wira Perkasa, Nurul Izham Anuar menggelar kerajaan sebagai `serigala hilang taring' kerana takut bertindak ke atas Namewee yang kini menjadi pengarah filem Nasi Lemak 2.0.

"Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan," katanya.

Menurutnya, pandangan beliau itu bukan kerana Namewe seorang yang berketurunan Cina.

Beliau bertanya adakah Namewee dihukum atas kesalahannya mempersendakan lagu Negaraku dan azan?

"Jawabannya tidak. Namewee terus kebal, tiada tindakan diambil ke atas penghinan Negaraku sehingga kini.

"Mengapa dia begitu kebal,? tanya Nurul.

Namewee pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2009 apabila menyanyikan lagu Negarakuku ketika belajar di Taiwan.

Contoh buruk

Beliau berkata, pendirian Wira Perkasa mengenai perkara itu adalah jelas dan konsisten.

Katanya, Namewee adalah contoh yang buruk untuk diikuti oleh generasi baru dan kerajaan tidak seharusnya membiarkannya mempersendakan kerajaan dan rakyat.

Menuurtnya, Wira Perkasa sangat khuatir apa yang dilakukan Namewee iaitu dengan hanya memohon maaf maka sesuatu itu boleh dianggap selesai.

Nurul juga mendakwa, Namewee mendapat perhatian istimewa kerajaan dalam pelbagai isu.

"Apa yang hebatnya lelaki ini diberikan perhatian begitu? Kita juga tidak ralat sekiranya ramai lagi Namewee bakal lahir selepas ini," tambahnya

Patut la Ku Li sokong Namewee, dia pelakon utama... haha...

Posted: 08 Oct 2011 08:00 AM PDT

Apa hal ni Najib, pucat jaa.... haha...

Posted: 08 Oct 2011 07:00 AM PDT

Jawapan berbeza, Najib harus beri keterangan di mahkamah

(Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum ada penafian konkrit berhubung jawapan berbeza berkaitan pertemuan Perdana Menteri itu dengan pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan.

"Beliau mengaku Saiful ada berjumpa dengannya untuk memohon biasiswa tapi dalam respon kali kedua menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat.

"Dari segi fakta (kertas pertuduhan), fitnah yang dibuat Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan itu. Tiga tahun berlalu, hal ini masih belum dinafi," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melalui kenyataan media, hari ini.

Najib sebelum ini dilapor mengadakan pertemuan itu pada 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 yang turut disiar media arus perdana secara besar-besaran tetapi kini mengelak dari memberi keterangan dalam kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Shamsul menyifatkan kegagalan Najib dan isteri, Datin Sri Rosmah untuk disepina memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik sekali gus mengulangi kes Fitnah I.

"Keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan mereka untuk tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan dilihat "prejudge" pembelaan Anwar dan peguam bela bahawa wujud konspirasi," katanya.

Beliau hairan kerana Najib ditawar sebagai saksi pada peringkat awal tetapi kemudian, kehadirannya tiba-tiba dianggap tidak relevan.

"Bagaimana dengan keterangan Rosmah yang direkodkan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan mereka tidak relevan jika keterangan ada direkod."

Ini, kata Shamsul, secara tidak langsung membuka ruang dan asas baru kepada peguam bela untuk memfail semula permohonan membatal hakim berikutan keputusan tidak konsisten dengan fakta kes.

Nak main FUN FAIR pi dok jauh jauh...

Posted: 08 Oct 2011 06:00 AM PDT


LAGI KEMARAHAN RAKYAT KEPADA MP PAKATAN

MP PAKATAN JANGAN SAMAKAN DEWAN RAKYAT DENGAN TAPAK FUN FAIR

Tahniah kepada 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya hadir ke pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru. Berjaya atau gagal dalam memperjuangkan satu Rang Undang Undang bukanlah satu persoalan yang sebenarnya. Bandingkan sahaja jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Cuma amat kecewa bila jumlah kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang amat sedikit sewaktu pengundian belah bahagian dijalankan. Ini bukanlah pertama kali Ahli-Ahli Parlimen ini ponteng. Seolah-olah tiada keseriusan dalam menjalankan tugas.

Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli Parlimen perlu berada di Parlimen sewaktu Dewan bersidang. Kita berhasrat untuk menjadikan institusi Parlimen Malaysia ini sebagai kelas pertama, kita menjanjikan reformasi sistem Legislatif negara namun dengan sikap suka ponteng, perkara ini sememangnya umpama mimpi Mat Jenin. Sudahlah kerap ponteng, prestasi di kawasan konstituen juga lemah. Rakyat beri amanah sebagai Ahli Parlimen. Rakyat tidak pernah peduli berapa gaji & elaun kamu tetapi kami hanya inginkan wakil-wakil kami di Dewan ini lebih berdisiplin dan tidak menganggap bahawa Dewan Rakyat yang mulia itu seperti tapak Fun Fair. Sesuka hati kamu hendak hadir, sesuka kamu untuk ponteng.

Rakyat melantik, membayar gaji anda bukan hanya sekadar untuk bercakap mengenai parti lawan semata-mata. Bukan untuk hadir di tempat-tempat ceramah dan jamuan makan malam sahaja. Parlimen dan Dewan Rakyat adalah merupakan tempat kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus faham, jangan kamu ingat oleh kerana kamu sekarang ini berada di pihak yang menentang rejim Pemerintah, maka tiada yang memerhati tindak tanduk kamu.

Apa yang anak muda mahukan adalah kedua-dua pihak mengamalkan politik nilai, politik amanah, politik secara baik. Kalau Ahli-ahli Parlimen ini tidak mengerti nilai kepentingan kehadiran di Dewan Rakyat, kan lebih baik kita tukarkan sahaja mereka ini dengan individu-individu yang rajin dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik demi rakyat.

Ini merupakan bencana besar iklim politik Malaysia kerana kedua-dua belah pihak dilihat malas untuk berbahas persoalan dan rang undang-undang yang akan mengheret rakyat secara langsung ke dalam perlaksanaan rang undang-undang tersebut.Tambahan pula, Persidangan Dewan Rakyat bukanlah berlaku setiap bulan. Jadi, bukanlah satu alasan bagi Ahli-Ahli Parlimen ini untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai tugasan di kawasan konstituen masing-masing sewaktu tempoh persidangan.

Solidariti Anak Muda Malaysia mengambil inisiatif untuk memantau kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen ini ke setiap sesi Persidangan Dewan Rakyat agar kesemua Ahli Parlimen ini menyedari bahawa terdapat mata-mata yang sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka. Pendedahan mengenai disiplin kehadiran setiap Ahli Dewan Rakyat adalah perlu agar memastikan setiap Ahli Parlimen yang dilantik memenuhi kewajipan dan amanah yang digalas di bahu masing-masing dan bukannya hadir hanya apabila Ketua-ketua parti masing-masing hadir ke Parlimen, barulah Dewan Rakyat menjadi penuh sesak, tetapi lengang sebaik sahaja Ketua-ketua ini melangkah kaki meninggalkan bangunan Parlimen.

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Johor

Bro TT

Blogger UMNO tuduh Khalid Samad balaih duit zakat pulak dah...

Posted: 08 Oct 2011 05:00 AM PDT

Bangsa Umno ni memang tak dak kerja lain dah, hanya pandai buat tuduhan berdasarkan pada cakap dengaq saja. Bagi depa, cakap dengaq dah cukup untuk sabitkan puak puak Pakatan Rakyat... Mengkalu tang depa tu, sampai satu lori punya bukti pun tak da pa pa...

Aku syorkan sdr Khalid Samad bukan saja nafikan, tapi perlu saman saja puak puak bangsa Umno ni. Heret depa-depa ke muka pengadilan, bangsa yang memang suka sangat bermain tuduhan melulu camni memang patut diajar.... amacam bro?


*****************************

Sel13.com dedah Khalid guna wang zakat untuk anak belajar


Sewaktu PAS memerintah Trengganu pada 1999-2004 telah berlaku kekecohan pada tahun 2003 apabila lima orang anak kepada dua anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) menggunakan wang zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Trengganu untuk membiayai pengajian kelima-lima mereka di timur tengah.

Kini setelah lapan tahun berlalu peristiwa yang sama berulang kembali. Bukan di Trengganu, tetapi di Selangor.

Maklumat yang sampai ke meja sel13.com mengatakan anak kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menggunakan wang dari PZS untuk membiayai pelajarannya di timur tengah.

Khalid Samad sering bercakap soal intergriti , menuduh lawannnya rasuah, melakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya, dalam masa yang sama dia juga seleweng.

Sebagai seorang ahli parlimen dan juga seorang jurutera, sudah tentu Khalid Samad lebih dari mampu untuk menanggung pelajaran anaknya, tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang dari PZS untuk tujuan tersebut.

Wang yang sepatutnya disalurkan kepada anak-anak orang yang lebih susah atau miskin untuk menyambung pelajaran terpaksa diberi kepada anak seorang ahli parlimen yang sudah kaya-raya.

Khalid Samad harus menunjukkan dia cakap serupa bikin, bukannya menjadi manusia munafik. Khalid Samad harus mengembalikan semula wang tersebut kepada PZS untuk kegunaan orang lain yang lebih susah.

Disini Mat Sabu adalah Hero...

Posted: 08 Oct 2011 03:30 AM PDT

Akibat Mohamad Sabu 'celupar'

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.

Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.

"Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.

"Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela," tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.

Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.

"Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?" satu lagi pandangan yang dilontarkan.

Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.

"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.

"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout," kata Najib.

Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.

"Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak," tulisnya.

Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...

Antara komen lagi:

"Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia.

"Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu..."

Woii... apa main cedok-cedok nih... haha...

Posted: 08 Oct 2011 03:03 AM PDT

Bola dok kaki majlis fatwa pulak dahhh...

Posted: 08 Oct 2011 01:39 AM PDT

Dakwat kekal: SPR tunggu 'lampu hijau' Majlis Fatwa

KOTA BARU, 8 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan dakwat kekal ketika proses pengundian pilihan raya umum ke-13 termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata dakwat kekal boleh digunakan sekiranya mendapat kelulusan majlis tersebut yang akan meneliti sama ada ia bercanggah dengan prinsip Islam ataupun sebaliknya.

"SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

"Bagaimanapun sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya dipetik Bernama Online berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara dekat sini, hari ini.

Awal minggu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Dewan Rakyat bahawa perkara mengenai penggunaan dakwat kekal diserahkan kepada jawatankuasa pilihan khas yang baru dibentuk untuk menilainya.

Nazri berkata pada pilihan raya umum 2008 ia tidak dapat digunakan pada saat-saat akhir atas kekangan membabitkan Perlembagaan.

Pada Ogos lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan telus dan adil selepas dibatalkan penggunaannya pada pilihan raya umum ke-12.

Katanya, suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.

"Kita memang akan pertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal secara serius. Kalaulah itu (dakwat kekal) yang paling baik dan selamat... kita boleh guna.

"Tapi pelbagai aspek perlu diambil perhatian sebelum kita benar-benar mahu melaksanakan penggunaannya bagi mengelakkan sebarang pertikaian dibuat," kata beliau.

Isu penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum Bersih 2.0.

Aziz juga berkata, pada masa yang sama SPR juga tidak menolak kemungkinan turut menggunakan sistem biometrik seperti yang dicadangkan suruhanjaya itu bagi mengelakkan pertikaian mengenai dakwaan wujudnya pengundi hantu.

Menurut beliau, penggunaan sitem biometrik yang dilihat lebih terkini dan selamat boleh mengelakkan pertikaian kerana bacaan cap jari pada setiap individu adalah berbeza.- TMI

MP Pakatan mana yang samakan Dewan macam Fun Fair angkat tangan... kahkahkah...

Posted: 07 Oct 2011 11:52 PM PDT

LAGI KEMARAHAN RAKYAT KEPADA MP PAKATAN

MO PAKATAN JANGAN SAMAKAN DEWAN RAKYAT DENGAN TAPAK FUN FAIR

Tahniah kepada 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya hadir ke pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru. Berjaya atau gagal dalam memperjuangkan satu Rang Undang Undang bukanlah satu persoalan yang sebenarnya. Bandingkan sahaja jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Cuma amat kecewa bila jumlah kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang amat sedikit sewaktu pengundian belah bahagian dijalankan. Ini bukanlah pertama kali Ahli-Ahli Parlimen ini ponteng. Seolah-olah tiada keseriusan dalam menjalankan tugas.

Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli Parlimen perlu berada di Parlimen sewaktu Dewan bersidang. Kita berhasrat untuk menjadikan institusi Parlimen Malaysia ini sebagai kelas pertama, kita menjanjikan reformasi sistem Legislatif negara namun dengan sikap suka ponteng, perkara ini sememangnya umpama mimpi Mat Jenin. Sudahlah kerap ponteng, prestasi di kawasan konstituen juga lemah. Rakyat beri amanah sebagai Ahli Parlimen. Rakyat tidak pernah peduli berapa gaji & elaun kamu tetapi kami hanya inginkan wakil-wakil kami di Dewan ini lebih berdisiplin dan tidak menganggap bahawa Dewan Rakyat yang mulia itu seperti tapak Fun Fair. Sesuka hati kamu hendak hadir, sesuka kamu untuk ponteng.

Rakyat melantik, membayar gaji anda bukan hanya sekadar untuk bercakap mengenai parti lawan semata-mata. Bukan untuk hadir di tempat-tempat ceramah dan jamuan makan malam sahaja. Parlimen dan Dewan Rakyat adalah merupakan tempat kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus faham, jangan kamu ingat oleh kerana kamu sekarang ini berada di pihak yang menentang rejim Pemerintah, maka tiada yang memerhati tindak tanduk kamu.

Apa yang anak muda mahukan adalah kedua-dua pihak mengamalkan politik nilai, politik amanah, politik secara baik. Kalau Ahli-ahli Parlimen ini tidak mengerti nilai kepentingan kehadiran di Dewan Rakyat, kan lebih baik kita tukarkan sahaja mereka ini dengan individu-individu yang rajin dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik demi rakyat.

Ini merupakan bencana besar iklim politik Malaysia kerana kedua-dua belah pihak dilihat malas untuk berbahas persoalan dan rang undang-undang yang akan mengheret rakyat secara langsung ke dalam perlaksanaan rang undang-undang tersebut.Tambahan pula, Persidangan Dewan Rakyat bukanlah berlaku setiap bulan. Jadi, bukanlah satu alasan bagi Ahli-Ahli Parlimen ini untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai tugasan di kawasan konstituen masing-masing sewaktu tempoh persidangan.

Solidariti Anak Muda Malaysia mengambil inisiatif untuk memantau kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen ini ke setiap sesi Persidangan Dewan Rakyat agar kesemua Ahli Parlimen ini menyedari bahawa terdapat mata-mata yang sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka. Pendedahan mengenai disiplin kehadiran setiap Ahli Dewan Rakyat adalah perlu agar memastikan setiap Ahli Parlimen yang dilantik memenuhi kewajipan dan amanah yang digalas di bahu masing-masing dan bukannya hadir hanya apabila Ketua-ketua parti masing-masing hadir ke Parlimen, barulah Dewan Rakyat menjadi penuh sesak, tetapi lengang sebaik sahaja Ketua-ketua ini melangkah kaki meninggalkan bangunan Parlimen.

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Johor

Bro TT

JANGAN BELI !!! ADA BABI...

Posted: 07 Oct 2011 09:57 PM PDT

Babi betoi sesapa yang buat kerja jenih babi nih....

Buat sahabat dan umat seislamku,, marilah kita pakat2 berhati2 dengan rezeki dan apa yang akan menjadi darah daging kita....

Patutlah lepas makan ni..kita susah nak baca al quran & solat !!! contoh lain.. apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli.

Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam info : persatuan pengguna pulau pinang

Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak ni.

..kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua

..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah.. Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

share dan war2 kan kepada sahabat2,,dan rakan 2 seagama kita..Allahuakbar...Kita sama2 berkongsi sesuatu yg bermanfaat,,,semoga Allah...Satu kan hati2 kita amin...

 MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

 1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

SumberPetikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan

Mai kita tengok apa cerita skandal Scorpene plak...

Posted: 07 Oct 2011 08:00 PM PDT

Mr Cool' Najib akan berpeluh-peluh di bawah bahang pembicaraan Scorpenes Peranchis

Oleh Maclean Patrick, Wong Choon Mei

Perdana Menteri Najib Razak, di sebalik membelanjakan beberapa dozen juta wang rakyat mengupah bekas pasukan media Tony Blair untuk menukar imejnya menjadi 'Mr Cool', akan cair di dalam bahang kehangatan mahkamah Perancis.

"Perbincangan makan malam Ops Scorpene di Holborn Uni berlangsung dengan lancar. Peguam Joseph Brehem mengumumkan bahawa hakim instruksi akan dilantik tidak lama lagi," kata pengarah Suaram Cynthia Gabriel di Twitter pada majlis pengumpulan dana di London pada 30 September, yang diikuti di sini.

"Mr Cool akan menghadapi bahang kepanasan tidak lama lagi! 'Legal briefing" Ops Scorpene di Holborn sudah diberitahu yang kes ini akan dibuka tidak lama lagi di Perancis."

Brehem tidak mengecewakan mereka yang datang untuk mendapatkan maklumat terkini tentang soal selidik terhadap syarikat jual-beli senjata api Perancis DCN itu. Menurut Cynthia, 'legal briefing' itu ditayangkan secara langsung dan diikuti dengan teliti oleh rakyat Malaysia di Australia walaupun pada jam yang tidak normal.

Pada tahun 2010, Suaram memfailkan aduan di Paris terhadap DCN, mendakwa mereka memberi wang imbuhan kepada pegawai Malaysia termasuklah Najib untuk memastikan perjanjian. Suaram telah mengadakan beberapa perbincangan makan malam untuk mengumpul dana untuk membawa kes ini ke mahkamah terbuka.

Sistem Inquisitorial

Sekarang, pentas sudah pun siap dan drama yang melibatkan DCN, Najib, rakan karibnya Razak Baginda dan si cantik tetapi tragik Altantuya Shaariibuu akan bermula.

Mahkamah Paris sudah pastinya akan mengikuti sistem perundangan Perancis yang berbeza dengan sistem di Malaysia yang berdasarkan undang-undang British. Di Perancis, hakim instruksi atau hakim penyiasat adalah sebahagian daripada sistem inquisitional yang dipraktik di mahkamah undang-undang Perancis.

Ini adalah sistem perundangan di mana mahkamah atau sebahagian daripada mahkamah terlibat secara aktif dalam penyiasatan kes, berlainan dengan sistem adversarial di mana peranan utama mahkamah adalah sebagai pengadil di antara pihak pendakwa dan pihak pembela. Sistem inquisitional digunakan di negara-negara yang mempunyai sitem perundangan sivil, berlainan dengan sistem perundangan umum.

Ciri-ciri utama sistem inquisitional dalam pengadilan jenayah di Perancis dan mana-mana negara yang menyerupainya adalah fungsi hakim penyiasat (investigating judge). Hakim ini menjalankan penyiasatan terhadap jenayah berat dan persoalan rumit. Objektif hakim bukanlah untuk menjatuhkan hukuman kepada yang dituduh, tetpi untuk menumpul fakta, dan oleh itu adalah tugas mereka untuk melihat sebarang bukti yang melibatkan dan membebaskan.

Sistem pemeriksaan yang bebas ini sudah pasti akan menyusahkan Najib. Dia harus menyertai perbicaraan pada tahun pilihanraya dengan popularitinya yang merudum, UMNO yang berpecah-belah, dan melayani hakim di Perancis yang sibuk dengan kes korupsi dan bunuh!

Penyalah gunaan sistem di Malaysia

Dengan sebegitu berat beban untuk dipikul, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menegaskan kenyataannya bahawa sekiranya pilihanraya dilakukan sekarang - yang dikatakan akan berlaku pada bulan November - gabungan BN yang diketuai oleh UMNO akan kalah pada pilihanraya umum ke-13. Walaupun tidak menyebut kes Scorpene, kes pembunuhan Altantuya dan juga kes sodomi di mana Najib dan isterinya Rosmah dikaitkan, jelas apa yang hendak dikatakan oleh Mahathir ialah Najib sudah menjadi liabiliti untuk UMNO dan BN.

Walaupun dengan syak wasangka daripada Mahathir, Najib mungkin berfikir dia boleh mengawal berita-berita dan maklumat dan perbaiki imejnya. Sudah pasti dia boleh berbuat demikian dengan kes Altyantuya dan Sodomi II di Malaysia, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa dengan kes Scorpene kerana perbicaraan berlaku di Perancis dan di luar jangkauannya. Dan oleh kerana itu dia merupakan sebuah bom-waktu untuk partinya, biarpun dia enggan mengakuinya.

Sodomi II menghubungkan dakwaan yang dia bersekongkol dengan bekas penasihat Anwar, Saiful Bukhari Azlan untuk memfitnah Ketua Pembangkang melakukan sodomi, perbuatan yang melanggar undang-undang di Malaysia, bertujuan untuk mematikan kerjaya politik musuhnya itu. Sememangnya, perhatian adalah terhadap bagaimana mahkamah Malaysia akan meluluskan permohonannya untuk mahkamah tidak megeluarkan perintah untuk Najib dan Rosmah untuk tampil ke mahkamah sebagai saksi dalam perbicaraan tersebut.

Sememangnya, adalah sukar untuk pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyatakan yang Najib bukanlah saksi yang relevan kerana dia pernah bertemu dengan Saiful Bukhari dan malah menasihatkannya untuk membuat laporan polis terhadap Anwar dua hari sebelum Saiful menyatakan dia diliwat sekali lagi oleh Anwar. Seperti mana yang dikatakan oleh peguam Anwar, Najib boleh memberi keterangan mengenai keadaan mental Saiful dan testimoninya adalah sangat penting untuk pembelaan Anwar. Tetapi garis yang memisahkan kehakiman dan eksekutif di Malaysia amatlah kabur berbanding di Perancis.

Samalah dengan kes pembunuhan Altantuya. Penterjemah warga Mongolia yang berumur 28 tahun itu berjalan ke sana-sini dengan Baginda sewaktu perundingan dengan DCN pada awal 2000, dan katanya Najib, yang selaku Menteri Pertahanan pada tahun 2002 telah meluluskan pembelian kapal selam, juga bersama mereka. Altantuya dibunuh oleh dua orang bekas pengawal peribadi Najib pada tahun 2006. Orang tuanya memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia pada tahun 2007, sementara pengawal peribadi tersebut telah meminta rayuan terhadap hukuman mati mereka.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kes itu tetap tenggelam di sebalik pertanyaan di Parlimen tentang status mereka. Alasan demi alasan dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara dan Ketua Hakim, tetapi tidak ramai rakyat Malaysia yang tertipu oleh mereka. Mereka melihat campur tangan dalam kedua-dua kes itu dan tidak sukar untuk kita tahu siapa dalangnya.

Tetapi Perancis di luar genggaman Najib

Tetapi di Perancis, selain daripada mengesahkan sekiranya DCN benar-benar menyogok Najib dan pegawai Malaysia yang lain untuk menjaminkan perjanjian antara mereka, perbicaraan Scorpene berkemungkinan untuk mengungkit butiran kes pembunuhan Altantuya. Ini boleh memberi laluan untuk kes pembunuhan itu untuk dibicara semula.

Tambahan pula, adalah betapa besarnya impak perbicaraan Scorpene ini.

Lingkaran korupsi yang luas dan perjanjian haram di antara firma-firma penjualan senjata dan Kementerian Pertahanan akan didedahkan. Ramai ketua-ketua badan yang berkaitan dengan firma pertahanan, dan juga yang mempunyai jawatan dalam syarikat-syarikat lain, akan dikaitkan.

Ia adalah tali penarik yang akan mengakibatkan sebuah reaksi berantai yang akan menggugat sektor perniagaan dan memaksa perubahan dalam cara kerajaan BN mengkaitkan politik dengan perniagaan-perniagaan besar.

Tidak hairanlah Mahathir begitu yakin yang UMNO akan kalah besar jika pilihanraya diadakan segera!

Malaysia Chronicle

Nurul Izzah tak bangkang, dia cuma bantah jaa... haha...

Posted: 07 Oct 2011 07:06 PM PDT

Pembangkang memang kerja dia membangkang... kahkahkah...

Posted: 07 Oct 2011 06:00 PM PDT

Ulasan Bajet: Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang

Bajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan

Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya.

"Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

"Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini," jelasnya.

Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan PR yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat.

"PR melihat tekanan yang dihadapi oleh Najib adalah tentang hasrat PR yang telah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu.

"Tetapi persoalan yang jelas ingin PR utarakan bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sendiri bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya.

Persoalan besar

Dalam pada itu beliau menjelaskan Najib hanya menumpukan perbelanjaan kepada pembangunan tetapi tidak menyatakan secara khusus bagaimanakah kerajaan ingin menambah pendapatan negara.

"Bajet sebelum ini kita melihat kerajaan akan mengumumkan penambahan pendapatan sumber negara akan dikutip melalui cukai-cukai tetapi pada kali ini ia tidak dinyatakan dan ini menjadi persoalan besar kepada kita bagaimanakah kerajaan ingin berbelanja sedangkan tidak pasti sumber pendapatannya.

"Najib terus membuat perbelanjaan besar dalam projek mega yang jelas mempunyai risiko tinggi di saat negara berdepan dengan ekonomi global yang muram dan secara jelas ekonomi negara berada pada tahap bahaya jika perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab ini diteruskan tanpa pengkajian yang khusus," sambungnya lagi.

Beliau memberitahu pada kali ini Najib cuba mengelak dari memberi komitmen kepada rakyat terutamanya pekerja awam dan juga swasta malah dalam pada itu Najib juga tidak berlaku adil terhadap pekerja swasta yang sentiasa ketinggalan setiap kali bajet diumumkan.

"Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta.

"Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telahmenganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut.

"Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini," ulasnya lagi.

Cedok bajet Pakatan

Beliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Bajet dari PR lebih mesra kepada rakyat dibawah jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh Najib tadi dan kita tahu rakyat tidak akan selesa dengan apa yang diberitahu kerana mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki," sambungnya lagi.

Sebelum itu bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu juga tidak meletakkan sumbangan wanita dan juga warga emas yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara, selain itu juga bebanan diberikan kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dengan meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.

"Kenaikan ini dilihat tidak seimbang kerana tiada sasaran gaji minimum dinyatakan oleh kerajaan dan secara jelas akan melihat rakyat terus terbeban dengan kos tambahan dan bebanan hutang," kata Dr Dzulkifly lagi. -HD


*******************************

Bajet 2012: Bajet pancing undi PRU-13

Secara keseluruhan, Bajet 2012 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd Yusoff.

Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, apa yang jelas dalam bajet itu hampir semua ransangan yang dibuathanya dalam bentuk pembangunan fizikal, tidak ada penekanan dalam bentuk pembangunan rohani dan pemulihan akhlak masyarakat.

"Banyak perkara juga yang diciplak dari bajet Pakatan Rakyat. Tiada insentif yang banyak pada sektor swasta," katanya sebagai respon awal kepada Harakahdaily.

GST menunggu

Disebalik insentif yang bersifat "gula-gula" pilihan raya itu, beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS mengingatkan rakyat agar tidak lupa cukai barangan perkhidmatan GST yang akan dibentang di Dewan Rakyat yang sekaligus akan membankan pengguna.

"Kita tidak nampak penurunan cukai kepada sektor koperat. Walaupun ada banyak cukai tak lansung diturunkan, namun rakyat jangan lupa cukai GST sedang menunggu akan diluluskan dalam sesi ini di Dewan Rakyat.

"Maka semua rakyat akan dikenakan cukai pada semua jenis perkhidmatan dan barangan yang bakal dilaksanakan lepas PRU 13.

Kelantan terus dipinggir

Beliau juga mendakwa, bajet pilihan raya Najib itu memperlihatkan kesinambungan peminggiran terhadap rakyat Kelantan.

Beliau merujuk kepada peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) satu bilion ringgit yang diumum Najib yang hanya meliputi Perlis, Perak dan Johor sahaja.

Bagaimanapun beliau mengalukan semua bonus dan manfaat yang diberikan untuk rakyat, namun mempersoal kenapa ianya dibuat secara terpilih.


Bajet: Reaksi pemimpin Pakatan Rakyat

Mahfuz Omar (Pokok Sena)

Gembira kerana kerajaan mengambil tawaran-tawaran dalam bajet Pakatan Rakyat, "yang penting rakyat dapat sesuatu."

"Tetapi apa yang saya bimbang, banyak bantuan itu bersifat one off. Apakah jaminan bahawa bantuan ini tidak akan ditarik balik selepas ini?

"Segala pemberian itu dapat ditarik balik oleh PM mengikut harga minyak yang diumumkan pada masa akan datang."

"Saya tidak bersetuju dengan pengecualian cukai ke untuk pengusaha teksi, sebab yang untung syarikat teksi.

"Mereka ini yang banyak dapat permit daripada kerajaan, bukannya pemilik teksi individu."

Lim Guan Eng

Bantuan yang diberikan kepada rakyat itu kali pertama diberikan. Sebelum ini tidak diberikan langsung, tentulah kita rasa itu amat wajar. Tapi jumlah yang diberikan amat kecil (bantuan untuk warga emas).

Lebih baik beri RM1,000 seperti dicadangkan Buku Jingga. Kita tidak tahu apakah ia hanya diberikan setiap tahun atau hanya lima tahun sekali.

Hanya masa pilihanraya saja bagi, lepas itu tak ada bagi lagi. Bukan macam negeri Pakatan Rakyat, setiap tahun kita bagi tak kira ada pilihan raya atau tidak.

Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai)

Saya bimbang, tak tahu kerajaan nak dapatkan dari mana sumbernya untuk perbelanjaannya.

Potongan perbelanjaan pun tidak disebut, kemudian mahu ditambah pula elaun untuk ahli parlimen.

Kita nak perkasakan parlimen tetapi tidak semestinya dengan naikkan gaji ahli parlimen bila masa rakyat terbanyak sedang susah.

Dalam pendidikan, dan juga elaun kepada kerajaan, dan juga bonus kepada pesara itu serupa (dengan tawaran Pakatan).

Saya tidak tolak, demi rakyat kita terbuka. Pertembungan idea, dasar diambil merupakan idea terbaik demi rakyat.

Tian Chua (ahli parlimen Batu)

PM sebut budaya politik baru, konfrontasi antara kerajaan dengan pembangkang itu bukan lagi corak budaya yang hendak diteruskan. Kita setuju.

Tapi kalau ini hendak diteruskan, bukan atas mulut saja. Media harus dibuka supaya kedua-dua pihak dapat berbahas dan membanding.

Penekanan Pakatan dalam tiga tahun ini ialah kebajikan. Kita telah berjaya alihkan tumpuan ekonomi dulu, BN dengan projek mega, kini ada persamaan dalam tumpuan kepada golongan bawahan.

Orang yang terima gaji lebih rendah, keluarga miskin dapat bantuan. Tapi tak cukup dengan bantuan one off.

Lebih penting lagi ialah kukuhkan institusi supaya pembahagian harta negara ini lebih telus dan adil.

Kita juga tekankan kecekapan institusi kerajaan di mana rasuah dapat dikurangkan dan ketirisan dikurangkan.

Ini tidak banyak ditekankan dalam bajet PM, contohnya pengukuhan SPRM, Suhakam, dan kehakiman. Ini tidak disebut dalam belanjawan. -mk

Kit Siang JAHAT kerana berjaya menggerunkan rakyat Malaysia... haha...

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

400 Universiti Terbaik - Malaysia kini Tiada dalam Senarai.

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.

Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia.- KLpos

Tiada ulasan: