PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
Belanjawan Pakatan peruntuk RM220 bilion Posted: 04 Oct 2011 09:55 AM PDT Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK. Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini. Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini. Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat antaranya adalah seperti berikut: 1 - Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit. 2 - Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit. 3 - Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan. 4 - Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat. 5 - Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja. Pembelaan rakyat terbanyak Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan: a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga. b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi. c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun. d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550. f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang. Mengembalikan martabat rakyat a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan. b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga. c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima. d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan. e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal. f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri. g) Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai. h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu. Menjamin Kelangsungan Wang Negara |
Al Fatihah-Adun Johol Dato' Roslan Meninggal Posted: 04 Oct 2011 09:38 AM PDT ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru. Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam. Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga pada 2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia. Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini. Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004. Sahabat-sahabat Pakatan Rakyat Kuala Pilah turut hadir menziarahi dan bersama-sama sewaktu sembahyang jenazah tengahari tadi. Sewaktu arwah sakit dulu...ramai juak-juak Umno Johol telah mula pasang badan berangan-angan menonjol diri untuk mengantikan beliau. Siapa pun antaranya nanti...PRU 13 akan menyaksikan pertempuran yang belum tentu selamat dan selesa untuk UMNO. Pakatan Rakyat Johol bakal melahirkan seorang tokoh muda dan berilmu yang akan menawarkan khidmat untuk Johol. |
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan