Sabtu, 22 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Perhimpunan HIMPUN Gagal, Sekadar 1000 Yang Hadir

Posted: 22 Oct 2011 03:22 AM PDT

Ibrahim Ali bersama ahli-ahli Perkasa yang hadir

SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.

Berdasarkan tinjauan beberapa unit media, jumlah peserta yang hadir dianggarkan kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur. Jumlah itu juga dipercayai kurang berbanding jumla peserta pada demonstrasi solidariti untuk Aziz Bari di UIAM semalam.



Kira-kira jam 3:15 petang Presiden Perkasa Ibrahim Ali tiba bersama ahli-ahlinya dan mengambil tempat duduknya di pentas utama bersama Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.


Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang.

ADIDAS KAMPUNG Juara

Posted: 22 Oct 2011 02:09 AM PDT

KUNDASANG, 22 Okt -- ADIDAS KAMPUNG... Juara acara mendaki Gunung Kinabalu kategori wanita antarabangsa Kuilin Gonggot (kanan) menunjukkan kasut getah atau lebih dikenali di Sabah dengan panggilan 'adidas kampung' berharga RM5 yang dipakainya kepada juara kategori lelaki veteran Yusof Sumbad di sini hari ini.

Kedua-dua peserta ini memakai kasut adidas kampung setiap kali mengikuti acara larian antarbangsa mendaki Gunung Kinabalu. Acara larian antarabangsa mendaki Gunung Kinabalu merupakan acara paling mencabar di dunia.

Peserta Malaysia Yusof Sumbad menjuarai kategori veteran acara antarabangsa mendaki Gunung Kinabalu di Taman Negara Gunung Kinabalu hari ini.

SAYA JUARA.. Peserta Malaysia Kuilin Gonggot dijulang oleh keluarga dan saudara terdekat selapas menjuarai acara larian antarabangsa mendaki Gunung Kinabalu kategori wanita di sini hari ini.

Kredit : Bernama

Lelaki Lakukan Pembedahan Payudara Elak Dari Ditangkap

Posted: 21 Oct 2011 11:25 PM PDT


Seorang lelaki di China telah melakukan pembedahan pembesaran payu dara supaya dia boleh menyamar sebagai seorang wanita untuk mengelakkan dirinya daripada ditangkap kerana mencuri.

Dia mencuri 7,000 yuan (RM3,300) dari pemilik kedai gunting rambut di Changzhou, Wilayah Jiangsu.

Lelaki berusia 21 tahun itu akhirnya ditangkap oleh polis di Wilayah Xinyang, Henan.

Polis mendapati bahawa ciri-ciri lelaki pada diri Ming telah dikurangkan kerana pembedahan.

Ming menjalani pembedahan payudara di sebuah klinik swasta dan turut mengambil hormon wanita untuk kelihatan seperti seorang wanita yang sebenar.

Ming akan dimasukkan ke dalam pusat tahanan selepas polis mengesahkan jenis jantina beliau.

Sebatang Rokok, Sebotol Air TERAKHIR Mutassim Gaddafi

Posted: 21 Oct 2011 04:19 PM PDT

Selepas dia ditangkap, gambar menunjukkan anak kepada Kolonel Gaddafi, Mutassim sempat meneguk air dan menghisap rokok. Sambil duduk bersandar ke dinding, anak lelaki kelima Gaddafi ini berpakaian baju yang berlumuran darah tetapi tidak kelihatan mengalami kecederaan yang parah.

Namun beberapa minit kemudian, gambarnya yang sudah meninggal dunia terbaring di atas pengusung dengan kesan tembakan di leher dan dada.

Hidup: Mutassim Gaddafi meminum air minuman dan mengisap sebatang rokok sebelum meninggal dunia dalam Sirte.


Kelihatan luka pada leher Moutassim dan pakaiannya yang berlumuran darah, sambil dia kelihatan sudah berputus asa dengan nasibnya.


Detik-detik sebelum kematian: Mutassim terbaring di atas sofa, dengan baju putihnya yang berlumuran darah selepas dia ditangkap.


Beberapa siri gambar dari telefon bimbit mula menimbulkan persoalan tentang punca kematian Mutassim pada Khamis lalu. Ada pegawai-pegawai yang pada mulanya berkata pemuda berusia 34 tahun itu terbunuh ketika di dalam pertempuran senjata terakhir di Sirte. Kemudian ada pula yang mengeluarkan kenyataan bercanggah apabila berkata beliau ditangkap hidup-hidup selepas cuba untuk melarikan diri dari bandar dengan bapanya.

Imej-imej yang dirakamkan membuktikan dia telah ditangkap hidup-hidup, tetapi apakah punca yang menyebabkan kepada kematiannya masih tidak jelas.


Mati: Mutassim Gaddafi akhirnya juga terbunuh dalam pertempuran di Sirte

Mutassim adalah Penasihat Keselamatan Negara kepada bapanya, walaupun pernah menjadi dalang disebalik cubaan rampasan kuasa yang gagal terhadap Gaddafi ketika ia remaja.

Beliau menikmati gaya hidup mewah di Tripoli, dan pernah memberitahu bekas teman wanitanya Talitha van Zon bahawa dia pernah menghabiskan £1.3juta sebulan untuk berhibur. Model glamor dari Belanda itu berkata Mutassim terbang ke pulau St Barts di Caribbean setiap kali perayaan Krismas dengan Boeing peribadi bersama teman-temannya.

Beliau pernah membayar beberapa penyanyi seperti Beyonce dan Mariah Carey untuk menyanyi di dalam majlis partinya, di mana para tetamu yang hadir termasuklah Jon Bon Jovi, Lindsay Lohan dan penyanyi rap Jay-Z.

Miss van Zon melarikan diri dari Libya dengan kapal kemanusiaan ke Malta pada bulan Ogos selepas dia mendakwa askar pemberontak telah mengancam untuk membakarnya hidup-hidup.

Beliau berkata dia dan Mutassim tidak lagi menjalinkan perhubungan, tetapi mendakwa Mutassim meraikan tentang kemenangannya dengan Jack Daniel dan Coke hanya beberapa hari sebelum Tripoli jatuh kepada pemberontak.


Sebelum kejatuhan Libya kepada kuasa-kuasa Majlis Peralihan Kebangsaan, Mutassim hidup dengan kemewahan yang berlebihan.

Talitha van Zion, kanan, melarikan diri ke Malta pada bulan Ogos selepas takut dirinya akan dibakar hidup-hidup oleh pejuang NTC.

Tiada ulasan: