Isnin, 24 Oktober 2011

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Abad ini adalah abad Islam

Posted: 24 Oct 2011 03:42 AM PDT

Sementara itu menurut al Jazeera sebentar tadi Parti An Nahda pimpinan pejuang Islam Rashid Ghannoushi dilaporkan mendahalui parti-parti lain dalam pilihanraya umum pertama Negara tersebut setelah kerajaan autokratik pimpinan Presiden Zainal Abidin Ben Ali digulingkan baru-baru ini.

Menurut laporan seramai lebih 90 peratus rakyat Tunisia keluar mengundi semalam bagi menentukan perwakilan di 217 kerusi Dewan Perwakilan yang bakal menentukan perlembagaan baru Negara tersebut serta hala tujunya.

Sekiranya An Nahda menang, sebagaimana dijangkakan, Tunisia juga akan bertukar haluan apabila beralih dari sistem secular kepada sistem Islam yang bakal melihat Negara-negara Arab di Utara Afrika kembali kepada Islam secara terbuka. Selain Tunisia, Libya dan tidak berapa lagi Mesir juga akan menjuarai Islam di Negara masing-masing.

Jika ini berlaku terbukti Islam akan mendominasi dunia Islam baru dan seterusnya menjadi kuasa baru dunia.

Umat Islam tidak lagi berasa rendah diri atau malu untuk mendaulatkan agamanya sebagai satu sistem hidup bernegara dan bermasyarakat. Jelaslah abad ini adalah abad buat Islam. Dan selepas Tunisia, Libya dan Mesir banyak lagi yang akan menyusul termasuklah dengan izin Allah Malaysia nanti.

Libya yang "baru" menjunjung syariah

Posted: 24 Oct 2011 03:14 AM PDT

Berita terbaru dari Libya, Pengerusi NTC (National Transitional Council) atau kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdul Jalil mengumumkan di hadapan ribuan rakyat Libya di Benghazi bahawa dengan kematian Muamar Gadaffi, Libya telah benar-benar dibebeaskan.

Mustafa menyebut yang penting diperingkat ini bagi Negara tersebut adalah agar rakyatnya bersabar, mengamalkan kejujuran dan sentiasa bersifat pengampun. Yang paling penting dalam pengumumannya itu bahawa Libya yang "baru" akan menganuti Hukum Syariah sebagai sumber hukum dan perundangan utamanya. Mana-mana peraturan dan undang-undang yang ada yang bertentangan dengan hukum Tuhan itu akan dikira batal.

Sebagai langkah utama beliau mengisytiharkan sistem perbankan di Libya akan bebas dari riba.

Sejurus pengumuman itu Mustafa telah turun dari pentas dari bersujud syukur menandakan permulaan baru bagi Negara berkenaan.

Dengan pengumuman itu sudah pasti Negara Barat yang banyak menyumbang kea rah kejatuhan Gadaffi dengan harapan akan dapat mempengaruhi dasar dan keputusan Negara Libya yang "baru" itu akan tersentak sekaligus menyedari bahawa tuntutan politik umat Islam "global" kini adalah untuk kembali kepada agamanya dimana-mana sahaja.

Semoga perkembangan terbaru itu memberikan harapan baru kepada umat Islam dimana-mana sahaja dan mudah-mudahan Islam semakin dihormati dan difahami oleh semua pihak. Kita yakin Allah swt telah memperkenankan doa as Syahid Omar Mokhtar dan mereka-mereka yang bersamanya di Libya.

Tiada ulasan: