Selasa, 11 Oktober 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Potong Kemaluan Kerana Kecewa

Posted: 10 Oct 2011 11:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.

Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.

"Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.

Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.

"Pembedahan yang memakan masa hampir dua jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.

"Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan, kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis," katanya.

Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

FB Punya Pasal Aku Label Perempuan Jalang

Posted: 10 Oct 2011 08:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

"Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu," katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

"Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

"Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Dicabul Ketika Tampal Poster

Posted: 10 Oct 2011 05:31 PM PDT


PETALING JAYA: Niat seorang pelajar perempuan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) mahu mencari duit lebih dengan menyebarkan poster di kawasan perumahan bertukar pengalaman menakutkan apabila dia dicabul seorang lelaki kononnya mahu bertanyakan arah di Jalan 17/33, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun mengagihkan poster berkenaan dari rumah ke rumah, dia didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal untuk bertanyakan arah ke sebuah bank.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menunjukkan arah sebelum suspek mengucapkan terima kasih.

"Suspek menghulurkan tangan seperti mahu bersalam, bagaimanapun tanpa diduga, dia mencapai bahagian dada mangsa lalu meramas buah dadanya sambil tersenyum," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Tiada ulasan: