Selasa, 18 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Dahan Pokok TIMPA Pasangan Kekasih

Posted: 18 Oct 2011 05:54 AM PDT

PARAH… mangsa dibantu pasukan penyelamat.

REMBAU: Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam.

Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan.

Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu.

"Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan.

"Kami kemudian terdengar jeritan kuat dan terkejut melihat seorang lelaki dan perempuan cedera di kepala dan kaki selepas dihempap pokok. Selain itu beberapa kenderaan dan motosikal turut dihempap dahan pokok," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di hutan lipur berkenaan sepanjang menyelia kawasan itu sejak November tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, berkata ketika kejadian dia mencari tempat letak kenderaan selepas menurunkan empat anaknya untuk mandi di kawasan jeram itu.

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta, dia dikejutkan dengan bunyi kuat seperti benda jatuh.

"Saya terperanjat mendapati dahan pokok jatuh dan terkena bahagian depan kereta, mujur ketika itu hanya saya di dalamnya," katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membersihkan laluan yang terhalang dengan dahan pokok.

"Siasatan mendapati pokok pulai dipercayai berusia 200 tahun seberat lapan tan itu sudah reput, menyebabkan ia tumbang," katanya.

Kejadian itu menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan lain membabitkan dua kereta, dua motosikal dan satu basikal.

Anak Lim Guan Eng DIFITNAH Untuk Rampas Pulau Pinang

Posted: 18 Oct 2011 01:37 AM PDT

Umno perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup saya dengan kejam dan tidak bertamadun semata-mata untuk menamatkan kareir politik saya. Dengan cara ini, Umno boleh membuktikan bahawa ia bukan sebuah parti 3-D yang menggunakan taktik Desperate, Dangerous dan Dirty (terdesak, bahaya dan kotor).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan semasa Persidangan Perwakilan Gerakan peringkat kebangsaan dua hari lalu bahawa BN tidak berputus asa di Pulau Pinang dan sedaya upaya untuk menawan semula negeri itu dari Pakatan Rakyat. Berikutan pengumuman niat Najib ini, kita dapat lihat blog-blog pro-UMNO dan beberapa pemimpin UMNO telah menjalankan siri kempen di internet secara sistematik dan tidak sahaja untuk membunuh saya, tetapi juga dengan kejam mengheret anak saya yang berusia 16 tahun di dalam pembohongan mereka.

Saya dan isteri berang dengan dakwaan palsu blog-blog pro-UMNO dan beberapa pemimpin UMNO yang menuduh anak saya telah melakukan kesalahan laku jenayah. Saya dan keluarga merasa kesal di atas pembohongan yang direka terhadap anak saya sebagai seorang yang rosak moralnya dan tidak berakhlak. UMNO mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan kejam dan tidak bertamadun semata-mata untuk menamatkan kareir politik saya dan sekaligus membuktikan bahawa UMNO bukan sebuah parti 3D yang menggunakan taktik terdesak, berbahaya dan kotor demi mendapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Anak saya telah berpindah ke Institusi St Xavier di Pulau Pinang dari sekolah menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah ke sekolah pilihannya jika dia mendapat sekurang-kurangnya 6A dalam PMR. Apabila dia mencapai keputusan itu, beliau telah berpindah pada awal penggal persekolahan tahun ini, bulan Januari 2011. Anak saya tidak mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu memotong rambut gaya ala rekrut tentera yang diwajibkan kepada pelajar-pelajar di Yee Heng, dan dia mahu menyimpan rambutnya.

Dalam dunia moden ini, adalah sukar bagi remaja yang sedang membesar, terutamanya apabila bapanya adalah seorang Ketua Menteri yang menjadi sasaran setiap hari oleh media pro-BN. Apabila seorang remaja yang sedang membesar dihina dengan cara yang jijik dan kejam sebegini, ia tidak boleh diterima dan tidak berperikemanusiaan.

Anak saya sangat tertekan oleh penipuan ini. Beliau juga tidak pergi ke sekolah selama dua hari. Saya berasa sedih kerana tidak dapat untuk melindunginya daripada serangan haiwan ganas pro-UMNO.

Saya menyeru supaya serangan ganas pro-UMNO ini tidak menjadikan anak saya yang masih kecil dan tidak berdosa sebagai mangsa. Jika anda mahu menamatkan saya, lakukan tipu helah kamu kepada saya tetapi biarkan anak-anak saya yang tidak bersalah. Ahli-ahli politik UMNO juga mempunyai anak-anak dan DAP tidak pernah pergi menyerang anak-anak mereka dan tidak pernah berniat begitu.

Antara beberapa pemimpin UMNO yang menimbulkan episod memalukan ini di dalam blog adalah Naib Pengerusi UMNO Bahagian Bukit Gelugor (Pulau Pinang) Dr Novandri Hasan Basri. Beliau kemudiannya diikuti oleh kebanyakan pemimpin UMNO dalam menyebarkan fitnah ini. Lebih malang lagi, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin turut menyertai di dalam penyebaran pembohongan yang memalukan ini dengan memain-mainkan anak saya dengan tweet ini: -

@ Khairykj Khairy Jamaluddin


@ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala Sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.


http://twitter.com/ #! / Khairykj/status/125841671102529536

Saya berharap orang-orang yang memainkan fitnah ini dengan seronok dan menyebarkanya dapat melihat di dalam diri mereka sebagai seorang bapa dan bertanya sama ada mereka mahu jika anak mereka sendiri mengalami trauma pembohongan semperti ini. Saya dan keluarga berhak untuk mengambil apa-apa tindakan selanjutnya demi untuk melindungi keluarga saya. Sementara itu, saya dan isteri akan cuba untuk merawat anak saya dan berdoa supaya dia akan kembali pulih kembali daripada fitnah jahat dan kejam oleh haiwan peliharaan pro-UMNO ini.

Kanak-Kanak 2 Tahun Dilanggar DUA KALI Dan Dibiarkan

Posted: 17 Oct 2011 07:14 PM PDT

Seorang kanak-kanak kecil di China, Yueyue 2, (gambar) sedang berjalan-jalan disebuah lorong tenang di Wilayah Guangdong ketika dia dilanggar oleh sebuah van putih. Perlanggaran itu menghentikan pemandu, namun kemudian dia meneruskan perjalanannya dan melanggar untuk kali kedua.

Lebih mengejutkan - kanak-kanak itu yang jelas mengalami kecederaan parah yang mengancam nyawa dan memerlukan bantuan segera - telah diabaikan oleh 18 orang ramai di bandar Foshan itu.

Sesetengah orang ramai, termasuk pejalan kaki, penunggang basikal dan juga seorang ibu, bahkan beberapa kenderaan sekadar mengelakkan kanak-kanak kecil itu daripada terlanggar, sedangkan dia terdampar di sana dengan pendarahan yang mampu menyebabkan kematiaan.


Kira-kira 20 orang yang berjalan dan pengguna jalan raya melepasi kanak-kanak malang ini tanpa berhenti untuk membantu.

Di sebuah laman microblogging China, Sina Weibo ramai pengguna yang menggelar peristiwa itu sebagai "memalukan orang-orang Cina".

Yueyue kemudiannya dilanggar pula untuk kali kedua, oleh sebuah van yang lebih besar, dan sekali lagi ia telah diabaikan.

Akhirnya seorang wanita datang untuk membantu Yueyue, memanggil untuk bantuan dan menyedarkan ibu kanak-kanak malang itu sebelum dia dibawa ke hospital.

Kanak-kanak itu kini sedang di dalam rawatan rapi dan di dalam keadaan kritikal.

Peristiwa ini menyebabkan berjuta-juta orang di seluruh China dan dunia terkejut, mendorong bapa kanak-kanak malang itu untuk mencaci dan memaki hamun di televisyen tempatan.

"Apa berlaku pada orang-orang hari ini? Mereka memberikan alasan-alasan yang begitu banyak untuk menutup sebelah mata," katanya.

"Masyarakat bersikap acuh tak acuh dan begitu kejam.

"Saya tidak memikirkan apa-apa buat masa sekarang, saya hanya berharap anak saya akan sedar dan memanggil saya ayah semula."

Tiada ulasan: