Ahad, 9 Oktober 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PAS mahu kemuka petisyen gesa tubuh suruhanjaya siasat Gani Patail

Posted: 09 Oct 2011 09:29 PM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Okt — PAS akan mengemukakan satu petisyen agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi menyiasat Peguam Negara, sekali gus menolak keengganan Putrajaya untuk mendakwa Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes rasuah.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa petisyen itu bertujuan mengenakan tekanan ke atas kerajaan mengambil tindakan tegas.
Katanya, tindakan kerajaan secara berterusan tidak mempedulikan siri dakwaan berhubung salah laku peguam negara adalah sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

LIVE PARLIMEN : HUJAH BAJET 2012 BERSAMA KETUA PEMBANGKANG

Posted: 09 Oct 2011 08:25 PM PDT


LIVE HUJAH BAJET 2012 BERSAMA DS ANWAR JAM 11.30 PAGI - 10-10-2011

Kita silap catur kerja penerangan?

Posted: 09 Oct 2011 08:10 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya
Untuk mengubah minda pengundi, harus memikirkan empat kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil maksimum
 
DUNIA hari ini fikiran manusia makin kreatif dan inovatif. Manusia sentiasa berfikir bagaimana mencipta bahan baru dahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrLmLItVJaPMxSxjnf6R1jkP2yimSigGUpINp0g8Gc8nUZ0WsUXun19uaGCHmksmKoFeGno0C9MeNDzWgM1qqXEWAz0Nha9VCy-IyMy5Y7UkIYCqW-5_MHF15t0x0BrAQPHq6O8y48eJs/s1600/social-media-baru.jpgn mempelbagaikan rekaan.Tujuannya satu: Hendak mencari jalan pintas memudahkan urusan. Begitu juga kaedah dalam melakukan sesuatu; pelbagai kaedah baru dikenal pasti dan direka bagi memudahkan kerja tetapi mendapat hasil yang maksimum.

Read More / Baca Lagi >>

Apa salahnya pinda Perlembagaan Persekutuan?

Posted: 09 Oct 2011 08:08 PM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
ADA pihak mengatakan isu pelaksanaan hudud di negara ini menjejaskan imej politihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz-7GysgudQaxnCMgKFjcSlGAGNSBd4k6DuqLUNhEAQV0P32lN2PG7dmArp_itBwNd43Ni-Ew-DMc7KGiM2u6B_e2QlZQlBX0n19HoqDDKghiZ4GohqwOSBU6zIeYwloAGeXHcVVC7_u8D/s320/Perlembagaan.JPGk PAS, sehingga dikatakan ada di kalangan pendukung parti itu sendiri tidak setuju pemimpin mereka membangkit isu ini.
Kononnya ia menakutkan bukan Islam daripada terus mengundi PAS dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.Bagaimanapun isu ini kelihatan semakin mengasak BN, khususnya Umno, apabila segala dolak-dalih disuarakannya akhirnya kembali menikam parti itu dan rakan-rakannya dalam BN.

Read More / Baca Lagi >>

Jalan keluar dari bulatan politik

Posted: 09 Oct 2011 08:08 PM PDT

Oleh Lim Hong Siang
SERING kali kita mendengar frasa berbunyi "Malaysia kini berada di persimpangan politik"http://emilsl.files.wordpress.com/2009/04/persimpangan.jpg?w=386&h=364, ketika ahli akademik, penganalisis mahupun politikus menggulung ucapannya.
Namun untuk saya, kebanyakan masanya kita hanya berlegar-legar dalam bulatan politik. Tulisan atau kritikan yang dikemukakan satu dekad yang lalu, ada kalanya masih "relavan" untuk senario terkini.

Read More / Baca Lagi >>

Oposisi kuat, rakyat untung

Posted: 09 Oct 2011 08:07 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas Belanjawan 201http://4.bp.blogspot.com/-0lcpxlUvzDk/TnuF59fCA5I/AAAAAAAAAaY/UlXh6DvG4Go/s1600/budget-2012-najib-tun-razak.jpg berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkannya sebagai "belanjawan pilihan raya". "Kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kepada mereka ... bila election nak diadakan? Bila?" soalnya kepada wartawan.
"Jelas ia merupakan helah pi lihan raya," kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam ba jet itu dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat. "Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salah urus dan pembaziran tidak ditangani.
Read More / Baca Lagi >>

Terkejut Kerajaan Laksana Sistem Syif Tiga Waktu

Posted: 09 Oct 2011 08:05 PM PDT

Tindakan kerajaan yang merancang untuk melaksanakan sistem syif tiga waktu dalam 24 jam sehari mengejutkan doktor yang berkhidmat dengan hospital kerajaan.
Ini kerana sistem syif tiga waktu tidak pernah diterima atau dilaksanakan di luar negara. Ada pro dan kontra apabila ia dilaksanakan.
Kebaikan pertama, isu waktu kerja yang panjang dan memenatkan dapat diselesaikan dengan mudah dan doktor muda dapat masa berehat secukupnya.
Maka, isu doktor keletihan ataupun terbabit dengan kemalangan selepas sehari suntuk bekerja dapat diatasi.
Kedua, dengan masa rehat yang mencukupi, sudah tentu doktor muda dapat bertugas lebih baik dan mengelakkan kesilapan ketika bertugas.
Read More / Baca Lagi >>

60,000 Pelajar 12-18 Tahun Ketagih Facebook

Posted: 09 Oct 2011 07:58 PM PDT


Kuala Lumpur, 10 Okt : Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).
Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Read More / Baca Lagi >>

Enggan Terima Penuntut Berpurdah, Universiti Diserang

Posted: 09 Oct 2011 07:57 PM PDT

Tunis, 10 Okt : Sekumpulan aktivis menyerbu sebuah universiti di Tunisia, Sabtu lalu, kerana enggan menerima kemasukan seorang pelajar wanita berpurdah, mendedahkan suasana tegang dalam isu agama yang dijangka menjadi fokus pilihan raya bulan ini.
Pilihan raya Tunisia bermula pada 23 Oktober, pilihan raya pertama sejak pemberontakan penduduk meletus di beberapa negara Arab.
Read More / Baca Lagi >>

Will Najib’s election goodies be enough?

Posted: 09 Oct 2011 07:56 PM PDT

Ooi Kee Beng

OCT 10 — The annual budget is a powerful weapon for the Malaysian government, and never more so than when national elections are impending. Datuk Seri Najib Razak's third budget as prime minister, announced last Friday, definitely signals that elections are indeed on the way.
Beleaguered as his government must feel — after the Bersih demonstration in July turned into a bigger anti-government event than it needed to be — when major economic indicators are all pointing the wrong way and with only 1½ years left before a general election has to be held, it was wiser for Najib not to postpone the use of this weapon until next October.
In fact, there is no reason for him to believe that the political and the economic situation will improve over the coming year. Political scepticism runs high in Malaysia and even his recent initiative to repeal the unpopular Internal Security Act (ISA), to lift three declarations of emergency and end the requirement for annual renewal of printing licences was given a lukewarm reception.
Read More / Baca Lagi >>

Parah jika BN tawan semula Selangor

Posted: 09 Oct 2011 07:50 PM PDT

Calon MB Selangor
Dunia belum lagi kiamat, tetapi berita kiamat sudah acap kali ditulis dan menjadikan setiap manusia mesti bertaubat dan insaf segala perbuatan maksiat serta menentang suruhan Tuhan. 2012 telah difilemkan kejadian dunia ini kiamat, tetapi adakah benar kiamat atau sekadar malapetaka besar?
Selangor kini sudah dikenal pasti akan ditawan BN selepas PRU13, adakah ia hikmah dan nikmat atau ianya malapetaka besar bagi penduduk negeri Selangor yang telah menikmati kehidupan yang diberikan secara percuma air serta beberapa pembangunan walaupun ekonomi negara dan dunia menguncup.
Read More / Baca Lagi >>

Bersedialah kenaikan harga barang

Posted: 09 Oct 2011 07:49 PM PDT

Orang ramai dan pengguna di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan berlaku peningkatan harga barangan harian secara mendadak dalam masa terdekat.Ini berikutan pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak mengambil kesempatan menaikan harga barangan.
Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Read More / Baca Lagi >>

GAJI PEKERJA DI NAFI, AP MINTA ELAUN NAIK BERAPI-API ..!!!

Posted: 09 Oct 2011 07:45 PM PDT

Memang muka tak malu Ahli Parlimen dan menteri kabinet BN terhegeh2 nak elaun naik. Tahu pula elaun nak naik kerana baru sedar atau jadi alasan harga barang naik?
Masa rakyat komplen harga minyak naik mereka(Ahli PArliemn BN) kata naiklah basikal atau motosikal atau bas kalau nak jimat. Bila harga gula naik ,mereka(AP BN) kata kena kurangkan gula dalam pemakanan seharian supaya sihat dari kencing manis.
Bila kena kat batang hidung baru tersengih-sengih mengendeng nak elaun naik.

Read More / Baca Lagi >>

'Orang Bandar Tak Sokong BN'-Najib

Posted: 09 Oct 2011 07:42 PM PDT

Najib :BN jangan hanya jadi parti luar bandar-M'insider

Dalam mesej mahu menawan semula kerusi-kerusi tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadi parti diterima setiap lapisan masyarakat, bukan hanya disokong pengundi luar bandar. "Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN.
"Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur," kata Perdana Menteri pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kurang Ajar : Najib Dah Hina Petani & Nelayan.

Posted: 09 Oct 2011 07:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat.

Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai"
Read More / Baca Lagi >>

Loji rawatan kumbahan beri manfaat pada 50,000 penduduk

Posted: 09 Oct 2011 07:28 PM PDT

KOTA BHARU, 10 Okt: Dalam usaha menjaga alam sekitar termasuk sumber air selain melaksanakan pengurusan perkhidmatan pembentungan bagi kesejahteraan dan keselesaan rakyat, kerajaan negeri mempertingkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatannya.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagi mengambil alih tanggungjawab khususnya membabitkan pengurusan dan perkhidmatan pembentungan yang dahulunya dikendalikan pihak berkuasa tempatan, kerajaan telah menubuhkan syarikat pembentungan negeri, Majaari Services Sdn Bhd.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Berkebajikan: Najib tak faham atau buat-buat tak faham

Posted: 09 Oct 2011 07:28 PM PDT

Dalam membentangkan Bajet 2012 Jumaat lepas, sempat lagi PM Najib menyindir konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS. Katanya: "Kita kini mendengar pihak-pihak tertentu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan? "
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Gangster Dalam Filem BINI-BINIKU GANGSTER

Posted: 09 Oct 2011 07:24 PM PDT

Zul Suphian (kiri) bersama Boy dalam salah satu adegan filem Bini-biniku Gangster


Nampaknya imej Umno adalah gangster, dan gangster sebagai Umno tidak dapat dipisahkan. Filem aksi komedi terbaru terbitan Metrowealth Pictures iaitu Bini-Biniku Gangster dengan jelas menunjukkan watak seorang anggota kumpulan gangster yang dilakonkan oleh Zul Suphian dalam filem ini kerap kali dilihat memakai logo 1Umno pada bajunya.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2012 bukan seperti ‘saudagar mimpi’ membawa ‘gula-gula beracun’

Posted: 09 Oct 2011 07:21 PM PDT

Hassan Mohd Noor

10 OKT — Di mana sahaja rakyat Malaysia berada, semuanya mendapat faedah hasil pembentangan Bajet 2012 pada Jumaat lalu. Sedikit sebanyak mereka tetap merasainya.
Sama ada di kota atau di desa, masing-masing mendapat habuan. Tanpa mengira profesion atau pekerjaan harian mereka — buruh, peladang, penternak, nelayan, guru, kakitangan awam dan sebagainya mendapat manfaat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pesara yang tidak bekerja juga mendapat nikmat. Malahan golongan gelandangan juga tidak dilupakan.
Memang benar kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Razak: "Ia (bajet 2012) tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah, sekalipun menengah atau tinggi, dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa.". Begitulah janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib. Maka tidak hairanlah ada yang "terkejut beruk", "mati akal" atau seperti "cacing kepanasan" dengan bajet ini yang dianggap praktikal, realistik dan holistik.
Read More / Baca Lagi >>

Indonesia dakwa Malaysia ‘rampas’ lebih 1,400 hektar dekat Sarawak..cuba tanya Taib..!!

Posted: 09 Oct 2011 07:17 PM PDT

JAKARTA, 10 Okt — Ahli-ahli Parlimen Indonesia mendakwa negara itu berhadapan dengan risiko kehilangan lebih 1,000 hektar tanah di kawasan Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Malaysia.
Satu lawatan kerja Suruhanjaya Dewan Perwakilan I memutuskan bahawa kawasan seluas 1,400 hektar di Camar Bulan di wilayah Sambas dan juga 80,000 meter persegi di Tanjung Datu boleh diambil oleh Malaysia, demikian menurut timbalan pengerusi suruhanjaya itu Tubagus Hasanudin.
Read More / Baca Lagi >>

PAS jangka rakyat akan ditekan selepas PRU-13 jika BN terus berkuasa.

Posted: 09 Oct 2011 07:16 PM PDT

PAS menjangkakan beberapa kaedah pencukaian baru akan dikenakan ke atas rakyat manakala subsidi yang dinikmati sekarang akan ditarik balik selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.
Read More / Baca Lagi >>

BN sembunyi dapat dana sehingga PRU13?

Posted: 09 Oct 2011 07:13 PM PDT

BN sembunyi dapat dana sehingga PRU13? KUALA LUMPUR - Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)?
Begitulah reaksi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat yang lalu.
Bajet 2012 yang diumumkan Najib memperuntukkan jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan buat 14 tahun berturut-turut, dengan anggaran defisit 4.7 peratus bagi tahun 2012 berbanding 5.4 peratus bagi tahun 2011 yang merupakan unjuran yang sangat optimistik berbanding situasi suku ketiga 2011 yang ditampung oleh impak kenaikan pendapatan hasil daripada sumber komoditi dan bahan asli.
Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim Ali sleeps, Najib holidays in Perth; and they get a pay rise!

Posted: 09 Oct 2011 07:12 PM PDT

Ibrahim Ali sleeps, Najib holidays in Perth; and they get a pay rise!"All right, hands up, all those who think Pasir Mas MP Ibrahim Ali and Prime Minister Najib Razak deserve a pay rise. No, not you, Ibrahim, you can't vote for yourself! And Rosmah, you can't vote for Najib either!"
One of the more mind-boggling announcements that PM Najib made during his budget speech was that Ibrahim Ali would receive higher allowances next year. This was just after he was caught sleeping in Parliament. What message is Najib sending out here? That laziness and sleeping on the job is to be rewarded? Unless Najib wants to reward him for being a fascist lunatic  leading a bunch of racist thugs.
Well, of course all the other BN MPs, including Najib, also are to receive more. And we must ask at this point; for what, precisely? For ruining the economy? For aggravating race relations? For rising prices?  Because that is mostly what BN's MPs have been busy doing.
Read More / Baca Lagi >>

Elaun ahli Parlimen dijangka naik dua kali ganda

Posted: 09 Oct 2011 07:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Ahli-ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.
The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

PKR mahu Khalid disingkir sebagai MB Selangor?

Posted: 09 Oct 2011 07:02 PM PDT

Hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh sehingga ada kumpulan wakil rakyat parti itu mendesak pimpinan parti supaya memecat Menteri Besar Selangor itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: