Rabu, 12 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


TERKINI : Program Bob Lokman Dan Che'guBard AMAN Di Labis

Posted: 12 Oct 2011 09:13 AM PDT

Walaupun menerima provokasi dari Umno sejak petang tadi, kehadiran masyarakat Segamat di dalam program jamuan makan bersama Lim Guan Eng amat memberansangkan.

Tidak seperti di program jamuan Makan bersama Lim Guang Eng di Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat yang kecoh diganggu pemuda Umno. Program ceramah pakatan rakyat di Tenang, Labis tenang tanpa gangguan daripada Umno mahupun daripada JAIJ.

Sehingga berakhirnya program di Labis, tidak kedengaran bunyi bising salakan motor mat rempit upahan Umno seperti yang berlaku sebelum ini. Mungkin barangkali kesemua pemuda Umno dan budak-budak upahan mereka telah diarahkan untuk membuat provokasi di program jamuan makan Lim Guan Eng.

Bob Lokman menyampaikan ceramah di Tenang, Labis tanpa sebarang gangguan.

Apapun sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua Unit Amal yang bertugas mengawal dan menjaga keselamatan masyarakat Segamat yang hadir. Terima kasih juga kepada komrad SAMM yang hadir pada program malam tadi khususnya Penyelaras SAMM Johor, Sdr Ahmad Anwar Ayraf yang mengiringi Che'guBard sepanjang program di Johor.

TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT

Posted: 12 Oct 2011 06:13 AM PDT

SMS dari Ketua Penerangan Pemuda Sekijang:

" As Salam.. hari ini (Rabu) di bawah nama Anak Johor Tolak Penderhaka, provokasi bantahan di pdg sekolah Li Chi depan Upwell pukul 6 ptg. Saudara2 ketua pemuda dipelawa membawa seberapa ramai pemuda cwgn masing2 utk bersama2 brhimpun demi maruah negeri Johor yg di perlekehkan oleh Lim Guan Eng ini. Jgn kita biarkan Cina bangsat ini brcakap sesuka hati dan jgn biarkan dia sewenang2nya memijak bumi sgmt johor ini.."

Dan petang tadi berlaku suasana tegang di Segamat provokasi-provokasi dari ahli-ahli Umno yang mengganggu program DAP di sana. Kekecohan mula tercetus antara para wakil-wakil Umno dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar apabila pendemo mula memasuki perkarangan lokasi ceramah.

Pemuda-pemuda Umno membuat provokasi bantahan di padang sekolah Li Chi petang tadi.


Suasana kecoh petang tadi di hadapan dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.



Pihak Polis dan FRU masih mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.


Dan malam ini juga ada satu lagi program Pakatan Rakyat di Labis bersama Bob Lokman dan Che'guBard. Ketika entri ini ditulis, teman aktivis Penyelaras SAMM Johor Sdr Ahmad Anwar Asyraf sedang menantikan kehadiran Che'guBard di exit Tol Pagoh untuk bergerak ke Labis secara konvoi.

Berdasarkan maklumat yang diterima, dipercayai program ceramah di Labis juga akan menjadi sasaran mat rempit-mat rempit upahan selepas provokasi mereka digagalkan ketika program ceramah di Kg Tahang Rimau, Segamat pada Isnini lalu.

Nantikan maklumat terkini seterusnya.

Pegawai Imigresen MAUT Terjatuh Dari Kondominium

Posted: 11 Oct 2011 07:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- MAUT... Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, untuk di hantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.


Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, untuk di hantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.


Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengangkat mayat Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, untuk di hantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini Selasa. Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.



SEDIH... Suridah Suhardi, 35, isteri kepada Pegawai Imigresen Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari kediamannya dari tingkat 12, kondominium Magnaville Selayang.


PILU... Rakan terdekat mententeramkan Suridah Suhardi, 35, isteri kepada Pegawai Imigresen Mohd Irwan Mohd Ishak, 29.


Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas. Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.


Kredit : BERNAMA

Soalan Sejarah PMR 2011 : PKMM, AWAS Dan API Penyokong MALAYAN UNION

Posted: 11 Oct 2011 05:28 PM PDT

Dalam soalan no 40 Kertas Sejarah PMR 2011. Dinyatakan PKMM, API dan AWAS menyokong Malayan Union.

Sebenarnya soalan ini merujuk kepada satu penulisan yang menggambarkan bahawa PKMM adalah sebuah gerakan yang menyokong Malayan Union. Sebelum menjawab persoalan ini sila baca 2 risalah di bawah dan kesimpulannya.


RISALAH 1

Walaupun Malayan Union ditentang oleh sebahagian besar Melayu tetapi terdapat segelintir orang Melayu yang bersifat radikal dan menganggotai parti-parti haluan kiri dan mengambil pendirian yang menentang arus perdana kesedaran orang Melayu. Tindakan ini dapat dilihat dengan jelas dalam pergerakan serta perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ). Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh, Perak dan dibawah kepimpinan Mokhtaruddin Lasso, ketua rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya. Pendirian PKMM terhadap Malayan Union jelas, ia telah bertindak mengalu-alukan dasar itu dan telah dinyatakan dengan tegas dalam Kongres PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh pada 30 November.

Sokongan PKMM terhadap Malayan Union berlandaskan kepada beberapa perkara utama.

Pertama, ia menyokong usaha British dalam menyatukan kesemua negeri Melayu untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Ia dipercayai akan melicinkan pentabdiran serta menyatupadukan kesemua negeri dan mengelakkan perpecahan.

Kedua, PKMM turut menerima dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah melahirkan satu identiti kebangsaan yang bersifat ' Malayan'. Ia penting dalam melahirkan satu bangsa yang taat setia kepada Tanah melayu disamping menjamin satu hubungan yang baik antara kaum.

Selain itu, PKMM turut tidak keberatan apabila kuasa sultan Melayu dilucutkan dan mengambil sikap antifuedal yang kuat. PKMM beranggapan golongan raja dan bangsawan ini tidak bekerja untuk rakyat bawahan, sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang Melayu. Pandangan ini telah disuarakan oleh

Ahmad Boestamam yang menyatakan bahawa:
" Maka dengan jalan Malayan Union dan demokrasi, PKMM berharap dalam masa yang akan datang wakil-wakil rakyat dalam majlis-majlis kerajaan, pangkat dan gelaran dalam negeri tidak akan lagi menjadi pusaka keturunan dan hak bagi satu puak yang amat kecil melainkan akan menjadi pusaka dan hak rakyat jelata. Siapakah yang tidak bersetuju dengan aturan ini."

Rujukan : Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), Dewan Bahasa Pustaka, Selangor, 2004, hlm. 140, hlm. 145, hlm. 141.



RISALAH 2

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipimpin oleh Mokhtarudin Lasso, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Parti politik ini ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober
1945. Mereka ini merupakan pelopor gerakan politik kepartian di Tanah Melayu dan menjadikan negeri Perak markas utama gerakan itu. Negeri Perak menjadi tempat perancangan penubuhan dan operasi gerak kerja mereka.

Dalam kongres pertama yang berlangsung di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945, PKMM telah memutuskan lapan resolusi penting bangsa Melayu, iaitu:

1. Mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.

2. Bertujuan mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran.

3. Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Melayu dengan jelas, memajukan perusahaan, perniagaan dan pertanian serta taraf penghidupan bangsa Melayu.

4. Mencapai kebebasan bercucuk tanam. Orang yang hendak bercucuk tanam itu bebas membayar sewa tanah pada bila-bila masa dan di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan.

5. Menghendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka dapat belajar dengan bahasanya dengan percuma.

6. Menghendakkan kebebasan mencetak buku sendiri, menggalakkan pelajaran secara demokrasi, supaya meninggikan kedudukan bangsa Melayu dalam siasah untuk mendakyahkan rasa kebangsaan kepada
orang Melayu.

7. PKMM hendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini, hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.

8. Menyokong umat Indonesia dalam perjuangan mereka merebut kemerdekaan.


PKMM menggariskan sebuah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan berusaha mengusir penjajah British dari Tanah Melayu.

Matlamat ini termaktub di dalam Rang Undang-undang 1946 PKMM yang diluluskan pada kongres pertama di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember1945. Dalam Rang Undang-undang itu juga tercatat dengan jelas TUJUAN: Kemerdekaan Bangsa dan Tanah Air.

Setiap kali bertemu dengan para pendukung PKMM, laungan merdeka dilafazkan dengan garang sambil menggenggam lima jari dengan kuat dan diangkat hingga ke dada. Laungan merdeka sambil menggenggam lima jari membawa pengertian berikut:

1. Merdeka berpolitik. Apabila kita merdeka maka apa yang kita mahu ialah politik negara kita bebas mengikut acuan yang kita suka.

2. Merdeka ekonomi. Kita mahu ekonomi negara kita merdeka dari tekanan pihak luar negeri atau penjajah kapitalis.

3. Merdeka beragama. Kita mahu negara kita bebas melaksanakan hukum dan undang-undang Islam sepenuhnya tanpa dikongkong oleh penjajah.

4. Merdeka sosial. Pergaulan hidup tidak terbatas kepada satu-satu kaum sahaja atau kasta yang sangat berbahaya itu.

5. Merdeka kebudayaan. Tiap-tiap bangsa di dalam dunia ini ada kebudayaan masing-masing. Kita mahu bebas memilih kebudayaan yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan agama serta bebas pula
membuang kebudayaan yang menyesatkan orang Islam.

Rujukan : 
Abdul Majid Salleh, Untukmu Anak Merdeka. 
Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Ke Punchak, 7–15. 
UMNO/SG No. 96/1946 – Rang Undang-undang 1946, Parti Kebangsaan Melayu Malaya. 
Abdul Majid Salleh, Memoir Abdul Majid Salleh, dalam PKMM dan KESATUAN Buruh (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004)
Voice of the People, 16 November 1945, 17.


KESIMPULAN

Satu fakta yang jelas salah di dalam penulisan Dr Ramla Adam ialah menyatakan Kongres PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh pada 30 November (tahun tidak dinyatakan). Hakikatnya kongres PKMM yang ketiga ialah di Singapura pada 1947. Kongres PKMM yang diadakan di Ipoh adalah kongres kali pertama pada tahun 1945. Manakala kongres PKMM kali kedua pada 25-27 Disember 1946 pula diadakan di Kota Melaka.

Penulisan Dr Ramlah Adam kelihatan cuba menggambarkan bahawa gerakan PKMM menyokong gerakan Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946. Beliau mengaitkan beberapa ciri kesamaan pada 8 resolusi PKMM dan Rang Undang-undang PKMM 1946 yang dibuat pada 1945 itu.

Persoalannya, bagaimana resolusi yang dibuat pada 1945, setahun lebih awal daripada penubuhan Malayan Union ini dikatakan sebagai menyokong Malayan Union. Sepatutnya, jika sesebuah gerakan itu menyokong penubuhan Malayan Union, semestinya resolusi yang dibuat itu SELEPAS wujudnya Malayan Union sebagai tanda sokongan tersebut.

Dr Ramlah Adam mendakwa dasar sokongan PKMM yang pertama ke atas Malayan Union ialah kerana menyokong usaha British menggabungkan menyatukan kesemua negeri Melayu untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Sebenarnya PKMM mahukan semua bangsa bergabung untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.(Lihat resolusi no.1). Bukannya bersetuju semua negeri bersatu di bawah jajahan British.

Kedua dikatakan PKMM bersetuju dengan dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah melahirkan satu identiti kebangsaan yang bersifat ' Malayan'. Tetapi sebenarnya PKMM menyarankan terjalinnya hubungan kerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini supaya dapat hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.(Lihat resolusi no.7).

Ketiga, PKMM dikatakan tidak keberatan apabila kuasa sultan Melayu dilucutkan dan bersikap antifuedal yang kuat. PKMM beranggapan golongan raja dan bangsawan ini tidak bekerja untuk rakyat bawahan, sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang Melayu. Hakikat yang sebenarnya, PKMM menggalakkan setiap orang diberi hak untuk bersuara. Di dalam rencana yang disiarkan dalam Voice of the People berjudul, Malays and the Malay Nationalist Party, termuat kenyataan berikut:

The Malay Nationalist Party is a National Movement and so every Malay has the right to come forward and with his views and findings for the upliftment of his Nation. This right is also granted by his religion to tell the highest Authority in the State when things are done contrary to the teachings of his religion. The humble Raayat has the right to go to the Ruler, his Sultan, and tell him what is wrong with his Government. This is Democracy. There is that perfect understanding and that perfect unison between the Imam and the Ma'mum! That should be the case of the Malay Sultan and the Raayats. Just as the Imam respects the Ma'mum so the Ma'mum respects the Imam.

(Parti ini adalah satu gerakan kebangsaan dan supaya setiap orangm Melayu mempunyai hak untuk tampil ke hadapan dan menyatakan pandangan dan penemuan untuk meningkatkan taraf Bangsa. Hak ini sendiri telah terjamin di dalam agamanya untuk memberitahu Pihak Berkuasa tertinggi di dalam negeri ini apabila perkara-perkara yang dilakukan bertentangan dengan ajaran agamanya. Rakyat yang merendah diri mempunyai hak untuk bertemu pemerintah, iaitu Sultan, dan menyatakan apakah kesalahan kerajaan. Ini adalah Demokrasi. Terdapat  kefahaman yang sempurna dan kesempurna hubungan diantara Imam dan Ma'mum! Dan di dalam kes ini antara Sultan Melayu dan Rakyat. Jika Imam menghormati Ma'mum maka Ma'mum menghormati Imam.)




Bagaimana Dr Ramlah Adam tergamak memesongkan kenyataan menggalakkan kebebasan bersuara yang telus dan adil ini sebagai sebuah usaha yang kononnya untuk melucutkan kuasa Raja-raja Melayu.

Dan lebih penting lagi, resolusi ini dipersetujui dan dikeluarkan oleh PKMM sebelum tertubuhnya Malayan Union. Jadi dimana logiknya PKMM mengeluarkan resolusi ini untuk menyokong Malayan Union. Janganlah kerana ada resolusi yang seakan mirip dengan skim Malayan Union ini, ia dijadikan modal untuk memomokkan kepada pelajar sekolah bahawa kumpulan pejuang kiri ini digambarkan sebagai gerakan penyokong penjajah.

Sedangkan, perjuangan mereka secara jelas menolak, menentang, melawan penjajah dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah ini. Perjuangan golongan kiri ini tidak diajar sebagai pejuang kemerdekaan, malangnya mereka diajar sebagai 'penyokong penjajah'......sehingga masuk di dalam soalan Sejarah PMR 2011!.

Oh, sebelum itu kepada yang tidak mengenali siapa Dr Ramlah Adam ini, beliau merupakan salah seorang Ahli Dewan Tertinggi Perkasa.

Tiada ulasan: