PENYAPU SIAL |
- Cincin Rosmah RM24 Juta DiPulangkan! Adakah Wang RM24 Juta Lupus ?
- Mengapa cincin puaka RM24juta kembali ke USA ?
- Bapak kepolisian cuba melindungi INSPEKTOR 'SAHAB' dari tuduhan membunuh ...!!!..ahhh...masih goblok..cuba cuba lah berguru dengan bapak najib altantuya ..kan bagus begitu....!!!
- awas...Jangan TERPERANGKAP Hudud PORNO UMNO....!!!!
Cincin Rosmah RM24 Juta DiPulangkan! Adakah Wang RM24 Juta Lupus ? Posted: 07 Oct 2011 05:28 AM PDT Jelas dan terbukti ROSMAH bini NAJIB Razak membeli cincin berharga RM24 juta yang diposkan atas nama ROSMAH. Seperti yang diperkatakan dalam dewan rakyat oleh Nazri Aziz "jurucakap dewan rakyat" Jika benar cincin Rosmah RM24 juta dipulangkan atau dikembalikan kepada tuan kedai atau pembekalnya, kami ajukan soalan bodoh kepada Rosmah, Najib dan Nazri...."BAGAIMANA WANG BAYARAN RM24 JUTA (HARGA BELI CINCIN) BOLEHKAH DI DAPATKAN SEMULA KEPADA ROSMAH ATAU NAJIB?. Jika benar cincin Rosmah RM24 juta dikembalikan, wang sebanyak RM24 juta sepatutnya dapat semula kepada Rosmah atau tidak dapat apa papa? . Najib seharusnya jangan berdiam dan menjadi bisu dan buta tapi celik isu pembe;ian dan pemulangan semula cincin RM24 juta. Tampil dan jelaskan kepada rakyat. Jika benar apa yang dikatakn rakyat Malaysia tidak marah. HANYA RAKYAT MALAYSIA TERKILAN TIADA JAWPAN SEBENAR KISAH CINCIN ROSMAH RM24 JUTA. SPRM ATAU BADAN CEGAH RASUAH SENYAP DAN BISU BILA TERKENA KEPADA ROSMAH BINI NAJIB. RAKYAT TAHU NAJIB DAN ROSMAH ADA WANG BERJUTA MAKLUNLAH ROSMAH DAN NAJIB BERJIMAT DAN MENABUNG SEJAK KECIL LAGI. ROSMAH PANDAI MENABUNG WANG. NAJI ANGKAT WANG DALAM KAPAL SELAM! " |
Mengapa cincin puaka RM24juta kembali ke USA ? Posted: 07 Oct 2011 04:25 AM PDT
Apabila Menteri Nazri Aziz mengesahkan wujudnya cincin RM24 juta mendarat di bumi Malaysia mengesahkan dakwaan 98.9% kebenaran cerita tentang cincin itu. Jadinya, timbul beberapa persoalan :
Bilakah cincin itu akan kembali semula ke Malaysia ? Dan adakah lena tidur orang yang memanggilnya tetapi terpaksa memulangkan kembali ? Kasihan. Barangkali kedatangan Cincin RM24 juta selepas ini tanpa pemeriksaan Kastam. Apapun, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita pakat-pakat tengok jari jemari "dia" dan periksa akaun duit PERMATA RM111 juta. Bukan apa, takut "dia" gunakan untuk beli cincin itu! Tahniah buat PMNajib yang bertindak pantas "mendengar" keluhan rakyat dan "mengorbankan" cincin RM24 juta demi mendahulukan kepentingan rakyat!
tokpepijat |
Posted: 07 Oct 2011 03:53 AM PDT BAPA mangsa bunuh, Borhan Bin Sulaiman, 52, akhirnya dapat membuat laporan polis di Balai Polis Keningau setelah menunjukkan laporan Sabahkini.net dan mendesak polis menjalankan siasatan rapi kerana mengesyaki anaknya, Kartini, 22, telah dibunuh oleh Inspektor Ahmad Rizal Omar pada 29 September 2011 di Taman Adika, Keningau. “Saya terpaksa membuat laporan polis kerana tidak ingin ada pihak lain yang menjadi mangsa dan sangat sedih dengan layanan polis terhadap keluarga kami yang masih berduka. Lagipun polis melakukan siasatan ala kadar dan cuba melindungi Inspektor berkenaan,” kata Borhan yang kesal kerana usahanya untuk membuat laporan polis sejak tarikh kematian anaknya dihalang polis yang bertugas. Akibatnya, beliau terpaksa menghubungi Sabahkini.net untuk menyiarkan kekesalannya dan bercadang untuk membuat laporan di Balai Polis Karamunsing; tetapi akhirnya beliau dibenarkan membuat laporan polis setelah menunjukkan berita yang dipaparkan Sabahkini.net. Dalam laporan polisnya, Keningau/RPT/4523/2011 Borhan menyatakan bahawa; “Saya, Borhan Bin Sulaiman, NRIC 590525-12-5467, di sini membuat satu laporan kes bunuh, Kartini Bte Borhan, merupakan anak saya sendiri telah dibunuh dengan kejam. Kejadian berlaku pada 29.9.11 di sebuah Perumahan No 7, Taman Adika, Keningau, di mana mangsa tinggal menyewa sebuah bilik tersebut. Saya selaku ayah mangsa minta siasatan lanjut, bukan semata-mata berkait rompakan dan saya selaku ayah dan keluarga mangsa mengesyaki Ahmad Rizal Omar selaku pegawai polis berpangkat inspektor yang menghantar mayat anak saya, Kartini Bt Borhan pada tarikh 29.9.11, kira-kira jam 5.30 pagi ke Hospital Keningau terlibat disebabkan alasan-alasan keraguan yang kami kumpul.” Dalam pada itu, Borhan turut kecewa dengan sikap seorang wartawan yang ‘dihantar’ Polis Keningau yang memfitnah Allahyarhamah anaknya mempunyai kaitan dengan seorang penjenayah, Samsuddin Abu @ Buyong yang bakal dijadikan ‘Kambing Hitam’ dalam kes berkenaan; semata-mata untuk menakutkan mereka. “Anak kami tidak pernah mempunyai hubungan dengan Samsuddin dan kami kesal kenapa anak kami dibabitkan? Kami tidak gentar menghadapi penjenayah di mahkamah, tetapi kami kesal kerana polis cuba memujuk kami bersetuju dengan teori mereka,” kata Borhan yang tidak gentar memberi kenyataan kepada Sabahkini.net sekalipun dilarang Polis Keningau. Borhan turut mengadu bahawa pada 30 September 2011, ketika jenazah anaknya dibawa ke Kota Kinabalu untuk bedah siasat menggunakan land rover, beliau dan isterinya serta keluarga ketakutan kerana pemandu land rover polis, Jerome, memandu terlalu laju dan tidak menghormati jenazah yang terlontar ke kiri kanan. “Kami bertolak dari Keningau jam 7.30 pagi dan sampai ke Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu jam 8.30 pagi. Memang terlalu laju kerana biasanya dua jam baru sampai,” kata Borhan yang menggesa agar polis tidak terus menakutkan keluarga beliau kerana mereka telah melantik peguam untuk mendapatkan inkues daripada mahkamah. sabahkini.net |
awas...Jangan TERPERANGKAP Hudud PORNO UMNO....!!!! Posted: 07 Oct 2011 03:30 AM PDT Kita semua dalam pakatan pembangkang diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan jerangkap yang cuba dipasang oleh UMNO disebalik isu hudud yang merupakan salah satu unsur dalam pembentukan sebuah Negara Islam. .. Isu yang sama juga telah dimainkan pada pilihan raya 2004 lalu akhirnya melihatkan pembentukan Barisan Alternatif tidak dapat dipertahankan.Kita jangan berpecah dengan isu yang sama. Pilihan raya 2004 Barisan Alternatif berpecah sebab BN guna main isu negara Islam. Adakah (mahu) kita terperangkap (lagi).. Kita juga turut mempersoalkan kesungguhan UMNO untuk melaksanakannya sedangkan banyak kenyataan pemimpinnya berdolak dalik setelah sekutu rapatnya MCA mengancam ingin keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN). Adakah BN nak buat negara Islam? Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengancam untuk keluar BN jika UMNO berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud. Dalam pada itu, DAP yang sebelum ini terkenal sebagai penentang utama kepada pelaksanaan negara Islam kini sudah boleh menerimanya kerana berdampingan dengan PAS. Sehubungan itu, ujarnya perundangan Islam didapati mempunyai hubungan rapat dengan Allah dan manusia akhirnya DAP melihat tiada sebarang masalah untuk mempertahankan Malaysia sebagai negara Islam. 'DAP keras. Tapi bila berkawan dengan PAS, (bila) nampak Islam lembut. Ada hubungan dengan Allah dan manusia. Akhirnya dia (DAP) tak ada masalah mempertahankan Malaysia sebagai negara Islam. Ada Gerakan dan MCA sebut? (justeru) jangan terperangkap... 'Tengok di Turki. Erdogan dituduh 'syaitan'. Azanpun tak boleh guna bahasa Arab. Sekular (begitu tebal). Akhirnya bila menggunakan pendekatan yang bijaksana, keadaan di sana berubah. Yang penting tumbangkan BN dulu.. Oleh yang demikian, sememangnya UMNO akan selama-lamanya mempermainkan isu lapok sebegini bagi meraih kembali sokongan masyarakat kepada parti itu. 'Pilihan raya dah dekat. Dia (UMNO) akan balik (mainkan) isu lama seperti agama dan perkauman.. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan