Roslan SMS Corner |
Hudud: Kelantan tak mahu cakap kosong lagi Posted: 27 Oct 2011 12:20 AM PDT Kata Niz Aziz, MB Kelantan sebagaiaman dipetik oleh akhbar The Star: "Era bercakap-cakap berkenaan Hudud sudah berlalu. Sekarang adalah masanya untuk bertindak, tiada lagi cakap-cakap kosong". Beliau berkata demikian apabila menjelaskan kepada pihak media bahawa dengan perlantikan JK Teknikal berkenaan Hudud yang dilantik oleh kerajaan negeri, beliau tidak lagi mahu mengulas atau memperkatakan apa-apa berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan, sebalinya menyerahkan kepada EXCO Agama Ustaz Dato Mohd Amar Nik Abdullah (yang merupakan salah seorang dari anggota JK yang diketuai Timbalan Menteri Besar) untuk mengeluarkan sebarang kenyataan. Adalah dijangkakan JK ini akan bersidang dan kemudiannya mengemukakan syor dan cadangan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan hukum berkenaan di negeri Kelantan, salah nsebuah negeri pertama di Malaysia yang akan mendaulatkan hukum Allah itu. Komitmen kerajaan negeri dalam melaksanakan hukum berkenaan sewajarnya diberi pujian memandangkan itulah kehendak dan kemahuan rakyat negeri Serambi Mekah itu. Sama-sama kita tunggu perkembangannya nanti.
|
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan