Sabtu, 1 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Pesawat REMPUH Permainan Roda Gergasi, 2 Kanak-kanak TERPERANGKAP

Posted: 01 Oct 2011 11:24 AM PDT

Dua kanak-kanak terperangkap di bahagian atas permainan roda gergasi berputar selama hampir dua jam selepas kapal terbang terhempas ke dalamnya.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang gadis 13 tahun, telah berjaya diselamatkan dari tapak pesta apabila pesawat ringan terlanggar permainan roda gergasi berputar itu..

Menakjubkan, permainan roda gergasi itu tidak tumbang akibat perlanggaran itu yang berlaku di Old Bar, berhampiran Sydney, Australia.

Juruterbang pesawat yang berusia 53 tahun dan penumpang berusia 32 tahun itu telah terperangkap di dalam pesawat yang remuk itu pada ketinggian lebih daripada 10 meter dari atas tanah selama hampir tiga jam.

Jurucakap Bomba, Ben Shepherd berkata penyelamat menggunakan kren untuk menyelamatkan mereka berempat.

Beliau berkata: "Syukurlah, semua orang telah berjaya diturunkan dan dapat keluar."

Juruterbang, Paul Cox, berkata beliau tidak nampak permainan roda gergasi itu sebelum kapal terbang melanggarnya. Dia baru sahaja berlepas dari landasan kapal terbang berhampiran.

Beliau berkata: "Perkara seterusnya yang saya ingat, saya terhenti di dalam roda gergasi, saya agak bingung untuk beberapa minit dan saya cuma mengharapkan tiada siapa yang cedera."

Saksi-saksi berkata permainan roda gergasi itu pada mulanya dipenuhi kanak-kanak beberapa minit sebelum kemalangan. Tetapi disebabkan hujan yang akan berlaku, hanya lima orang sahaja yang telah berani untuk menamatkan pusingan terakhir.

Bagaimanapun perlanggaran itu tidak menumbangkan permainan roda gergasi ini.

Paramedik Brett Campbell berkata: "Mereka kanak-kanak yang hebat, mereka begitu tenang, berkelakuan baik dan sangat berani. Begitu juga dengan kedua-dua lelaki di dalam kapal terbang itu...

"Hanya kesabaran yang paling baik untuk kita harapkan, dan perkara baik seterusnya, tiada siapa yang mengalami kecederaan."

Fizal Meah, seorang saksi, berkata salah seorang lagi kanak-kanak yang berada di dalam permainan roda gergasi itu agak terkejut tetapi juga tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata: "Kerana keadaan hujan yang turun dan berhenti, turun dan berhenti, ia hampir kosong.


"Beberapa minit sebelum ini, ia penuh. Kami sangat bertuah kerana cuaca."

Seorang penduduk tempatan Gary Jones berkata, anak-anak kembarnya yang berusia sembilan tahun adalah antara yang terakhir menaiki permainan roda itu sebelum kemalangan.

Beliau berkata: "Ia adalah sangat mengejutkan."

Polis dan pihak keselamatan udara sedang menyiasat kemalangan itu.

Bertuah...kesemua mangsa perlanggaran berjaya diselamatkan tanpa kecederaan.

Chin Peng KRITIKAL

Posted: 30 Sep 2011 07:11 PM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Okt — Bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital di Bangkok. Chin Peng yang hidup di dalam buangan di Bangkok, telah dimasukkan ke hospital swasta Bangkok pada hari Rabu ini. Beliau genap berusia 87 tahun pada 21 Oktober ini.

Difahamkan anggota keluarga dan rakan-rakan karibnya termasuk dari Malaysia, telah diminta untuk melawat bekas pemimpin pejuang yang telah berusia ini.

"Dia uzur. Kami difahamkan bahawa doktor telah menghantar mesej kepada keluarganya agar mengunjungi beliau dalam waktu terdekat," kata sumber risikan dipetik The Star hari ini.

Difahamkan Chin Peng kerapkali mengunjungi doktor sejak dua bulan lalu. Sumber-sumber juga memberitahu bahawa ingatan Chin Peng merosot sejak beberapa bulan yang lalu.

Chin Peng atau nama samaran Ong Boon Hwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal di Sitiawan dan merupakan anak kedua daripada enam beradik.

Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.

Ibu ZAHID HAMIDI Meninggal Dunia

Posted: 30 Sep 2011 06:38 PM PDT

Author Faethal mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Tuminah Jalil.

Allahyarhamah meninggal dunia jam 1.40 pagi.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor di Masjid Al Falah Kg Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Jepun CIPTA KAPAL NUH Untuk HADAPI TSUNAMI

Posted: 30 Sep 2011 04:16 PM PDT


Sebuah kilang kecil di Jepun telah memperkenalkan sebuah tempat pelindungan daripada bencana tsunami, kapsul yang terapung di atas air dan dapat menempatkan empat orang dewasa di dalamnya.

Sebuah syarikat kecil dari Jepun telah membangunkan 'kapal Nuh' versi moden, jika Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami lain secara besar-besaran. Kapsul terapung ini kelihatan seperti bola tenis yang besar.

Japan's Cosmo Power berkata tempat perlindungan "Nuh" ini dibuat daripada gentiankaca yang dipertingkatkan dan boleh menyelamatkan pengguna daripada bencana seperti 11 Mac yang memusnahkan utara pantai Jepun, menyebabkan kira-kira 20,000 orang mati atau hilang.

Syarikat Presiden Shoji Tanaka berkata kapsul yang berharga ¥ 300,000 (RM 12,500) ini boleh menampung empat orang dewasa, dan telah bertahan dengan pelbagai ujian kemalangan. Ia mempunyai tingkap kecil dan lubang pernafasan di atas. Ia juga boleh digunakan sebagai rumah mainan untuk kanak-kanak.


Presiden Cosmo Power Co Shoji Tanaka di dalam kapsul perlindungan tsunami "Nuh" yang dibuat daripada plastik gentian kaca.

Syarikat itu telah menghantar dua kapsul dan menerima lebih 600 pesanan.


Kredit : AP

Tiada ulasan: