Khamis, 6 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


PERKASA Lari Ketakutan Dihambat ANAK MUDA REMBAU

Posted: 06 Oct 2011 08:46 AM PDT

Menurut maklumat sahabat SAMM dan juga blogger Edyes, sejak seawal jam 8.00 malam di program Ceramah Perdana bersama Tn Hj Mohd Sabu, che'Gubard dan YB Taufek A.Ghani anjuran PR Rembau malam tadi di Kg. Pulau Bintongan, Rembau telah dipenuhi dengan penduduk yang berhimpun menantikan kehadiran Tn Hj Mohd Sabu. Jumlah komrad SAMM dan benteng Unit Amal yang cukup ramai membuatkan para hadirin cukup berasa selamat dari ancaman mana-mana 'samseng jahat'.

Kehadiran orang ramai yang sungguh menggalakkan walaupun diancam akan menerima gangguan dari PERKASA

Dan seperti yang dijanjikan oleh puak-puak PERKASA, mereka turut menunggu-nunggu kehadiran orang yang paling amat mereka benci - Tn Hj Mohd Sabu. Sebaik saja Mohd Sabu tiba ke tempat ceramah, PERKASA mula berarak ke tapak ceramah. Anggota SAMM & Unit Amal bagaimanapun telah bersedia untuk menyambut kedatangan mereka kali ini.


Sempat pula Usup Benggali PERKASA memukul curi kepala Edyes dengan Haler (pembesar suara) dari belakang. Diulangi DARI BELAKANG!!. Tidak ubah macam perangai PONDAN!!. Lebih menggelikan hati, apabila PERKASA semakin menghampiri ke kawasan ceramah, akhirnya berlakulah insiden kejar-mengejar. PERKASA dihambat dan dikejar oleh komrad SAMM & Unit Amal. Bagaikan tidak cukup tanah mereka lari sejauh 2km dengan lintang-pukang dan tertinggal kain rentang yang dibawa.

Kain rentang PERKASA yang ditinggalkan setelah dihambat oleh SAMM dan Unit Amal.




Inilah kain rentang provokasi yang ditinggalkan oleh PERKASA setelah dihambat oleh anak-anak muda Rembau.


Dan seperti biasa, selepas berjaya 'selesaikan' gangguan PERKASA, Chegubard meneruskan pidato di atas pentas.


Tn Hj Mohd Sabu sedang menyampaikan ceramah di Rembau.

Sekian laporan ringkas dari Rembau, terima kasih kepada info terkini oleh Edyes.

Kerajaan Main SILAP MATA : Sekretariat Pembangunan Kg Bharu

Posted: 06 Oct 2011 05:49 AM PDT



KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)

PENARIKAN RUU PPKB 2010 DAN PEMBENTANGAN RUU PPKB 2011
SATU SILAP MATA KERAJAAN

Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu (SPKB) mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu kerana atas keteguhan dan kejituan semangat mereka maka pada hari ini (3/10/2011) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) telah menarikbalik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010 – DR 45/2010).

Sekalung penghargaan dan Al-Fatihah juga selayaknya dihadiahkan kepada Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo' Hj Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang tidak pernah jemu membawa suara dan hasrat pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu.

SPKB mengalu-alukan penarikan RUU PPKB 2010 – DR 45/2010 ini tetapi berpendapat tindakan KWPKB ini hanyalah tindakan untuk mengaburi mata pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu semata-mata. Tindakan penarikan balik RUU PPKB 2010 tidak mempunyai apa-apa makna kerana dalam masa yang sama KWPKB telah membentangkan pula suatu Rang Undang-Undang baru iaitu Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 – DR25/2011. Tindakan KWPKB ini hanyalah suatu permainan silap mata sahaja. Mulanya menarikbalik tetapi kemudiannya membentangkan yang baru.

Asas pendirian SPKB ini ialah RUU PPKB 2011 yang baru dibentangkan untuk Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat hari ini hanyalah penambahbaikan sebahagian daripada RUU PPKB 2010 sebelum ini. Ini hanyalah tindakan kosmetik yang cuba melalaikan dan melenakan para pemilik dan pewaris tanah.

Pokok persoalan asas RUU PPKB samada yang lama atau yang baru ialah jaminan hak para pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. Rata-rata pemilik dan pewaris tanah mahukan jaminan bahawa setiap perancangan pembangunan yang hendak dilakukan di Kampong Bharu di atas tanah hakmilik mereka dibuat dengan mengambilkira hak dan kepentingan serta faedah mereka, bukannya kepentingan mana-mana pihak lain yang tiada apa-apa kepentingan langsung.

Persoalan RUU PPKB 2010 dan RUU PPKB 2011 ini ialah persoalan teknikal yang mungkin akan mengelirukan para pemilik dan pewaris tanah. Ini persoalan undang-undang yang perlu dijelaskan sejelas-jelasnya kepada semua pemilik dan pewaris tanah sebelum persetujuan mereka diperolehi.

SPKB ingin merekodkan di sini bahawa RUU PPKB 2010 yang ditarikbalik tiada apa-apa perbezaan ketara di dalam RUU PPKB 2011. Kuasanya masih berada MUTLAK di tangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Peruntukkan fasal 17 RUU PPKB 2011 masih sama seperti RUU PPKB 2010. Fasal 17 RUU PPKB 2010 dan RUU PPKB 2011 memperuntukkan seperti berikut :-

Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang tidak bercanggah dengan peruntukkan Akta ini dan Perbadanan hendaklah melaksanakan segala arahan yang diberi itu.

Peruntukan ini dengan jelas memberikan kuasa penuh kepada MENTERI sedangkan sepatutnya jika benar para pemilik dan pewaris tanah hendak dilibatkan, maka Perbadanan tersebut hendaklah tertakluk dan bertanggungjawab kepada para pemilik dan pewaris tanah. Siapa Menteri yang hendak memandai-mandai menentukan untung nasib pemilik dan pewaris tanah? Tanah yang hendak dibangunkan itu adalah tanah orang-orang Kampong Bharu bukan tanah milik Kerajaan.

RUU PPKB 2011 telah memotong peruntukkan Fasal 15(2)(h) di dalam RUU PPKB 2010 yang menyatakan bahawa tanah Kampong Bharu boleh diambil menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Pemotongan peruntukkan tersebut dibuat dengan harapan agar para pemilik dan pewaris tanah merasa terjamin bahawa tanah mereka tidak akan diambil secara paksa menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Ini dibuat semata-mata mengambilhati dan untuk tidak membangkitkan kemarahan pemilik dan pewaris tanah.

Perlu diambil perhatian bahawa walaupun RUU PPKB 2011 tidak memperuntukkan tentang Akta Pengambilan Tanah 1960, ini tidak bermaksud bahawa Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak boleh digunakan. Kekosongan dan kelompangan tentang penggunaan Akta tersebut tetap membolehkan tanah Kampong Bharu diambil menggunakan Akta tersebut. Malah Menteri sendiri mengakui di dalam Dewan Rakyat bahawa Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan konsep pembangunan secara komprehensif ke atas Kampong Bharu, di mana antara mekanisme pembangunan yang akan dijalankan ialah menerusi kaedah penyerahan dan pemberimilikan semula hakmilik tanah di bawah peruntukan Seksyen 204D Kanun Tanah Negara 1965 dan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Peruntukan Fasal 57 RUU PPKB 2010 dipotong di dalam RUU PPKB 2011 dan ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian. Fasal 57 RUU PPKB 2010 ialah peruntukkan yang membatalkan Malay Agricultural Settlement Rules 1950 yang menubuhkan Kampong Bharu dan membubarkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu atau sinonimnya Lembaga Pentadbiran MAS. Apabila peruntukkan fasal 57 ini dipotong maka Lembaga MAS masih wujud dan berfungsi seperti sediakala seperti kewujudannya sejak tahun 1900 dahulu. Jika Lembaga MAS masih wujud, kenapa perlu ada sebuah Perbadanan baru yang mempunyai fungsinya yang sama? Apa akan jadi dengan Lembaga MAS sekiranya Perbadanan diwujudkan melalui RUU PPKB 2011 ini?

Kenyataan KWPKB bahawa Perbadanan hanyalah sebagai penyelaras dan pemudahcara kepada pembangunan di Kampong Bharu hanyalah penipuan semata-mata. Perkara ini dibuktikan dengan Fasal 14 RUU PPKB 2011 berkaitan fungsi Perbadanan yang antaranya untuk melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubungan dengan pembangunan Kampong Bharu mengikut pelan struktur dan pelan tempatan yang disediakan di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982. Apakah dasar di dalam pelan struktur tersebut? Ianya telah diluluskan seperti yang terdapat di dalam Pelan Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang mempunyai suatu jilid khusus tentang Kampong Bharu yang tidak pernah diterangkan kepada awam termasuk pemilik dan pewaris tanah. Dalam Pelan Pembangunan tersebut juga dinyatakan dengan jelas bahawa antara pihak yang akan terlibat dengan pembangunan Kampong Bharu ini ialah GABEM iaitu satu biro ekonomi dalam parti politik. Soalnya, mengapakah badan ini dilibatkan sedangkan ia tidak langsung mempunyai kepentingan ke atas tanah Kampong Bharu? Apakah ada muslihat atau agenda pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan di atas nilai tinggi tanah Kampong Bharu ini?

Fungsi Perbadanan juga adalah untuk menyebarkan apa-apa maklumat mengenai potensi pelaburan dan pemasaran kepada pelabur samada pelabur asing atau tempatan dalam kawasan pembangunan Kampong Bharu. Perbadanan juga selain itu berfungsi untuk menguruskan dan mempromosikan penjualan hartanah di dalam kawasan pembangunan Kampong Bharu. Adakah fungsi-fungsi yang diperuntukkan dengan nyata di dalam Fasal 14 RUU PPKB 2011 ini menunjukkan Perbadanan hanya sebagai pentadbir, penyelaras dan pemudahcara sahaja ataupun ia jelas menunjukkan bahawa Perbadanan sebenarnya merupakan satu "business entity" atau entiti perniagaan yang tidak dapat melindungi kepentingan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu?

Kenyataan Menteri pada hari ini memaklumkan bahawa RUU PPKB 2011 yang dibentangkan akan memberikan suara yang lebih kepada pemilik tanah merupakan suatu kenyataan penyedap hati sahaja. Adakah hanya dengan memberikan keanggotaan di dalam Perbadanan kepada enam (6) orang wakil tuan tanah sudah memadai untuk Kerajaan menyatakan bahawa suara tuan tanah sudah didengar sedangkan kuasa penuh terhadap Perbadanan berada di tangan Menteri?

Sebelum ini pada Jun 2011, Menteri yang sama menyatakan bahawa undang-undang berkaitan Kampong Bharu hanya akan diteruskan setelah mendapat keputusan referendum pemilik dan pewaris tanah. SPKB mendesak dan mencabar KWPKB mendedahkan kepada umum hasil referendum tersebut. Adakah RUU PPKB 2011 ini dibentangkan hasil referendum tersebut? Jika benar, dedahkan hasil referendum tersebut. Jangan hanya menyebut angka sahaja tanpa bukti yang jelas dan kukuh.

SPKB sekali lagi menegaskan bahawa penarikan balik RUU PPKB 2010 ini hanyalah tindakan terdesak KWPKB untuk melenturkan kemarahan pemilik dan pewaris tanah. Ia juga tindakan mengelirukan pemilik dan pewaris tanah kerana walaupun ditarikbalik, ianya digantikan dengan suatu RUU yang baru yang hakikatnya masih sama iaitu hak pemilik dan pewaris tanah tidak dijamin sepenuhnya. SPKB tetap dengan pendirian bahawa apa saja bentuk perancangan pembangunan tanah Kampong Bharu hendaklah mengambilkira suara dan hasrat pemilik dan pewaris tanah sendiri dan bukannya kepentingan mana-mana pihak lain yang mempunyai kepentingan tersendiri.



AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu


3 Oktober 2011

Ahli Parlimen Pakatan KHIANAT Amanat Terakhir Dr Lo'Lo'

Posted: 06 Oct 2011 01:26 AM PDT


Sebelum Ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia, beliau sempat menyampaikan amanat terakhirnya kepada suami dan anak-anak beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pada jam 10.13 malam pada 17 Julai 2011.

Suami Allahyarhamah, Dr. Aminuddin Abd Hamid sendiri menyatakan di antara amanat terakhir Dr. Lo' Lo' kepadanya adalah untuk meneruskan kerja dan tugas-tugas beliau yang belum selesai selaku Ahli Parlimen Titiwangsa.

"Dr. Lo' Lo' berpesan pada saya untuk teruskan kerja-kerjanya yang belum selesai dan meneruskan perjuangan mempertahankan maruah rakyat di Kampung Baru," katanya selepas isterinya disemadikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat.

Bagaimanapun semalam, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mengkhianati amanat itu. Mereka gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian semata-mata kerana kekurangan undi.

Undian yang diminta sendiri oleh pembangkang akhirnya menjadi strategi makan tuan apabila menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, berikut adalah Senarai nama 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ADA semasa pengundian berikut dijalankan.

Ahli Parlimen yang lain TIDAK HADIR dan bertanggungjawab terhadap masyarakat melayu Kg Bharu!. Mana Anwar Ibrahim?. Mana Hj Hadi?. Mana Lim Kit Siang?.

Mereka ini sepatutnya bertanggungjawab untuk melaksanakan amanat terakhir Dr' Lo'Lo'. Namun dimanakah anda wahai pimpinan Pakatan Rakyat ketika undian itu dibuat. Usah menyalak menyalahkan ia adalah helah UMNO untuk mengadakan pengundian pada lewat malam. Anda sepatutnya sudah matang dengan permainan UMNO.

Namun untuk kesekian kalinya anda DIBODOHKAN sekali lagi oleh Umno dan BN. Sudahlah anda bertelagah dengan isu hudud sehingga terlupa kepada isu pokok - kepentingan rakyat. Dan kali ini anda ditipu tegak-tegak oleh Umno dan BN dalam permainan mereka untuk merampas hak masyarakat Melayu di Kg Bharu. Kepada mereka yang di dalam senarai di bawah diucapkan SYABAS dan TAHNIAH. Kepada Ahli Parlimen yang lain apakah alasan anda yang hendak diberikan kepada RAKYAT??.


Pas :

P8 : Pokok Sena  -  Mahfuz Omar
P24 : Kubang Kerian -  Salahuddin Ayub
P12 : Jerai -  Mohd Firdaus Jaafar
P11 : Pendang - Mohd Hayati Othman
P13 : Sik - Che Uda Che Nik
P111 : Kota Raja - Siti Mariah Mahmud
P31 : Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli
P108 : Shah Alam - Khalid Abd Samad
P23 : Rantau Panjang - Siti Zailah Muhd Yusoff
P21 : Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
P28 : Pasir Puteh - Muhammad Husin
P101 : Hulu Langat -  Che Rosli Che Mat
P7 : Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria


PKR :

P115 : Batu - Chua Tian Chang
P99 : Ampang - Zuraida Kamarudin
P53 : Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusuff
P98 : Gombak - Mohamed Azmin Ali
P104 : Kelana Jaya - Gwo-Burne Loh
P10 : Kuala Kedah - Ahmad Kasim
P82 : Indera Mahkota - Azan Ismail


DAP :

P65 : Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson
P117 : Segambut - Lim Lip Eng
P110 : Klang - Charles Anthony Santiago
P138 : Kota Melaka - Sim Tong Him
P76 : Teluk Intan - M. Manogaran
P145 : Bakri - Er Teck Hwa
P66 : Batu Gajah - Fong Po Kuan
P120 : Bukit Bintang - Fong Kui Lun

3 Ibu Mangsa KEKEJAMAN POLIS Tuntut KEADILAN

Posted: 06 Oct 2011 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kecewa dengan kekurangan balasan jawapan rasmi di atas kematian anak-anak mereka, ibu-ibu ketiga-tiga mangsa tembakan polis di Glenmarie akan menuntut keadilan.

Nor Hafizah Mohd Razali, ibu kepada Syamil Hafiz Shafie, 15, hanya mahukan jawapan.

"Hati saya sangat sedih. Anak saya, Syamil, adalah anak sulung saya, beliau adalah seorang budak yang baik ... Saya harap polis akan memulakan siasatan dengan segera kerana saya telah menunggu terlalu lama daripada mereka, tetapi saya tidak mendapat jawapan.


"Saya mahukan keadilan untuk anak lelaki, itu sahaja yang saya minta ... dia adalah harapan saya (anak harapan)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sambil tidak dapat menahan air matanya.

Dia berkata sambil diperhatikan oleh Norriah Darus dan Hamidah Kadar - ibu kepada Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22.

Syamil, Mohd Khairul dan Hanafi telah ditembak mati oleh polis di Jalan Kerjaya, Glenmarie, selepas mereka didakwa merompak sebuah stesen minyak berhampiran pada 13 Nov tahun lepas.

Pada masa itu, pihak polis mendakwa bahawa ketiga-tiga mereka melawan dengan bersenjatakan parang.
Menurut laporan bedah siasat, Syamil ditembak ketika dia melutut dengan luka peluru di dahi berada pada sudut 45 darjah.

Hanafi meninggal dunia kesan daripada tiga luka tembakan yang bersudut 45 darjah - dua di pipi dan satu di dada. Mata Mohd Khairul juga didapati lebam.

Ibu-ibu bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, juga membawa satu memorandum bantahan, yang bertujuan untuk dibentangkan kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein.

Memorandum tersebut menuntut supaya pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam kejadian itu akan dikenakan tindakan dan juga permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa-mangsa kerana menggelar ketiga-tiga anak mereka sebagai "perompak berbahaya".


'Dipukul dan kemudian ditembak'

Naib presiden PKR N Surendran, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, menuduh polis berbohong.
"Versi polis di mana tiga orang anak muda yang tergesa-gesa menyerang mereka dengan parang adalah satu pembohongan jelas dan nyata," kata peguam itu.

Beliau mempersoalkan bagaimana Mohd Khairul meninggal dunia dengan mata yang hitam lebam dan turut mendakwa bahawa si mati telah dipukul dan kemudiannya ditembak.

"Jika mereka menyerang dari arah hadapan, arah peluru tidak seperti ini," katanya sambil menunjukkan bagaimana ketiga-tiga mangsa ditembak.

"Mereka dipaksa untuk berlutut ke bawah, dan dihapuskan dengan gaya ala-geng oleh pihak polis," katanya.

Pengasas iPhone MENINGGAL DUNIA

Posted: 05 Oct 2011 07:44 PM PDT

Steve Jobs, pengasas bersama Apple tang berkarisma telah meninggal dunia pada 5 Okt 2011, sehari selepas pengumuman pelancaran iPhone 4S di California.

Berwawasan dan genius kreatif yang hanya baru berumur 56 tahun, Job telah merevolusi banyak industri termasuk komputer, telefon pintar dan muzik. Sumbangan beliau kepada siri prolifik Apple iPod, iPhone dan mentakrifkan kategori iPads yang tidak ternilai.

"Kami amat sedih untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs telah meninggal dunia hari ini. Kecemerlangan Steve, keghairahan dan tenaga beliau adalah sumber inovasi yang tidak terkira banyaknya dalam memperkaya dan meningkatkan kehidupan kita. Dunia ini adalah jauh lebih baik kerana Steve," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Apple.

Job menderita penyakit barah pankreas yang jarang berlaku dan menjalani pemindahan hati pada tahun 2009. Beliau kemudian digantikan oleh Tim Cook selepas beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Apple pada bulan Ogos 2011.

Untuk berkongsi pandangan, kenangan dan ucapan takziah, hantar e-mel kepada rememberingsteve@apple.com

Tiada ulasan: