Selasa, 11 Oktober 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ribuan para graduan bangkit menentang Muhyiddin dan BN

Posted: 11 Oct 2011 09:31 PM PDT

"Guru : Terjamin atau tiada masa depan? BEBERAPA kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik.

Salah satu faktor instrinsik yang dikenal pasti ialah ingin berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999), suasana kerja yang menyeronokkan (Brown 1992) dan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berpeluang melanjutkan pelajaran (Thomas 1984). 
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Kelantan beri pemimpin Pakatan taklimat di pejabat DAP

Posted: 11 Oct 2011 09:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Di sebalik kontroversi yang berterusan, Kelantan mengambil langkah mencari sokongan dengan memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu memperkenalkan hukum hudud. Difahamkan pada majlis penerangan itu, yang diadakan di ibu pejabat DAP di sini petang kelmarin, taklimat diberikan oleh tiga Exco Kerajaan Negeri. Ia susulan mesyuarat khas Pakatan Rakyat dua minggu lalu.
Isu hukum hudud kerajaan negeri Kelantan muncul semula awal bulan lepas ekoran satu pandangan pada seminar syariah nasional di Kota Baru.
Read More / Baca Lagi >>

Hebat...Terbang Pun Boleh Melakukan Hubungan Sulit!! Ni apa hal...Jakim tido ker..!!!

Posted: 11 Oct 2011 09:26 PM PDT

 MUKA belakang buku yang mencetuskan kontroversi

Kelab Taat Suami (KTS) yang pernah menimbulkan kontroversi kerana meminta isteri melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama,' sekali lagi menimbulkan keresahan masyarakat apabila menerbitkan buku mengenai seks suami isteri yang diulas secara terperinci perlakuan berkenaan. -BH

Pendidikan seks versi Al-Arqam. Hebat...dah mati pun masih difikirkan tentang hubungan suami isteri Abuya.  Sambil terbang pub boleh!!

NAK BUAT MACAM MANA ? PEROMPAK LANTIK PENYAMUN !

Posted: 11 Oct 2011 09:24 PM PDT

Bagi Penyamun Jaga Harta Rakyat Pakat Lingkup Habis La.
Pelantikan Isa Samad baru-baru ini sebagai ketua Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) adalah tidak sah kerana beliau tidak layak untuk menjadi ahli dalam persatuan itu, kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution. Beliau yang mendakwa memetik sumber-sumber dalam gergasi perladangan negara itu berkata lembaga pengarah KPF telah meluluskan kemasukan Isa sebagai ahli lembaga berkenaan tanpa mengambil kira undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal koperasi.
Read More / Baca Lagi >>

Kembalikan kesopanan ke dunia siber

Posted: 11 Oct 2011 09:22 PM PDT

Oleh RAHMAN SHAARI
Saya pernah menulis puisi bertajuk Usia Pendidikan. Saya akan menyentuh isinya, sekurang-kurangnya saya merasakan usia pendidikan amat penting untuk dibicarahttp://www.picgifs.com/graphics/i/internet/graphics-internet-042681.jpgkan. Saya berpandangan, usia pendidikan terlalu panjang. Agama ALLAH sejak dahulu kala telah mendidik umatnya.
Nabi Muhammad dan nabi-nabi sebelumnya diturunkan (antara lain) untuk membaiki akhlak. Segala agama menganjurkan kebaikan, dan tidak kecil jumlah ahli falsafah serta tokoh moral memberikan pengajaran tentang kebaikan.

Oleh itu, tahun ini yang akan berakhir – sewajibnya menjadi tahun orang berbuat baik, tiada keburukan. Saya bermaksud mengatakan sesuatu yang lebih jauh, iaitu manusia pada zaman ini seharusnya tidak jahat, kerana pendidikan terlalu lama wujud di dunia. Read More / Baca Lagi >>

60 Kumpulan Nasyid Akan Sertai Himpunan Sejuta Umat

Posted: 11 Oct 2011 09:14 PM PDT

SEBANYAK 60 buah kumpulan nasyid kontemporari yang bergabung dibawah Gabungan Penasyid-Penasyid Malaysia (Munsyid) akan ikut sama mengambil bahagian dalam Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan pada 22 Oktober bertempat di stadium Shah Alam nanti.

Wakil gabungan berkenaan telah menyatakan persetujuan untuk ikut sama memberi komitmen dalam himpunan berkenaan Isnin lalu dalam satu pertemuan dengan pihak Sekretrait Himpunan yang di pejabat kumpulan nasyid Rabbani di Bandar Manjaralara, Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

More abuse of power? Confirmed, the Najibs used govt plane for "private" visit

Posted: 11 Oct 2011 09:10 PM PDT

More abuse of power? Confirmed, the Najibs used govt plane for "private" visitPrime Minister Najib Razak's office has confirmed that he left for a "private visit" to Perth, Australia on August 31, a day when Malaysians were celebrating Independence from British rule in 1957.
The PM and his family had sneaked off for their holiday without informing the country, which ran counter to protocol, and worse still, it was later discovered that the Najibs and their guests had flown there using the government's jet plane reserved for official use.
"For the House's information, YAB Prime Minister's visit to Perth, Australia from 31 August to 3 September 2011 was a private visit," said the written reply to a question raised by PKR MP for Batu Tian Chua.
Between damage control and outright lies
The PM had last appeared in the King's Palace for a Hari Raya function on August 30. News then leaked out that he had flown off on Merdeka Day, riling many Malaysians wo were already disgusted at his lavish spending and suspected abuse of government facilities for his personal use.
To compound matters, Najib's advisers tried to damage-control by insinuating that the trip was for official purposes and Najib had gone to attend a dinner for students in Perth. But Najib and family flew out on Wednesday, while the dinner took place on Saturday night.

To make matters worse, national news agency Bernama reported the students as praising Najib to the skies.
Read More / Baca Lagi >>

Kebebasan Ekonomi Malaysia jatuh ke tangga 78

Posted: 11 Oct 2011 09:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia jatuh di tangga ke 78 dari 141 negara dalam Senarai Indeks Kebebasan Ekonomi Sedunia, dalam laporan tahunan 2011 yang dikeluarkan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).
"Pada tahun lalu, Malaysia berada pada tangga ke 77. Tetapi tahun ini, kita jatuh satu tangga ke angka 78. Sebenarnya, kedudukan Malaysia jatuh sejak beberapa tahun dan ini trend membimbangkan," Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dipetik sebagai berkata.
Indeks berkenaan mengukur kebebasan ekonomi dari skala 0 hingga 10, dengan 0 adalah yang terendah dan 10 yang terbaik.
Skor Malaysia dalam setiap ukuran kategori pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu dari segi saiz kerajaan, laluan kepada kewangan yang mantap dan kebebasan untuk berdagang di arena antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s handouts no boon for economy, says WSJ

Posted: 11 Oct 2011 09:07 PM PDT

Najib's Budget prioritises electoral support over needed economic reforms, said the WSJ. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 12 — By offering handouts instead of reforming the national economy, Datuk Seri Najib Razak is not helping Malaysia grow, the Wall Street Journal (WSJ) said yesterday. The US newspaper criticised the prime minister for failing to follow through on previous pledges to overhaul lopsided economic policies and laws that favour Bumiputeras on a larger scale.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih RM1 Juta Belanja Ke Kazakhstan, PM Paling Boros

Posted: 11 Oct 2011 09:01 PM PDT


Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO jahanamkan minda Melayu dengan SEX dan HANTU

Posted: 11 Oct 2011 08:58 PM PDT

Para bijak pandai di Negara ini sudah mula menghidu permainan jahat UMNO dalam menghancurkan minda orang-orang Melayu supaya terus menjadi bangsa yang takut, jumud dan khayal. Tiga unsur tersebut (takut, jumud dan khayal) akan menyebabkan Melayu menjadi bangsa yang mudah diperbodohkan.

Baru-baru ini Presiden UMNO secara tidak sengaja mengakui bahawa parti tersebut hanya laku di luarbandar yang secara umumnya tahap keupayaan mereka mengakses maklumat lebih rendah berbanding Melayu di Bandar. Realitinya di Malaysia, semakin rendah taraf pendidikan semakin kuat mereka menyokong UMNO Be End. Ini berpunca dari golongan tersebut 'tertinggal keretapi' dari segi mendapat maklumat yang tepat dan benar. Mereka hanya menonton TV3, RTM dan membaca Utusan Malaysia yang sarat dengan bahan fitnah dan penipuan.
Read More / Baca Lagi >>

Hidup mati Ahmad Atory hanya di betis Umno

Posted: 11 Oct 2011 08:52 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli akademik pro-UMNO, Profesor Doktor Ahmad Atory Hussain daripada Universiti Sains Malaysia (USM) seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 12 Oktober 2011 di halaman N2.
Di dalam kenyataan tersebut, beliau berkata bahawa PAS tidak mempunyai pilihan lain kecuali memperjuangkan hudud untuk mendapat sokongan ramai. Dengan tajuk berita Hidup mati PAS pada hudud, Ahmad Atory berkata, survival PAS bergantung kepada penampilannya dalam memperjuangkan hudud dan jua model pemerintahan Islam.
  • Ahmad Atory nyata sekali memperlihatkan sikapnya yang pro-UMNO untuk kesekian kali dengan memberikan kenyataan seperti ini. DPPNK ingin menegaskan bahawa usaha untuk melaksanakan hudud bukannya berkaitan dengan soal hidup atau mati perjuangan PAS, tetapi hidup dan mati manusia yang mengaku Islam. Perjuangan untuk melaksanakan hudud bukanlah terpikul di atas bahu PAS semata-mata tetapi juga ke atas bahu UMNO yang turut mengaku Islam dan juga Ahmad Atory yang tentunya mengaku Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Walau ditohmah, DAP tetap berdiri

Posted: 11 Oct 2011 08:47 PM PDT

12 OKTOBER – Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukan parti populis murahan yang mahukan kuasa dengan apa cara sekali pun. Rekod perjuangan DAP menunjukkan oportunisme bukan apa yang DAP utamakan.
Kesabaran dalam kepedihan kerana dikutuk, dihina, ditangkap, dipenjarakan adalah asam garam yang membentuk DAP hari ini sejak ditubuhkan 45 tahun yang lalu.
Walau dibenci lawan atau pun kadangkala dicurigai kawan, adalah perkara biasa buat DAP yang sejak penubuhannya secara rasmi pada 18 Mac 1966, komited dengan berjuang untuk mewujudkan bangsa Malaysia atau Malaysian nation.
Read More / Baca Lagi >>

Keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi

Posted: 11 Oct 2011 08:41 PM PDT

Penarik Beca
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Sikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung bebannya, kata Naib Presiden PAS Salahuddin.

"Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai 'projek Taek Jho Low' menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan di dalam perlaksanaan Rolling Plan Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Read More / Baca Lagi >>

Kembalikan Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Posted: 11 Oct 2011 08:40 PM PDT

Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bertindak menolak cadangan untuk kenaikan elaun Ahli Parlimen seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

Tindakan ini diambil kerana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lebih mendahulukan kesusahan dan keperitan yang masih ditanggung oleh rakyat berbanding keutamaan diri mereka sendiri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang telah mengumumkan bahawa kenaikan elaun tersebut terpaksa ditarik balik kerana TIDAK mendapat persetujuan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Missing: The Auditor-General’s report

Posted: 11 Oct 2011 08:38 PM PDT

Missing: The Auditor-General's report Something has been missing prior to the debate of the 2012 Budget in parliament yesterday, as pointed out by Opposition Leader who is also the former Finance minister, Anwar Ibrahim.
"Unfortunately, we are debating the budget today, but the Auditor-General's report has not been presented," Anwar told Dewan Rakyat yesterday.
He questioned whether the delay was deliberate to prevent members of parliament from discussing the Auditor-General's contents.
In his response to the budget tabled by prime minister Najib Razak last Friday, Anwar accused Najib of repackaging past failed programmes and unfulfilled promises under new names requiring large amounts of money.
The Permatang Pauh MP also lashed out at Najib's growth projection of 5 to 6 percent for 2012, saying that the number was way too high based on various analysis and research.
Read More / Baca Lagi >>

Kepentingan politik halang PM laksana pembaharuan

Posted: 11 Oct 2011 08:37 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendapatkan mandat lebih besar pada pilihan raya umum akan datang dan juga pemilihan Umno bagi melaksanakan beberapa pembaharuan yang dicadangkannya.

Jika tidak, kata ketua pegawai eksekutif  Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS)Wan Saiful Wan Jan, kepentingan politik lain akan menghalang usaha seumpama itu.
Read More / Baca Lagi >>

MPs’ pay

Posted: 11 Oct 2011 08:35 PM PDT

OCT 12 — Whether or not to adjust the pay of Member of Parliament reminds me of something.
Not too long ago, I had lunch with an MP with a government post at an average restaurant in town.
When the bill finally arrived at the end of lunch, the MP was petrified and speechless momentarily. He took off his glasses and brought the bill closer to his nose to get a better look of it, and burst into laughter all of a sudden.
His reaction was somewhat horrendous. I was thinking he could have been taken advantage of by people.
After he picked up his senses again, he blurted out slowly, "Only RM250! Have not been having lunch this cheap for some time!"
Read More / Baca Lagi >>

Berdoalah pada waktu yang sesuai lagi afdal agar diterima Allah

Posted: 11 Oct 2011 08:32 PM PDT

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
OLEH kerana berdoa mohon sesuatu daripada Allah SWT itu adalah ibadat, maka ia mempuhttp://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2008/08/nikaziz2.jpgnyai adab tertentu bagi menunjukkan kesopanan akhlak yang mulia kepada Tuhan Yang Maha Mulia.
Adab tatasusila berdoa itu sepuluh perkara, pertamanya; meskipun boleh berdoa setiap waktu sepanjang hari, namun sayugia tidak abai mencari saat yang mulia menurut pandangan Islam.

Sebagaimana kegiatan harian seperti makan minum, tidur baring ada waktunya yang baik dan sesuai. Apatah lagi berdoa kepada Allah SWT ada beberapa ketika yang Tuhan anjurkan sebagai detik yang baik, untuk mendapat kemustajaban dan keberkatan-Nya.Read More / Baca Lagi >>

Bahasa Melayu perlu pejuang

Posted: 11 Oct 2011 08:31 PM PDT

Oleh PROF SOHAIMI ABDUL AZIZ
Kekuatan dan martabat bahasa Melayu telah diruntuhkan kerana bahasa Melayu tidahttp://www.ibnjuferi.com/wp-content/uploads/bahasa-melayu-400x300.jpgk lagi dianggap sebagai bahasa ilmu atau bahasa perpaduan.
KENGERIAN sejumlah kecil pejuang bahasa Melayu tegar semacam hilang apabila kerajaan Malaysia pada 2009 mengumumkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang bermula pada 2003 ditamatkan di peringkat sekolah pada tahun 2012.
Namun kengerian itu kelihatan kembali setelah wujud desakan pihak tertentu seperti Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak PPSMI diteruskan.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin terdahulu beri asas kukuh PAS hari ini

Posted: 11 Oct 2011 08:30 PM PDT

JERIH PERIH perjuangan pemimpin PAS terdahulu telah memberi asas yang kukuh kemaraan parti Islam terbesar ini memimpin perubahan. Dasar tahaluf siasi yang diperkehttp://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/06/mustafa-ali-web.jpgnalkan telah menjalankan kerjasama lebih erat antara PAS dengan partiparti bukan Islam seperti DAP dan KeADILan. Ikuti bicara ringkas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, mengimbas kembali sejarah PAS sepanjang tempoh 60 tahun parti Islam ini menarah politik Malaysia. Wartawan INTAN ABDULLAH ada butirannya.

Apa beza PAS dahulu dengan sekarang ?
MUSTAFA ALI: Memang pada permulaan perjuangan PAS tumpuan sasaran lebih kepada umumnya masyarakat Melayu- Islam. Sejak daripada penubuhannya sampai kepada 1970- an dan awal 1980- an. Itulah asasnya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS bebas dari belenggu individu dan parti politik lain

Posted: 11 Oct 2011 08:30 PM PDT

Oleh Mohd Hashim
MESKIPUN jelas terdapat matlamat dan tujuan PAS, tetapi pemerhatipemerhati politik mengangghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmV9MvhgYu5eP-Hd_Gib8lKIenVmUW5nGpSqG0MBFdrWBscowc6ceZrg-dVRwAr0AOSvbR8yvXLjwGjzve6Gu8ZVNYXmyK1D-WsluvpdrLKwWp6dE8MVRkzlqh-bRFSqnnK6lAsRrF71M/s210/PAS-elections.jpgap penubuhan serta pengisytiharan PAS sebagai sebuah parti politik baru masih tidak mempunyai alasan kukuh bagi kewujudannya.
Tetapi apa yang jelas, tokohtokoh MATA dan Hizbul Muslimin tetap bersama-sama, sentiasa mengawasi dan mempengaruhinya.
 
PAS juga menyatakan, ia merupakan sebuah pertubuhan yang bebas dari pengaruh manamana parti politik, terutamanya selepas dua persidangan politik penting yang telah diadakan di Malaya. Persidangan tersebut ialah:
National Conference
Read More / Baca Lagi >>

Pegawai Imigresen Maut Terjatuh Dari Kondominium ..!!!

Posted: 11 Oct 2011 07:55 PM PDT


Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat untuk siasatan.


MAUT... Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, untuk di hantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah yuran sekolah 2012 percuma?

Posted: 11 Oct 2011 07:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan.
"Apakah maksud yuran percuma?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu.
Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana  dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti.
"Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bob Lokman : Saya tiada minat sertai PRU

Posted: 11 Oct 2011 07:38 PM PDT

Bob Lokman (tengah) menghadiri majlis PAS dari gambar fail.
KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin atas dakwaan memberi ceramah agama tanpa tauliah berkata, beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, sebaliknya hanya mahu berdakwah. Katanya, beliau lebih mengutamakan pemantapan akidah dan iman umat Islam di negara ini berbanding menceburi bidang politik yang disifatkannya sebagai rumit.
"Saya tidak berminat untuk menyertai politik, bukan bidang saya. Saya lebih mengutamakan kewajipan membantu umat Islam di negara kita ini supaya iman dan akidah mereka menjadi lebih mantap, saya tidak minat politik, rumit," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: