Pahang Daily Online |
- Profesor Aziz Bari Buat Laporan Polis Tentang Isu Peluru Dan Nota Ugutan Di IPD Gombak Pagi Tadi!
- Terkini: Prof.Aziz Bari Akan Adakan Sidang Media Tentang Isu Peluru Yang Di Terimanya Semalam !!
- Panas: Penyokong Negeri Sembilan 'Cedera' Akibat Di Belasah Gara-Gara Bakar Bendera Terengganu !
- Tahniah: Negeri Sembilan "Juara" Piala Malaysia, Hairuddin Omar Buktikan Beliau Membawa Tuah
Profesor Aziz Bari Buat Laporan Polis Tentang Isu Peluru Dan Nota Ugutan Di IPD Gombak Pagi Tadi! Posted: 30 Oct 2011 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Okt - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam. Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak. Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini. "Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya. Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini. Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai "kurang ajar". Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7.00 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. [Apa yang terjadi kepada Profesor Dr.Aziz Bari ini adalah satu lagi siri tindakan ganas dan keterlaluan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Harapan kita agar pihak polis dapat melakukan siasatan yang telus dan rapi terhadap insiden ini. Kita tidak mahu golongan akademik dihalang dari mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya. Apakah budaya seperti ini harus dibiarkan begitu sahaja?. Bagaimanakan jika sesuatu yang buruk terjadi kepada tokoh akademik itu nanti. Apapun, kita yakin rakyat Malaysia majoritinya amat kecewa dengan apa yang terjadi. Marilah sama-sama kita membina sebuah negara Malaysia yang lebih aman dan sejahtera. Keharmonian negara perlu dipelihara demi masa depan anak-anak kita]. |
Terkini: Prof.Aziz Bari Akan Adakan Sidang Media Tentang Isu Peluru Yang Di Terimanya Semalam !! Posted: 29 Oct 2011 07:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 30 Okt - Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ini ekoran menerima ugutan bunuh, semalam. Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi. "Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata 'jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti'," kata Aziz. Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis. "Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut," kata beliau yang disiasat oleh UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor awal bulan ini. [Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia agaknya?. Gejala ugut mengugut sudah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Tidak kira siapa yang diugut, sepatutnya perkara ini tidak berlaku dalam negara kita yang dikatakan aman dan selamat. Pihak polis perlulah bertegas dalam menyiasat perkara ini. Mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan dengan segera. Apapun, motif peluru yang dihantar iaitu kecewa dengan tindakan Aziz Bari yang dikatakan menghina Sultan Selangor seolah-olah menggambarkan kepada kita siapakah pihak yang bertanggungjawab terbabit. Makanya, ia dilakukan selepas mendapat mandat daripada pihak yang berkepentingan]. |
Panas: Penyokong Negeri Sembilan 'Cedera' Akibat Di Belasah Gara-Gara Bakar Bendera Terengganu ! Posted: 29 Oct 2011 06:46 PM PDT Seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu. Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul. MiloSuam Apakah inisiden seperti ini wajar berlaku dalam negara kita agaknya [Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di negara kita hari ini. Soalnya, kenapa ia boleh terjadi sedangkan rakyat kita dikenali sebagai berhemah dan berakhlak mulia selama ini. Tindakan membelasah seseorang sesuka hati dengan membelakangkan peraturan dan undang-undang adalah satu usaha yang jelas mendukacitakan. Dalam masa yang sama, tindakan provokasi membakar bendera juga tidak sepatutnya terjadi. Sesiapa pun yang sudah kecewa akibat pasukan mereka tewas akan bertambah sedih apabila bendera negeri mereka diperlakukan sedemikian rupa. Kesimpulannya, beradap dan jangan lakukan tindakan biadap dalam bersukan. Maka kelak, diri sendiri jua yang akan "terima akibat" akhirnya]. |
Tahniah: Negeri Sembilan "Juara" Piala Malaysia, Hairuddin Omar Buktikan Beliau Membawa Tuah Posted: 29 Oct 2011 05:29 PM PDT SHAH ALAM, 30 Okt - Piala Malaysia akhirnya kembali ke Negeri Sembilan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila kebangkitan pada 10 minit terakhir oleh anak-anak buah Mohd. Azraai Khor Abdullah berjaya membenam Terengganu 2-1 dalam pentas akhir di Stadium Shah Alam, semalam. Di hadapan 70,000 penonton, penyerang veteran, Hairuddin Omar (foto) atau 'Hai-O' membuktikan dia membawa tuah kepada Negeri Sembilan apabila jaringannya pada minit ke-86 memastikan Terengganu pulang hampa, walaupun skuad Penyu berkelebihan satu gol menerusi Mohd Ashaari Samsudin (minit ke-59). Jaringan kemenangan Negeri Sembilan berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee. Sebelum itu, N. Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81). Bertambah manis, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir. Ini merupakan gol ketiga berturut-turut buat pemain berusia 32 tahun dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia. Ia juga merupakan kejayaan kali ketiga peribadinya menjulang trofi itu, selepas juga bergelar juara ketika bersama Kelantan musim lalu dan Negeri Sembilan pada 2009. Kejayaan semalam juga merupakan kali ketiga buat Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia. Sebelum ini mereka memenanginya pada tahun 1948 dan dua musim lalu iaitu pada 2009. Sementara itu, Hairuddin berkata, walaupun Negeri Sembilan ketinggalan satu gol, pemain tetap tidak berputus asa dalam memburu gol. Menurutnya, sejak awal perlawanan lagi Negeri Sembilan sebenarnya memiliki banyak peluang gol namun agak malang ia gagal menemui penyudah. "Ketika kedudukan terikat 1-1, saya tengok jam masih ada 15 minit lagi perlawanan. "Jadi saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk pasukan. " Lalu saya tekad jika ada peluang gol selepas ini, saya tidak akan mempersia-siakan."Akhirnya peluang gol yang saya harapkan menjelma pada minit ke-86 dan saya gembira kerana berjaya menyempurnakannya, sekali gus menjadi gol kemenangan perlawanan akhir musim ini," katanya. Menyedari ramai yang kecewa dengan jaringan kemenangannya, Hairuddin turut memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang menyaksikan perlawanan semalam juga yang berada di Terengganu. Ini kerana jaringannya semalam mengecewakan negeri kelahirannya untuk bergelar juara. "Saya meminta maaf kepada mereka (penyokong Terengganu). Saya faham mereka tentu kecewa kekalahan ini. Saya juga harap mereka tidak membenci saya," katanya. "Saya harap penyokong Terengganu, faham saya adalah pemain Negeri Sembilan dan komited terhadap pasukan yang telah saya wakili," kata beliau. [Syabas dan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan atas kejayaan ini. Kehebatan Hairuddin Omar dengan tendangan "first timer" pada jariangan kedua yang membawa kemenangan pasukan itu jelas sekali sesuatu yang sungguh menakjubkan. Bola yang sungguh cantik menerjah gol Trengganu dan memisahkan kemenangan antara kedua-dua belah pihak sebenarnya. Dalam pada itu, agak memilukan kehebatan beliau ini berjaya dibuktikan bersama skuad Rusa. Beliau dulu sebenarnya adalah pemain yang berada dalam kesebelasan pasukan Pahang. Kini segalanya tinggal kenangan. Pahang bukan sahaja bertambah merudum, malah turut gagal layak ke Piala Malaysia sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden FAM adalah dari negeri Pahang. Sesuatu perlu dilakukan untuk memulihkan kembali maruah bolasepak negeri ini. Skuad Tok Gajah perlu bangkit semula dikalan negeri jiran Kelantan dan Trengganu kini berada pada kelasnya yang tersendiri. Lakukan "post morten" segera untuk tidak menghampakan peminat yang kini mula kecewa bila Pahang kini terperosok ke "Divisyen Dua" sekarang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan