Khamis, 13 Oktober 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Kerana Curang, Seterika Panas Atas Muka

Posted: 12 Oct 2011 11:00 PM PDT


KULIM: Gara-gara terlalu cemburu, seorang isteri terpaksa menanggung derita akibat melecur di muka selepas ditekap dengan seterika panas oleh suaminya kerana disyaki menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di rumah pasangan itu di Lunas, dekat sini, suspek yang juga anggota pasukan keselamatan berusia 50 tahun, dipercayai hilang sabar dengan kecurangan isterinya berusia 43 tahun berkenaan.

Sumber berkata, lelaki itu yang memendam perasaan marah serta geram dengan perangai isterinya hilang pertimbangan ketika berlaku pertengkaran lalu mengambil seterika panas dan menekapkannya pada muka isterinya sehingga melecur teruk.

Katanya, sebelum ini lelaki itu tidak tahu kegiatan isterinya sering berjumpa teman lelakinya di tempat lain.

"Wanita itu bekerja di sebuah kilang di Kulim dan sering bekerja syif malam memudahkannya menutup hubungan sulit dengan teman lelaki daripada suaminya.

"Ketika berada di rumah, wanita itu pandai menyembunyikan perbuatan salah lakunya itu dan berlagak seperti biasa, sehingga suaminya tidak mengesyaki apa-apa terhadap isterinya.

Kemaluan Putus Kena Mesin Pembajak

Posted: 12 Oct 2011 08:00 PM PDT

MARANG: Tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh di belakang jentera berkenaan yang tiba-tiba bergerak sebelum bilah mata pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus dalam kejadian di sebuah ladang penternakan di Serating, di sini.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu, mangsa seorang lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang berkenaan.

Gambar hiasan

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat bertindak menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang penternakan itu.

"Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan alat berkenaan kemudian dikatakan memulas bahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai memutuskan kemaluannya," katanya.

Menurut sumber itu, mangsa yang kesakitan dan berlumuran darah menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sumber berkata, penyelia ladang ternakan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu, dan laporan berkenaan dirujuk ke Balai Polis Merchang kerana kejadian berkenaan berlaku di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa kemudiannya dihantar untuk rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, bagi menyambung semula kemaluannya yang putus.

Seronok Keluar Dengan Bini Orang, Tiba-tiba...

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

ARAU: Seorang lelaki buaya darat cedera parah apabila dibelasah termasuk cermin keretanya dipecahkan suami kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa membawa isterinya keluar untuk berfoya-foya, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 43 tahun sebelum itu berani apabila keluar bersama isteri orang berusia 40-an yang turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 20-an.

Gambar hiasan

Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa keluar bersama kekasihnya sebelum kenderaan mereka berhenti di lampu isyarat.

Menurutnya, sejurus selepas itu, kereta lelaki berkenaan dihimpit sebuah kereta lain sebelum suami kekasihnya berusia 49 tahun bersama anaknya meluru turun lalu memukul cermin depan dan belakang kenderaan mangsa hingga pecah.

"Mangsa melarikan diri dengan memandu keretanya menghala ke sebuah kawasan kampung di Jejawi Dalam, di sini, bagaimanapun tindakannya diekori suami kekasihnya itu.

"Kereta mangsa sekali lagi dihimpit kenderaan suami kekasihnya sebelum dia dipaksa keluar," katanya.

Menurutnya, mangsa dipukul suami kekasihnya menggunakan kayu mengakibatkan dia cedera di tangan.

Katanya, pergelutan yang berlaku beberapa minit berkenaan disedari penduduk kampung sebelum bertindak meleraikan mereka.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kedua-dua pihak sudah membuat laporan kejadian di Balai Polis Kangar untuk siasatan.

Katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Tiada ulasan: