Isnin, 31 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Biar Pun Mahu Tunai Ibadah Haji, Rosmah Rela Dedah Aurat Ketika Naiki Pesawat Ke Mekah !

Posted: 31 Oct 2011 04:00 AM PDT

Ramai pihak yang terkejut dan mempersoalkan tindakan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) yang "tidak menutup aurat" biar pun ketika mahu menaiki pesawat untuk menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi. Gambar tersebut telah disiarkan di laman web rasmi UMNO yang dipercayai dirakamkan ketika Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak sedang melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah sekitar jam 5.00 petang tadi. Turut mengiringi mereka berdua ialah bonda Najib iaitu Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah dan adik bongsunya Datuk Mohamed Nazim termasuk juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Turut hadir semasa mereka berlepas dari Komplek Bunga Raya, KLIA itu tadi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan lain-lain menteri kabinet Najib.


Bukti, gambar yang diperolehi daripada laman web rasmi UMNO Online
Rosmah kelihatan melambai tangannya sambil aurat (rambut) terdedah

[Ramai yang keliru dengan apa yang disaksikan ini. Malah ramai juga yang tertanya-tanya apakah tujuan Najib dan Rosmah tunaikan ibadah haji jika hukum menutup aurat yang semudah itu pun gagal dilaksanakan. Media arus perdana dijangka akan memainkan isu mereka tunaikan haji ini secara besar-besaran bagi meraih simpati umat Islam di Malaysia supaya melihat kedua-dua pemimpin itu sudah mula insaf dan akan "kembali ke pangkal jalan". Inilah senjata yang akan digunakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Bila orang Melayu Islam di kampung dan pendalaman melihat aksi mereka berdua, maka masing-masing akan "sejuk hati" dan akhirnya memangkah BN pada PRU ini nanti. Itulah strateginya yang diperolehi daripada beberapa orang ketua kampung (Pengerusi JKKK dan Tok Empat) di parlimen Pekan yang kini sedang menunggu Najib di Mekah. Mereka sudah di "sponsor" awal-awal lagi oleh Najib untuk tunaikan haji secara percuma pada tahun ini. Apapun, sama-sama kita mendoakan agar mereka berdua akan berubah dan kembali ke landasan kebenaran hendaknya serta memperolehi "haji mabrur" sekembali dari Mekah nanti].

Polis Pulau Pinang Menahan Lima Individu Sertai Satu Perhimpunan Haram Di Georgetown Hari Ini

Posted: 31 Oct 2011 03:14 AM PDT

GEORGETOWN 31 Okt - Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini. Sementara itu, dipercayai perhimpunan itu telah disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja-T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis". Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit. Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum bersurai selepas diarah polis.

[Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak polis Pulau Pinang atas tindakan tegas yang mereka lakukan ini. Ternyata ada lagi pihak polis yang menjalankan tugas secara adil dan telus terhadap rakyat. Jika dinegeri lain terutamanya yang diperintah BN, sudah pasti prookasi seperti ini akan dibiarkan oleh mereka. Tambahan pula dipercayai demontrasi bermotosikal yang dilakukan oleh geng "Mat Rempit" di Pulau Pinang itu didalangi oleh parti politik di negeri terbabit. Bayangkan mereka sanggup gunakan golongan tersebut untuk membuat kacau ganggu dan membuat tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang. Padahal mereka sensiri tahu betapa berbezanya pentadbiran Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat jika mahu dibandingkan dengan ketika BN berkuasa dulu].

Cikgu Normala Ceramah Di Pekan 9.15 Malam Ini !

Posted: 31 Oct 2011 02:45 AM PDT

Orang ramai disekitar kawasan Pekan dipelawa hadir beramai-ramai ke Perkarangan Rumah Hj.Din Kancil. Kg.Pelangah (berhadapan dengan hospital baru bagi mendengar ceramah oleh Bekas Calon PAS di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Johor iaitu Cikgu Normala Sudirman (foto) pada jam 9.15 malam ini. Turut akan berceramah malam nanti ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf dan Cikgu Sulaiman Md Derus (Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuantan. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Panas: 'Mahkamah Rayuan' Putuskan AUKU Tidak Sah, Mahasiswa Menang Kes Kempen Pilihanraya !

Posted: 31 Oct 2011 12:28 AM PDT

PUTRAJAYA 31 OktMahkamah Rayuan hari ini memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menzahirkan sokongan atau bangkangan dalam kegiatan politik, sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor, April tahun lalu. Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka. Seksyen berkenaan menyatakan, tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara. Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23; dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan polis ketika kempen berkenaan dan kemudian dihadapkan ke Lembaga Disiplin UKM pada 4 Julai yang lalu.

[Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa terbabit atas keputusan ini. Ternyata biarpun hanya seksyen 15 (5)(a) AUKU yang dipertikaikan, namun sebenarnya akta itu sendiri perlu dimansuhkan jika mahu melihat golongan mahasiwa dinegara ini lebih cemerlang pada masa akan datang. Jika mereka terus dikongkong untuk menyuarakan pendapan dan pandangan, maka itulah lama kelamaan mentaliti mereka akan terus jatuh serta membawa akibat besar kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri sebenarnya. Apapun, mahasiswa digesa tidak takut untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini hendaknya. Berani kerana benar takut kerana salah. Mahasiwalah yang akan memacu perubahan negara kita di masa hadapan].

Panas: Memalukan, Pusat Perubatan Pakar Tetapi Tidak Ada "Doktor Pakar" Untuk Rawatan Susulan

Posted: 30 Oct 2011 10:47 PM PDT

KUANTAN, 31 Okt - Sesuatu yang sungguh mengecewakan bilamana sebuah pusat perubatan pakar (swasta) tiba-tiba mengatakan mereka tidak mempunyai "doktor pakar". Inilah yang berlaku kepada isteri seorang mangsa kejadian yang tidak mahu dikenali. Kes berlaku beberapa hari lalu di sebuah pusat perubatan pakar popular di bandar ini iaitu Kuantan Medical Centre (KMC). Pusat perubatan tersebut yang terletak dikawasan pusat bandar Kuantan berhampiran dengan komplek membeli belah Berjaya Megamall yangs ering dikunjungi oleh orang ramai. Kes melibatkan seorang "ibu yang mahu menerima rawatan susulan" akibat "turun darah" yang tidak dilayan dengan baik oleh pihak KMC sedangkan sehari sebelum itu beliau baru sahaja discaj selepas "bersalin" dari pusat perubatan terbabit. Menurut suami mangsa, beliau sudah membayar caj perkhidmatan ribuan ringgit untuk menghantar isterinya bersalin di pusat perubatan itu dan datang semula untuk dapatkan rawatan susulan akibat masalah terbabit (turun darah). "Saya sudah membayar hampir beribu ringgit, tiba-tiba bila isteri saya mengamali masalah mereka layan saya begini. Bukan saya mahu rawatan percuma .. saya akan bayar lagi jika pun mereka kenakan caj. Isteri saya meraung-raung menahan kesakitan dalam kereta ketika itu. Tapi bila mahu dapatkan rawatan, mereka kata tiada doktor pakar. Malah doktor yang merawat isteri saya sehari sebelum itupun tidak ada dan tiada siapa boleh membantu. Mereka nasihatkan saya ke Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA) dan pusat perubatan lain selepas itu", kata beliau. Difahamkan, isteri beliau mengalami kesakitan yang amat sangat ketika itu. Namun, dek kerana jawapan yang diberikan beliau terpaksa membawa isterinya ke sebuah lagi pusat perubatan swasta yang baru dibuka di Jalan Gambut. Mujurlah isteri "mangsa" telah selamat selepas menerima rawatan susulan di pusat perubatan terbabit selepas itu.


Inilah Kuantan Medical Centre yang terletak di sebelah Berjaya Megamall
yang dipercayai menjadi lokasi kejadian memalukan itu baru-baru ini
[Soalnya, sekarang bukan masalah ketiadaan doktor pakar untuk rawatan susulan seperti yang dialami oleh "mangsa". Beliau hanya mahukan rawatan susulan akibat "turun darah", masakan tiada langsung doktor yang boleh mengambil kes tersebut di sebuah pusat perubatan hebat seperti Kuantan Medical Centre (KMC)?. Mana pergi motto mereka "Everyone Is Important" yang dialung-laungkan selama ini?. Bayangkan jikalau "mangsa" berhadapan dengan masalah yang lebih berisiko termasuk "kematian" atau sebagainya semasa dalam perjalanan ke pusat perubatan lain?. Apa akan berlaku agaknya?. Jika beginilah sikap sebuah pusat perubatan pakar, maka apalah lagi yang boleh dharapkan agaknyer. Semoga kes ini dapat dijadikan tauladan kepada orang lain agar lebih berhati-hati mendapatkan rawatan di pusat terbabit hendaknya. Kami tidak mempunyai apa-apa kepentingan memaparkan isu ini. Cuma bagi kami, atas dasar kemanusiaan tidak wajar ia berlaku. Semoga ia diambil ikhtibar oleh KMC agar menyediakan "doktor pakar" secukup jika mahu dinamakan "pusat peruabatan pakar" selepas ini. Jika tidak pastinya akan menjejaskan lagi nama pusat perubatan terbabit].

Elton John: ISMA Pahang Tuntut, Kerajaan Negeri Beri Perhatian Terhadap Bantahan Orang Ramai !!

Posted: 30 Oct 2011 08:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pahang menuntut Kerajaan Negeri memberikan perhatian yang serius terhadap bantahan orang ramai tanpa mengira parti atau pertubuhan terhadap konsert artis antarabangsa, Elton John yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini di Genting Highlands. Yang Dipertuanya, Ustaz Rushdan Abdul Halim (foto) berkata, ini kerana ianya akan memberi kesan kepada sosio budaya masyarakat setempat terutama remaja melayu Muslim. Katanya, seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ianya akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan. Tambahnya, gesaan tersebut dibuat kepada kerajaan negeri kerana konsert tersebut akan diadakan di Genting Highlands yang berada dalam negeri Pahang yang sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa wewenang untuk menghalanginya daripada berlaku. "Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara, perkara 3 Perlembagaan Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, kebebasan beragama kepada yang bukan Islam dalam perlembagaan adalah berkaitan dengan upacara atau amalan agama bukan Islam tetapi bukan cara hidup songsang yang mengenepikan semua nilai agama. Beliau berkata, ISMA Pahang menuntut supaya konsert tersebut dinilai semula dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia telah berulang sebanyak dua kali yang mana kali pertama diadakan oleh artis antarabangsa Adam Lambert pada tahun lepas. "Konsert yang dirancang daripada kumpulan artis gay ini menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu ingin membuat promosi gaya hidup songsang (gay) mereka ke negara Malaysia," jelas beliau.

[Semua orang Islam sepatutnya bangkit membantah konsert Elton John tanpa sebarang alasan lagi termasuk mengatakan isu ini dipolitikkan. Sedangkan ISMA adalah sebuah NGO yang memainkan peranan untuk meningkatkan syiar Islam, maka kenapa masih ada lagi yang menuduh mereka yang membantah sengaja menimbulkan isu. Malah lebih teruk lagi mengatakan mereka yang tidak bersetuju dengan konsert tersebut tidak sehaluan pula dengan Anwar Ibrahim yang kononnya salah seorang "kaki liwat". Padahal umum mengetahui bahawa kes yang dihadapi oleh beliau sekarang ini jelas sekali berunsur politik dan dalam kes pertamanya dulu pun beliau dibebaskan oleh mahkamah. Namun, bagi mereka yang terbabit masih lagi mengatakan kononnya penentang Eltin John bertopeng. Anwar disokong tapi Elton John dibantah, atas alasan dua-dua adalah gay. Begitu mudah alasan mereka, tetapi rakyat itu melihat segalanya dengan mata mereka. Justeru, marilah bersama-sama bantah Konsert Elton John nanti].

Panas: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Wajar Bertindak Halang 'Konsert Elton John' 22 Nov Ini !

Posted: 30 Oct 2011 12:00 PM PDT

KUANTAN, 31 Okt - Orang ramai disekitar bandar ini mengge Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa bertindak untuk menghalang penganjuran Konsert Elton John (foto) yang dijadualkan akan diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 22 November 2011 ini. Biar apa pun jawapan dan alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak, namun pencegahan itu adalah lebih perlu sebenarnya. Tidak timbul konsert beliau hanya untuk "Non Muslim", lantaran mahu dibenarkan ia diadakan. Kerana apa yang pasti dalam kes-kes terdahulu, terutamanya konsert artis-artis barat jelas menyaksikan majoriti yang hadir adalah orang Melayu yang rata-ratanya dipercayai beragama Islam. Malah, perlu difahami bahawa Sir Elton John tidak sesuai untuk berada di negara ini. Beliau adalah pengamal "homoseks" yang terang dan nyata. Maknanya jika dibenarkan dia beraksi di negara ini, maka Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sering menjadi pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Membenarkan beliau mengadakan persembahan di negara ini, bermakna kita telah menjatuhkan maruah dan imej negara di kalangan negara-negara Islam. Tambahan pula Elton John pengamal "seks songsang" yang sanggup berkahwin dengan pasangannya. Beliau dikatakan telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis. Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California. Bayangkan, apakah manusia seperti ini mahu diagungkan dan dibawa ke negara kita?. Bukankah ia jelas akan merosakkan nama negara sebagai sebuah negara Islam yang dipimpin oleh orang Melayu Islam. Apakah tidak cukup lagi dengan berita "sembilan pasangan ditangkap khalwat" di beberapa buah hotel murah selepas mereka selesai menyaksikan Konsert Gegaria Metro di Temerloh kelmarin?.


Konsert Gegaria di Temerloh meletup bila sembilan pasangan ditangkap
khalwat di beberapa buah hotel murahan sekitar bandar Temerloh

Maka, apakah penyanyi seperti ini yang rela berkahwin sesama jenis pula
mahu dibawa ke sini?, berapa ramai lagikah pasangan yang buat maksiat


[Sebagai sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan menjaga hal ehwal agama Islam di negeri ini, maka adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengambil tindakan tegas. Memang agak sukar untuk JAIP membuat tindakan kerana kuasa agama di Genting Highlands amat terhad sebenarnya. Namun, memandangkan pusat peranginan itu terletak dibawah Majlis Daerah Bentong (MDB) dan berada dalam negeri Pahang maka mereka harus berusaha melakukannya dalam apa jua cara sekali pun. Demi kesucian agama Islam dan menjaga maruah negeri ini yang diperintah oleh orang Melayu maka konsert tersebut wajar dibatalkan. Tambahan pula, sekarang ini umat Islam sedang mengerjakan ibadah Haji di Mekah. Maka kesucian Islam itu haruslah dipelihara. Ditambah lagi dengan berita Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dikhabarkan akan turut menunaikan fardhu haji dalam masa terdekat ini, maka sebagai pemimpin yang berasal dari Pahang beliau juga harus bertindak. Peliharalah hati dan perasaan umat Islam daripada menjaga hati beberapa kerat peminat Elton John yang akan membanjiri konsertnya itu].

Panas: Si 'Papa Gomo' Di Kutuk Oleh Pemimpin BN Sendiri Gara-Gara Siar Berita Palsu Terhadapnya !

Posted: 30 Oct 2011 07:45 AM PDT

Berita paling menarik untuk diperkatakan hari ini ialah berkenaan dengan kes Blogger Sensasi Pro UMNO yang bernama Papa Gomo (foto) dikutuk oleh pemimpin kerajaan sendiri. Selama ini, apa saja kenyataan dan tulisan blogger terbabit disokong dan disanjung umpama "dalil" buat penyokong mereka. Malah, para pemimpin mereka juga bertepuk tangan dengan menerima apa saja yang diperkatan oleh beliau selama ini. Baik isu agama, perkauman, seks dan segala-galanya. Namun, tiba-tiba sahaja nama Papa Gomo dikaitkan dengan blogger yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Gerakan iaitu parti komponen BN. Pemimpin terbabit iaitu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh Papa Gomo yang memuatkan artikel dalam laman blognya yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada PRU akan datang. Sambil menepis laporan itu, Tsu Koon menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata, penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya. "Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya. "Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM dekat Cheras hari ini.


Bukti kenyataan Koh Tsu Koon yang kutuk Papa Gomo di Utusan Online

[Teguran Koh Tsu Koon terhadap Papa Gomo ini sungguh menarik untuk kita perkatakan, kerana selama ini ramai penyokoong UMNO BN yang begitu taksub dan percaya dengan apa saja pendedahan yang dibuat oleh blogger terbabit. Terbaru, isu video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita Cina yang heboh diperkatakan baru-baru ini. Papa Gomo antara blogger yag dilihat mendapat mandat untuk memainkan video-video sensasi menerusi laman youtube yang disiarkan juga di blognya. Malahan, paparan itu sungguh menarik kerana disaat video yang asal sepatutnya berada dalam simpanan pihak polis selepas ia diserahkan oleh Datuk Eskay dan Trio Datuk T. Maka, dengan pendedahan Koh Tsu Koon itu jelas membuktikan kepada kita bahawa itulah sikap sebenar blogger Papa Gomo itu rupanya. Fikirkanlah].

Tiada ulasan: